Khamis, Oktober 01, 2020

Chinese Drama: Dating In The Kitchen (2020)

 


Tajuk: Dating in the Kitchen 

Genre: Romance, business, Foodie

Episode:  24 

Cast: Zhou Lu Si, Lin Shen, Zhang Xiao Chan, 

Sinopsis: Working at the Zijing Hotel, Gu Sheng Nan was an underestimated commis inside the kitchen but she was free to express herself through her food, as she sharpened her skills as a chef to make matters worse, an unfortunate misunderstanding lands her on the wrong side of her soon-to-be boss, the sharp-tongued CEO, Lu Jin.

As a business prodigy, Lu Jin isn’t afraid to make the tough decisions. Ready to condemn the Zijing Hotel, Lu Jin changes his mind after a happy accident brings one of Sheng Nan’s dishes his way. A hardcore foodie, Lu Jin is impressed with Sheng Nan’s skill as a chef and readily recognizes her talent. Sharing a love of food, this unlikely pair begins to form an unexpected bond that leads them to a place neither of them ever expected to be.
(Source: Viki)
~~ Adapted from the novel "I Finally Get You" by author Lan Bai Se

SPOILER ALERT


 Again, randomly watched the trailer on youtube, waiting for this drama patiently.


Semestinya sebab Zhou Lu Si sebab dia one of my favorite chinese actress. Ada jugak terbaca desas desus mengatakan dia ni jenis orang tak kenang budi ke apa. Mana entah jumpa gosip dia, malas nak cari balik. Janji dia berlakon okay, dan apa yang penting kimia antara dia dengan semua pelakon lelaki di dalam keseluruhan drama lakonannya sangat hebat. I like, gitcheeww~

Untuk drama ini, Zhou Lu Si membawa watak seorang tukang masak yang memang daripada susur galur berdarah chef bekerja di sebuah hotel. Al-maklum hotel masak mana boleh suka hati ada T&C dia. Tapi masa dia kerja di hotel tu, dia sekadar pembantu dapur sahaja. Tukang potong bawang, siang ikan dan sebagainya. Sehingga satu hari, tukang inspection datang ke hotel mereka untuk menguji tahap kesedapan makanan di situ.

Dalam masa yang sama, Gu Sheng Nan ni curi-curi masak lunch untuk kawannya. Sekali kebakaran la pulak dalam bilik simpanan tu. Yang turut menjadi ahli bomba sukarela ini, adalah Tukang inspection tadi, Encik Lu Jin.

Hilang la mood member nak merasa segala jenis masakan yang terhasil dari dapur tersebut. Sampai manager F&B pun risau, silap-silap dorang ni kena buang kerja. Last sekali, idea gila kawan si Sheng Nan ni suh hidangkan nasi goreng yang dimasak oleh Sheng Nan untuknya tadi.

Suprise suprise. habis dong! Haha Sejak dari itu Sheng Nan jadi tukang masak tak rasmi pada Lu Jin ni. Siap buat task, hasilkan 10 jenis masakan daripada satu bahan utama.

Di lain cerita, Sheng Nan secara tak sengaja telah mengjahanamkan kereta kegemaran Lu Jin. Disebabkan itu jugak, Sheng Nan anti betul dengan Lu Jin yang asyik minta duit pampasan.

Sehingga satu task terakhir, Lu Jin terkena keracunan makanan sebab Sheng Nan. Demi untuk tukar ganti duit pampasan dan masakan Sheng Nan, Lu Jin sanggup buat kontrak supaya Sheng Nan boleh terus masakkan untuknya.

Bila mak si Lu Jin dapat tau, dia menganggap bahawa Lu Jin cuma mahukan teman. Ya la, orang bisnes sana sini. Ada aja peneman kan. Tapi, bagi Lu Jin tidak. Bersama Sheng Nan, bawa satu karakter lain dari dirinya. Itukah namanya cinta? Ecehwah.

Ping pang ping pung, cuba dipisahkan tapi tak berjaya. Sebab Sheng Nan ni memang pandai orangnya . Menawan hati bonus pandai masak. Suka Zhou Lu Si bawak watak ni. Sesuai dengan dirinya agak gila-gila happy go lucky gitu. Kena dengan Lin Shen yang macho man, bukan muka jambu. Adooo..


Penghujung drama, mesti la mereka dapat bersama hence ada konflik salah faham antara Sheng Nan dan Lu Jin dek kerana orang ketiga. Namun, kerana kesefahaman antara pasangan duo ini membuatkan hubungan mereka diterima oleh mak Lu Jin pada akhirnya.

Aien tak pasti sama ada iya betul-betul habis dengan episode 24 tu, sebab seperti tergantung je ending dia. Al-maklum la, sebab tak suka drama yang sedang ditayangkan macam ni la. Tak menyempat. Ikutkan di aplikasi WeTV baru episode 18 dengan sarikata english. Tapi, di youtube ada beberapa channel yang sudah tayangkan sehingga episode 24, tapi tanpa sarikata Ko paham sendiri la gitu. Haha

Apala, review tak senonoh kan. setengah jalan begini jaaa..

Hello, October!

 

Hello, October! • Alhamdulillah untuk September kali ini berlalu dengan smoothies.  Ha Ha Laju je kan ingat makan. Tak ada kenangan pahit untuk kali ni. Thanks my dear husband la kan. 

Dan semestinya oktober datang pun semangat sebab birthday husband around corner jugak. Yeay! Haa, so plan nak buat apa ye? He he jeng jeng jeng..  

Oktober ini banyak je best seperti: 

- 1 Okt : Moon cakes Festival. 
- soon will be halloween, semestinya cerita hantu banyak sangat. 

Ada la lagi kan..

Tak ketinggalan satu pesta dorang suka sambut tu. Harap tahun ni tak kecoh la lagi kan. Ingat! Mabuk itu bahaya. 

Moh ler kita recap what happen in September: 




- Mak ayah exciden. Paling seram untuk bulan ni. Masya Allah. Moga kau panjangkan umur mereka untuk aku bertemu dengannya. Moga aku diberikan kelapangan untuk bertemu dengan mereka. 






-Pertama kali Aien buat segmen, alhamdulillah sangat supporting rakan-rakan semua. :) in shaa Allah one day nak buat giveaway pulak. Doakan. 





- review makanan sushi tekak melayu



- Husband bawak jalan! Yeay! Short Gateaway ke Kota Tinggi

Last but no least 

celebrating my birthday. 



Alhmadulillah berlalu dengan penuh kebahagian. Benda baik macam ni selalu kena up supaya bila sendiri baca sendiri akan selalu ingat kebaikan orang pada diri sendiri. 

Macamana nak positif kalau diri sendiri yang tak reti nak positif, ye dok? 

Circle boleh tahan jugak dah positif, alhamdulillah.. tinggal diri sendiri je nak tak nak keluar dari comfy zone tu. 

Kisah lain yang Aien tak official make an entry is: 

- Aien dah jadi a part of team #jdtblogger. Thanks for Cik Sun jugak yang bawak masuk. Oh ya, pray for Sis Lin and Cik Sun untuk kembali sehat. Orang kuat JDT Blogger ni. :) 

Tapi untuk sebarang kerja luar belum lagi bertemu dorang. Halah halah shy shy kita nanti. Segannya. Tengah cari masa sesuai untuk join event. Sekarang asyik clashed date je. 

- Mak ayah tak jadi datang sini. Hurm.. Sob sob je disebabkan kes cobid ni yang pasang surut. 

Haila korang yang balik dari mengundi ke cuti-cuti Sabah tu kan, mohon jugak la kan.. Stay at home untuk keselamatan sejagat. Kami ini ndak mau jugak lagi di kenakan PKP bah. Mau juga ni kerja balik elok-elok. 

Over all, anak-anak sangat behave untuk September ni. Alhamdulillah. Sangat memberi kerjasama untuk Ibu keep positif lepas beberapa bulan kemurungan. Ha Ha Ha 

Untuk readers, semoga kamu semua juga menjalani hari yang mendatang dengan penuh positif. Moga Allah lapangkan segala kesulitan buat kamu, dilimpahkan rezeki berlipat ganda. Moga kamu semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.  #staysafe :) 



Rabu, September 30, 2020

MOVIE REVIEW: Five Feet Apart (2019)

 


Tajuk: Lima kaki jarak 

Genre: Romance, Drama

Duration: 1 hour 56 minutes

Cast: Cole Sprouse, Haley Lu Richardson, Moises Arias, 

Sinopsis: Seventeen-year-old Stella spends most of her time in the hospital as a cystic fibrosis patient. Her life is full of routines, boundaries and self-control -- all of which get put to the test when she meets Will, an impossibly charming teen who has the same illness. There's an instant flirtation, though restrictions dictate that they must maintain a safe distance between them. As their connection intensifies, so does the temptation to throw the rules out the window and embrace that attraction. -wiki


SPOILER ALERT!

 Setelah sekian lama nak tengok baru berkesempatan menontonnya kelmarin. Itu pun tertengok ada orang kongsi di muka buku senarai movie wajib sediakan tisu jika menonton. 

Stella, menghidap penyakit Cystic Fibrosis yang mana paru-paru dia menghasilkan mucus iaitu kahak dalam kadar yang banyak. Jadi dorang ni tak boleh berpegangkan tangan sesama mereka pesakit. Dalam dia menghabiskan masa di hospital, Stella cuba positif untuk berkongsi tentang penyakitnya di Youtube. Sehingga satu hari, hospital tempat dia tinggal dia menerima kehadiran seorang pesakit baru. 

Will, juga seorang pesakit CF tapi dimaklumkan kadar dia teruk. Nak kena tunggu senaraumi panjang penerima paru-paru. Jadi dia jalani proses nyahkuman gitu. 

Secara keseluruhan movie ini menceritakan tentang kisah cinta antara Will dan Stella yang keduanya tidak boleh bersentuhan antara satu dengan yang lain.  

Nak cerita panjang pun tak reti eh. 

Cerita dia macam tu la, Stella dengan Will suka sama suka, tapi tak leh pegang. Lepas tu, sebab dorang ni tahu mati dah nak dekat dorang cuba enjoy masa berdua bersama. Bila Stella dah pasrah tak nak hidup padahal paru-paru baru dia dah sampai, Will berusaha untuk pujuk Stella supaya terima demi kedua ibu bapanya. 

Sedih saat Will pergi setelah Stella berjaya sesi transplant paru-paru dia. Will berjaa menunaikan hasrat terakhir Stella yang ingin melihat lampu berkerlipan di taman bersama dirinya hasil kerjasama tenaga hospital. Bila Will mengucapkan selamat tinggal, dia juga dapat tahu bahawa dirinya tidak bertindakbalas terhadap ubat yang diberikan kepadanya. Kira gagal la dia punya ujikaji ubat tu. Padahal dia dah stage kronik. 

Tak juga dinyatakan bahawa Will tu mati ke idok, tapi itu la kesudahannya bahawa untuk cinta kita harus belajar untuk melepaskannya. 


kredit: google


kredit: google


Kredit: google


Morl of story, hargailah orang tersayang saat di hadapan mata. jangan menyesal di kemudian hari. :)