Khamis, Oktober 01, 2020
Hello, October!
Rabu, September 30, 2020
MOVIE REVIEW: Five Feet Apart (2019)
Tajuk: Lima kaki jarak
Genre: Romance, Drama
Duration: 1 hour 56 minutes
Cast: Cole Sprouse, Haley Lu Richardson, Moises Arias,
Sinopsis: Seventeen-year-old Stella spends most of her time in the hospital as a cystic fibrosis patient. Her life is full of routines, boundaries and self-control -- all of which get put to the test when she meets Will, an impossibly charming teen who has the same illness. There's an instant flirtation, though restrictions dictate that they must maintain a safe distance between them. As their connection intensifies, so does the temptation to throw the rules out the window and embrace that attraction. -wiki
SPOILER ALERT!
Setelah sekian lama nak tengok baru berkesempatan menontonnya kelmarin. Itu pun tertengok ada orang kongsi di muka buku senarai movie wajib sediakan tisu jika menonton.
Stella, menghidap penyakit Cystic Fibrosis yang mana paru-paru dia menghasilkan mucus iaitu kahak dalam kadar yang banyak. Jadi dorang ni tak boleh berpegangkan tangan sesama mereka pesakit. Dalam dia menghabiskan masa di hospital, Stella cuba positif untuk berkongsi tentang penyakitnya di Youtube. Sehingga satu hari, hospital tempat dia tinggal dia menerima kehadiran seorang pesakit baru.
Will, juga seorang pesakit CF tapi dimaklumkan kadar dia teruk. Nak kena tunggu senaraumi panjang penerima paru-paru. Jadi dia jalani proses nyahkuman gitu.
Secara keseluruhan movie ini menceritakan tentang kisah cinta antara Will dan Stella yang keduanya tidak boleh bersentuhan antara satu dengan yang lain.
Nak cerita panjang pun tak reti eh.
Cerita dia macam tu la, Stella dengan Will suka sama suka, tapi tak leh pegang. Lepas tu, sebab dorang ni tahu mati dah nak dekat dorang cuba enjoy masa berdua bersama. Bila Stella dah pasrah tak nak hidup padahal paru-paru baru dia dah sampai, Will berusaha untuk pujuk Stella supaya terima demi kedua ibu bapanya.
Sedih saat Will pergi setelah Stella berjaya sesi transplant paru-paru dia. Will berjaa menunaikan hasrat terakhir Stella yang ingin melihat lampu berkerlipan di taman bersama dirinya hasil kerjasama tenaga hospital. Bila Will mengucapkan selamat tinggal, dia juga dapat tahu bahawa dirinya tidak bertindakbalas terhadap ubat yang diberikan kepadanya. Kira gagal la dia punya ujikaji ubat tu. Padahal dia dah stage kronik.
Tak juga dinyatakan bahawa Will tu mati ke idok, tapi itu la kesudahannya bahawa untuk cinta kita harus belajar untuk melepaskannya.
kredit: google |
kredit: google |
Kredit: google |
Morl of story, hargailah orang tersayang saat di hadapan mata. jangan menyesal di kemudian hari. :)
Makan di The Chicken Rice Shop
Makan di The Chicken Rice Shop • Itu lah orang kata, bahayanya dengar iklan. Selalu sangat dengar iklan ni di radio, jadi terpengaruh la nak makan. Al-maklum la masa Encik Suami menanyakan tu, Aien tak ada apa-apa teringin nak makan. Jadi, makan la kat sini memandangkan kita dah lama dah tak makan nasi ayam.
Aien order Wantan Noodle Dry with Chicken Honey BBQ set dapat Pie ntah tak reti sebut nama dia. Tukar air bikarbonat kepada soya cincau. Encik Suami pulak order Curry Laksa Mee Wantan dengan Ice Kacang ABC.
Tak menyempat nak amek gambar dah makan. Haha Berebut dengan anak-anak resah nak berlari di jalanan yang lapang tu. Nasib jugak orang tak la berapa nak ramai di Paradigm Mall, JB tu.
Usai menjamu selera, kami berjalan la cuci mata sambil anak-anak dibiarkan berlari dalam pantauan. Tapi disebabkan kekenyangan, masing-masing dah mencari pasal sebab penat.
Sempat jugak belikan hadiah sendiri. Haha borong barang penjagaan muka di Watson yang sememangnya tunggu masa ja direstock.
Bertukar lagi skincare. Asyik tukar aje kan. Dari sini ke sana mencari yang sesuai dengan poket. Nutox tu saja nak suruh mak mentua cuba sebab nak suruh bertukar angin jugak.
Tunggu la review kalau rajin. Nak cari betul-betul mesra poket dan sesuai dengan skin type yang cerewet ni susah. Majoriti semua harga melambung tinggi. Hurm...
Baca review kata wardah okay, so why not kita cuba la pulak kan. Harga dia pun boleh dikategorikan murah.
Okay, tu je cerita semalam, menengokkan aje nak kuih bulan. Esok dah festival dia. Aha..