Isnin, Ogos 03, 2020
Hello, August!
Hello, August! | Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam Aidiladha dari Aien. Wah, senyap blog ye. Sakan beraya ke tu? Al-maklum la kampung tiada line, dan aku juga lupa a.k.a tiada kesempatan nak buat siap-siap entry dek kerana kesibukan menguruskan kisah misscarrige aku yang baru seminggu berlalu.
Pejam celik juga, kita telah pun berada di bulan ke 8 daripada 12 bulan. Eh, lagi 4 bulan tahun 2020 akan pergi? Sungguh tak berasa kan. Perintah kawalan Pergerakan yang orang dok merungut pun telah berlalu sehingga Perintahan Kawalan Pergerakan Pemulihan. Namun, kes saban hari ada pasang surut. Risau hati tengokkannya. Bermula 1 Ogos lalu juga, kita diperintahkan untuk kembali memakai pelitup muka secara tegas oleh Kerajaan. Makanya juga, sekira tiada kewajipan untuk berada di luar. Kita disarankan untuk duduk diam-diam di rumah sahaja. Mari la kita berdoa agar covid-19 segera beredar dari muka bumi ini. Supaya kita boleh hidup dengan keadaan biasa. Buat masa ni, jangan lupa jaga jarak. Elakkan 3C. Dan jaga kebersihan diri.
Eh, bebel pulak apa ni?
Itu je la aku nak pesan. Moga August bakal membawa berita gembira buat kita. Jika diikutkan PKPP bakal tamat hujung bulan ini. Namun, dilihat pada turun naik kes saban hari kita pun tak boleh nak jangka apa dan bagaimana tindakan Kerajaan untuk sesi seterusnya..
Buat mereka yang baru kembali dari luar negara, kuarintin la diri anda. Jauhi la tempat awam. Jika anda rasa diri bergejala, segera la telefon no yang sepatutnya. Tak perlu la ke hospital mahupun klinik untuk menambah risiko pada orang lain.
Dan untuk diri aku, be better mum k. Emosi jaga. Diri pun jaga. ^^