Isnin, Ogos 03, 2020

Giveaway by Ejulz & Shirven


Aku ni nak support geng Sarawak blogger yang aku kenal di alam maya ni. Hope uolls sudi la join k. meriahkan lagi reramai support genk. ^^ 

Tarikh tutup: 15 Ogos 2020 

Bah, jom! Klik jak banner di atas untuk join k. ^^ 



Hello, August!




Hello, August! | Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam Aidiladha dari Aien. Wah, senyap blog ye. Sakan beraya ke tu? Al-maklum la kampung tiada line, dan aku juga lupa a.k.a tiada kesempatan nak buat siap-siap entry dek kerana kesibukan menguruskan kisah misscarrige aku yang baru seminggu berlalu. 


Pejam celik juga, kita telah pun berada di bulan ke 8 daripada 12 bulan. Eh, lagi 4 bulan tahun 2020 akan pergi? Sungguh tak berasa kan.  Perintah kawalan Pergerakan yang orang dok merungut pun telah berlalu sehingga Perintahan Kawalan Pergerakan Pemulihan. Namun, kes saban hari ada pasang surut. Risau hati tengokkannya. Bermula 1 Ogos lalu juga, kita diperintahkan untuk kembali memakai pelitup muka secara tegas oleh Kerajaan. Makanya juga, sekira tiada kewajipan untuk berada di luar. Kita disarankan untuk duduk diam-diam di rumah sahaja. Mari la kita berdoa agar covid-19 segera beredar dari muka bumi ini. Supaya kita boleh hidup dengan keadaan biasa. Buat masa ni, jangan lupa jaga jarak. Elakkan 3C. Dan jaga kebersihan diri. 


Eh, bebel pulak apa ni? 


Itu je la aku nak pesan. Moga August bakal membawa berita gembira buat kita. Jika diikutkan PKPP bakal tamat hujung bulan ini. Namun, dilihat pada turun naik kes saban hari kita pun tak boleh nak jangka apa dan bagaimana tindakan Kerajaan untuk sesi seterusnya.. 


Buat mereka yang baru kembali dari luar negara, kuarintin la diri anda. Jauhi la tempat awam. Jika anda rasa diri bergejala, segera la telefon no yang sepatutnya. Tak perlu la ke hospital mahupun klinik untuk menambah risiko pada orang lain. 


Dan untuk diri aku, be better mum k. Emosi jaga. Diri pun jaga. ^^





Rabu, Julai 29, 2020

Berpantang dengan set pantang budjet Suzyhoney

Berpantang dengan set pantang super budjet Suzyhoney | Walaupun keguguran, seorang wanita itu harus menjaga dirinya demi kesihatan pada masa akan datang. 

Pada mulanya, aku tak berasa sakit-sakit badan sejurus selepas keguguran itu. Namun, selepas pergi sesi scan dan cek kot-kot ada saki baki darah mahupun placenta yang tertinggal, tubuhku longlai dan baru terasa seperti selepas bersalin. 

Kenapa? 

Ikutkan aku plan nak pergi scan 5/8 mengikut appointment aku sepatutnya buka buku pink. Akan tetapi, atas nasihat seorang teman. Akhirnya aku pergi ke KKTU untuk confirmation scanning dan kemudiannya bahagian Kecemasan HSA sekali lagi pada hari selasa, 28 Julai 2020. 

Nota: Selepas keguguran walaupun di rumah kita seharusnya pastikan segala saki baki yang ada dalam rahim telah selamat dikeluarkan. Bimbang sekiranya ada jangkitan pada kemudian hari . 

Kebetulan aku, selepas keguguran tiada rasa nak pitam, demam mahupun apa-apa siptom yang seharusnya dialami oleh orang selepas bersalin. Kerana itu, aku berasa tak perlu kot ke hospital padahal Encik Suami dah mengajak. 

Dan pergi ke KKTU, musim covid ni kena beratur dan khabarkan saja nak scan untuk confirmation misscarriage. Nanti tunjuk la gambar yang ada kita ambil (sekiranya ada) untuk bukti. 

Masuk ke dalam, mereka letakkan aku di bahagian triage untuk periksa tekanan darah. Sesudah itu, baru ke bilik doktor. Diperiksa dan scan perut, ada darah beku dalam rahim yang agak besar. Walaupun janin serta placenta telah selamat keluar. Maka, doktor di KKTU, referkan aku ke bahagian Kecemasan HSA untuk pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya ada sakit perut yang kuat, mohon pergi segera. 

Dan aku, biasa-biasa saja. Selepas menghantar anak-anak ke rumah nenek mereka, baru la kami berdua laki bini ke HSA. Di bahagian kecemasan, disoal siasat untuk kali keberapa untuk kepastian. Diminta untuk urine dan blood test. 

Wah, masa untuk masuk jarum blood test, boleh MA tu lupa nak letak alcohol swab. T^T main cucuk je dia punya nervous tak jumpa urat aku. Bila dicakap, dicabutnya jarum tu dan baru disapukan. menangis rasa. But, it's okay. Pengalaman kan? 

Settla kan bahagian kecemasan, dorang refer ke O&G lagi. Untuk kepastian. Alhamdulillah tak perlu D&C. Cuma diberikan suntikan ubat di bahagian peha untuk slowkan pendarahan. Wah, selepas itu bermula fasa mamai. Time ini la bermula jugak rasa kelelahan bersalin itu. Kenapa ya? Kesan ubat barangkali. 

Pesan doctor, sekiranya masih bleeding dalam tempoh seminggu aku diminta rujuk ke KKTU balik untuk scan. Nasib diberikan surat. 

Bila rasa badan dah lemau, aku bercari set berpantang. Kali ini terpikat dengan Suzyhoney Herbs. Ada orang kata, jika keguguran tak payah la berpantang sangat. Tapi, jujur aku cakap perlu sangat-sangat wahai gadis-gadisku sekalian. Badan anda mahu digunakan sehingga hujung nyawa. Jaga la elok-elok. 

Berbekalkan Krim Barut Herba Suzyhoney dan Minyak Serai Wangi dan juga Sabun Herba sangat sesuai untuk kita yang berpantang tanpa anak. Cukup la sekadar menyegarkan tubuh dan emosi sendiri. 


 Serupa losyen. Perlu dikocakkan sebelum guna. Tekstur seperti minyak scrub dan sangat selesa digunakan. sedap rasa badan selepas digabungkan dengan minyak serai. 


Minyak Herba Serai Wangi. Urm, macamana nak describe ya. Macam minyak urut lain kot. Haha 



Berlatar belakangkan pampers anak-anak. tiga produk daripada Suzyhoney aku cuba untuk berpantang kali ini. Murah, sesuai dengan bajet sendu pkpp ni kan. Next nak cuba set pemulihan SuzyHoney yang berupa jamu makan. tengok review macam elok.