Sabtu, Oktober 03, 2020
Tempat makan wajib cuba jika ke Johor
Tempat makan wajib cuba jika ke Johor • Menjadi satu kemestian jika kita bercuti ke mana sahaja adalah mencari tempat makan. Lagi-lagi food hunter macam Aien. Ke mana saja mesti nak cari tempat makan popular la, tempat makan paling sedap la. Atau tempat makan masakan special daripada negeri tersebut. Johor yang sinonim dengan gelaran "Syurga Makanan" juga tak terkecuali daripada menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang harus dicuba.
Jom, Aien nak kongsi dengan korang 10 tempat makan sedap di Johor yang wajib korang singgah. Rugi jugak kalau dah ke mari tapi tak cuba salah satu di antaranya.
1. Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat, Pasir Gudang
2. Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara, Gelang Patah.
3. Wachaa Burger, Parit Kadir
4. Instanbul Turkish Cuisine
5. Chaba Thai Food, Johor Bahru
6. Kafe Kiri Kanan, Toppen Johor Bahru
7. Restoran Ateh Corner, Skudai
8. Makan Lok Lok Halal di B5 Market
9. Best Dim Sum & Pau, Pasir Gudang
10. Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut
Jumaat, Oktober 02, 2020
Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab Food
Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab food • Yeay! Yesterday was Moon Cake Festival, so why not we try to eat some moon cake.
Apa itu Moon Cake Festival?
Kenapa Moon cake mahal?
- Berkumpul sesama sanak saudara. Sama ada masak di rumah mahupun makan di restaurant.
- Makan Kuih Bulan -merupakan kewajiban pada hari ini.
- Melihat Bulan - tanda syukur keluarga berkumpul.
- Hargai Bulan - membuat suatu sembahan (halau hantu)
- Membakar lantern - tradisi bagi kanak-kanak untuk berhibur
- Bagi hadiah - sanak saudara atau staff
- Hantar pesanan ringkas - bagi keluarga jauh
- Bercuti pendek dengan keluarga -
- Shopping -kebiasaan mereka lakukan
- Menonton wayang - jika tidak mempunyai idea apa-apa.
Macamana boleh terpengaruh dengan Kuih Bulan?
Khamis, Oktober 01, 2020
Chinese Drama: Dating In The Kitchen (2020)
Tajuk: Dating in the Kitchen
Genre: Romance, business, Foodie
Episode: 24
Cast: Zhou Lu Si, Lin Shen, Zhang Xiao Chan,
Sinopsis: Working at the Zijing Hotel, Gu Sheng Nan was an underestimated commis inside the kitchen but she was free to express herself through her food, as she sharpened her skills as a chef to make matters worse, an unfortunate misunderstanding lands her on the wrong side of her soon-to-be boss, the sharp-tongued CEO, Lu Jin.
SPOILER ALERT
Again, randomly watched the trailer on youtube, waiting for this drama patiently.
Semestinya sebab Zhou Lu Si sebab dia one of my favorite chinese actress. Ada jugak terbaca desas desus mengatakan dia ni jenis orang tak kenang budi ke apa. Mana entah jumpa gosip dia, malas nak cari balik. Janji dia berlakon okay, dan apa yang penting kimia antara dia dengan semua pelakon lelaki di dalam keseluruhan drama lakonannya sangat hebat. I like, gitcheeww~
Untuk drama ini, Zhou Lu Si membawa watak seorang tukang masak yang memang daripada susur galur berdarah chef bekerja di sebuah hotel. Al-maklum hotel masak mana boleh suka hati ada T&C dia. Tapi masa dia kerja di hotel tu, dia sekadar pembantu dapur sahaja. Tukang potong bawang, siang ikan dan sebagainya. Sehingga satu hari, tukang inspection datang ke hotel mereka untuk menguji tahap kesedapan makanan di situ.
Dalam masa yang sama, Gu Sheng Nan ni curi-curi masak lunch untuk kawannya. Sekali kebakaran la pulak dalam bilik simpanan tu. Yang turut menjadi ahli bomba sukarela ini, adalah Tukang inspection tadi, Encik Lu Jin.
Hilang la mood member nak merasa segala jenis masakan yang terhasil dari dapur tersebut. Sampai manager F&B pun risau, silap-silap dorang ni kena buang kerja. Last sekali, idea gila kawan si Sheng Nan ni suh hidangkan nasi goreng yang dimasak oleh Sheng Nan untuknya tadi.
Suprise suprise. habis dong! Haha Sejak dari itu Sheng Nan jadi tukang masak tak rasmi pada Lu Jin ni. Siap buat task, hasilkan 10 jenis masakan daripada satu bahan utama.
Di lain cerita, Sheng Nan secara tak sengaja telah mengjahanamkan kereta kegemaran Lu Jin. Disebabkan itu jugak, Sheng Nan anti betul dengan Lu Jin yang asyik minta duit pampasan.
Sehingga satu task terakhir, Lu Jin terkena keracunan makanan sebab Sheng Nan. Demi untuk tukar ganti duit pampasan dan masakan Sheng Nan, Lu Jin sanggup buat kontrak supaya Sheng Nan boleh terus masakkan untuknya.
Bila mak si Lu Jin dapat tau, dia menganggap bahawa Lu Jin cuma mahukan teman. Ya la, orang bisnes sana sini. Ada aja peneman kan. Tapi, bagi Lu Jin tidak. Bersama Sheng Nan, bawa satu karakter lain dari dirinya. Itukah namanya cinta? Ecehwah.
Ping pang ping pung, cuba dipisahkan tapi tak berjaya. Sebab Sheng Nan ni memang pandai orangnya . Menawan hati bonus pandai masak. Suka Zhou Lu Si bawak watak ni. Sesuai dengan dirinya agak gila-gila happy go lucky gitu. Kena dengan Lin Shen yang macho man, bukan muka jambu. Adooo..
Penghujung drama, mesti la mereka dapat bersama hence ada konflik salah faham antara Sheng Nan dan Lu Jin dek kerana orang ketiga. Namun, kerana kesefahaman antara pasangan duo ini membuatkan hubungan mereka diterima oleh mak Lu Jin pada akhirnya.
Aien tak pasti sama ada iya betul-betul habis dengan episode 24 tu, sebab seperti tergantung je ending dia. Al-maklum la, sebab tak suka drama yang sedang ditayangkan macam ni la. Tak menyempat. Ikutkan di aplikasi WeTV baru episode 18 dengan sarikata english. Tapi, di youtube ada beberapa channel yang sudah tayangkan sehingga episode 24, tapi tanpa sarikata Ko paham sendiri la gitu. Haha
Apala, review tak senonoh kan. setengah jalan begini jaaa..