Jumaat, Julai 10, 2020

CHINESE DRAMA: Oops The King is in Love (2020)



Tajuk: Oops, the king is in love | My heart is beating
Genre: Romance, Historical, Comedy
No of Episode: 24 
Cast: Ash Zhu, Ma Meng Wei, Fu Wei Lun, Xiong Yu Ting, Wang Xia
Sinopsis: Yan Zhixia is a the daughter of a minister that loves money and disguises herself as a man in order to work in the royal palace. She mistakenly becomes the eunuch of the Emperor, and with his help, slowly becomes the Head eunuch. However she discovers that actually, Yan Jin knew of her true identity long time ago.
(Source: DramaWiki)


SPOILER ALERT

Tengok macam menarik je drama ni, aku try tengok. Boleh la. Tak boring. Masuk air jugak lawak dia. Sangat santai. 

Mengisahkan Yan Zhi Xia, yang merupakan anak menteri (tapi pada mulanya memang tak nampak) mak dia ada rumah hiburan. Disebabkan Zhi Xia tak nak di-exposed-kan pada umum dia anak tuan rumah hiburan dia, dia menyamar jadi lelaki. Taiko kawasan jugak. Ramai pengikut. Tapi disebabkan satu ketika dia terdesak mencari duit dek kerana last job dia tak dapat bayaran dia meyamar jadi eunuch  (pelayan diraja). Alih-alih dia jumpa orang yang tawarkan dia kerja terakhir itu, ada di istana. Ingatkan pengawal utama, rupa-rupanya raja.  

Yan Jin, Putera a.k.a raja tak diiktiraf sebab pemaisuri terlalu tamakkan kuasa pemerintahan. Dia nak bolot semua. Raja ni cuba siasat apa sebenarnya plot pemaisuri ni disebaliknya. Tapi desakan dari pada menteri membuatkan keadaan istana agak kucar kacir. 

Gila-gila jugak drama ni. Di sebalik plot guling menguling sesama menteri dalam istana ni. Eh ada sorang je menteri jahat iaitu Menteri Pertahanan, Gong Ye yang cuba nak bolot kuasa pemerintahan. Tak silap menteri ni beradik dengan Pemaisuri ni. Penat menjadi orang suruhan Pemaisuri, dia memberontak sendiri. Haa, kan anjing dah gigit tuannya. 

Yan Jin tahu Pemaisuri memang takkan lepaskan kuasa pada dirinya melainkan dirinya berkahwin dengan bau bacang keluarga pemaisuri tu iaitu anak kepada Gong Yr, Gong Zhi Yue. Raja Yan Jin perintahkan Zhi Xia menjadi eunuch peribadinya. Zhi Xia ingat dia belum terkantoi dengan raja ni, rupa-rupanya raja ni lama dah tau dan dah pun siasat latar belakang dia. Dan lama-lama tu dia jatuh hati pada Zhi Xia ni. Alah, gila sweet. 

Pahtu, bila keadaan istana mula berkocak, Yan Jin cuba nak sembunyi Zhi Xia dari ketahuan, namun gagal. Apatah lagi bila Zhi Xia ini menyamar, maka murka la Permaisuri dan menuduh Zhi Xia cuba menggoda raja. Dibawa la lari mereka. 

Pada pihak mak Zhi Xia pulak, dia ingatkan Yan Jin ni anak orang ternama biasa, tak disangka raja pulak. Ha ha Bila si raja cuba nak menawan hati bakal mak mentua, ni lawak. Ha Ha ha 

Bila Menteri Pertahanan, Gong Ye tu dapat memberontak dia cuba untuk naik jadi raja. Sebab masa tu, Yan Jin dah lari keluar dari istana untuk cari mak dia sebenar. Dan Menteri Pertahanan kot, diarahkan semua bala tentera untuk bunuh Raja sebenar. Untuk memudahkan dia naik takhta. 

Zhi Xia dan mak dia terpaksa ke luar daerah menyamar jadi orang lain tapi terkantoi jugak. Dalam Menteri Pertahanan Gong Ye ni rasa dia makin dekat dengan motif dia, dia tak sedar bahawa anak dia, Gong Zhi Yue cuba nak selamatkan dia yang memang dah sesat jauh. Tapi, ya la anak kan. 

Bekas tunang tak jadi Zhi Xia dulu, Lin Yang Qing seorang bijak pandai menjadi tulang belakang pada semua rencana Raja Yan Jin dalam mengatur perjalanan pemberontakan Menteri Gong Ye. Acah belot Raja Yan Jin, berpaling tadah mengikut Gong Ye. Padahal itu semua rancangan saja. Nasib la Raja Yan Jin ni dalam dia jatuh cinta dia sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dia. 

Dari mula Zhi Xia masuk istana, diceritakan bagaimana Raja Yan Jin ni mengatur strategi dalam menyelamatkan tampuk pimpinan tinggalan raja lama, iaitu ayahandanya sendiri dari jatuh ke tangan orang yang tamak.

Bila orang dah gila kuasa, apapun sanggup dilakukannya demi mencapai cita-citanya. Akhirnya dia sendiri mati di tangan Raja Yan Jin. Anak dia sikit pun tak terkilan dowh. Haha 

Kesudahannya Raja Yan Jin menukarkan status Zhi Xia dari seorang pelayan kepada Pemaisurinya. Ehek~ 

Bahagia la semua karakter yang ada. Hush Hush... 


Next drama please.. ... 

Khamis, Julai 09, 2020

Ber-SUSHI BONANZA di Sushi King



Hai, Assalamualaikum,, 

Yosh~ setelah sekian lama tak makan sushi, thanks for my elder sister n her sister in law ngajak dan belanja guwe besushi bonanza. 

Sushi Bonanza Sushi King: 6 Julai - 12 Julai 2020

Alhamdulillah lepas rasa tekak. Tengahari di kala cuba melenakan bebudak, my sister called suruh siap, 10 minit sat g dia mai amek. Hokoloh, bertempiaran lari. Al-maklum la, kita ni ibu malas. Jadi paham la kan? 

Siapkan bebudak dulu, baru Ibu siap. Makanya, Taraa~ bersushi la kami di Sushi King Taman Universiti. Disebabkan rasa teruja tu, aku tak sempat nak amek gambar. Ha Ha ha A.k.a malas. Sebab orang tengok macam kami ni aneh-aneh aja. (ke perasaan aku saja?) 


Dah scan QR Code mysejahtera di pintu masuk, kami terus la terpinga-pinga menunggu orang served. Ha ha Tapi teda siapa perasan, kami pun masuk la. Ha ha nampak jakun dowh. 

Sekali manager dia datang kata kena tunggu kat luar. Oh,  mana nak tau. He he pAhtu tanya aplikasi member. Eh, rupa-rupanya ada term & condition untuk sushi bonanza ni. Ke kami je tak tau? Kah Batak siak. 



Makan tak boleh lebih sejam. Tapi disebabkan kami order Sakura Ice Cream lambat sampai, so makan masa la sikit. Nak punctual tak jadi punch gitu.  

Over all, cerita dia terima kasih pada sis aku yang sudi belanja adik dia yang takkan punya geng untuk makan sushi ni sejak kawen. He he 


Muka Nayla serius je sebab tak ada apa yang boleh dia makan kecuali timun tu je. Ha hA tekak Banjar ni, makanan gini tak masuk. Nami sakan makan ikan sanma Mak lOng dia suapkan. Syiok ah Nami pertama kali makan di Sushi kIng ni. 

Lepas dari tu, kami jalan-jalan la sekejap ke atas. Cuci mata. Lama dah tak kemari. Teringat di Jusco tu la tempat aku melepak lepas kawen. Eh, berkerja la di Department Sushi la. tapi, bawah Aeon punya. Situ la aku dapat kawan pertama lepas kawen, situ la aku bermain. eh mencari rezeki duit sampingan. Buang boring. Tapi tak terfikir nak kumpul perabot ke mende. 😬 

Banyak dah berubah. Orang pun ramai dah tak kenal. Hee~ tapi antara aku dan laki aku, ramai kenal laki aku lagi dari aku. ahaha Dulu masa bujang pun dia kerja situ jugak. Ex ex jugak la ni. 

memori itu indah, sekali sekala boleh jugak diputar kembali. kan? 

Rabu, Julai 08, 2020

Baru nak cuba Kek Tornado Viral



Baru ada masa nak update nih haa, Assalamualaikum geng and readers~ 

Setelah sekian lama, Tak nama Malaysian la kalau tak terpengaruh dengan benda viral ni kan. >,<

Kek Tornado Viral, sejak bila ianya berkampung di laman media sosial terutama di Facebook pun aku tak tahu. Yang tahu, lately dia banyak lalu di timeline aku. Geram je rasa. Cuba la usha-usha harga dia berapa sekotak macam ni kan. 

Pada mulanya berangan nak buat sendiri. Tengok pada resepi macam renyah ya amat. Berlapis-lapis kau. Padan la orang jual mahal. Dengan coklatnya lagi, cream cheesenya lagi. Wow sangat rasa dia.  Pada bayangan aku saja. 


Ceritanya sejak Jun lalu aku cuba order delivery setiap kali aku balik kampung, supaya dapat la belanja mentua dan adik ipar aku yang gemar makan jenis-jenis pencuci mulut ni. Malangnya tiap kali nak order, seller majoriti close order untuk hujung minggu. Tiba la saat minggu lalu, aku dapat order daripada seorang seller ni. Alhamdulillah rezeki la jugak walaupun dia cuma open order pada hari Sabtu. Tak apa la kot. Aku balik malam hari. kata dalam hati. Order la dua, saiz besar dengan harga RM25/kotak. mungkin dalam 1/3kg macam tu aku rasa. berat jugak la. Berbaloi dengan berat, cuma tak berbaloi pada aku rasanya teda jugak cream cheese tu pada Kek Tornado Viral ni.


Alhamdulillah cukup la sekali dapat merasa, supaya tak kempunan kata orang tua. Jangan tak cuba kan? Dengan servis penghantaran cuma RM3 pada aku seller sangat baik. Cumanya, bila tiba masa penghantaran yang dijanjikan bermula daripada 3 petang, di sekitar Pontian. Dan 5 petang di sekitar Pekan Nenas, malangnya aku lama bagi aku. Phew~ Sebab aku punya kek sampai jam 8.15 malam kot? Agak-agaknya kenapa? 



Sorry la kalau aku ni agak cerewet tapi kira ketepatan waktu itu tak boleh dijanjikan sekiranya kita ni ada masalah jalan jammed ka, hujan lebat jugak masa tu. Ya faham jugak. Mungkin kesukaran delivery guy mencari kawasan rumah pelanggan tu menyebabkan salah satu asbab kenapa boleh jadi lambat. Padahal prosuder penghantaran itu, cuma serah, bayar. Itu pun sekiranya belum bayar. Macam aku sudah pay by transfer. lagi mudah. Tapi itu la, lama bebenor ya, padahal Pontian dengan Pekan Nenas tu apa la sangat. 

Masam je muka laki aku kitaorang balit lambat dek kerana menunggu kek ni. BERBALOI KE TIDAK? 

Boleh la. Nak kata tak berbaloi, kek ni mungkin menggunakan coklat premium, sangat sedap jugak. So, worth it la. Nak repeat maybe not. Itu la orang kata, benda viral biasanya indah khabar dari rupa. He he 

Maaf la sis baru nak merasa ni. Next, apa lagi yaa...