Selasa, Julai 07, 2020

Giveaway by Ejulz & mamapipie



Haa, jom support yaa. Boleh saja klik banner di atas. 

Giveaway akan tamat pada 15 Julai 2020


Chinese Drama: I Hear You (2019)




Tajuk: I hear You (2019)
Genre: Musikal, Romance, Comedy
No of Episode: 24 (45 minit per)
Pelakon: Zhou Lu Si, Riley Wang 
Sinopsis: Bei Er Duo, seorang gadis dari jeluarga biasa yang mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke Jepun untuk menjadu professional pelakon suara latar. Bagaimanapun berbeza dengan ibunya yang mahu dia berkahwin dengan orang kaya sementara dirinya masih muda, dengan sering menyuruhkan mengikuti temu buta. Demi untuk dapatkan dana menyambung cita-citanya, dia membantu kawan baiknya, Tang Li dengan mengikut rancangan pasangan realiti tv, dan dipasangkan dengan pembuat violin terkenal, Ye Shu Wei.  

Ye Shu Wei, daripada keluarga artistic dan sangat low profile, misteri dan genius dalam komposing dan dunia violin. Dia dipaksa mengikuti rancangan realiti tv setelah kalah pertaruhan dengan anak buahnya Yu Sheng. 


SPOILER ALERT


Dalam banyak-banyak drama yang disenaraikan serta ada yang sudah dimuatturun, yang ini jugak kau tengok. 

1. SEBAB Zhou Lu Si (Heroin dalam drama yang aku dah tengok) 

2. Sebab wow plot dia tak boring. 

3. Kereta hero, a.k.a Shu Wei dalam ni hebat sangat! Nak tampal sekali kat sini, loading lambat pulak. Haiyak! 

Daebak! Awesome sangat wei kereta dia. Pintu belakang tolak naik, auto sensor aku saspek kereta dia ni. Seem macam tak ada guna kunci. Shu Wei jalan je kat dia. Automatic pintu dah bukak dan lampu dah nyala. Wow, sangat! 


Okay, done menghargai kereta buatan China. Ha Ha Ha Berbalik kepada drama ini, 

Kisah Bei Er Duo, (aneh namanya) suka nak jadi dubbing aktress. alah, pengalih suara kartun yang biasa kita tengok tu. Haa, tapi untuk chinese version la kan. Tetiba dalam dia nak cukupkan dana dia nak sambung belajar ke Japan, kawan dia Tang Li, a.k.a Lizi terdesak cari sepasang lagi pasangan untuk realiti show dia. Dia pujuk si Er Duo ni, manakala boss dia, Yu Sheng pujuk si Shu Wei. 

First impression aku tengok Tang Li dengan Yu Sheng ni, hoping dorang sampai ke penghujung bersama. Tapi sedih. Hampa belaka. Kali pertama aku tengok cerita harap pasangan kedua bersama sebab dorang nampak sesuai sangat. 

Er Duo dan Shu Wei ni tadi, nama la kena paksa. Nampak la kaku walaupun Shu Wei cuba nak selamatkan mengatakan dorang dah la bercinta. Ha lah  sweetnya. 

Ping pang pung , Sudahnya krisis fans tak percaya, Er Duo dipaksa oleh Tang Li untuk pergi duduk bersama Shu Wei. Haa, masa ni dah nampak Shu Wei dah mula suka dengan Er Duo ni tadi. Dah la comel dengan ketinggian yang nampak ketara perbezaannya, Er Duo ni lambat pick up yang Shu Wei ni lama dah suka ngan dia. Yela, tamau buat andaian sendiri gitu. 

Tak best watak Zhang Yilu, konon kawan uNiversiti Er Duo ni suka membuat onar padahal Er Duo sedikit pun tak amek kisah apa yang Yi Lu ni buat  kat dia. Disebabkan ketidakpuashatian Yi Lu ni dapat kapel dengan Shu Wei, dan bila mana dia dapat tahu kompeni bapak dia yang taja rancangan realiti tu, dan tu jugak dia panggil ahli majlis tertinggi untuk singkirkan dorang dua ni tadi. Padahal dah episode akhir. 

Disebabkan flow drama ni ringan dan tak ada konflik sangat, boleh la habiskan dalam masa singkat ja. Ha Ha ha 

Korang boleh tengok drama ni di youtube dengan eng sub ya. 

Dan aku tak habis-habis dok usha kereta si Shu Wei ni.. Ya Tuhan, moden elegan sangat kereta dia. 







Khamis, Julai 02, 2020

JAPAN DRAMA: Love Last Forever (2020)



Tajuk: Love Last Forever, An Incurable case in love
Genre: Romance, Medical, Drama
No of Episode: 10 + 1 special episode
Duration: 47 minute 57 second
Cast:  Mone Kamishiraishi, Takeru Satoh, Katsuya Maiguma 
Sinopsis: Nanase Sakura is a 23-year-old rookie nurse. She met Doctor Kairi Tendo several years ago and fell in love with him. To meet him again, she studied hard and became a nurse. After 5 years, she finally meets Kairi Tendo again, but he has a totally different personality than what she imagined. Kairi Tendo, who is 31-years-old, is commonly referred to as the "Devil" at work. He is a level-headed perfectionist and often makes biting remarks to doctors and nurses. Nanase Sakura works hard to receive recognition from Kairi Tendo and she also expresses her feelings honestly to him. Due to her persistence, Nanase Sakura becomes well known at the hospital and she picks up the nickname of the "Warrior. Chick" Meanwhile, Kairi Tendo becomes attracted to Nanase Sakura.

(Source: AsianWiki)


Spoiler Alert!

Lari kejap la tengok drama Japan. Bezanya drama Jepun dan drama Cina ni episode dia tak jarang la jumpa meleret leret kecuali yang jenis sitcom punya tu. Heee~ seronok ati den nak menonton. 

So, randomly find this drama bila lalu video sudutan drama ni di FB. Eh, macam best la kan. Macam biasa skrol dulu cari kot ada manusia yang bertanya tajuk. Konfem ada punya la kan? So, download. And tak sampai sehari dah boleh habis satu drama. Eh, yang berjela pun boleh habiskan semalaman. Dengan syarat speed kena laju. Ha Ha Ha 


Nanase Sakura, perempuan dalam keluarganya sangat la tidak bertuah dalam pemilihan jodoh ni. Jadi,dia mohon pada Meow jodoh  untuk dapatkan jodoh yang baik-baik. Ini kalau tengok dalam special episode lawak betul la. Ha ha 

Berjumpa la dia dengan seorang lelaki hensem lagi macho membantu menyelamatkan seorang wanita yang tetiba sesak nafas ketika Nanase Sakura ni dalam perjalanan balik dari tokong Meow tu tadi. Dan lelaki itu adalah, Dr. Tendo Kairi seorang pakar cardiology di Hiura General Hospital. 

Sejak dari itu, Nanase Sakura memasang azam demi mendekati cinta hatinya. Malangnya selepas 5 tahun berlalu, Dr. Tendo Kairi itu bukan la seperti yang dia sangkakan. Bahkan seluruh warga Hiura General Hospital menggelarkan Doktor kacak itu sebagai The Devil. 

Disebabkan pada hari pertama praktikal lagi Nanase Sakura telah meluahkan rasa hatinya pada The Devil itu, dia terkenal dengan jolokan Warrior Chick di hospital tersebut. 

Lawak jugak la drama ni. Di samping cerita cinta antara The Devil and Warrior ni tadi, ada jugak bab medical dorang and tak boring punya la. Jarang la drama Jepun ko nak fast forward. Sudah la episode sikit, gaya dorang berlakon pun lawak-lawak untuk rom-com macam ni. For sure uolls tak boring. 

So, selamat menonton la k. Aku download siap-siap untuk next drama pulak. Jaa Nee!