Selasa, Ogos 04, 2020

Thailand Drama: Prophecy of Love (2020)


Tajuk: Prophecy of Love / Forecasted of Love 

Genre: Action, Romance, Friend, Drama, Family 

No of Episode: 13 

Cast: 

Sinopsis: Rosita gets into a car accident and suddenly gets a talent where she sees the future when she touches a rose. She becomes a famous fortune teller. One day, she makes a prediction in public to reporters that Theeruth, a famous actor, will make a woman pregnant and have a secret child. That prediction gets Theeruth into trouble and their relationship becomes antagonistic from that day. 

A few years later, there is a charity event and the host invites Theeruth and four celebrities as special guests, and also invites Rosita to tell their fortunes. Five celebrities choose different roses and give them to her to read. Once Rosita touches those roses, she sees sweet scenes of Theeruth and herself hugging, kissing and loving each other very much. She is so shocked. Her reaction is so strange and the five celebrities are very curious about what she saw. Rosita does not tell anyone and claims that she saw nothing. But all the guests do not believe her. 

After that day, something strange happens to her. She is attacked by someone and the suspect is one of the five celebrities whose fortunes she had read. The biggest suspect is Theeruth who had always been her opponent. But one day, he coincidentally saves her from the criminal and also offers to let her live with him as it is the safest place for her since everyone thinks that they are opponents.

Their relationship improves little by little from that day through many dangerous situations to find the real criminal who wants to kill Rosita.

(Source: James Ji Fansub)


SPOILER ALERT



Thailand Drama, randomly rasa nak tengok. Menceritakan tentang Rosita yang mendapat anugerah melihat masa akan datang seseorang melalui bunga ros sejak kemalangan melanda diri. 


Dengan anugerah itu, Rosita menjadi terkenal dan mendapat perhatian umum untuk menjadi tukang tilik. Dan melihat masa hadapan seorang pelakon lelaki terkenal, Theerut. 


Dalam visinya, Rosita melihat Theerut bakal terlibat dengan seorang wanita mengandung dan adik angkatnya mempunyai pertalian darah dengannya. Dan visinya itu benar-benar berlaku. Membuatkan Rosita mendapat tempiasan peminat Theerut memarahkan dirinya. Sejak daripada itu, Rosita tidak menilik nasib sesiapa dan fokus kepada pengubahan bunga. 


5 tahun kemudian, mereka berjumpa lagi dalam suatu majlis dan Rosita menilik nasib beberapa orang artis termasuk Theerut serta orang terkenal dalam majlis tersebut. 


Dek kerana takut, antara kelima orang ditilik nasib oleh Rosita ini cuba membunuh wanita tersebut. Malangnya, kebanyakan petunjuk melebih kepada Theerut dan itu tidak benar, membuatkan Theerut memutuskan untuk membenarkan Rosita tinggal bersamanya. 


Rosita pula, takut visi Theerut dilihatnya benar-benar berlaku. Namun, dia cuba untuk mengambil risiko. 


Antara watak penting lain: 

  • Chang - Seorang anggota polis terlibat dalam penyiasatan kes Rosita. Kawan baik Theerut. 

  • Kratai - Pembantu merangkap kawan kepada keluarga Theerut. Juga merupakan intern di Hotel milik Paul. 

  • Paul -  kawan baik kepada Rosita yang pada mulanya aku ingat dia teman lelaki Rosita. Memilik sebuah Hotel. 

  • Thee Ran - adik kepada Theerut, ibu kepada Rawee. Mangsa rogol kawan baik Theerut sendiri, Auaychai. 

  • Auaychai - antara watak villain yang cuba untuk balas dendam terhadap Theerut. Kerana baginya Theerut telah merampas semua kejayaan yang patut jadi miliknya. 

  • Rin - teman pelakon kepada Theerut. mempunyai skandal dengan abang ipar Paul, Thanaphol. Namun, pandai sembunyikan sehingga langsung tak dihidu oleh media. 

  • Lyla - Customer designer untuk drama lakonan Rin dan Theerut. Ada masa silam bersama Rin. 

  • Wittkhorn - Ahli politik yang menyalahgunakan kuasanya demi kepuasan nafsunya sendiri. 

  • Thanaphol - Abang ipar Paul, seorang yang bijak namun akhirnya terkandas juga. 

  • P' Ta - Kakak kepada Paul, shareholder di hotel Paul. Juga orang yang banyak memperkenal Rosita pada orang lain. 

  • Bini General - 


Aku rasa itu je kot yang penting. Rin, Lyla, Wittkhorn, Thanaphol, P' Ta dan Theerut antara orang yang ditilik oleh Rosita di majlis pelancaran tu. 


Bila Rosita dan tinggal dengan Theerut, bermula episode Theerut flirting dengan wanita itu. Rosita ingatkan Theerut ni playboy dan telah menjadi suami orang. Sebab tu dia sedaya upaya menidakkan visi yang dia nampak tu.


Theerut pulak, seorang abang a.k.a pak cik yang penyayang kepada Rawee dan anak yang baik. Suka tengok hubungan kekeluargaan dalam drama ni. Walau apapun berlaku pada adiknya, Theerut tak pernah berhenti mencari adiknya yang sering dihantui igauan lalu. Ran, sentiasa melarikan diri apabila dirinya ditemui oleh Chang. 


Seorang demi seorang terkantoi daripada menjadi saspek kes cubaan membunuh Rosita a.k.a Rose. 


Pertama sekali Theerut yang jelas-jelas dia aja yang tiap kali berlaku cubaan, menyelamatkan Rosita. Keduanya Lyla, custom design yang acah ada sijil kelayakan daripada luar negara. Hakikatnya dia cuma tukang jahit yang berbakat dan seorang budak pinggiran. Jika dulu dia mempunyai skandal dengan Rin, namun kini Rin pula cuba menghancur kerjayanya. Selepas kes mak Lyla cuba untuk bunuh diri. Lyla akhirnya pasrah rezekinya tiada di bandar kembali ke pangkuan keluarga. Redha mak itu penting. ^^ 


Kesudahannya, saspek cubaan membunuh Rosita tinggal la tiga. Baru la terbongkar sedikit demi sedikit bahawa Rin memang cuba untuk ugut Rosita supaya wanita itu tidak memecahkan rahsia dia. Dalam masa yang sama, bini general polis juga mengupah orang suruhannya untuk membunuh Rosita agar rahsianya 10 tahun lalu tidak terbongkar. Kerana cinta, dia sanggup membunuh adik beradiknya sendiri. Tapi, mesti la terbongkar juga kan. 


Dalam Rosita menyelesaikan satu demi satu rahsia melalui visinya, Theerut sentiasa membantu dan lama kelamaan love hate story mereka pun bermula. Bila keadaan semakin kritikal dan mereka berjaya menemukan saspek cubaan membunuh Rosita, namun musuh juga semakin berani mencuba kerana mereka tahu pihak polis tiada bukti untuk menahan mereka. 


Sedih, ahli politik corruption demi nafsu sendiri. Bayangkan jika berlaku di realiti, pusat anak-anak yatim menjadi tempat pemilihan hamba seks, nauzubillah min zalik. 


Auyachai, orang suruhan ahli politik tersebut cuba berkerjasama dengan Thanaphol demi menjatuhkan Rosita dan Theerut, akhirnya dapat tahu bahawa Rawee itu anaknya sendiri. Tika itu, dia insaf dan ahli politik pula cuba membunuhnya. Dia mengambil keputusan untuk tamatkan semuanya demi membalas jasa Theerut selaku kawan baiknya dahulu. 


Tinggal Thanaphol yang keras kepala. Paul sangat benci abang iparnya yang curang pada kakaknya, Namun, untuk menyabitkan kesalahan pada lelaki itu  Paul dan yang lain tidak mempunyai bukti. Bila Thanaphol cuba membunuh Rin yang memaksa lelaki itu menikahi dirinta setelah mendapat tahu dia mengandung. Dan Rin menjadi satu-satunya saksi kuat menjatuhkan Thanaphol. 


Saat akhir juga, Thanaphol masih mahu membunuh Rosita kerana baginya wanita itu tuah buruk pada dirinya, Theerut menembak Thanaphol di tempat lelaki itu menyembunyikan mayat Tuan empunya pusat jagaan anak yatim yang dibunuhnya dahulu. 


Phew~ dalam aksi ada comedy. Ada cuit-cuit cinta. Seronok juga lari layan drama Thailand ni. Asyik keluar iklan je, akhirnya berjaya layan juga. 


Syabas! 



Isnin, Ogos 03, 2020

Giveaway by Ejulz & Shirven


Aku ni nak support geng Sarawak blogger yang aku kenal di alam maya ni. Hope uolls sudi la join k. meriahkan lagi reramai support genk. ^^ 

Tarikh tutup: 15 Ogos 2020 

Bah, jom! Klik jak banner di atas untuk join k. ^^ 



Hello, August!




Hello, August! | Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam Aidiladha dari Aien. Wah, senyap blog ye. Sakan beraya ke tu? Al-maklum la kampung tiada line, dan aku juga lupa a.k.a tiada kesempatan nak buat siap-siap entry dek kerana kesibukan menguruskan kisah misscarrige aku yang baru seminggu berlalu. 


Pejam celik juga, kita telah pun berada di bulan ke 8 daripada 12 bulan. Eh, lagi 4 bulan tahun 2020 akan pergi? Sungguh tak berasa kan.  Perintah kawalan Pergerakan yang orang dok merungut pun telah berlalu sehingga Perintahan Kawalan Pergerakan Pemulihan. Namun, kes saban hari ada pasang surut. Risau hati tengokkannya. Bermula 1 Ogos lalu juga, kita diperintahkan untuk kembali memakai pelitup muka secara tegas oleh Kerajaan. Makanya juga, sekira tiada kewajipan untuk berada di luar. Kita disarankan untuk duduk diam-diam di rumah sahaja. Mari la kita berdoa agar covid-19 segera beredar dari muka bumi ini. Supaya kita boleh hidup dengan keadaan biasa. Buat masa ni, jangan lupa jaga jarak. Elakkan 3C. Dan jaga kebersihan diri. 


Eh, bebel pulak apa ni? 


Itu je la aku nak pesan. Moga August bakal membawa berita gembira buat kita. Jika diikutkan PKPP bakal tamat hujung bulan ini. Namun, dilihat pada turun naik kes saban hari kita pun tak boleh nak jangka apa dan bagaimana tindakan Kerajaan untuk sesi seterusnya.. 


Buat mereka yang baru kembali dari luar negara, kuarintin la diri anda. Jauhi la tempat awam. Jika anda rasa diri bergejala, segera la telefon no yang sepatutnya. Tak perlu la ke hospital mahupun klinik untuk menambah risiko pada orang lain. 


Dan untuk diri aku, be better mum k. Emosi jaga. Diri pun jaga. ^^