Rabu, Ogos 26, 2020

Prelove Giveaway by Raydah

 

Yuhuuu~~~ I'm back to follow and support those yang buat giveaway. Yeeahhhaaa~ 


Tarikh Tutup; 24 September 2020

Klik banner to join! 


Apa yang kadang sis singgah juga ke blog Ray ni, sebab suka penulisan dia. Suka dia tulis dalam english which mine is so broken. Haha And She just a gorgeous dongsaeng ah~ Kadang rasa mcam nak baca review certain produk bukak kat blog Ray. He he he 

Selasa, Ogos 25, 2020

Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya

 

Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya | Benar la kata orang, beratnya kehilangan. Sesuatu yang datang tanpa salam, perginya jua tiada khabar. Seminggu berlalu, aku seperti tiada rasa perubahan. Kemudian, padam remark yang aku mengandung di aplikasi Theasianparent dan juga aplikasi kalendar period. Kemudiannya, Theasianparent ada memberikan satu mod pemulihan untuk ibu-ibu keguguran agar tak bersedih. Aku buangkan mod itu kerana rasa aku tak la bersedih sangat. Namun, sejak dua menjak ini, aplikasi itu sering menghantar notifikasi tentang apa ibu hamil harus lakukan, apa tips no & yes to do during hamil, apa-apanya la tentang tempoh kehamilan. Me like? ........ 

Dengan badan sakit-sakit, yang pantang tak juga pantang. Sebulan berlalu  baru nak berurut, dengan anak-anak lain tak sehat.. Allahu~ 

I was really tired you know... I want to go...... 

Aku cakap dengan diri aku, ko buat la apa-apa yang yak bagi ko sedih. Doa banyak-banyak. Orang lain ada lagi sedih tau dari ko. Atleast ko ada dua lagi anak ni. Baik Mrs. Ayahumi ataupun mak mentua aku serupa je nasihat mike tu,  Allah tahu lebih baik. Tapi, aku.... Aku bukan tak terima nasib.. I cuma penat dowh.. Penat sangat. Sampai kadang rasa macam nak tikam diri sendiri, nak bunuh bebudak ni bila dengar dorang nangis. Tambahan lagi, bila orang sekeliling anggap kau dah sehat sangat. 😞 

Oh, mak mentua aku cakap la, haa tu la tak pantang. Yela, tak ada inisiatif sendiri kan. Masak lauk untuk sendiri, kang orang lain kata tak pedas. Tau aje la lauk pantang acaner kan. Aku bulun je masak lauk biasa. Tapi, sambil makan beringat. Kalo badan sakit, aku tak makan dah. Tapi, bab makan alhamdulillah aku rasa okay je. Cuma kaki tu la degil. Haha 

Kipas ditalakan ke kaki. Haa, merasa la urat kau kembang sana kembang sini. Kena sentuh sikit je, dah macam naga sendawa dia. Haiyaaa... 

Weh, tak ada siapa ka nak dengar cerita aku ni? 
Menghilangnya aku sebab rasa aku ni tak penting untuk sesiapa. Buat apa pun salah. Semua jadi....... 

Banyak aja la rezeki yang Allah bagi kat kami terutamanya laki aku ni la. Satu-satu dia dapat. Alhamdulillah. Tapi , aku ni yang rasa #taksyukurlangsung pasai pa ntah..  Rasa laki dah maju, ko masih kat takuk tu ja. Mental block macam terkurung a.k.a sesat dalam pagar maze tu.  Hebat lagi la jadi maze runner boleh keluar. Yang aku duduk situ, terpaku dongak tengok pagar maze tu. Kepala aje la fikir, mana aku harus pergi lagi? Apa yang aku perlu buat lagi ni? Kenapa aku tak happy-happy? Ke aku ni manusia tak bersyukur, sebab tu selalu rasa macam tu... T^T 

Ogos, it's hard beb. Aku nak bersembang benda pun tak tau wei... Rasa macam.... Loser sangat. Tolong la sesiapa amek aku ni...  bawak aku keluar dari pagar maze ni.. Aku takut....  .....



Khamis, Ogos 20, 2020

Salam Maal Hijrah 1442H

 


Salam Maal Hijrah 1442H pada seluruh umat Islam di dunia terutamanya di Malaysia. 

Tak dak nak wish apa-apa, berharap tahun baru kita diperbaharui dengan azam baru dan melakukan perubahan dari segi kebaikan. Semoga kita dilimpahi dengan rezeki yang halal serta dilapangkan dalam melakukan apa jua urusan. 

Ampun maaf dari Aienie dan selamat bercuti. ^^