Ahad, Julai 19, 2020

Chinese Drama: Parallel Love (2020)


Tajuk: Parallel Love / Time Countdown To Meet You
Genre: Time Travel, Business, Romance
No. of Episode: 24 
Cast: Li Hong Yi, Kira Shi, Yang Ze, Wang Yu, Chang Huang Sen, Lou Zheng. 
Sinopsis: Lin Miao, a successful events manager from the year 2020 accidentally time travels back to 2010. She receives a mission revealing that if she wants to return to the future, she must help Jiao Yang become the president of his father’s company within 3 months. If she fails, she will disappear forever.


Spoiler Alert 

Akhirnya tamat sudah drama ini. Gigih aku follow up walaupun belum habis. Randomly tengok drama ni selepas asyik tengok drama Zhou Lu Si, dan tersangkut jugak turutan drama Li Hong Yi ni. 


 

Kisah cinta antara Jiao Yang dan Lin Miao dari masa hadapan. Satu hari Lin Miao rushing nak pergi meeting, tetiba dapat tahu dirinya di 10 tahun ke belakang. 

Aku wonder macamana jugak dia tahu mission dia kena jadikan Jiao Yang tu presiden Hong Yu. Mungkin aku miss pandang kot. Sebab alih-alih dia tahu dia kena jadikan Jiao Yang tu Presiden, padahal masa pertama kali dia jumpa Jiao Yang tu, memang masa tu nak umumkan si Jiao Yang ni Vice President pun. Tapi, disebabkan paparazi dapat tangkap gambar dia yang agak serabai masa hari pengumuman tu, dorang saspek dia ni playboy. Biasa la, anak orang kaya. 

Dan dalam masa tiga bulan, Lin Miao kena bantu Jiao Yang ni untuk buktikan dirinya layak jadi Presiden bagi syarikat ayahnya, iaitu Hong Yu Group. 

Lin Miao daripada masa hadapan merupakan Pengawai pemasaran kalau tak silap aku, selepas berpisah dengan pakwe dia 10 tahun lalu dia langsung tukar namanya yang sebenarnya Lin Wei Jun. 

Mungkin sebab tengok skip-skip, aku tak berapa fokus sangat. Drama ini mengisahkan perjalanan Jiao Yang yang agak susah nak jadi Presiden pada kompeni bapak sendiri padahal benda tu senang yang amat. Bila barisan pemegang saham tak berapa kenan sangat dengan sikap Jiao Yang yang suka amek ringan terhadap sesuatu hal berlaku. Kerana keberadaan Lin Miao di sisinya, Jiao Yang boleh bangun dan berubah menjadi lebih matang. 

Ending yang agak boleh la suam-suam kuku gitu,  Lin Miao yang mula menampakkan siptom penuaan dengan terlalu pantas, membuatkan Jiao Yang berusaha untuk menjadi Presiden demi menghantar Lin Miao pada masa hadapan. Sebelum itu, Jiao Yang memberikan Lin Miao cincin dan mengangkat vow bersama. Tapi, bukan official la kan. Membuktikan bahawa cintanya pada Lin Miao takkan pernah putus walaupun mereka berbeza waktu. 

Akhirnya, setelah 10 tahun berlalu, Jiao Yang dapat juga bertemu dengan Lin Miao yang telah berubah menjadi penulis novel dan tertarik dengan rumah yang dibuat oleh syarikat Hong Yu Group yang mana idea rumah tersebut atas kerjasama Lin Miao dan Jiao Yang pada masa dahulunya. 

Pening jugak kepala aku nulis review ni. tapi, jangan risau drama dia tak pening. Ha Ha 

Aku wonder apa jadi Lin Wei Jun pada 10 tahun lalu tu yek lepas dia dah berenti di syarikat lawyer tu? Bukan dia jadi orang yang sama? Ah, sudah!


Benda yang seronok aku belajar sepanjang tengok drama ni, which is semangat Jiao Yang untuk berubah walaupun dia tahu ada orang akan tikam belakang dia. Walaupun bapak sendiri tak percayakan dirinya. Akan tetapi, adanya Lin Miao satu-satunya pembakar semangat dirinya membuatkan Jiao Yang tetap gigih berusaha untuk menjadi President. Selain daripada itu, boleh lihat serba sedikit macamana dorang cuba untuk realisasikan sesuatu yang nampak mustahil pada masa tu, tapi sangat realibel / bagus untuk masa akan datang. Gitcheeew~

Setahun sudah hikayat Izz Najmi


Sungguh tak terasa, setahun sudah berlalu anakku ini. Walaupun begitu, masih terasa lagi kesakitan menahan contraction seharian yang sepatutnya hari kelahirannya. Sehingga kini semua orang terdekat ingat dia lahir 17/7 padahal 18/7/19.

Kisah ayahnya merempit tika ibu menahan serasa mahu meneran dirimu saja, Pengalaman Second born. Berpantang bersama dengan mok de kau dua minggu. Macam mimpi pulak. Selang 13 hari lagi, birthday Furqan Hilman pulak. 

Ini dia sepupu selang 13 hari. Besar masing-masing lebih kurang. Tapi, sekarang boleh nampak sudah kecenderungan peribadi masing-masing. Si Izz lebih kepada bermain sendiri, namun manjanya usah dibawa bincang. Pandai mengambil hati orang tua. Jika nak dibandingkan dengan Furqan Hilman, yang nampak lebih bijak berbuat sesuatu tanpa perlu diajar. Namun, sangat kuat mengusik. Ligatnya pantang pintu terbuka, pasti lolos ke luar. Fuh, masing-masing ya... 

Izz Najmi, Ibu coretkan setahun kelahiranmu di sini. Maafkan Ibu sering kali terlepas dalam mendidikmu. Namun, hadirkan dikau memberikan ibu sinar baru dalam kehidupan ibu. Ibu mohon pada Allah pelihara lah anak-anakku dalam iman, moga mereka menjadi anak soleh solehah, moga diri mereka sentiasa diberikan kesihatan dan perlindungan oleh Allah SWT. Moga kalian juga boleh membantu Ibu menjadi Ibu yang lebih baik. 😘 

Selamat ulang tahun yang pertama Izz Najmi. Bintang kekuatanku. Moga Allah merahmatimu dengan hidayah dan iman sehingga akhir hayatmu. 


Sabtu, Julai 18, 2020

Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, siap!




Teringin punya pasal, Mee Jawa hasil berguru jauh, Siap! | Dugaan bila kau berada di Tanah Malaya, tekak inginkan makanan Sarawak. Maka, teda siapa yang boleh kau harapankan melainkan diri sendiri sahaja. 

Terima kasih buat adikku, sudi berkongsi resepi walaupun kami jauh. Dengan kemudahan video call thru whatsapp, dia guide aku buat sampai siap! Sampai dua kali tambah. Ha Ha Ha Puas hati wooo...letak daging banyak-banyak. Yummmm~ 

Nah, dengan izin beliau, aku share resepi untuk simpanan aku kemudian hari. Dan untuk korang jugak teringin nak merasa la kan.. 

Jika korang nak tau, kalau di Johor, Mee Jawa ni  lebih kurang adik beradik dengan Mee Rebus ke Mee Kari kalau tak silap aku. Cumanya Mee Jawa ditaruk rempah sedikit untuk membezakan rasa mereka. 



Resepi Mee Jawa: (untuk 4 hidangan)

Bahan-bahannya: 
1/2kg daging yang telah direbus (airnya disimpan tepi) 

Bahan A: 
2 biji keledek oren 
1 biji kentang 
2 biji telur 
-direbus bersama untuk jimat waktu. Kemudian, keledek dan kentang dikisar bersama menjadi puree 

Bahan B: 
3 sudu serbuk kari daging 
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar 
-gaulkan bersama air panas, agak-agak likat sikit, hidu baunya sebati atau tidak. Pastikan bau kari itu lebih kuat berbanding dengan bau yang lain.

Bahan C: 
2 biji bawang merah shallot
1 biji bawang merah bombay
3 biji bawang putih 
1 sudu udang kering
-dikisarkan bersama 

sedikit cili kisar. 
1 gengam daging yang telah dihiris halus. 
garam, gula dan cukup rasa seadanya. 
Sedikit minyak masak. 
Air rebusan daging


Cara-cara membuatnya: 
1. yang lain serba sedikit aku dah tulis di atas ya. 

2. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan C ke dalam periuk. Gaulkan sehingga naik bau. jangan dilupa sedikit cili kisar. Gaul sehingga naik bau. 

3. Kemudian, masukkan bahan  B ke dalam periuk. Gaulkan sehingga sebati dan naik bau. Pastikan rempah pecah minyak baru la padu rasa kuahnya. 

4. Masukkan puree keledek bersama dengan air rebusan daging. dan 1 genggam daging. Baki selebihnya daging boleh dihidang ketika makan nanti. gaul sebati. 

5. Masukkan garam, gula, dan sedikit cukup rasa. Biarkan kuah mendidih. sambil-sambil itu kacaukan bagi rasa mereka sebati. 


6. Dah siap! 

Rahsianya adalah, bagi semua rasa bersatu semuanya. Baru rasa pior kuahnya itu. Jika korang rasa macam sekejap rasa keledek je, sekejap rasa daging je, sekejap rasa rempah je. Biarkan saja. Nanti dah didih masih jugak tak bersatu rasa, jangan pulak dipanggil ahli Bersatu, korang biarkan lagi kuah itu sehingga benar-benar rasanya itu ngam semua. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah air rebusan daging lagi. biarkan kuah sedang-sedang aja pekatnya.

Jangan lupa jugak bahan lain untuk mee jawa ni iaitu: 

Bahan Utama: 

mee kuning yang telah dicelur 

sayuran seperti taugeh ataupun daun bawang

Telur Rebus 

Dah siap pun menu mee jawa kita. 


Nah, ini la dia mee jawa sap sap soi kata orang. Asalkan lepas rasa tekak teringin tu kan. Ho ho ho 

kOrang boleh la cuba ya.