Khamis, Julai 02, 2020
JAPAN DRAMA: Love Last Forever (2020)
Tajuk: Love Last Forever, An Incurable case in love
Genre: Romance, Medical, Drama
No of Episode: 10 + 1 special episode
Duration: 47 minute 57 second
Cast: Mone Kamishiraishi, Takeru Satoh, Katsuya Maiguma
Sinopsis: Nanase Sakura is a 23-year-old rookie nurse. She met Doctor Kairi Tendo several years ago and fell in love with him. To meet him again, she studied hard and became a nurse. After 5 years, she finally meets Kairi Tendo again, but he has a totally different personality than what she imagined. Kairi Tendo, who is 31-years-old, is commonly referred to as the "Devil" at work. He is a level-headed perfectionist and often makes biting remarks to doctors and nurses. Nanase Sakura works hard to receive recognition from Kairi Tendo and she also expresses her feelings honestly to him. Due to her persistence, Nanase Sakura becomes well known at the hospital and she picks up the nickname of the "Warrior. Chick" Meanwhile, Kairi Tendo becomes attracted to Nanase Sakura.
(Source: AsianWiki)
Spoiler Alert!
Lari kejap la tengok drama Japan. Bezanya drama Jepun dan drama Cina ni episode dia tak jarang la jumpa meleret leret kecuali yang jenis sitcom punya tu. Heee~ seronok ati den nak menonton.
So, randomly find this drama bila lalu video sudutan drama ni di FB. Eh, macam best la kan. Macam biasa skrol dulu cari kot ada manusia yang bertanya tajuk. Konfem ada punya la kan? So, download. And tak sampai sehari dah boleh habis satu drama. Eh, yang berjela pun boleh habiskan semalaman. Dengan syarat speed kena laju. Ha Ha Ha
Nanase Sakura, perempuan dalam keluarganya sangat la tidak bertuah dalam pemilihan jodoh ni. Jadi,dia mohon pada Meow jodoh untuk dapatkan jodoh yang baik-baik. Ini kalau tengok dalam special episode lawak betul la. Ha ha
Berjumpa la dia dengan seorang lelaki hensem lagi macho membantu menyelamatkan seorang wanita yang tetiba sesak nafas ketika Nanase Sakura ni dalam perjalanan balik dari tokong Meow tu tadi. Dan lelaki itu adalah, Dr. Tendo Kairi seorang pakar cardiology di Hiura General Hospital.
Sejak dari itu, Nanase Sakura memasang azam demi mendekati cinta hatinya. Malangnya selepas 5 tahun berlalu, Dr. Tendo Kairi itu bukan la seperti yang dia sangkakan. Bahkan seluruh warga Hiura General Hospital menggelarkan Doktor kacak itu sebagai The Devil.
Disebabkan pada hari pertama praktikal lagi Nanase Sakura telah meluahkan rasa hatinya pada The Devil itu, dia terkenal dengan jolokan Warrior Chick di hospital tersebut.
Lawak jugak la drama ni. Di samping cerita cinta antara The Devil and Warrior ni tadi, ada jugak bab medical dorang and tak boring punya la. Jarang la drama Jepun ko nak fast forward. Sudah la episode sikit, gaya dorang berlakon pun lawak-lawak untuk rom-com macam ni. For sure uolls tak boring.
So, selamat menonton la k. Aku download siap-siap untuk next drama pulak. Jaa Nee!
JAPANESE MOViE: He won't Kill, She won't die.
Title: He won't kill, she won't die | The boyfriend who can't kill, and the girlfriend who can't die
Genre: Comedy, romance, drama
Duration: 2 hours 2 minute
Date of release: 15 November 2019
Cast: Mamiya Shitaro, Sakurai Hinako,
Sinopsis: The drama revolves around the relationship between Rei Kosaka (a tsundere guy who easily gets worked up and who always says, "Just die already") and Nana Shikano (a girl who habitually cuts her wrists and who always says, "I want to die.")
Spoiler alert!
Randomly walk through telegram channel, terjumpa movie ni macam best tajuk dia. So, here I am writing the review.
Shikano Nana; someone weird at school terkenal dengan diri yang selalu menghiris pergelangan tangannya sendiri. Namun, tak juga mati-mati.
Kosaka Rei; A repeater from high school seem tak jumpa the reason he was living.
Bila dia berjumpa dengan Shikano yang pelik ini, membuatkan dirinya tertarik pada personaliti gadis itu.
Shikano selalu sebut yang dia nak mati, padahal bila seekor lebah mati, dikebumikan dia. Nampak sangat dia cuma nak ada harapan untuk dirinya yang selalu fikir mati. Kosaka pulak lelaki yang cold pada sesiapa dan selalu mengungkapkan "go die.. "
Perjalanan kisah mereka pada mulanya serabut diselingan dengan kisah beberapa watak sampingan iaitu Yachiyo dan Nadeshiko serta Jimiko dan Kyapiko.
Mereka berempat ini merupakan junior di sekolah yang sama. Nadeshiko seorang gadis persistent selalu mengatakan bahawa dia suka pada lelaki itu, Yachiyo. Setiap kali bersua muka pasti Skiidayo diucapkan. Sampai la satu hari Yachiyo buat baik dengan Nadeshiko ni balik, sampai dia rasa pelik dengan Yachiyo ni. Rupa-rupanya Yachiyo ni pun suka dengan dia, tapi kerana satu kes pembunuhan di sekolah mereka membuatkan dia takut nak jatuh cinta.
Dan kes pembunuhan itu adalah merupakan pembunuhan Kosaka Rei yang dibunuh secara rawak oleh pyscho killer. Sedih~
Walaupun ending dia Kosaka mati, Shikano tetap kuat sebab dia selalu rasa Kosaka ada bersama dengannya. Kerana sebelum Kosaka dibunuh, lelaki itu mengajak Shikano untuk ke universiti yang sama.
Gitu je la kesudahannya. Kosaka pulak mati dan Shikano teruskan hidup dengan penuh rasa bersyukur.
Anda boleh tengok movie ni di kissasian atau download saja di telegram.
Rabu, Julai 01, 2020
Second Half of 2020: First Month July
Bulan baru. Perancangan baru. Back to normal slowly with new norma.
Sekolah bakal dibuka secara perlahan-lahan. Hari di sana sini kaum ibu dan bapa kongsi tentangnya. Semua gementar bercampur takut. Alhamdulillah Malaysia kembali pulih. Moga kita semua terpelihara daripada gelombang kedua Covid-19 ni.
Moga border dan sesi kuarintin jika anda dari luar negara masih terjaga lagi. Kerana virus covid-19 masih berleluasa di luar sana. Negara-negara lain bersaing menduduki carta teratas populasi kematian akibat pandemik ini.
Namun, tak kurang juga sekarang pasal JE pun teruk. Moga kita semua terpelihara ya.
Julai, bulan ketujuh dalam 12 bulan setiap tahun. Bagi aku, bulan ini dua insan kesayangan bakal menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Iaitu ayahanda terchenta serta anakanda tersayang. Kalau ikutkan, atok Miri suruh cucu dia keluar sama tarikh dengan dia, tapi cucu ingkar nak keluar lambat sikit. Ha ha Janji sama bulan la kan.
Opening untuk bulan ni, teda jugak bezanya dengan bulan-bulan yang lain sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni dilaksanakan. Rancang nak balik Miri, tapi harga tiket ke Miri macam nak pergi London 4 beranak. Ado... Mrs. Ayahumi pun kata tak payah la sebab kitaorang bawak babies kan. In shaa Allah bulan 9 dorang nak ke mari. Yeay!
Ceritera Jun, teda jugak apa yang menarik. Cumanya berjaya mengambil gambar kenangan lima sepupu anak-anak ni.
Lima saudara daripada dua keluarga. Ini baru sebelah Sahariah Clan ni. Sebelah Daud Clan belum jugak bertemu muka. Mampu berjumpa di alam maya saja.
Tiga beradik, heroes anak kepada biras aku, a.k.a adik ipar punya anak. Tiga heroes buat umi dia kuat bak pahlawan serikandi islam didik tiga-tiga anak lelaki menjadi anak soleh, peneraju bangsa baru. Bukan senang wa..
Dari kanan, paling tua sekali. Muhammad Fateh Marzuqi. Si bijak cerdik akalnya. kelahiran 2016 memang petah berbicara. Agaknya bakal peguam la kot. mati kata kalau berbahas dengan dia. Menguji keimanan dan kesabaran ni. Alhamdulillah dah 4 tahun, dia dah senang sikit nak bawak bicara. Cuma time datang merajuk riaunya payah dipujuk.
Kedua, Muhammad Fayyad Hafidh. Diam-diam ubi berisi gitu. Pantang lepa, pasti ada kerja dilakukannya. Macam-macam cerita dari umi dan abi dia buat hati orang tua kecut dengar. Antaranya kusyen kerusi kereta sumbat dalam hidung, dua minggu busuk baru jumpa apa benda. Nasib tak ke hospital. Yang paling seram dia tetiba kejung masa kami berdua biras dalam pantang dulu. Dia nangis nak tido dengan uminya, tapi ya laa.. Tak boleh. Di tahan tangisnya sampai kejung. Tengah malam dikejarkan ke hospital. Seram wei. Tak ada sejarah kedua belah keluarga kena sawan ni. Sejak daripada tu, umi dia kalau tengok dia tahan nangis dibuatnya nangis betul. Seram si anak kena sawan tarik lagi. Dia sekali dah kena tu kena berjaga-jaga la gamaknya.
Satu-satunya puteri dalam lima saudara. The only one of princess di kelilingi kumbang. Alah korang mesti selalu baca cerita Nayla Insyirah ni kalau Aien buat jurnal anak-anak. He he he Penakut nauzubillah. Dengar bunyi motor, bertempiaran lari. Sampai atok cik dia buatkan air untuk kurangkan takut. Alhamdulillah menjadi, tapi slowly la nak kena pujuk. Motor takut, bunyi hujan takut. Guruh apatah lagi. Ibu dia ni masa ngandungkan dia, menyampah betul la dengar bunyi. Masa ngandung dia la duniaku sunyi tanpa lagu tau. Radio pun kalau boleh tak nak dengar. Risau la ibu tengok dia ni. Kalau jumpa dengan orang menikus ke tepi. Tengok je orang jadi pemerhati. Tapi, kalau jumpa lima bersaudara tak pulak. Heran kan? Jauh sudut hati ibu, bagus juga dia takut dengan orang kalau ibu atau ayah atau orang dia kenal tak ada sekeliling dia, teriak habis. Haa, alarm dia fuh.. gamat bunyinya. Belom pakej dia pasang speaker dia lagi.
Anak la anak.
Kelahiran cucu Saniah yang ke-empat. Izz Najmi. Uish, pusar dua. Kata orang, kau dok ligan anak orang haa anak sendiri amek kau pusar dua. Tapi alhamdulillah disebabkan atasnya kakak dia slow sikit. Kebanyakan aktiviti sekarang dia banyak jadi taiko pada kakak dia. Ha ha ha Manjanya usah dibawa bincang. Geram je Ibu. Kadang mood rajin nak buat kerja jadi hilang dek datang manja dia tu. Alasan kan. :p
Alhamdulillah cukup buat masa sekarang merasa jaga sepasang ni. Bak kata orang senyap-senyap anak kedua ni banyak akal dia.
Last buat masa sekarang, si Muhammad Furqan Hilman, selang 15 hari si Izz lahir, dia menyusul. berkampung la kami biras di rumah mentua. Riuh rumah nenek Saniah macam wad bersalin dengan taska. Ruang tamu dipenuhi katil, kena pulak raya haji tahun lepas. Dok rumah diam-diam saja la. Si kecik jalan macam abang long kawasan. Umur 6 ke 7 bulan dah pandai jalan. Gigi dah 7 batang 10 bulan ni. Huish serba serbi laju. Si booster Najmi ni. Memang kontra habis la dorang dua. Lagi sama tahun, dekat-dekat je. Kena jadi mangsa perbandingan mak cik bawang je la. Ha ha Akal dia buat orang terhibur. Aku sendiri pun panggil dia "Happy Face" . Sejak pertama kali tengok masa dia balik rumah tu, senyuman tak lekang. Dengan dua lesung pipit dalam. Kejap cari gambar lama dorang dua ni.
Comel je kan cousin dekat-dekat ni. 😂 Nami dah besar sikit la masa ni. Ye la,beza dua minggu kot. Sekarang dah besar terbalik pulak. Nami sejak berjalan makin susut. Kurus melidi. Si Furqan ni pulak makin bam bam. Apa-apapun janji sehat yek dua-dua ni.
10 tahun kemudian korang dah boleh remake gambar ni. Ibu simpan sini, sana untuk kenangan. Cerita sini panjang sikit. Teda jugak orang yang membaca. He he
Kenangan jugak gambar ni, pertama kali Najmi berkepala botak ever since dalam pantang dulu. Lain bebenor rupa dia. Putih melepak, macam anak cina sesat. Teringat masa keluarkan dia, susuk putih dengan kulit mengelupas tak habis, tang tu je hitam . Ha ha Masa tu, Cik Husband kata, "laki wak..." Aku dah tak ingat apa. ah, dah boleh rehat lama sikit.
Tapi la ni, menyebut rasa macam nak beranak lagi. Ha ha Perempuan perempuan. Tak reti serik. Selagi tenaga masih kuat pulun ye dok. Ha ha Nanti dalm over age, risiko tinggi. Ikut la. ada rezeki ye ada.
Panjang pulak bercerita perihal anak-anak ni. Datang mood dia. Hee~ okay la itu je la nak dicerita. Jangan serik datang singgah yer. Nanti mak long cerita lagi perihal lima bersaudara ni.
Langgan:
Catatan (Atom)