Ahad, September 13, 2020
Chinese Drama: Dear Herbal Lord (2020)
Tajuk: Dear Herbal Lord | Dear Lord Herbal Medicine | Dear King of Medicine
Genre: Fantasy, Historical, Medical, Comedy, Romance
No of Episode: 24
Cast: Yan Xi, Ding Yi Yi, Leo Yang, Cai Xiang Yu, Gao Cheng Yi
Sinopsis: It tells an indelible love story between Song Lan, a fairy formed out of the Isatis root who chases after Chu Zhimo, the King of Medicine, in order to get him to marry her. Song Lan has her heart set on only one thing which is to complete her immortal cultivation. To her horror, she is mistakenly eaten by the princess. In order to escape, she must force a marriage with Chu Zhimo in order to absorb his medicinal energy. Song Lan may be a silly Isatis root, but she is very stubborn. No matter how indifferent Chu Zhimo acts towards her, she doesn't shy from her bold intentions to marry Chu Zhimo. To make it happen, she takes a special trip back to Shenxiang Mountain to bring along some of her fairy friends back to the mortal world. Among them are a ginseng doll, a sexy saffron and a righteous angelica herb - each ready and willing to do everything in their power to help Song Lan in her pursuit of love.
(Source: ChineseDrama.info)
~~ Adapted from the novel Imperial Uncle, Please Take Your Medicine by Mu Qingqing
SPOILER ALERT
Amat jarang la Aien nak nak menengok drama tanpa mengenali barisan pelakonnya. Memang rare betul punya Herbal Lord ni. How do I find this drama pun ntah macamana la kan..
Mungkin buat hiburan sekejap je 24 episode tu. Dia kononnya mengisahkan Chu Zhimo, the immortal dengan pokok yang ditanamnya. Ha ha
Okay, sebelum meneruskan, drama ini berbentuk fantasy begitu la kan. Merapu tak sudah aja. Sebabnya drama ni berdasarkan Novel bah. Haa, kau ingat orang melayu saja buat drama dari novel ka? Naa, sama jugak tu mengarut nya. Ok mari kita berbalik dengan cerita kita ni kan.
Lepas tu, disebabkan satu pertarungan Chu Zhimo dengan seorang immortal jahat tu, Song Lan, tumbuhan kesayangan Zhimo mengorbankan nyawanya untuk selamatkan tuannya. Acceeehhh~
Tapi, sebab sayang Zhimo gunakan seluruh kuasanya untuk selamat Song Lan, supaya boleh berkulative (dalam malay lupa la benda ni maksudnya apa) di Herbal Valley. Dan Zhimo diturunkan menjadi Herbal Lord yang tak boleh mengubat orang dek kerana racun toksin yang telah merebak ke seluruh tubuhnya.
Sementara itu, anak kepada menteri utama bandar, Jiang Qin Yun diberikan minum akar Song Lan ( dia macam sejenis herba tu, lupa eh nama dia apa) untuk pulihkan dia. Disebabkan spirit Qin Yun dah lemah, Song Lan mengambil alih tubuhnya. Gitcheew~
Qin Yun pulak memang berkenan benar dengan Chu Zhimo ni selalu kata nak kawen dengan dia, Song Lan ni perkenankan impian tuan empunya badan.
Namun, tak semudah yang disangka bila tok bidan, a.k.a orang jahat yang cuba nak bunuh Chu Zhimo seribu tahun dahulu menyedari kehadiran kedua immortal ini.
Ping pang ping pung,, akhirnya yang jahat pasti akan tumpas jua. Chu Zhimo telahphn mendapat kuasa saktinya kembali yang selama ini ditanam dalam Herbal Valley dan ditemui oleh Song Lan.
Kisah cinta Chu Zhimo dan Song Lan akhirnya sampai ke jinjang pelamin (eh, cina ada ka pelamin bagai ni?) bila spirit Qin Yun mengalah untuk pergi dari jasadnya.
And they live happy ever after. The End.
Nak tengok? Tak payah la. Aien saja ja buat review. Kot esok rasa nak tengok lagi, pasti akan terkenang balik by label CHINESE DRAMA ni kan?
Chinese Drama: Go Ahead (2020)
Tajuk: Go ahead , In the Name of the Family
Genre: Family, Drama, Comedy, Romance
No. of Episod: 40
Cast: Song Wei Long, Seven Tan, Steven Zhang, Tu Song Yan, Zhang Xi Lin
Sinopsis: The story revolves around three troubled youths who find solace in their common experiences to become the best family that they can be for each other.
SPOILER ALERT!
Fuh, jarang-jarang la Aien nak follow up drama panjang-panjang lagi-lagi la tengah ditayangkan. Gigih tau Aien untuk drama ni. Akhirnya, tamat jugak untuk 40 episode. Urgh, bravo!
Jom, sementara masih segar di minda kita refresh balik untuk ditulis ke mari.
Seperti di sinopsis pendek tertera di atas, Kisah Li Jian Jian, seorang budak perempuan ceria kematian ibunya. Tak lama kemudian, ada sepasang suami isteri serta seorang anak lelaki mereka pindah ke tingkat atas flat mereka. Jian Jian suka sangat dengan budak laki ni, namanya Ling Xiao. Kisah sebalik keluarga ini mereka telah kematian seorang anak perempuan, dan menyebabkan Chen Ting, mak si Ling Xiao kemurungan serta meroyan gitu. Akhirnya dek tak tahan suaminya asyik sibuk siang malam, langsung macam tak pedulikan dia. Chen Ting mengambil keputusan untuk bercerai dan pergi dari rumah mereka tanpa membawa Ling Xiao.
Main key drama ni, Parenting. heartwarming sangat laa, panas jugak la mata mengalir air mata, dada menahan sebak. Sedih sangat-sangat. Kerana kadang yang ditayangkan itu berlaku dalam realiti masyarakat kita.
Back to our story, sementara itu pulak, Mr. Li cuba untuk dipasangkan dengan seorang wanita, He Mei. He Mei pulak janda anak satu, He ZiQiu. Namun, bila satu episod, He Mei lari tinggalkan anaknya demi mendapat kerja di kota Senzhen. Dia kata nanti dah dapat rumah di sana, dia datang ambil He Ziqiu. Sementara itu, duduk la bersama Mr. Li.
Jian Jian tak berapa ngam dengan He Ziqiu masa kecik sebab dia rasa mak Ziqiu ni cuba nak ambil alih tempat mendiang mak dia.
Sehingga habis sekolah menengah, He Mei langsung tak pernah munculkan diri. Ziqiu pun dah lali. Saat sedih cerita ni, bila ayah kandung Ziqiu cuba nak dia kembali. Masa tu, 5 ahli keluarga ini sudah bahagia bersama. bergelak ketawa. Hidup normal walaupun mereka bukan berkongsi nama keluarga yang sama, namun mereka adalah keluarga yang sayang satu sama lain. Mr. Li mempunyai kedai mee, suka masakkan untuk anak-anak. Li Jian Jian, He Ziqiu dan Ling Xiao. Manakala ayahnya Ling Xiao Mr.Ling sibuk bekerja mencari nafkah gitu.
Bila ayah He Ziqiu, Mr.Zhao cuba nak pujuk Ziqiu untuk belajar di luar negara bersama, Ling Xiao juga ditimpa masalah apabila, nenek sakit dan ibunya excident ketika cuba untuk ke lapangan terbang.
Baru habis sekolah menengah, dia terpaksa decide sesuatu yang besar. Ada quotes menarik a.k.a dialog menarik,
"People do grow up at once. What does it mean? it means that you're an adult in legal sense on your eighteenth birthday, but it doesn't mean you've grown up. The true growing up is coming in a flash. No one know except yourself, your mind will change, you will feel the weight of life. At that moment you grow up without anyone noticing. That moment..it can be next second, tomorrow, the day after tomorrow, ten or twenty years later, your whole life."
Masa tu, Jian Jian rasa kedua abangnya tidak sayangkan dia kerana masing-masing buat keputusan untuk tinggalkan dirinya. Padahal mereka sudah janji takkan ada orang luar musnahkan hubungan dorang. Apa maksudnya? Orang yang tinggalkan mereka di situ.
Berapa tahun kemudian, Jian Jian dah habis alam university, dia dapat bukak studio bersama seniornya den dan menjadi wood crafter.
walaupun mereka bertiga saling bertegur sapa semasa video call, tapi ketiga mereka menjadi orang asing . macam saudara jauh.
Dan bila kembalinya Ziqiu dan Ling Xiao, perasaan kekok timbul pada diri Jian Jian. Dari siblinghood feeling, bertukar menjadi couple. Jian Jian keliru sekejap bila kedua abangnya confess. Namun, sudah jelas lagi bersuluh. Jian Jian memang selalu into Ling Xiao sejak kecil la.
Banyak jugak konflik berlaku dalam 40 episode ni. Sangat la tak boring dan takkan menyesal. Bahkan menjadi lebih alert gitu. Dah macam cerita drama korea tu, It's okay not to be okay. Tapi itu fokus pada anak je kan. Ini dia fokus pasal parenting, asuhan mak bapak di rumah. serta macamana anak-anak itu terdidik hasil dari rumah. Makes me think a lot actually. Kerana guru pertama sang anak itu adalah kedua ibu bapanya sendiri.
Watak yang paling best semestinya Li Hi Chao dan anaknya Li Jian Jian. Baiknya Mr Li sampaikan anak dia sentiasa positif. Sentiasa bijak menyelesaikan masalah. Yang penting sekali, Mr. Li ni tak pernah simpan dalam hati apa yang merisaukan dia. Pasti dikeluarkan biarpun tengah mabuk. Itu orang kata, komunikasi itu penting. Cakap! Cakap.
Manakala, untuk watak antagonis drama ni adalah mak si Ling Xiao tu, Chen Ting. Geram je aku nengokkan mak cik ni. Sebab apa-
1. Dia salahkan anak dia, Ling Xiao atas kematian anak dia lagi satu tu padahal itu salah dia sendiri. So, dia meroyan kat situ.
2. Dah dia tinggalkan Ling Xiao masa kecik, bila dia dah exciden, Ling Xiao berkorban jaga dia yang dah lumpuh dari pinggang hingga ke kaki.
3. Bila dah sehat, dia nak ikat Ling Xiao tu duduk dengan dia di Singapura. padahal Ling Xiao hatinya di China. Dalam masa yang sama, dia asyik buruk sangka dengan orang iaitu dengan bekas suami dia dan juga Li Jian Jian.
Ada beberapa episode highlight kesalahan mak-mak majoriti nya. Baik mak Ling Xiao, mak Ziqiu, mak kawan baik Jian Jian, Ming Yue dan Tang Can.
Bila kita lihat dalam society kita sendiri pun, ada jugak golongan mak-mak sebegini. Dalam tak sedar kita bagi tekanan pada anak-anak. Pahtu dok sibuk kata anak kurang ajar.
Satu lagi dipuji dalam drama ni, yang mana setiap masalah yang mereka hadapi tu ada counter back dia. Apa tu, penyelesaiannya.
Memang la Aien nak taip as soon dia masih fresh dalam kepala, tapi keadaan tak mengizinkan haa, baru nak menaip lagi ni..
Apapun, drama ni boleh dikatakan The Best Chinese Drama of 2020 sebab kebanyakan orang bagi review yang sangat heartwarming, berbaloi untuk menjadi tontonan keluarga.
Crimebites Chocolate Chunk Cookies in the house
Crimebites Chocolate Chunk Cookies in the house | *slurp*
Diperkenal oleh adinda Aien, yang cuba menjadi agen crimebites ini di Miri sana, dan Aien gigih beli dengannya walaupun jauh dek kerana mahu sokong perniagaan kecil adinda ku.
Jika kalian tahu, sejak PKP dari bulan March hari tu, Aien bosan sangat maka mendaftar diri menjadi dropship. Walaupun untungnya tidak kelihatan lagi, terasa kali ini mahu mencuba pulak menjadi agen kecilan dengan memegang stok sendiri.
Namun, dilihat di muka buku, di Instagram, banyak jugak agent-agen CRIMEBITES ini merata di sekitar Aien. Fuh, doakan ya, Aien punya rezeki daripada bisnes kecilan ini. Bukannya apa. selain daripada hendak mencari duit poket sendiri yang selalu boros ni, mahu jugak menghulur pada orang tua yang jauh nun di sana. Mereka bersusah payah sekolahkan Aien tanpa apa hutang sekalipun, terasa kejam benar anak ini tidak memberi apapun pada mereka saat sudah bergelar isteri orang. Apa orang kata,
What goes around, comes around.
Buatkan diri takut pada masa akan datang. Walaupun kita tak tahu ajal maut itu kapan bila ia tiba. Sebagai seorang anak, pasti mahu melihat ibu bapa kita bangga dengan kita kan?
Eh apa ni cerita sedih pulak. Ni haa, korang yang di sekitar Skudai, Taman Universiti, UTM ataupun Pekan Nanas, boleh la roger Aien sekiranya berminat nak merasa chocolate chunk cookies premium ni.
Sekali cuba pasti nak lagi. Teringat-ingat kerangupan biskutnya disaluti coklat yang mewah. Aum~