Isnin, September 07, 2020

Cuba Jamu Kocak Syantik, reward diri selepas keguguran

Cuba Jamu Kocak Syantik, reward diri selepas keguguran | Hai, bunyi macam tak reti nak move on kan dari past? Huish, selagi badan ni bisa-bisa selagi tu Aien akan cuba mencari untuk pulihkan badan. Ada terbaca orang kata  jika kita tak jaga pantang selepas keguguran, badan kita itu akan sakit sampai la kita mengandung seterusnya. Wallahu alam. Tapi, ia nya benar bagi Aien. Masih terasa lagi. Tambahan pulak sekarang ni asyik hujan saja. Makin la sejuk haa. 

Selepas dapat juga berurut di Pekan Nanas hari tu, alhamdulillah kurang la sikit kan. Dapat sorang teman yang rajin benar berkongsi benda baik yang dia cuba. Makanya, terjumpa jamu Syantik ni. 


Kebaikan Jamu pada tubuh badan seseorang? 

Well, secara luarannya seseorang itu nampak saja sihat. Tiada siapa tahu melainkan tuan empunya badan. Makanya, jika kita lihat dari turun temurun nenek moyang kita pasti tak lali dengan perkataan jamu ni. Macam-macam jenis. Cumanya, serasi dan tak saja dengan diri kita. Ada jugak setengah orang kata, jamu ni lebih kurang macam suppliment la jugak. Jaga makan, makan jamu in shaa Allah berkesan. Kebaikan jamu memang banyak khasiatnya, cuma itu la kan, ndak juga saya ni mau cakap banyak macam mau suruh kamu urang cuba pulak kan. Ha Ha Review macam tak serupa review je. Aien is ikhlas ni tulis buat simpanan sendiri. Benda apa yang aku pernah ambik dulu dan sekiranya aku terlupa, sini la dibelek semula. 

Jamu Syantik ni murah saja jika dibandingkan dengan kebanyakan air kunyit di luar sana. Nasib jugak dapat ditelan dek tekak itu yang penting. 


Pada mulanya Aien try Herbal Jarum Emas yanh bagus untuk keguguran kan. Bahan-bahannya terdiri daripada Kunyit, Asam Jawa, limau dan macam-macam bahan terbaik untuk pembaikpulihkan dalaman wanita. Bagus sangat la bagi Aien kan, selepas seminggu consume, Mrs. P pun dah singgah seperti biasa. 

Tapi, selepas tu, kawan Aien kabo ler, yang Aien minum tu jugak bagus untuk mereka yang tengah dalam proses untuk dapatkan zuriat. Sebab dia cuba Jus Kocak Syantik, yang mengandungi Nenas Batu dan Garcinia Cambogia. Rupa-rupanya agent dia kabo dia salah consume. Ha Ha Terbalik jugak kami ni. Makanya, demi untuk menjarakkan next pregnancy mengikut kata doktor hari tu, baru semalam Aien cuba Jus Kocak Syantik ni. 


Kalau diikutkan bahan-bahan asas dia sama saja. Tu yang kita sebagai pengguna ni terkeliru sedikit kan. Sayangnya, area skudai ni tak ada agent terdekat la. Hailo, hari tu cuba pun beli by agent dari Pontian. Nampaknya kena beli bila balik sana la kan. Ha Ha Ha Mana tau ada rezeki sendiri pulak jadi agent. Aceehhh waahh~ 

Untuk Jus Kocak Syantik yang ada Nenas Batu ni, rasanya makin piao payau. Ha Ha Jangan risau masih boleh telan jugak. Diminum setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur. Makanya, sebotol RM10 ini, tahannya seminggu. Harus disimpan dalam peti sejuk. Boleh diminum tika sejuk atau panas. Eh, Aien terus teguk je dari peti. Nasib si Najmi ni tak jugak kalah macam masa Aien cuba Air Rebusan Akar Kayu. 


Ini memang jamu bajet la jugak. Sebulan RM30 sama nilai dengan tambah nilai tepon sendiri. So, uolls jika mahu sehat boleh cuba juga la Jamu ni. Boleh find keyword dia kat Facebook la kan. Ha ha Review serupa gini nak kena baling aje ni. Ace, setengah orang dah tak percaya la benda jamu kolot ni kan. Bagi Aien, tak salah mencuba. Kita bukan have-have people. 

Okay, adiosa! 

Rabu, September 02, 2020

Beli Diaper Pakai Buang, Dapat Periuk Seramik di Econsave Pekan Nenas

Beli Diaper pakai buang, dapat periuk seramik di Econsave Pekan Nanas | Ui, siapa tak suka ui...  Dengar tajuk je berdesup orang nak tengok kan? Ha Ha benda free macam ni syiok para ibu nak dengar. Apakan lagi, rembat la. 


Kisahnya di petang Sabtu lepas, berbelanja barang anak-anak seperti biasa la, rutin bulanan. diapers pakai buang dorang, stok susu formula dan sebagainya. Dan seperti kebiasaan, mesti akan cari paling murah. Lately, memang akan ke Econsave saja la, sejak Econsave Taman Teratai bukak. Ha Ha Port feveret sangat. Disebabkan minggu lepas cuti, kita bawak la jalan-jalan ke Econsave Pekan Nanas. 


Uish, susu Dugro Step 3 murah bak hang. RM19.50 saja satu pek. Rembat la lebih sikit buat stok . Selalu beli 4 pek. Cukup sebulan, dek kerana murah  sampai 7 ha. Dahsyat kan? Untuk diaper pakai buang, sejak Petpet dah upgrade dorang punya diapers, makin tak best pulak kat bebudak ni. Asyik bocor sokmo. Geram pulak rasa hati. Tapi, memang murah. RM26.90 je satu pek. Sayangnya, untuk Econsave Pekan Nanas ni, dorang limitkan 3 pek saja satu family. Masa tu la kan, Husband kena pujuk dengan dek promoter Drypers ni tadi. Haha 

Aien dengan mak mentua dok belek tisu dapur viral jenama Vinda tu kan. Nak beli tak beli. Dalam satu tu ada 8 pek kecil. Harga RM15.90 . Bila promoter dengan Husband datang tanya pasal periuk tu, apa lagi on je. Haha


Dengan pembelian RM150 ke atas produk Drypers, Vinda, Libress & Tena  anda layak dapat periuk seramik 1.8l ni. 


Comel je buat stew daging dalam ni. Angannya la kan. Nak buat tak reti-reti lagi. Hehe 



Ini antara produk yang terlibat. Orang kata serba serbi la senang nak dapatnya RM150 tu kalo dah beli stok untuk anak-anak. Done tukar jenama diapers pakai buang. Bai bai la Petpet .. Hehe Kalau tak, mananya senang nak dapat periuk ni. Jika dibeli sekitar RM30-RM60 jugak harga dia. 





Ada dua pilihan warna iaitu, kuning dan hijau. Haa, sebab dapurku bukan kuning. Amek la hijau ala turqoise ni kan. 


I am a happy mom bila dapat peluang macam ni kan. Heee~ 

Selasa, September 01, 2020

Goodbye Ogos, Hai September!

 


Goodbye Ogos, Hai September! | Finally, my favorite month is here. Dup dap dup dap bila jumpa bulan kegemaran ni. Excited. And can't wait what is happening in this month. Alhamdulillah Ogos berlalu bawa seribu kenangan. Setelah Julai pergi, Ogos datang dengam harapan bawak kebaikan. Namun, setiap kebaikan yang datang pasti seiring dengan ujian. Takkan pernah sunyi. Itu juga satu lumrah kita sebagai hambaNya. 

September, juga diiringi doa hadirnya dia moga penuh kelapangan dada untuk hadapi apa jua yang bakal mendatang. Dilimpahkan rezeki tak kira dari segi apapun. Semoga September penuh dengan kenangan yang baik-baik saja. 

Ogos, semalam kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Seluruh Malaysia bercuti, pastinya setiap keluarga membawa ahli keluarganya keluar bercuti, berjalan ataupun ke mana saja la. Takpun duduk rumah diam-diam, tengok wayang bersama. Gitcheewww~ 

Eh, tak tau la nak tulis apa. Habis berterabur idea lari bila dah tepek banner tu. I is excited u olls. Bulan terakhir sebelum kira-kira aku ni nak berganjak dari 2series ke 3 series. Eh, ada apa dengan umur. Aku masih aku. Begitu seadanya. Masih juga mencari jalan hidup. Masih juga tercungap-cungap nak bernafas untuk terus hidup. Bersama dengan harta yang aku ada, untuk terus bahagia dalam dunia aku sendiri. Begitu la rutinnya tak pernah berubah. 

Itu la, aku harap dengan September aku belajar sesuatu yang baru. 2020, banyak benda yang merubah manusia di seluruh dunia. Semua orang merasakan impaknya. Maka  mari lah kita cipta kenangan yang baik-baik saja.

Jom kita buat sikit rentetan Ogos kat sini. As may you know : I was miscarriage 26/7/20. So, Ogos is not a great month either. Start mood swing postnatal deppresion is not a joke. Genggam tangan, letakkan di dada. Baca doa Nabi Yunus. I am not a great mother, struggle to be the one, yet I need to be happy first. 

Letakkan tangan ala Moon Gang Tae ajarkan pada Ko Mun Yeong, keep calm. Allah is the Greatest Planner. Follow His plan, you will be happy. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Allahu akbar. Istighfar. 

Minggu ke-tiga baru terasa peritnya kehilangan. Is not easy as much you see. Now I know the feeling. Dengan badan tak berpantang. Sekarang baru tau. Umur baru nak masuk 3 series, dah penuh minyak angin di almari. 😂 

Sebulan after keguguran baru dapat berurut. Badan dah penuh dengan angin jahat gitcheww.. Yeah, Ogos not so much. 

Plan nak jalan cuti merdeka. Tapi, slacked mil ada appointment pulak, last semalam dorang beradik pergi jugak. Tapi, husband tamau join sebab buat penat je dia kata. Nasib la dia tebus bawak jalan jugak. P zoo Johor, p Hutan Bandar JB. It's okay. Asalkan guwe ini dapat keluar selain rumah sendiri dan rumah mil. Haha

Ogos juga Najmi tumbuh dua gigi sekali. Ntah bulan ni keluar lagi agaknya dia. Dah la tumbuh senget. Haha 

Nayla dan Najmi selsema, selang seminggu lepas tu ayahnya pulak demam. Memang musim cuaca tak menenttu gitu la dia. 

Senang citer over all, Ogos not so much for me. Haha September, please be nice to me k. Dah beberapa tahun ni, bila September je mesti ada kenangan buruk. Tapi harap tahun ni best la k. ☺