Isnin, September 21, 2020

Sushi tekak Melayu

 

Sushi Tekak Melayu | Benda pertama nak cakap, bagi seorang pencinta makanan, mencari kelainan itu seronok. Begitu juga sekarang ini, banyak sudah orang menjual sushi home-made. Macam satu yang Aien cuba ni. Jauh tau delivery dia. Masa balik Pekan Nanas, seller tak bukak tempahan. Bila dah balik sini a.k.a Skudai, baru la dia bukak. Hee~ Nasib ada sorang seller a.k.a kawan ni, dia sudi nak tempahkan dengan syarat kena cari orang sama. Maksudnya, kau cari la pelanggan yang lain. Untuk memeriahkan cas penghantaran tu. 

Punya nak merasa, gigih kumpul order. Alhamdulillah ngam. Bahkan lebih pulak tu. Jadi tengahari esoknya sampai. Tak sabar gitcheeww nak makan sushi. 


Sorry gambar tunggang langgang ni. Antara yang Aien cuba adalah Mix Sushi Set dan Kimbap Chicken Crunchy.  

First Impression? 

- Tak Sabar nak makan. Dengan Nayla jugak tak sabar. 
- Dah bukak, hurm.. kenapa ada sosej pulak? Sos bagai? =_=
- It's okay la. untuk percubaan. 


Boleh agak why I tell you that? Bagi pencinta the original sushi, Mana ada orang Jepun pakai sos cili atas sushi deme.... Aku nak menangis jap. Adooo, ini sushi tekak melayu ni. Bahkan masa Aien kerja kat Jusco, serasanya stok sos cili ni untuk Delica ja. Tak ada untuk department Sushi. T^T 

Nasib la ada sweetcorn tu, kanikama tu, chicken floss and the other one.. macam yang orang letak kat takoyaki tu, mende ntah nama dia... Boleh la. 

Sib bek RM12. It is worth it? Maybe. For effort. 

Kawan yang tolong hantarkan tu cakap la. dia macam ada tema tiap minggu open order tu. So, mungkin minggu ni tema dia pedas kot. I is kenot brain... . 

Nasib la kau Nur~ Untuk mix sushi set adalah sangat tidak menarik minat daku untuk membelinya lagi. Yang kimbap is so delicious I tell you. Jika nak repeat order, mungkin yang ni kot. 
Perkenalkan, Kimbap Chicken Crunchy. Inside chicken fillet wrap with salad  topping with chicken floss.  Tak perasan boleh ngap sorang benda ni. Nyum! Harganya juga RM12 . Jadi ini mungkin berbaloi dengan harganya. 

Berpuas hatikah? 

Untuk mix sushi set - na
Untuk kimbap Chicken Crunchy - Yes! 

Warga Pontian or Pekan Nanas boleh roger ... 

Eh, kau ni... Order pun atas orang mana la nak kenal siapa yang buat ni. Ha Ha Ha Ha 

Sorry Sorry. My Bad. Laa, sekarang kan ada sushi Bonanza lagi kan, p Sushi King puas hati kot. Heee~ 


Ahad, September 20, 2020

Special September Giveaway by Misha


 

Usai segmen sendiri, moh kita kembali meraikan segmen atau giveaway kawan-kawan pulak. Yeay! 

All the best to all contestant, and Aien nak pilih hadiah no 5 laa.. rasa macam tak ada jugak baju kurung warna biru royal macam ni. Moga ada la rezekinya  Hee 

Pada siapa yang boleh join giveaway ni, boleh join sebab tarikh tutup dia sehingga 30 September 2020.  So let's go! 




Majlis Pernikahan dan Doa Selamat Adik Ipar

 Majlis pernikahan dan doa selamat adik ipar | alhamdulillah mubarak alaik, selamat sudah satu majlis nikah dan doa selamat adik ipar Aien 17 September yang lalu. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah adik. Selamat pengantin baru. Semoga menjadi isteri yang solehah, jaga diri baik-baik. Dan hubungan yang kalian bina bahagia hingga ke syurga. 

Nak spam gambar je. Buat kenangan. Al-maklum kenangan dapat fon gambar cantek. Kah! Perasan sungguh. Seronok juga jadi fotografer ni kan. Hehe  Aien ni tak ada la berseni sangat orangnya. Kadang orang nampak tak cantik, mata senget ni nampak lawa gilos. Ha ha Terbalik kan? Syiok sendiri la gayanya. 

Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki. 
Ini la dia pasangan raja sehari. Semoga kekal bahagia, hidup aman damai, saling bertolak ansur ya adik-adik. 
Henna daripada er... tak tau. Haha Tapi Aien tumpang sekaki la conteng2 ni. Lama dah tak conteng2 kan. 
Sebahagian daripada sepupu saudara mara yang hadir. Al-maklum la PKPP, tetamu terhad kepada 250 saja. 
 Sesi memotong kek korea viral tajaan adik sepupu. Indah di mata, kurang rasa di tekak. Haha


Princess diapit oleh dua jejaka. Muka tu tak reti senyum langsung la. 

Bersama sebahagian daripada keluarga pengantin perempuan. Aien je tak ada. Syiok sangat nak amek gambar. 


Pengantin bersama mak dan kakaknya. Masa ni pengantin laki tak sampai lagi. Dorang sampai dalam jam 11.30 gitu. Kitaorang puas posing baru dorang sampai. Haha


Pelamin sewa daripada er... pun tak tau. Aien balik je semua dah siap. Haha Biras yang settlekan semua. Orang kuat disebalik majlis ni. Dia terer dalam bab cari yang termurah. 
Nah, gambar keluarga besar pengantin. It's wrap gitu.. Nami tido pulak masa ni. Haha
5 ketul cucu Saniah buat masa ni. Semoga pengantin bahagia dulu honeymoon, baru fikir anak ya.. Ha ha 



Last but not least, pengantin sibuk cari contoh pose untuk bergambar. Tapi slacked pengantin laki ni pakai selipar jepun lak. Tak apa la. Halal la, legend gitu.. haha 


My personal feveret shoot of the day. It's wrap. Lega dah mak anak dia selesai sorang.