Selasa, Ogos 25, 2020
Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya
Khamis, Ogos 20, 2020
Salam Maal Hijrah 1442H
Jumaat, Ogos 14, 2020
Kisah Najmi, tumbuh gigi taring sebagai gigi ke tiga.
Kisah Najmi, tumbuh gigi taring sebagai gigi ketiga | Anak la anak.. Apa aneh-aneh saja kamu ini. Hari tu kaki la. Kali ni pulak gigi. Ibu is pening nak ui.
Manja dia usah dikira. Seawal bulan Ogos hari tu, asyik merengek nak berdukung saja. Nak dok bawah ketiak Ibu la lebih senang cerita dia. Ibu nak buat kerja terus terbantut semuanya. Kang orang cakap Ibu ni main telefon aje.
Padahal, ye laa.. malas la nak cakap kan...
Secara logik dan klinikalnya gigi bayi atau kanak-kanak akan tumbuh bermula daripada gigi hadapan terlebih dahulu. Sama ada dari gigi hadapan di gusi bawah mahupun di gusi atas. Terpulang. Majoriti kebiasaannya gigi akan tumbuh di bahagian bawah dahulu. Alhamdulillah sejak 11 bulan, Najmi sudah pun ber'taring' dua gitu. Nak bagi susu badan pun naik seram dia ketipkan. setelah sekian lama baru la gigi ketiga dan keempat nak menyusul.
Ikutkan umur juga, anak-anak Aien boleh dikatakan ketinggalan dalam pertumbuhan gigi ni. Orang kata tak ada diransangkan gusinya tu. Padahal dah gosok aje gusinya. Boleh refer klinik atau Youtube tentang penjagaan mulut bayi dan kanak-kanak seawal usia.
Yang merisaukan si Najmi ni, Ibu dia suka benar layan tekak manis sendiri sampai kenan ngan anak. Dulu masa kakak Nayla, banyak pantang larang. Dah kena si Najmi, pantang tengok rembat je semua. Risau Ibu ngasi jugak. Apalah Ibu ni...
Sabar la Ibu sebulan ni, Najmi meragam nak tumbuh gigi. Takat entry ni ditaip, dah dua dari sebelah kiri dah 'pecah' gusinya. Lump sum sekali gigi dia nak keluar haa.. Bertabah la...