Ahad, Ogos 09, 2020

Najmi dikesan hadapi masalah bow leg

 Assalamualaikum gais, salam hujung minggu. Semalam boring-boring termenung terfikir pulak nak buat entry cerita pasal kisah Najmi masa dia check up setahun hari tu. 


All is good , alhamdulillah but once kitaorang nak keluar dari bilik misi tu, Aien lepaskan si Najmi ni jalan sendiri. Tapi  misi suruh tahan. Kenapa la pulak kan? Rupa-rupanya kaki sebelah kiri Najmi masuk ke dalam was called "Bow Leg". Terus kena refer ke doc suruh tengok macamana la kan. Alhamdulillah jugak, dod kata kita pantau dia till 2 years old. After that  kalau kaki dia masih not okay, kena la kan refer pada fisio. 


Apa itu Bow Leg? 

Bow legs (or genu varum) is when the legs curve outward at the knees while the feet and ankles touch. Infants and toddlers often have bow legs. Sometimes, older kids do too. It's rarely serious and usually goes away without treatment, often by the time a child is 3–4 years old.

-kredit carian google. 


Kalau diikutkan kata doc, normal bagi kanak-kanak yang baru belajar berjalan. Sekiranya berlanjutan, ianya harus diperbaiki. Bila dicari dan baca pada carian google, takut jugak bow leg ni kan. 

Misis ada tanya, kalau dia jalan ada jatuh-jatuh tak? Normal ada la kan, but tak selalu. 


Diikutkan usia, Najmi boleh berjalan awal tau. Sekitar 8 bulan begitu. Jika dibandingkan dengan adik sepupu dia, Furqan much aktif that little boi. Sampaikan Najmi pun takut dengan dia. Tapi, Furqan tak ada bow leg walaupun dia pun boleh berjalan awal dari usia. 


Tak tau la apa penyebab Najmi boleh bow leg tu. Boleh baca sini jika sudi, Bow Leg Info 

Dan dia kata, boleh mempengaruhi cara jalan seseorang itu. Tak berapa ingat la Nayal dulu macam tu ke tak ye. Kena scroll balik video dia berjalan ni. Nasib Aien ni jenis suka rekod masa dorang memula belajar berjalan sehingga la sekarang. 


Perasan masa first dia berjalan kaki Najmi kembang di bahagian lutut, tapi buku lalinya masuk ke dalam. Fikirkan itu normal sebab dia nak seimbangkan badannya. Lama kelamaan, sebelah kanan sudah normal. tinggal la sebelah kiri ni. 

Hampir sebulan dah Najmi dikesan bow leg tu, saban hari Ibu dia tilik kaki si anak ni. Di urut setiap malam supaya lurus. Kata mak mentua, itu la, tak dibedung kakinya kembang begitu.  

Nayla dulu sampai tiga bulan masa tidur berbedung, Najmi mana mahu. Haha Mampu ketawa saja la. Kadang orang cakap benar, kita saja la yang pahit nak terima kan? 


Ini gambar semalam. Boleh nampak dia berjalan, kaki kirinya tertinggal ke belakang gitu.. heee~ 



Ini gambar Najmi berdiri tegak. Nampak kekok sangat. Harap kakinya boleh normal setiba usianya. 


Masa ni tak perasan la pulak kan? Hurm..  Hurm.. Hurm.  Ibu kau ni dah speechless dah bila kenangan kaki kau ni Najmi..


  

Rabu, Ogos 05, 2020

Hasil cabutan bertuah, Oven baru lagi besar.

Alhamdulillah, sekali kau bersyukur atas segala nikmatnya, Allah akan gandakan rezeki pada mu. 

Alhamdulillah. Tahniah Cik Suami dapat cabutan bertuah dalam mesyuarat agung kelab keluarga tempat dia bekerja. Masyuk. 

Pulang rehat tengahari, dia sempat bermain dengan anak-anak minta doakan supaya dapat TV. Dapat la tengok TV di rumah. Aku ni blur. Tang mana nak dapat TV tu.. Haha tak la pulak mulut ni nak menanyakan. 

Alih-alih petang dia balik kerja mengangkut sekotak besar oven. Sebelum tu ada jugak masuk whatsapp kabokan pada aku, tapi itu la. Tepon tak sempat menengokkan. 


Alhamdulillah Allah. Tak dapat TV  oven pun jadi. Besar bak hang. Sama jenama yang Mr.Ayahumi aku hadiahkan pada kami masa kahwin dulu. Tapi kali ni sekali ganda besar dia. Siap boleh panggang ayam sekor jah.. Boleh la buat kenduri kendara. 

Apa yang aku teruja lagi, macam pembakar semangat la suruh aku nak baking-baking ni. Angannya nak bisnes brownies la, apa la kan. Ala simple simple je. bila dah ada oven besar macam ni terangan la pulak nak bakar kek lapis sendiri. Kah! Kita tengok sejauh mana kek lapis itu pergi. Haha 

Setakat ni mampu jual yang orang buat ja. Nak buat sendiri rajin bebeno... 

Makanya, bila dah ada oven baru ni.. yang kecik molek tu pass la pada mak mentua. Buat dia bakar bakar apakan. Heee~ I am so excited .. 

Cik Suami pun bukak cerita, sejak kawin rezeki cabutan bertuah tu tak pernah miss. Dulu, masa mula kahwin dapat alas cadar. Pun kain bagus. Sampai sekarang aku suka mengenakan set tu. Raya tahun lalu, dapat kipas. Rezeki anak la. Memang masa tu cakap nak tambah kipas satu lagi dalam bilik. Alhamdulillah, dapat cabutan bertuah. Tak perlu dah beli. 

Bayangkan dalam bilik kami, kipas sahaja ada tiga. Satu kipas kaki, dua kipas meja. Setiap sudut katil ada kipas. Mak aih.. Bila sejuk, satu je la berfungsi. Tang panas.. Semua haa hidup.. 

Pahtu kali ni pulak, alhamdulillah dapat oven. Allah hiburkan hati aku kehilangan baby, suh happy happy bisnes agaknya. Aku dah dua tahun berangan nak bisnes brownies. Tapi, takut nak mula sebab khuatir pasaran, takut tak mampu kejar demand, lagi satu takut penyakit M aku datang. Sebab tu aku rajin buat untuk makan sendiri je. Kadang bawak balik kampung, lanje la tekak adik ipar yang suka dessert ni. Alhamdulillah, semua kena dengan tekak dia. sekarang dah pandai request minta buatkan kalo dah lama tak buat. Haha 

Tunggu la, ada sikit keberanian.. Ada la bau bau coklat yang awesome tu.. heee~ 

Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami hari ini. Alhamdulillah atas nikmat yang telah kau kurniakan pada kami. 

Chinese Drama: My Neighbour Can't Sleep (2019)


Tajuk: My Neighbour can't sleep 
Genre: Music, Comedy, Romance 
No. of episode: 24 
Cast: 
Sinopsis: A sweet romance begins when a pianist suffering from insomnia finds comfort in a quirky romance novelist.

Song Mi Duo who's been single since birth is an aspiring romance novelist who dreams of making it big. During the summer after her high school graduation, she meets Xi Song, a pianist who became famous at a young age. Due to the pressures that he faces, Xi Song suffers from insomnia but is surprised to realize that he can sleep when Song Mi Duo is beside him.

Using Xi Song as her model, Song Mi Duo becomes determined to write a love story that will take the world by storm. The two work up a deal that they will both benefit from, thus starting a unique sleeping arrangement as they chase for their dreams. (Source: ChineseDramas.info)

Spoiler Alert 

Sangat ringan dan santai untuk ditonton. Pelakon perempuan dia mengingatkan aku pada siapa tu pelakon Korea tu, Haa,,, Gong Hyo Jin. Sebijik sangat-sangat gaya deme ni. 

Kalau nak dikatakan Xi Song cold hearted guy, tapi dalam hati ada taman. Dia dulu yang suka pada Song Mi Do dalam diam. Sejak kematian ibunya, Xi Song pendam je segala keinginannya. Ikut je orang a.k.a manager dia Liang Ge cakap apa. But, once Xi Song kenal Song Mi Do dia berani berubah arah walaupun hubungan mereka sangat ditentang oleh orang sekeliling terutama daripada pihak Xi Song. Alah, ramai tu takat Liang Ge dengan Aunty Gu a.k.a penjaga Xi Song tu je. Even ayah Xi Song sendiri okay je. 

Teda juga la aku nak review panjang-panjang sebab macam tipikal corny comedy romance jugak la drama ni. 


Comel tengok Song Mi Do tu . Alih-alih kan, rupanya mak bapak Song Mi Do ni memang fans kalah mati si Xi Song ni. Sejak kecik Mi Do ni ditekankan oleh ibunya untuk mempelajari piano disebabkan Xi Song ni. Namun, sudahnya anaknya memilih untuk menjadi penulis novel. 

Konon nak amek Xi Song jadi inspirasi, last-last sendiri jatuh hati. Eh,, Dan akhirnya mereka hidup bahagia bersama. 


Nah, kunci pintu hati saya. Haha