Ahad, Oktober 04, 2020

CHINESE DRAMA: Way Back To Love (2020)


 Tajuk: Way back to Love 

Genre: Romance, Friendship, Comedy 

No of Episode: 26 

Cast: Daddi Tang, Sun Qian, Wang You Jun, Zhang Hau Lun, Cheng Xun

Sinopsis: As a student, Lu Jia spent most of her time in school dreaming of the day she finally caught the attention of Xu Jia Xiu. A student in the class next door, Jia Xiu was everything Jia dreamed a guy could be. Unfortunately, all of her dreams were based on a secret, one-sided love. Knowing that nothing would ever happen with Jia Xiu if she kept her feelings as secret, Jia decided to do what any desperate girl might do. She mustered up every ounce of her courage and wrote him a letter. Having never paid any attention to the quiet girl in the class next door, the letter from Jia comes as a bit of a surprise to Jia Xiu. With no prior feelings for Jia, Jia Xiu can’t give her any sort of an answer. But that doesn’t mean she failed to make an impression. Despite the fact that many years have passed and nothing ever came of the letter, Jia Xiu has often wondered what happened to the girl who was once brave enough to confess her feelings for him.

Little does he know that, after spending years in a different city, Jia has recently returned. Now back in her hometown, fate seems determined to bring Jia and Jia Xiu together again. But this time things are different. While Jia reminisces over the feelings she once had for Jia Xiu, he begins to realize that the impression she made all those years ago has worked an unexpected change in his heart. Finally able to acknowledge their feelings, can a long-forgotten love begin to bloom?
(Source: Viki)
~~ Adapted from a novel "Shi Guang Li De Wo Men" by Sui Hou Zhu.


SPOILER ALERT!


 Lu Jia dituduh berskandal dengan bos dia, maka disebabkan dirinya difitnah, Lu Jia berhenti kerja di Beijing. Dah blek ke kampung halaman Dongzhou, Lu Jia mencari alasan telah mendapat kerja di sana demi tidak dimarahi bapanya.

Setelah itu, dia menjadi accountant di sebuah syarikat kecil yang tidak dia ketahui merupakan milik senior sekolah menengahnya merangkap crush nya dahulu, Xu Jia Xiu. Padahal masa reunion dorang sekolah, ada je Jia Xiu tu masa ru, sikit pun tak berkutik mengatakan bahawa Lu Jia tu bakal bekerja dengannya.

Xu Jia Xiu, nampak dingin dan kejam terhadap Lu Jia namun dalam dia sebenarnya dia juga menyukai wanita tersebut. Dek kerana marahnya pada Lu Jia yang memberi dua surat cinta kepada dia dan juga kawan karibnya dalam pada satu masa dahulu Jia Xiu bersikap demikian.

Kerana salah faham ini membuatkan mereka berdua saling bertelingkah antara satu dengan yang lain. Lu Jia menganggap bahawa Xu Jia Xiu tidak menyukai dirinya lantas sering saja mencari amarahnya.


Alah, cliche. Ha ha . chinese drama pun ada tema dia begini ala-ala drama jam 7. Aien ni cakap tak suka tengok macam ni, tapi tersangkut sebab ngekek sorang-sorang tengok perangai memasing ni.

At the end of drama semestinya mereka berdua bersama setelah mengharungi pelbagai rintangan.

Yang tak fahamnya, bulan dari bulan September hari tu, majoriti drama Aien rasa tersangkut semua plotnya begini. Crush zaman sekolah-berpisah-jumpa balik-tapi cold bold-gaduh manja-suka sama sama-ada tentangan lain-akhirnya bersama.

Nak listkan ya:

Love in Time - currently airing

Love is Sweet - currently airing


Banyak mende ni Nur?? eh, ada lagi tapi mana ntah. Banyak sangat list drama nak ditengok kan.

Boleh masuk k-drama yang pun menarik minat jugak ni. Adooo, k la bai.

Sabtu, Oktober 03, 2020

Tempat makan wajib cuba jika ke Johor

Tempat makan di Johor

Tempat makan wajib cuba jika ke Johor •
Menjadi satu kemestian jika kita bercuti ke mana sahaja adalah mencari tempat makan. Lagi-lagi food hunter macam Aien. Ke mana saja mesti nak cari tempat makan popular la, tempat makan paling sedap la. Atau tempat makan masakan special daripada negeri tersebut. Johor yang sinonim dengan gelaran "Syurga Makanan" juga tak terkecuali daripada menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang harus dicuba. 

Jom, Aien nak kongsi dengan korang 10 tempat makan sedap di Johor yang wajib korang singgah. Rugi jugak kalau dah ke mari tapi tak cuba salah satu di antaranya. 


1. Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat, Pasir Gudang

Seafood Seri Bahagia, Tanjung Langsat

Bagi pengemar makanan laut, pasti harus singgah makan di Seri Bahagia. Sambil menikmati lauk pauk segar, korang juga boleh menikmati pemandangan malam di sini. Daripada pelbagai jenis menu yang disediakan, katanya paling menarik perhatian Ketam Masak Lada Hitam. Korang nak tahu kenapa? boleh baca di DI SINI

2. Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara, Gelang Patah. 

Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

Berselera tengok masak dalam kawah besar begini. Apatah lagi pekena dengan nasi panas, memang dah tak nampak la orang seberang ni. 

Bukan itu sahaja, segala jenis lauk yang kena dengan masakan lemak cili api serta asam pedas ada di sini. Kawan kita ni dah cuba sampai tiga kali dah ke mari, sah sedap la tu. Siapa? Baca DI SINI

3. Wachaa Burger, Parit Kadir 

Wachaa Kadir

Malam-malam tak tau nak makan apa, jom ke Wachaa Burger. Bukan setakat burger malah pelbagai jenis makanan panas ada tersedia di sini. Harga pun mesra poket. Nak tau apa je kat situ, boleh baca DI SINI


4. Instanbul Turkish Cuisine

Istanbul Turkish Cuisine

Instanbul! Kau tunggu aku datang!!! Bila lagi la tu? Kena pulak pandemic yang tak nampak bila nak surut, jom la singgah ke Instanbul Turkish Cuisine kat Johor je. Asli dari air tangan orang arab konfirm dah tak payah la pergi Instanbul lagi. 

5. Chaba Thai Food, Johor Bahru 

Chaba Thai Food

Hujan-hujan sedap juga pekena yang berkuah ni. Dapat pulak yang meriah dengan lauk dan sayur daripada segala sampah sarap memang terasa seronok je kan. Kak Mia ada kongsi mana nak makan masakan ala thai sedap ni. Jom baca DI SINI

6. Kafe Kiri Kanan, Toppen Johor Bahru

Kafe Kiri Kanan Toppen Johor

Dah singgah IKEA Tebrau, kena singgah jiran di sebelahnya pulak.  Shopping Mall yang eco friendly memang menciptakan kelainan sekiranya korang singgah ke kafe ni. Tagline yang menarik buatkan anda nak cuba apa hidangan yang disediakan di situ.  Baca DI SINi untuk ketahui menu wajib korang cuba kalau nak makan di Kafe Kiri Kanan. 

7. Restoran Ateh Corner, Skudai

Restoran Ateh Corner

Ateh Corner memang terkenal di kalangan para pelajar di UTM. Dahulunya ia cuma warung di tepi jalan, kini telah berpindah ke tempat yang lebih luas dan selesa. Itu maknanya kedai makan ni adalah pilihan citarasa orang ramai. Antara menu sedap Ateh Corner ni, korang boleh klik saja DI SINI 

8. Makan Lok Lok Halal di B5 Market 

Makan Lok Lok Halal di B5 Market

Sekiranya korang tak berselera untuk makan berat, mungkin korang boleh cuba makan Lok Lok di B5 Market. Huda ada kongsikan dengan korang mana lagi nak cari sekiranya korang tak cukup kenyang DI SINI

9. Best Dim Sum & Pau, Pasir Gudang 

Best Dim Sum & Pau

Nak cari kelainan daripada yang lain, semestinya korang Best Dim Sum & Pau sesuai untuk pilihan sarapan korang. Kalau Aien, ni la paling favorite kalau dapat. Pau pun sebiji dua boleh kenyang. Korang nak tahu sedap tak sedap baca DI SINI okay? 

10. Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut

Restoran Senoko Seafood, Stulang

Johor dengan makanan Laut memang tak dapat dipisahkan. Jadi seharusnya sebagai pelancong mahupun orang tempatan mesti suka dengan makanan mewah begitu. Homey food rasanya. Korang rasa nak tahu lauk apa pilihan pelanggan jom baca DI SINI


Nah, habis sudah pilihan tempat makan sedap yang korang wajib terjah jika ke Johor. Bukan apa, bila perut sudah kenyang, nak jalan pun senang hati, kan? 

Jumaat, Oktober 02, 2020

Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab Food

 

Tealive Bubble Tea Mooncake

Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab food • Yeay! Yesterday was Moon Cake Festival, so why not we try to eat some moon cake. 


Apa itu Moon Cake Festival? 

Moon cake Festival juga dikenali sebagai Mid-autumn Festival atau Moon Festival yang diraikan oleh masyarakat cina sebagai sebuah perayaan selepas musim menuai pada setiap 1 October atau setiap 15 harj bulan di bulan kelpana calendar lunar.  Pada tarikh ini, mereka berkumpul makan sesama kaum keluarga dan moon cake atau Kuih Bulan ini merupakan makanan wajib selain daripada makanan hasil tuaian seperti ketam, labu, limau bali dan anggur. Mengikut kepercayaan mereka, pada hari ini juga mereka akan membakar lantern dan menikmati cahaya bulan penuh. 


Kenapa Moon cake mahal? 

Jika dilihat pada bahan-bahannya, tidak la terlalu banyak. Namun, kesukaran untuk membentuknya membuatkan kos kuih bulan ini boleh mencapai RM14 minimum pada setiap satu. 

Mengikut web page China Highlights tentang 10 perkara yang mereka buat ketika pesta ini adalah: 

  1. Berkumpul sesama sanak saudara. Sama ada masak di rumah mahupun makan di restaurant. 
  2. Makan Kuih Bulan -merupakan kewajiban pada hari ini. 
  3. Melihat Bulan - tanda syukur keluarga berkumpul. 
  4. Hargai Bulan - membuat suatu sembahan (halau hantu) 
  5. Membakar lantern - tradisi bagi kanak-kanak untuk berhibur 
  6. Bagi hadiah - sanak saudara atau staff
  7. Hantar pesanan ringkas - bagi keluarga jauh
  8. Bercuti pendek dengan keluarga - 
  9. Shopping -kebiasaan mereka lakukan
  10. Menonton wayang - jika tidak mempunyai idea apa-apa.

Macamana boleh terpengaruh dengan Kuih Bulan? 

Tealive Bubble Tea & Mooncake

Pada masa muda remaja, Aien bekerja di sebuah shopping Mall di Miri bahagian cashier. Bila jadi cashier ni semua kaunter la kita jalan. Every September favorite kaunter adalah kaunter kuih bulan walaupun dorang selalu nak chinese la kat situ kan. Bila dah penghujung Pesta Kuih Bulan ni, pasti ada promosi diskaun Kuih Bulan. Masa tu grab la sebijik dua mana yang ada halal kan. 

Kebiasaan Kuih bulan ni ada yang telur itik, bunga teratai, gula perang macam yang Aien dapat dengan Tealive ni. Kacang merah dan banyak lagi la. Dan Favorite Aien pulak adalah bunga teratai tu. Sedap eh! 

Tealive Bubble Tea & Mooncake

Rasa Kuih bulan ni lembut luar dalamnya berserta dengan inti.  Sedap untuk orang suka makan macam Aien. Ha Ha 

Semalam masa jalan-jalan nak pilih segan eh sebab ya la, kita bertudung nak pilih dorang chinese food gitu. Walaupun ada tanda halal mesti tak lekang promoter tu pandang, eleh..  yeea je kan. Haha Sangka buruk, tak elok betul. Senang cakap guwe ini segan. Makanya guwe beli aja ama grab food. 
.

Sememangnya jika korang baca entry Grabfood VS Foodpanda servis di kawasan rumah Aien, mesti tahu Aien suka mak ko hijau dari pink walaupun Aku suka pink! 

Tekan tekan tekan.  tunggu sekitar 20 minit, rider datang hantarkan tengahari tadi. Nayla siap tanya, "bu, li pe?" (ibu, beli apa?) haha 

Habis secawan Milk Tea with Boba tu dorang dua beradik kerjakan. 

Tealive Bubble Tea & Mooncake

Kelam kabut Ibu nak snap gambar tiga ketul ni. Jenuh, berebut. Tak menyempat. "BU NAK!!" Masing-masing. Adooo.. Sekali bagi makan kuih bulan memasing tak pandai. Nasib la Ibu ni keseorangan melayan tekak pelik. T^T 

Tekak pelik mende, aku balun je semua benda halal. Asalkan boleh makan namanya. Haha 

Sekian arakian cerita kuih bulan Aien. Dah habis jiran bawah sana main mercun. Semoga kita tak dikenakan PKP lagi la kan.  :)

Please not PKP anymore