Ahad, September 20, 2020
Majlis Pernikahan dan Doa Selamat Adik Ipar
Majlis pernikahan dan doa selamat adik ipar | alhamdulillah mubarak alaik, selamat sudah satu majlis nikah dan doa selamat adik ipar Aien 17 September yang lalu. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah adik. Selamat pengantin baru. Semoga menjadi isteri yang solehah, jaga diri baik-baik. Dan hubungan yang kalian bina bahagia hingga ke syurga.
Nak spam gambar je. Buat kenangan. Al-maklum kenangan dapat fon gambar cantek. Kah! Perasan sungguh. Seronok juga jadi fotografer ni kan. Hehe Aien ni tak ada la berseni sangat orangnya. Kadang orang nampak tak cantik, mata senget ni nampak lawa gilos. Ha ha Terbalik kan? Syiok sendiri la gayanya.
Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki.Sesi memotong kek korea viral tajaan adik sepupu. Indah di mata, kurang rasa di tekak. Haha
Nah, gambar keluarga besar pengantin. It's wrap gitu.. Nami tido pulak masa ni. Haha
Segmen Lovely Fellow's @aienienka telahpun TAMAT
Rabu, September 16, 2020
Khabar duka di petang selasa
Khabar duka di petang selasa | Allah, Allah Allahu akbar. Bagaikan jantung hancur berkecai saat telefon berbunyi pada waktu maghrib. Allah. Tengok nama pemanggil Kakak.
"Tau dia, umi ayah exciden. "
Allah. Terus ditanya bagaimana keadaan mereka. Padahal barusan tadi ayah Aien hantar gambar mereka melepasi feri Muara Batang Lupar.
Kisahnya, Ayah cuba untuk elak selekoh tajam tak jauh dari jambatan area Sebuyau. Akhirnya hilang kawalan dan terbabas melanggar paip di tepi jalan. Alhamdulillah juga pemandu serta co-pilot tiada kecederaan berat, cuma sakit dada akibat hentaman kuat. Manakala mereka di bahagian belakang yang tidak mengenakan tali pinggang kecemasan teruk, juga akibat hentaman.
Gambar keadaan kereta yang dihantar oleh adik walaupun kakinya bengkak. Adik yang sorang lagi, mulut pecah akibat terhentak sama ada dj bahagian kerusi atau cermin tingkap, kurang pasti. Kakinya juga teruk kerana pada masa kejadian beliau duduk bersila.