Ahad, September 20, 2020

Segmen Lovely Fellow's @aienienka telahpun TAMAT

 



Segmen Lovely Fellow's @aienienka telahpun TAMAT | Terima kasih kepada 33 orang yang sudi join dan support segmen yang tak la seberapa ni. 

Senarai peserta telahpun Aien update. Korang boleh la blog walking sesama. singgah-singgah tinggal jejak. Komen dan sebagainya. Salam perkenalan dari Aien. 

Um.. Nak cakap mende lagi ye.. List pun akan Aien update jugak in shaa Allah. Moga kalian terus kekal aktif dah menjadi penulis di alam maya. 

Arigato nee~ 


Rabu, September 16, 2020

Khabar duka di petang selasa

 Khabar duka di petang selasa | Allah, Allah Allahu akbar. Bagaikan jantung hancur berkecai saat telefon berbunyi pada waktu maghrib. Allah. Tengok nama pemanggil Kakak. 

"Tau dia, umi ayah exciden. " 

Allah. Terus ditanya bagaimana keadaan mereka. Padahal barusan tadi ayah Aien hantar gambar mereka melepasi feri Muara Batang Lupar. 

View di hantar oleh ayah. Tak sabar bertemu cucu setelah hampir 12 jam di atas jalan. Mereka berempat termasuk adik Aien dua orang, dari Miri ke Kota Samarahan seawal jam 5 pagi. Kiranya selepas subuh mereka bertolak. Kereta dipandu oleh Ayah Aien. 

Kisahnya, Ayah cuba untuk elak selekoh tajam tak jauh dari jambatan area Sebuyau. Akhirnya hilang kawalan dan terbabas melanggar paip di tepi jalan. Alhamdulillah juga pemandu serta co-pilot tiada kecederaan berat, cuma sakit dada akibat hentaman kuat. Manakala mereka di bahagian belakang yang tidak mengenakan tali pinggang kecemasan teruk, juga akibat hentaman. 


Gambar keadaan kereta yang dihantar oleh adik walaupun kakinya bengkak. Adik yang sorang lagi, mulut pecah akibat terhentak sama ada dj bahagian kerusi atau cermin tingkap, kurang pasti. Kakinya juga teruk kerana pada masa kejadian beliau duduk bersila. 

Dari bahagian tepi kereta. Allah, remuk begitu sekali. Hancur luluh melihatnya. Yang kami risaukan Ayah, selaku pemandu. Sudah juga tiada buat pemeriksaan lanjut seperti adik-adik dan Umi di Klinik Kesihatan Sebuyau itu. Setelah diselamatkan oleh adik ipar yang kebetulan berada di kawasan berdekatan. Langsung bergegas ke tempat kejadian. Jalan licin, dek kerana hujan lebat di kawasan itu. Allah  .. 


Keadaan adik seorang lagi, yang terpaksa berkerusi roda kerana kakinya bengkak. Boleh juga dia tersenyum ketika itu. Allah, kami yang berada jauh ini mampu mendoakan terbaik. Saat ketika jasad rasa mahu terbang balik melihat keadaan mereka dengan mata kepala sendiri. Namun, dek kerana tiket yang begitu mahal. Tubuh pun ramai. Kami doakan semoga mereka baik-baik saja. 

Al-kisah selain mereka ke Kota Samarahan itu mahu menziarahi cucu, seorang adik Aien yang pelajar di UNIMAS itu, mahu kembali kerana ada latihan PALAPES bermula minggu hadapan . Ikutkan perancangan juga, 21 September ini Ayah dan Umi juga mahu ke Tanah Melayu untuk makan angin sekaligus ziarah cucu-cucu sebelah sini pula. 

Namun, jika ceritanya begini... Tak pasti bila boleh bertemu. Kami mahu pulang.. Melihat mereka. Sudah setahun tidak ke temu. Allah, kau permudahkan urusan kami ya Allah. Lapangkan lah rezeki kami untuk bertemu dengan kedua ayah dan umi kami ya Allah. Aku tak mahu pulang ketika jasad mereka terkujur kaku. Aku mahu peluk cium mereka tika tubuh masih bernyawa. Permudahkan la ya Allah. 

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020


 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 | Dan selamat bercuti semua. Mesti meriah sana sini ada buat event mahupun ada yang mengambil kesempatan untuk membuat majlis perkahwinan dan sebagainya. Saat entry di keluarkan, Aien telah berada di kampung mak mentua kerna adik ipar bakal bernikah esok hari. 
     
Haa, walaupun bukan majlis kita sendiri, tapi jauh sudut hati masih terbayang majlis sendiri gitu. Ha Ha  I really excited gais. Nak tunggu adik sendiri pun macam lambat je lagi..

Ada apa dengan Hari Malaysia? 

Jom kita refresh balik kenapa adanya Hari Malaysia ni. Bukan ke kita baru menyambut merdeka 31 AUGUST hari tu. Tak sama ka? 

Hari Malaysia merupakan hari peringatan penubuhan persekutuan Malaysia dan juga dimana penggabungan antara Tanah Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta Singapura yang ditandatangani pada 16 September 1963. 

Pembentukan persekutuan baru ini telah dirancang berlaku pada 1 JUN 1963 namun ditangguhkan sehingga 31 OGOS 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama bersama-sama dengan sambutan kemerdekaan yang ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharaan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 


Beberapa isu berkaitan dengan bantahan bagi membolehkan  di Borneo Utara yang sekarang ini Sabah dan Sarawak. Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia ini telah menjadi cuti am bagi negeri Sabah sempena Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysaia bukan cuti am bagi Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai  tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am bagi Sarawak dan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. 

credit:  Wikipedia

Maka hargai la hari cuti ini dengan meluangkan masa bersama keluarga. Namun, harus beringat dengan norma baharu kita belum boleh selesa dengan keadaan lagi kerna virus Covid-19 masih di luar sana. Bersama-sama kita jaga kebersihan diri dan tangan terutamanya. Elakkan untuk berjabat tangan antara yang lain. Jaga jarak sosial anda. Kerana Malaysia Prihatin .. 

#kitajagakita #malaysiaprihatin #staysafe #malaysiabersama