Rabu, Ogos 26, 2020

ANIME: Rakshasa Street

 


Tajuk: Rakshasa Street 
Genre: Anime, Family, Action, Supernatural
Episode: 24 (Season 1) tbc s2
Sinopsis: 
Requiem Street, where evil spirits are attracted to in order to destroy them. A place where spirits and humans co-exist, not all humans can enter Requiem Street. Only those rare-soul users with guardian spirits can enter. xia Ling was just a normal university intern, but a meeting by chance changes her ordinary life... In this world full of evil spirits, can you cooperate with your guardian spirit in order to survive?


Dari mata penonton: (Spoiler Alert!)


Thanks to my sister suggest this anime. Dari Chinese Mainland, Adaptasi daripada manhua a.k.a komik dan ada juga drama dia (belom tengok lagi) Best sangat. Cuma dia masih tergantung di season 2, dengan baru episod 7 kalo tak silap. 

Ikutkan siri pertama ni dah lama sangat. eh, tiga tahun juga jika tengok orang yang muatnaik di laman youtube tu. Berkisarkan tentang dua beradik, Cao Yan Bing dan Cao Xiao Liang yang menjadi penjaga 'Rakshasa Street'. Yang mana kononnya setiap jalan di China ni, ada lah tempat spirit di letakkan sebelum dorang ke Ghostdom. Selain Penjaga a.k.a Requim General ada juga The Constables yang menguruskan semua ni. Okay, aku tak faham sangat la kan. Sebab aku dok fokus dengan kisah dua beradik ajaib ni. 

Pada mulanya, Rakshasa Street tu memang di jaga oleh ayah mereka, iaitu General Cao. Sehingga satu malam ayah dan ibu mereka keluar melunaskan satu misi, meninggalkan mereka dua beradik langsung tak kembali. Si Abang  yang dilahirkan dengan Guardian Spirit (kira spesial la dia ni) sudah diberikan amanah oleh sang ayah, sentiasa menjaga adiknya yang dilahirkan tanpa Fizik Spirit. Bila kedua ibu bapa mereka tak pernah kembali, The Constables datang membawa Requim General baru bagi Rakshasa Street. Tapi, siapakan nama dia, Requim General yang baru ni jahat. Nak sabotaj dorang dia beradik menyebabkan dorang keluar dari border Rakshasa Street ni. 

Bilakan dorang kembali ke Rakshasa Street  dengan kekuatan yang luar biasa, namun tetap juga kalah dengan Requim General tadi ni, sebab dia main tipu. Geram je aku. Plot twist kat sini juga la buat aku sedih gilos sebab ingatkan yang besar tu abang. Rupa-rupanya, si abang Xiao Liang dah mati dibunuh adik dia sendiri sebabkan oleh trick mind oleh Requim General jahat tu. Ergh~ Masa tu, si adik yang dilahirkan tanpa Guardian Spirit, rupa-rupanya memilik Warrior Body yang mana boleh konker 7 Guardian Spirit. Fuh, padan la Yu Jin (guardian spirit abang) cuma ada mula-mula ja. Tak perasan sebab ingatkan si abang tu boleh dapat guardian spirit yang lain . Kan? 

Kesudahannya, mereka dua beradik dapat kembali Rakshasa Street tu seperti mana impian si abang tadi. 


Done cerita dorang dua beradik, ada perempuan agak slow ni, nama dia Xia Ling, tak sedar dia ada Guardian Spirit. So, The Constables yang ditugaskan untuk pilih mereka yang terpilih, Guifu Satong, jumpa dia dan nak training si Xia Ling ni semata-mata nak keluarkan Guardian Spirit dia yang dikatakan memiliki Elixir yang boleh membangkitkan orang yang tiada. 


Aku pun loklak la nak cerita. Sebabkan aku masih tersangkut kat Season 2 tu. Cite dia tak habis... Sebab biasa la anime, mana pernah tak panjang kan. Haha Anyway, Nak tengok kuasa Cao Yan Bing dalam menyeru Guardian Spirit dia yang tujuh-tujuh tu. Sebab setakat yang aku dah tengok, dia cuma seru dua sahaja. Kalau korang rasa nak tengok la kan, boleh Rakshasa Street di sana. 



 

Prelove Giveaway by Raydah

 

Yuhuuu~~~ I'm back to follow and support those yang buat giveaway. Yeeahhhaaa~ 


Tarikh Tutup; 24 September 2020

Klik banner to join! 


Apa yang kadang sis singgah juga ke blog Ray ni, sebab suka penulisan dia. Suka dia tulis dalam english which mine is so broken. Haha And She just a gorgeous dongsaeng ah~ Kadang rasa mcam nak baca review certain produk bukak kat blog Ray. He he he 

Selasa, Ogos 25, 2020

Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya

 

Dah sebulan berlalu, baru teringat-ingat dengannya | Benar la kata orang, beratnya kehilangan. Sesuatu yang datang tanpa salam, perginya jua tiada khabar. Seminggu berlalu, aku seperti tiada rasa perubahan. Kemudian, padam remark yang aku mengandung di aplikasi Theasianparent dan juga aplikasi kalendar period. Kemudiannya, Theasianparent ada memberikan satu mod pemulihan untuk ibu-ibu keguguran agar tak bersedih. Aku buangkan mod itu kerana rasa aku tak la bersedih sangat. Namun, sejak dua menjak ini, aplikasi itu sering menghantar notifikasi tentang apa ibu hamil harus lakukan, apa tips no & yes to do during hamil, apa-apanya la tentang tempoh kehamilan. Me like? ........ 

Dengan badan sakit-sakit, yang pantang tak juga pantang. Sebulan berlalu  baru nak berurut, dengan anak-anak lain tak sehat.. Allahu~ 

I was really tired you know... I want to go...... 

Aku cakap dengan diri aku, ko buat la apa-apa yang yak bagi ko sedih. Doa banyak-banyak. Orang lain ada lagi sedih tau dari ko. Atleast ko ada dua lagi anak ni. Baik Mrs. Ayahumi ataupun mak mentua aku serupa je nasihat mike tu,  Allah tahu lebih baik. Tapi, aku.... Aku bukan tak terima nasib.. I cuma penat dowh.. Penat sangat. Sampai kadang rasa macam nak tikam diri sendiri, nak bunuh bebudak ni bila dengar dorang nangis. Tambahan lagi, bila orang sekeliling anggap kau dah sehat sangat. 😞 

Oh, mak mentua aku cakap la, haa tu la tak pantang. Yela, tak ada inisiatif sendiri kan. Masak lauk untuk sendiri, kang orang lain kata tak pedas. Tau aje la lauk pantang acaner kan. Aku bulun je masak lauk biasa. Tapi, sambil makan beringat. Kalo badan sakit, aku tak makan dah. Tapi, bab makan alhamdulillah aku rasa okay je. Cuma kaki tu la degil. Haha 

Kipas ditalakan ke kaki. Haa, merasa la urat kau kembang sana kembang sini. Kena sentuh sikit je, dah macam naga sendawa dia. Haiyaaa... 

Weh, tak ada siapa ka nak dengar cerita aku ni? 
Menghilangnya aku sebab rasa aku ni tak penting untuk sesiapa. Buat apa pun salah. Semua jadi....... 

Banyak aja la rezeki yang Allah bagi kat kami terutamanya laki aku ni la. Satu-satu dia dapat. Alhamdulillah. Tapi , aku ni yang rasa #taksyukurlangsung pasai pa ntah..  Rasa laki dah maju, ko masih kat takuk tu ja. Mental block macam terkurung a.k.a sesat dalam pagar maze tu.  Hebat lagi la jadi maze runner boleh keluar. Yang aku duduk situ, terpaku dongak tengok pagar maze tu. Kepala aje la fikir, mana aku harus pergi lagi? Apa yang aku perlu buat lagi ni? Kenapa aku tak happy-happy? Ke aku ni manusia tak bersyukur, sebab tu selalu rasa macam tu... T^T 

Ogos, it's hard beb. Aku nak bersembang benda pun tak tau wei... Rasa macam.... Loser sangat. Tolong la sesiapa amek aku ni...  bawak aku keluar dari pagar maze ni.. Aku takut....  .....