Rabu, Ogos 05, 2020

Hasil cabutan bertuah, Oven baru lagi besar.

Alhamdulillah, sekali kau bersyukur atas segala nikmatnya, Allah akan gandakan rezeki pada mu. 

Alhamdulillah. Tahniah Cik Suami dapat cabutan bertuah dalam mesyuarat agung kelab keluarga tempat dia bekerja. Masyuk. 

Pulang rehat tengahari, dia sempat bermain dengan anak-anak minta doakan supaya dapat TV. Dapat la tengok TV di rumah. Aku ni blur. Tang mana nak dapat TV tu.. Haha tak la pulak mulut ni nak menanyakan. 

Alih-alih petang dia balik kerja mengangkut sekotak besar oven. Sebelum tu ada jugak masuk whatsapp kabokan pada aku, tapi itu la. Tepon tak sempat menengokkan. 


Alhamdulillah Allah. Tak dapat TV  oven pun jadi. Besar bak hang. Sama jenama yang Mr.Ayahumi aku hadiahkan pada kami masa kahwin dulu. Tapi kali ni sekali ganda besar dia. Siap boleh panggang ayam sekor jah.. Boleh la buat kenduri kendara. 

Apa yang aku teruja lagi, macam pembakar semangat la suruh aku nak baking-baking ni. Angannya nak bisnes brownies la, apa la kan. Ala simple simple je. bila dah ada oven besar macam ni terangan la pulak nak bakar kek lapis sendiri. Kah! Kita tengok sejauh mana kek lapis itu pergi. Haha 

Setakat ni mampu jual yang orang buat ja. Nak buat sendiri rajin bebeno... 

Makanya, bila dah ada oven baru ni.. yang kecik molek tu pass la pada mak mentua. Buat dia bakar bakar apakan. Heee~ I am so excited .. 

Cik Suami pun bukak cerita, sejak kawin rezeki cabutan bertuah tu tak pernah miss. Dulu, masa mula kahwin dapat alas cadar. Pun kain bagus. Sampai sekarang aku suka mengenakan set tu. Raya tahun lalu, dapat kipas. Rezeki anak la. Memang masa tu cakap nak tambah kipas satu lagi dalam bilik. Alhamdulillah, dapat cabutan bertuah. Tak perlu dah beli. 

Bayangkan dalam bilik kami, kipas sahaja ada tiga. Satu kipas kaki, dua kipas meja. Setiap sudut katil ada kipas. Mak aih.. Bila sejuk, satu je la berfungsi. Tang panas.. Semua haa hidup.. 

Pahtu kali ni pulak, alhamdulillah dapat oven. Allah hiburkan hati aku kehilangan baby, suh happy happy bisnes agaknya. Aku dah dua tahun berangan nak bisnes brownies. Tapi, takut nak mula sebab khuatir pasaran, takut tak mampu kejar demand, lagi satu takut penyakit M aku datang. Sebab tu aku rajin buat untuk makan sendiri je. Kadang bawak balik kampung, lanje la tekak adik ipar yang suka dessert ni. Alhamdulillah, semua kena dengan tekak dia. sekarang dah pandai request minta buatkan kalo dah lama tak buat. Haha 

Tunggu la, ada sikit keberanian.. Ada la bau bau coklat yang awesome tu.. heee~ 

Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami hari ini. Alhamdulillah atas nikmat yang telah kau kurniakan pada kami. 

Chinese Drama: My Neighbour Can't Sleep (2019)


Tajuk: My Neighbour can't sleep 
Genre: Music, Comedy, Romance 
No. of episode: 24 
Cast: 
Sinopsis: A sweet romance begins when a pianist suffering from insomnia finds comfort in a quirky romance novelist.

Song Mi Duo who's been single since birth is an aspiring romance novelist who dreams of making it big. During the summer after her high school graduation, she meets Xi Song, a pianist who became famous at a young age. Due to the pressures that he faces, Xi Song suffers from insomnia but is surprised to realize that he can sleep when Song Mi Duo is beside him.

Using Xi Song as her model, Song Mi Duo becomes determined to write a love story that will take the world by storm. The two work up a deal that they will both benefit from, thus starting a unique sleeping arrangement as they chase for their dreams. (Source: ChineseDramas.info)

Spoiler Alert 

Sangat ringan dan santai untuk ditonton. Pelakon perempuan dia mengingatkan aku pada siapa tu pelakon Korea tu, Haa,,, Gong Hyo Jin. Sebijik sangat-sangat gaya deme ni. 

Kalau nak dikatakan Xi Song cold hearted guy, tapi dalam hati ada taman. Dia dulu yang suka pada Song Mi Do dalam diam. Sejak kematian ibunya, Xi Song pendam je segala keinginannya. Ikut je orang a.k.a manager dia Liang Ge cakap apa. But, once Xi Song kenal Song Mi Do dia berani berubah arah walaupun hubungan mereka sangat ditentang oleh orang sekeliling terutama daripada pihak Xi Song. Alah, ramai tu takat Liang Ge dengan Aunty Gu a.k.a penjaga Xi Song tu je. Even ayah Xi Song sendiri okay je. 

Teda juga la aku nak review panjang-panjang sebab macam tipikal corny comedy romance jugak la drama ni. 


Comel tengok Song Mi Do tu . Alih-alih kan, rupanya mak bapak Song Mi Do ni memang fans kalah mati si Xi Song ni. Sejak kecik Mi Do ni ditekankan oleh ibunya untuk mempelajari piano disebabkan Xi Song ni. Namun, sudahnya anaknya memilih untuk menjadi penulis novel. 

Konon nak amek Xi Song jadi inspirasi, last-last sendiri jatuh hati. Eh,, Dan akhirnya mereka hidup bahagia bersama. 


Nah, kunci pintu hati saya. Haha

Chinese Drama: My Girl (2020)



Tajuk: My Girl / 99 point girlfriend 

Genre: Romance, comedy, Business 

No of episode: 24 

Cast: 

Sinopsis: As a child, Meng Hui was involved in a terrible accident. Though she has born the physical scars of that moment on her face all her life, it’s the mental scars that have caused the greatest damage. Traumatized by the event, Meng Hui developed a dissociative identity disorder which causes her to switch between two distinct personalities at random. Never knowing when her alternate personality might emerge, Meng Hui has struggled all her life, to find a balance between her two sides. Now grown, Meng Hui works as a makeup artist who has started creating her own small line of homemade cosmetics. As fate would have it, she happens to cross paths with Shen Yi, the CEO of a large cosmetics company, during one of her episodes and suddenly declares herself to be his girlfriend. Though shocked by this sudden outburst, Shen Yi decides it’s better to save face by playing along, than make a scene in public. In turn Shen Yi is rewarded for his seeming gallantry when he discovers, not long after, that Meng Hui has developed a liquid foundation that has the potential to revolutionize the cosmetics industry. Desperate to get his hands on her formula, Shen Yi continues to play the part of the devoted boyfriend, a fact that shocks Meng Hui once her alternate personality relinquishes control. Though at first, only interested in Meng Hui’s formula, Shen Yi soon finds himself falling for the girl fate seems to have thrown into his life, and even more surprising, she seems to be falling for him. But their relationship is put to the ultimate test when Meng Hui learns that Shen Yi was the one responsible for the accident that changed her life, all those years ago. Will their love become the salve that heals their deepest wounds or will they find that some wounds really do leave permanent scars?


(Source: Viki)


SPOILER ALERT


First of all, aku tengok ni sebab Shen Yi melakonkan watak M dalam drama Memory Lost yang aku pernah review sebelum ni. Dalam tu, sekali imbas macam ensem. Ha Ha ha 


Sekali tengok dia dalam ni, comel pulak. Dengan watak lelaki kaya, tapi cikai nak mati. Sebab yang kaya bapak dia. Dia dibesarkan oleh mak dia sebaik saja kedua ibu bapanya bercerai. Makanya, hubungan Shen Yi dan bapanya tak la berapa baik. 


Berkenalan dengan Meng Hui, seorang juru mekap. Eh, tak ada la berkenalan. Cuma terserempak dalam satu program dan Meng Hui punya PTSD tetiba trigger masa tu. Mengeluarkan bakat yang tersembunyi yang ada pada dirinya. Dan menganggap Shen Yi itu, teman lelakinya. Bila jumpa kawan baik, merangkap doktor Meng Hui, Ah Tao Shen Yi bersetuju untuk play along dengan Meng Hui. 


Lama kelamaan, Shen Yi dapat tahu yang Meng Hui adalah gadis yang pernah dilukainya satu ketika dahulu..Terus cinta + rasa bertanggungjawab terhadap Meng Hui semakin kuat. Kerana gadis itu punca utama mengapa Shen Yi gigih nak ciptakan sebuah formula baru untuk foundation cum serum untuk menutup luka di wajah. 


Seronok tengok drama ni, sebab layan Meng Hui punya PTSD tu. Once dia pulak jadi Presiden LS Corp. padahal kompeni tu Shen Yi punya. Ha ha Selamba dia nak pecat patner Shen Yi, Manager Xu yang tak guna tu. Hampir beberapa tahun bertapak di dunia mekap LS Corp masih tak dapat nak berdiri dengan kukuh. Majoriti share holder cuma sanggup melabur sebabkan ayah Shen Yi tu je. Selebihnya dorang sangat tak yakin dengan kebolehan Shen Yi sendiri. Bila Meng Hui yang berpewatakan seperti seorang presiden, staff LS Corp semua suka dan sayangkan Presiden Meng lebih daripada boss sebenar. Comel je. 


Paling win, satu watak pembantu LS Corp tu, siapa ntah nama dia. Dia banyak memainkan peranan penting tapi nampak tak penting sangat. 


Drama ni banyak part bosan jugak la bagi aku. Seem like aku punya mood swing na mati, jadi tengok pun macam tak ada perasaan. Cumanya gigih habiskan sebab bromance Shen Yi dan kawan baiknya, Dr. Sui, seorang doktor plastic surgery. 



Dr. Sui banyak membantu Shen Yi sebaik-baik juga perkara. Bromance dorang memang win jugak la. Dah la sampaikan baju Shen Yi pun dia sudi taja. Kadang makan malam dia beralasan ada promo  buy 1 free 1 . Bagi satu kat Shen Yi. Ha Ha 


Yang paling ketara bila Meng Hui berperwatakan Presiden LS Corp tak nak balik rumah dia sendiri. So, masa tu Shen Yi gelabah nak carikan rumah untuk Presiden Meng. Dr. Sui la orang yang membantu. Alasan dia saja beli rumah lebih kot-kot Shen Yi perlukan satu hari nanti. Ha Ha Best wei kalau ada member macam ni real life. 


Lama-lama aku pun tengok Dr. Sui ni macam familiar face pulak. Mana kan drama dia pernah berlakon ya? 


Aha~ rupa-rupanya dia jadi pembantu Dong Hua Ding Jun dalam Eternal Love: Dream tu. Eh, tak ada gambar. Malas nak google. Siapa dah pernah tengok drama tu mesti perasan. Sekarang drama Eternal Love tu tengah main kat 8tv jam 7 petang. Tengok macam dah nak habis je. Tiap kali hujung minggu tengok iklan dia, mesti rindu kata nak tengok lagi. Haha 


Okay, berbalik drama kita ni.. 



Rupanya Dr. Sui baik dengan Shen Yi kerana nak menebus balik silap dia masa kecik dulu. Sebab dia provoke si Shen Yi a.k.a Zeng Jue dan menyebabkan wajah Meng Hui berparut. Sebab tu juga dia menjadi plastik surgery punya doktor. 


At the end of drama, akhirnya Meng Hui tak pun pergi untuk pembedahan tu. Memilih untuk terus membantu Shen Yi di LS Corp dan mereka berkahwin dan hidup gembira. 


satu la keistimewaan drama ni, di penghujung setiap episode pasti ada quotes yang boleh membuat kita berfikir panjang.