Rabu, September 30, 2020

Makan di The Chicken Rice Shop

 


Makan di The Chicken Rice Shop • Itu lah orang kata, bahayanya dengar iklan. Selalu sangat dengar iklan ni di radio, jadi terpengaruh la nak makan. Al-maklum la masa Encik Suami menanyakan tu, Aien tak ada apa-apa teringin nak makan. Jadi, makan la kat sini memandangkan kita dah lama dah tak makan nasi ayam. 


Aien order Wantan Noodle Dry with Chicken Honey BBQ set dapat Pie ntah tak reti sebut nama dia. Tukar air bikarbonat kepada soya cincau. Encik Suami pulak order Curry Laksa Mee Wantan dengan Ice Kacang ABC. 


Tak menyempat nak amek gambar dah makan. Haha Berebut dengan anak-anak resah nak berlari di jalanan yang lapang tu. Nasib jugak orang tak la berapa nak ramai di Paradigm Mall, JB tu. 

Usai menjamu selera, kami berjalan la cuci mata sambil anak-anak dibiarkan berlari dalam pantauan. Tapi disebabkan kekenyangan, masing-masing dah mencari pasal sebab penat. 

Sempat jugak belikan hadiah sendiri. Haha borong barang penjagaan muka di Watson yang sememangnya tunggu masa ja direstock. 

Bertukar lagi skincare. Asyik tukar aje kan. Dari sini ke sana mencari yang sesuai dengan poket. Nutox tu saja nak suruh mak mentua cuba sebab nak suruh bertukar angin jugak. 

Tunggu la review kalau rajin. Nak cari betul-betul mesra poket dan sesuai dengan skin type yang cerewet ni susah. Majoriti semua harga melambung tinggi. Hurm... 

Baca review kata wardah okay, so why not kita cuba la pulak kan. Harga dia pun boleh dikategorikan murah. 


Okay, tu je cerita semalam, menengokkan aje nak kuih bulan. Esok dah festival dia. Aha.. 

Selasa, September 29, 2020

Bye Two, Hye Three series!

 


Bye Two, Hye Three Series! • Happy birthday to me! Thanks Umi sebab lahirkan orang, jaga orang dari kecik sampai besar sehingga orang pulak merasa menjadi ibu .


Birthday kami tak jauh. Umi 23 September, dan aku hari ini. Aku satu-satunya berkongsi bulan dengan umi. Selebihnya beradik semua sorang satu bulan. Seronok tu ada sebab kau akan teringat selalu tarikh tu. 

Suppose 21hb ritu umi ayah datang, tapi sebabakn kes cobid ni masih pasang surut , mereka tundakan. Jadi aku niat nak celebrate birthday sama cancel. Last kami diraikan pada tahun 2017. Rasanya la. Dalam kenangan aku. 


Masa ni nak konvo kolej pada 2017. Kawan baik aku masa kolej ajak keluar sekaligus raikan birthday kami. Ever since, birthday aku mesti akan buat mood aku jauh sejauhnya. why the reason? Biar la simpan sendiri. 


September, wake me up when it's end. Thanks for last 30 years of living. Till now I couldn't dreamt that I will live until today. Never imagine that I could married, and having kids futhermore. Alhamdulillah for this long last breathe. Nothing that I could pray more than please bless my parents, my parents in law, my husband and everyone in my life so that they can have a good and bless life. 

30 tahun, kerjanya asyik nak meratap. Dan untuk tahun seterusnya aku berharap perlahan-lahan aura negatif itu berlalu pergi. Membawa semua sikap yang tidak matang. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang adalah yang terbaik. Lupakan masa silam yang usah kau kenang. Fikir yang baik-baik, in shaa Allah masa hadapan pasti akan baik. 


Terima kasih pada mereka yang banyak membantu diri ini dalam kesusahan dan kesepian. Semoga Allah merahmati kalian semua. 



Isnin, September 28, 2020

Segmen Bloglist Tiara Saphire.com

 


Berbaki lagi dua hari, jom la join. klik banner untuk join. :)