Selasa, September 22, 2020

ANIME: Full Time Magister

 


Tajuk: Full Time Magister a.k.a Quanzhi Fashi

Genre: Magic, Supernatural, School, action

Episod: 3 season (12 episode per) 

Cast: 

Sinopsis: The aloof high schooler Mo Fan has found himself in a universe similar yet distinctly different from his own mundane one; it's a place where magic has replaced the essence of science. Here, the most capable students are taught to master the wonders of spellworking to fend off large devastating beasts that lurk in the forests surrounding the city.


Like his previous life, Mo Fan remains the son of a poor laborer and the older step-brother to a crippled sister. Despite these disadvantages, he dreams of attending a magic school to become a magician—a highly respected and lucrative trade—in order to repay his father for his hard work.

Mo Fan is accepted into a renowned magic institution. However, rumors spread about his poverty and lack of magical ability, labeling him as the laughing stock of the school. Nonetheless, Mo Fan manages to harness not only the powerful fire element, but also the rare lightning element! Now armed with dual abilities, what dangerous encounters will the versatile mage face?
 
Credit;: myanimelist


SPOILER ALERT: 

 

Terjebak tika mencari drama best di aplikasi WeTV.  Tau saja la Aien ni memang suka genre yang lebih kurang begini. Maka layan la jugak. Berdasarkan sinopsis, Mo Fan anak seorang pemandu pada keluarga bangsawan Mu, sangat dipandang rendah oleh teman satu sekolah. Apatah la Mo Fan bukan la daripada golongan yang cerdik pandai. Namun, sebaik saja tamat peperiksaan tahunan, Mo Fan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli sihir tersohor pada ayahnya. Demi menunaikan hasrat anak tersayang, ayah Mo Fan sanggup merayu pada majikannya untuk membenarkan Mo Fan belajar di sekolah magis itu. 

Kerana ternampak saat ayahnya merayu pada Encik Mu, Mo Fan berjanji pada dirinya akan berusaha lebih gigih untuk buktikan pada semua yang dia juga boleh menjadi hebat. 

Pada hari kebangkitan kuasa, (eh macam merapu je bunyi) Mo Fan tanpa disedari oleh guru dan teman sekelasnya, telah membangunkan kuasa terhebat iaitu Petir (Thunder) sebelum kelihatan pada mereka semua Mo Fan sekadar mempunyai kuasa Api saja. 

Dalam senyap, Mo Fan berlatih sendiri untuk meningkatkan kedua-dua kuasa dalam serentak. Ada juga cikgu yang baik, iaitu Miss Tang Yue yang sudi membantu dirinya. 


Season Pertama - Perihal Mo Fan cuba untuk membuktikan pada keluarga Mu yang tanpa berlatarbelakangkan kekayaan, dia juga boleh berjaya. Ketika Bandar Bow diserang oleh raksasa, mereka yang ternama dahulu melarikan diri tanpa fikirkan orang lain. Mo Fan yang selamatkan penduduk yang masih hidup ke tempat yang telah dilindungi. 

Season Kedua - Sambungan Mo Fan mempertahankan Bandar Bow dari serangan raksasa. Ketika itu dia sudah berada di tahap Magister Nebula Level. 

Season Ketiga - Apabila Bow City telah hancur oleh Raksasa, Mo Fan bersama ayah dan adiknya yang lumpuh, Xin Xia berpindah ke Mingzue City. Di situ, Mo Fan berniat untuk masuk ke University Mingzue untuk terus mempraktikkan kuasanya. 

Sebelum itu, Mo Fan mengikuti Miss Tang Yue untuk menyelesaikan satu misi di Song City. Sebagai upah, Miss Tang Yue berjanji untuk membantu Mo Fan bangunkan kuasanya yang lain. Iaitu Bayang-bayang dan juga seruan. 

Bila dah nama dia hero, mestila  dia aje akan selesaikan misi dalam animasi ni. 

Beberapa yang menjadi tanda tanya aku.. 

1. rantai catfish yang Mo Fan siapa yang bagi? Masa Miss Tang Yue tanya, dia jawab Heirloom. Hurm.. Agaknya Mo Fan di sebenarnya daripada keluarga yang berbakat jugak la ye? 


2. Mo Fan ni namanya dia ke sekolah dan university, tapi kebanyakan kuasanya dinaiktaraf dengan mengikuti Monster Hunter  dan berlatih sendiri. Jadi apa fungsi dia ke sekolah? Haha 

3. Haa, dah lupa. 


Guanzhi Fanshi ni masih lagi tergantung dan dengarnya ada season 4 untuk tahun ni, tapi kurang pasti kesahihannya. 

Semua orang nak tahu mO Fan ni mampu jadi Magister yang paling hebat ke tak dj penghujung animasi? 


Teringat pulak anime pertama yang Aien tengok sampai habis. BLEACH. Dari Ichigo tak ada kuasa sampai episode ke 500++ masih ada dalam simpan hardisk. Macam kena tengok balik je kan. Haha 

520 Giveaway by Garaeki


 Fuh, sempat ke tak ni ... 


Sorry last minit baru nak join. Hehe Hope it's not too late k. 


One book that I recommend: 



Why So Serious, Parents? by Adlil Rajiah 

- Untuk parent yang terlalu emotional like me, should read this kind of book. Dia macam manual tau, untuk kita menjadi better parent. Especially better mom. Mungkin sesetengah orang selalu rasakan bahawa kita tak perlukan benda ni semua, sometimes it's worth it to learn something new in your life. Improving your life to more positif gitu.. :) 


The book in my wislist: 



Haaa, ni buku viral sangat. Bila ntah nak beli dia. Bagus untuk mak-mak refresh otak deme balik, dan anak-anak untuk kenali dunia sains . Tunggu Nayla dan Najmi besar sikit baru nak beli. Heee.  


Last but not least, Aien nak tag Tiaraa Sapphire untuk join giveaway ni. 


All the best! 


Isnin, September 21, 2020

Sushi tekak Melayu

 

Sushi Tekak Melayu | Benda pertama nak cakap, bagi seorang pencinta makanan, mencari kelainan itu seronok. Begitu juga sekarang ini, banyak sudah orang menjual sushi home-made. Macam satu yang Aien cuba ni. Jauh tau delivery dia. Masa balik Pekan Nanas, seller tak bukak tempahan. Bila dah balik sini a.k.a Skudai, baru la dia bukak. Hee~ Nasib ada sorang seller a.k.a kawan ni, dia sudi nak tempahkan dengan syarat kena cari orang sama. Maksudnya, kau cari la pelanggan yang lain. Untuk memeriahkan cas penghantaran tu. 

Punya nak merasa, gigih kumpul order. Alhamdulillah ngam. Bahkan lebih pulak tu. Jadi tengahari esoknya sampai. Tak sabar gitcheeww nak makan sushi. 


Sorry gambar tunggang langgang ni. Antara yang Aien cuba adalah Mix Sushi Set dan Kimbap Chicken Crunchy.  

First Impression? 

- Tak Sabar nak makan. Dengan Nayla jugak tak sabar. 
- Dah bukak, hurm.. kenapa ada sosej pulak? Sos bagai? =_=
- It's okay la. untuk percubaan. 


Boleh agak why I tell you that? Bagi pencinta the original sushi, Mana ada orang Jepun pakai sos cili atas sushi deme.... Aku nak menangis jap. Adooo, ini sushi tekak melayu ni. Bahkan masa Aien kerja kat Jusco, serasanya stok sos cili ni untuk Delica ja. Tak ada untuk department Sushi. T^T 

Nasib la ada sweetcorn tu, kanikama tu, chicken floss and the other one.. macam yang orang letak kat takoyaki tu, mende ntah nama dia... Boleh la. 

Sib bek RM12. It is worth it? Maybe. For effort. 

Kawan yang tolong hantarkan tu cakap la. dia macam ada tema tiap minggu open order tu. So, mungkin minggu ni tema dia pedas kot. I is kenot brain... . 

Nasib la kau Nur~ Untuk mix sushi set adalah sangat tidak menarik minat daku untuk membelinya lagi. Yang kimbap is so delicious I tell you. Jika nak repeat order, mungkin yang ni kot. 
Perkenalkan, Kimbap Chicken Crunchy. Inside chicken fillet wrap with salad  topping with chicken floss.  Tak perasan boleh ngap sorang benda ni. Nyum! Harganya juga RM12 . Jadi ini mungkin berbaloi dengan harganya. 

Berpuas hatikah? 

Untuk mix sushi set - na
Untuk kimbap Chicken Crunchy - Yes! 

Warga Pontian or Pekan Nanas boleh roger ... 

Eh, kau ni... Order pun atas orang mana la nak kenal siapa yang buat ni. Ha Ha Ha Ha 

Sorry Sorry. My Bad. Laa, sekarang kan ada sushi Bonanza lagi kan, p Sushi King puas hati kot. Heee~