Selasa, Oktober 06, 2020

Best ke pakai Wardah Sun Care Sunscreen Gel ni?

 

Best ke pakai Wardah Sun Care Sunscreen Gel ni? •  Waduh, waduh, takkan pernah wujud  kalau tak kenal maka tak cinta kan? Sejak mengenali Sunscreen ni, Aien dah repeat tub yang kedua. Eh, baru dua ke? Yup, baru je pakai. And I in love with this sunscreen ever. 


Dahulunya, Aien guna Biore UV Spf 50 pun in love jugak. Tapi saja la nak berubah angin sebab Wardah punya produk lebih murah berbanding dengan yang lain. Kalau boleh cari yang mesra poket, untuk apa membazir, gituuu..  

Korang boleh baca Top 5 skincare produk all the time Aien yang banyak dah berubah jugak la. Yang setia semestinya vaseline. Masih mencari best skincare produk diri sendiri. 

Macamana kenal Wardah Skincare? 

Wardah skincare produk telah memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Produk Wardah ini daripada Indonesia yang juga terkenal di negara jiran kita. Sejak follow group di muka buku, kebanyakan orang mula mengetahui kepentingan menggunakan sunscreen ni. Jadi antara produk sunscreen menjadi pilihan salahnya adalah Wardah Sunscreen Gel ni. 


Jika dilihat dari segi bahan-bahan yang terkandung di dalamnya  selamat digunakan. Akan tetapi, jika anda punya alahan terhadap wangian, tolong elakkan. Sekiranya anda mempunyai sensitif skin type. 

Setakat ni Aien pakai, okay je. Tak ada juga naik ruam. Sesuai jugak untuk Aien guna di rumah saja. 

Selain daripada Sunscreen Gel ni Aien currently cuba moisturizer cream dia. rasa ringan je kat muka. Tapi, baru je pakai lagi. Tunggu dah habis satu tub tu Aien buat review k. 

Tak reti la nak buat review molek². Janji simpan sini mana yang pernah cuba. Ye dak. Haha 

Mana nak cari Wardah Skincare ni? 

Di semua drugstore terdekat. Biasa Aien tengok di Watson. Guardian lama jugak dah tak masuk. Harga untuk satu tub di sekitar RM10- RM15. Mampu milik la kan? 

Dah tu je. Kbai~ 

Ahad, Oktober 04, 2020

CHINESE DRAMA: Way Back To Love (2020)


 Tajuk: Way back to Love 

Genre: Romance, Friendship, Comedy 

No of Episode: 26 

Cast: Daddi Tang, Sun Qian, Wang You Jun, Zhang Hau Lun, Cheng Xun

Sinopsis: As a student, Lu Jia spent most of her time in school dreaming of the day she finally caught the attention of Xu Jia Xiu. A student in the class next door, Jia Xiu was everything Jia dreamed a guy could be. Unfortunately, all of her dreams were based on a secret, one-sided love. Knowing that nothing would ever happen with Jia Xiu if she kept her feelings as secret, Jia decided to do what any desperate girl might do. She mustered up every ounce of her courage and wrote him a letter. Having never paid any attention to the quiet girl in the class next door, the letter from Jia comes as a bit of a surprise to Jia Xiu. With no prior feelings for Jia, Jia Xiu can’t give her any sort of an answer. But that doesn’t mean she failed to make an impression. Despite the fact that many years have passed and nothing ever came of the letter, Jia Xiu has often wondered what happened to the girl who was once brave enough to confess her feelings for him.

Little does he know that, after spending years in a different city, Jia has recently returned. Now back in her hometown, fate seems determined to bring Jia and Jia Xiu together again. But this time things are different. While Jia reminisces over the feelings she once had for Jia Xiu, he begins to realize that the impression she made all those years ago has worked an unexpected change in his heart. Finally able to acknowledge their feelings, can a long-forgotten love begin to bloom?
(Source: Viki)
~~ Adapted from a novel "Shi Guang Li De Wo Men" by Sui Hou Zhu.


SPOILER ALERT!


 Lu Jia dituduh berskandal dengan bos dia, maka disebabkan dirinya difitnah, Lu Jia berhenti kerja di Beijing. Dah blek ke kampung halaman Dongzhou, Lu Jia mencari alasan telah mendapat kerja di sana demi tidak dimarahi bapanya.

Setelah itu, dia menjadi accountant di sebuah syarikat kecil yang tidak dia ketahui merupakan milik senior sekolah menengahnya merangkap crush nya dahulu, Xu Jia Xiu. Padahal masa reunion dorang sekolah, ada je Jia Xiu tu masa ru, sikit pun tak berkutik mengatakan bahawa Lu Jia tu bakal bekerja dengannya.

Xu Jia Xiu, nampak dingin dan kejam terhadap Lu Jia namun dalam dia sebenarnya dia juga menyukai wanita tersebut. Dek kerana marahnya pada Lu Jia yang memberi dua surat cinta kepada dia dan juga kawan karibnya dalam pada satu masa dahulu Jia Xiu bersikap demikian.

Kerana salah faham ini membuatkan mereka berdua saling bertelingkah antara satu dengan yang lain. Lu Jia menganggap bahawa Xu Jia Xiu tidak menyukai dirinya lantas sering saja mencari amarahnya.


Alah, cliche. Ha ha . chinese drama pun ada tema dia begini ala-ala drama jam 7. Aien ni cakap tak suka tengok macam ni, tapi tersangkut sebab ngekek sorang-sorang tengok perangai memasing ni.

At the end of drama semestinya mereka berdua bersama setelah mengharungi pelbagai rintangan.

Yang tak fahamnya, bulan dari bulan September hari tu, majoriti drama Aien rasa tersangkut semua plotnya begini. Crush zaman sekolah-berpisah-jumpa balik-tapi cold bold-gaduh manja-suka sama sama-ada tentangan lain-akhirnya bersama.

Nak listkan ya:

Love in Time - currently airing

Love is Sweet - currently airing


Banyak mende ni Nur?? eh, ada lagi tapi mana ntah. Banyak sangat list drama nak ditengok kan.

Boleh masuk k-drama yang pun menarik minat jugak ni. Adooo, k la bai.

Sabtu, Oktober 03, 2020

Tempat makan wajib cuba jika ke Johor

Tempat makan di Johor

Tempat makan wajib cuba jika ke Johor •
Menjadi satu kemestian jika kita bercuti ke mana sahaja adalah mencari tempat makan. Lagi-lagi food hunter macam Aien. Ke mana saja mesti nak cari tempat makan popular la, tempat makan paling sedap la. Atau tempat makan masakan special daripada negeri tersebut. Johor yang sinonim dengan gelaran "Syurga Makanan" juga tak terkecuali daripada menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang harus dicuba. 

Jom, Aien nak kongsi dengan korang 10 tempat makan sedap di Johor yang wajib korang singgah. Rugi jugak kalau dah ke mari tapi tak cuba salah satu di antaranya. 


1. Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat, Pasir Gudang

Seafood Seri Bahagia, Tanjung Langsat

Bagi pengemar makanan laut, pasti harus singgah makan di Seri Bahagia. Sambil menikmati lauk pauk segar, korang juga boleh menikmati pemandangan malam di sini. Daripada pelbagai jenis menu yang disediakan, katanya paling menarik perhatian Ketam Masak Lada Hitam. Korang nak tahu kenapa? boleh baca di DI SINI

2. Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara, Gelang Patah. 

Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

Berselera tengok masak dalam kawah besar begini. Apatah lagi pekena dengan nasi panas, memang dah tak nampak la orang seberang ni. 

Bukan itu sahaja, segala jenis lauk yang kena dengan masakan lemak cili api serta asam pedas ada di sini. Kawan kita ni dah cuba sampai tiga kali dah ke mari, sah sedap la tu. Siapa? Baca DI SINI

3. Wachaa Burger, Parit Kadir 

Wachaa Kadir

Malam-malam tak tau nak makan apa, jom ke Wachaa Burger. Bukan setakat burger malah pelbagai jenis makanan panas ada tersedia di sini. Harga pun mesra poket. Nak tau apa je kat situ, boleh baca DI SINI


4. Instanbul Turkish Cuisine

Istanbul Turkish Cuisine

Instanbul! Kau tunggu aku datang!!! Bila lagi la tu? Kena pulak pandemic yang tak nampak bila nak surut, jom la singgah ke Instanbul Turkish Cuisine kat Johor je. Asli dari air tangan orang arab konfirm dah tak payah la pergi Instanbul lagi. 

5. Chaba Thai Food, Johor Bahru 

Chaba Thai Food

Hujan-hujan sedap juga pekena yang berkuah ni. Dapat pulak yang meriah dengan lauk dan sayur daripada segala sampah sarap memang terasa seronok je kan. Kak Mia ada kongsi mana nak makan masakan ala thai sedap ni. Jom baca DI SINI

6. Kafe Kiri Kanan, Toppen Johor Bahru

Kafe Kiri Kanan Toppen Johor

Dah singgah IKEA Tebrau, kena singgah jiran di sebelahnya pulak.  Shopping Mall yang eco friendly memang menciptakan kelainan sekiranya korang singgah ke kafe ni. Tagline yang menarik buatkan anda nak cuba apa hidangan yang disediakan di situ.  Baca DI SINi untuk ketahui menu wajib korang cuba kalau nak makan di Kafe Kiri Kanan. 

7. Restoran Ateh Corner, Skudai

Restoran Ateh Corner

Ateh Corner memang terkenal di kalangan para pelajar di UTM. Dahulunya ia cuma warung di tepi jalan, kini telah berpindah ke tempat yang lebih luas dan selesa. Itu maknanya kedai makan ni adalah pilihan citarasa orang ramai. Antara menu sedap Ateh Corner ni, korang boleh klik saja DI SINI 

8. Makan Lok Lok Halal di B5 Market 

Makan Lok Lok Halal di B5 Market

Sekiranya korang tak berselera untuk makan berat, mungkin korang boleh cuba makan Lok Lok di B5 Market. Huda ada kongsikan dengan korang mana lagi nak cari sekiranya korang tak cukup kenyang DI SINI

9. Best Dim Sum & Pau, Pasir Gudang 

Best Dim Sum & Pau

Nak cari kelainan daripada yang lain, semestinya korang Best Dim Sum & Pau sesuai untuk pilihan sarapan korang. Kalau Aien, ni la paling favorite kalau dapat. Pau pun sebiji dua boleh kenyang. Korang nak tahu sedap tak sedap baca DI SINI okay? 

10. Restoran Senoko Seafood, Stulang Laut

Restoran Senoko Seafood, Stulang

Johor dengan makanan Laut memang tak dapat dipisahkan. Jadi seharusnya sebagai pelancong mahupun orang tempatan mesti suka dengan makanan mewah begitu. Homey food rasanya. Korang rasa nak tahu lauk apa pilihan pelanggan jom baca DI SINI


Nah, habis sudah pilihan tempat makan sedap yang korang wajib terjah jika ke Johor. Bukan apa, bila perut sudah kenyang, nak jalan pun senang hati, kan?