Khamis, Oktober 08, 2020
Safi Micellar Natural Cleansing Oil, mesra poket
Chinese Drama: Love Designer (2020)
Tajuk: Love Designer, Love Advanced Customization
Genre: Bisnes, Romance
No of Episode: 45
Cast:
Fashion designer Zhou Fang met Song Lin because of a lawsuit. They were a mismatch from the very start but had to cooperate due interdependence in their lives and their work. Having two hard-headed people together was bound to result in conflicts but in the process of competing with each other, Zhou Fang and Song Lin gradually fall in love. As they seek to be better versions of themselves, Zhou Fang works hard to create a sophisticated brand while Song Lin who prioritizes efficiency above all pushes for a breakthrough in his career.
(Source: ChineseDrama.info)
SPOILER ALERT!
Finally, habis jugak. Fuh, jenuhnya nak habiskan 45 episode dengan menonton di Youtube. Ergh, dengan line sangkut-sangkut. Yang penting udah habis kok.
Drama yang memang ada dalam watchlist Aien ni. Ditayangkan pada May tahun ni, baru ada masa nak tengok. Ya la, episode is too much kot. Sebab tu orang malas jugak nak tengok agaknya. Dah masuk golongan sinetron jugak episode berjuta nam.
Namun, Aien katakan pada anda, berbaloi juga la tengok sebab ada beberapa pengajaran baik yang diperolehi daripada drama ni. Ya, nak tengok tengok. Tak mau sudah. Aku mau kok kasi tau sama kamu jugak ni spoiler nya. (muka tenang)
Kisahnya bermula dengan Zhou Fang, seorang designer a.k.a pembuat busana.
Chop! Maaf kan Aien sekiranya tersampuk Indon kejap. Bahana menonton drama dengan sub Indon. Begini la ya. Bakalin dicerita dalam bahasa Indon kok pemahamannya dari situ.
Berbalik ya, Okay, si Zhou Fang yang sudah bertunangan dengan Wang Zeyang namun, ketahuan ditipu hidup-hidup oleh Wang Zeyang yang hidupnya menggunakan duit perempuan. Setelah 5 tahun Zhou Fang mendedikasikan kehidupan serta pekerjaannya kepada Wang Ze Yang, akhirnya dia terpaksa bangkit semula bermula daripada titik sifar.
Saat Wang Ze Yang ketahuan, Zhou Fang melarikan diri dari pengambaran pre-wedding mereka lantas ditabrak sama Song Lin.
Ping pang ping pung, plotnya rupa-rupanya Song Lin ini CEO sebuah syarikat fashion terkenal iaitu Group WanFeng. Namun, permulaan perkenalan antara Song Lin dan Zhou Fang sangat la tidak indah kerana mereka sering bertengkar dan berselisih faham.
Akhirnya berbaik akibat anak buah Zhou Fang, Shen Di dibuli oleh adik Song Lin iaitu Song Lou. Adik beradik Song ini kematian ibu bapa, dan Song Lin menjaga adiknya sendirian dengan bantuan nenek. Namun, atas kekangan kerja, Song Lin sering mengawasi adiknya umpama bos mengarah pekerja yang menyebabkan Song Lou memberontak.
Zhou Fang yang memiliki keperibadian yang murni, sangat senang memujuk orang lain menerima tawaran Song Lin untuk menjadi orang tengah antara mereka dua beradik.
Ping pang ping pung, dalam pada masa yang sama Song Lin juga membantu Zhou Fang untuk terus berkembang dalam dunia kerjayanya.
Malangnya, saat Zhou Fang mula naik, Song Lin dijerumus oleh musuh a.k.a bekas teman baik, Group Baishai Director Su YuShan. Satu persatu masalah yang ditimbul antara kedua syarikat terkenal ini. Mereka sering berdaya saing dalam sebarang hal dalam dunia fashion mahupun bisnes. Dek kerna Su Yu Shan menggunakan Zhou Fang sebagai alat untuk menjatuhkan Song Lin, akhirnya Song Lin akur bahawa WangFeng bukan miliknya lagi.
Muka puas Director Su Yushan apabila Song Lin berundur daripada WanFeng. Namun, Song Lin sebenarnya telah membangunkan sebuah syarikat teknologi dibawah kelolanya anak buahnya, iaitu Zou Yu Lin a.k.a Wu Shan dan kawan-kawannya. Tapi, Wu Shan ni bukan adik beradik Zhou Fang k. Nama je lebih kurang.
Dari segi percintaan dalam drama ini, Song Lin bersama dengan Zhou Fang, Wu Shan dengan teman baiknya Zhou Fang, iaitu Qin Qing. Pada mulanya ibu bapa Zhou Fang bekeras untuk tidak menerima Song Lin kerana merasakan perbezaan darjat antara mereka. Namun, setelah melihat kesungguhan Song Lin, kedua hati orang tua Zhou Fang menerima dengan hati terbuka siap adopt si Song Lou dek kerana gadis itu kesunyian tanpa kasih sayang ibu bapa.
Setelah bahagian Zhou Fang dan Song Lin selesai pulak, bahagian Qin Qing dan Wu Shan pulak ditolak orang kedua orang tua Qin Qing. Dek kerana perbezaan umur antara mereka berdua dan merasakan bahawa Wu Shan belom matang dalam membuat apa-apa keputusan. Setelah sekian lama, baru la Wu Shan diterima tapi berbalik dengan mak si Wu Shan yang juga bekas guru Qin Qing. Mak Wu Shan lagi teruk woo daripada mak bapak Qin Qing. Ya la, ibu tunggal dengan anak lelaki. Apabila bertemu dengan bakal menantu yang bekas salah seorang pelajar nakal bawah didikannya, pasti menolak habisan. Namun, Qin Qing tak patah semangat untuk membujuk hati Guru Tian. Atas sokongan dan dorongan Zhou Fang dan ibunya.
ping pang ping pung, entah macamana terjebak mengatakan si Qin Qing mengandung, maka Guru Tian membenarnya si Wu Shan kawen a.k.a mendaftarkan pernikahan mereka. Tapi, hari-hari si Guru Tian ni datang bawakkan makanan, halang si Qin Qing buat itu buat ini, membuatkan Qin Qing tak tertahan untuk berbohong. Marah la hati orang tua ni tadi dibohongi terangan. Dah kawen la kiranya kan, dia gigih nak suruh si Qin Qing ni bunting pelamin gitu, membuatkan kedua mereka anak-anak ni tertekan dan menyebabkan Wu Shan bertinggi suara dengan ibunya. Adeh, bahana tersepit antara ibu dan bini.
Daripada seorang anak yang taat, akhirnya Wu Shan menyuarakan isi hatinya. Mungkin kerana kesan daripada tugasnya sebagai seorang pendidik membuatkan Guru Tian merasakan bahawa semua harus menerima pandangannya saja. Namun, kemudian Qin Qing datang bersuara dan meminta maaf pada Guru Tian, hati tuanya terbuka untuk memberi ruang pada kedua anaknya.
Berbalik kepada permasalahan antara Song Lin dan Su YuShan tadi, walaupun dia telah mengambil alih WanFeng, Su Yushan tetap juga tak senang diri selagi Song Lin tidak mengaku kalah terhadapnya. Yela, dalam kelompok sesuatu bidang, pasti desas desusnya berbunyi dalam itu saja, jauh mana pergi pasti kedengaran juga. Saat Song Lin mahu melancarkan projek terbarunya iaitu sebuah aplikasi pemadanan pakaian daripada pelbagai butik dirampas oleh Su Yushan yang terburu-buru melancarkan aplikasi yang sama membuatkan Song Lin terduduk seketika. Habis dana hasil dari jualan saham WanFeng yang dia berusaha mencari peminat yang bersesuaian atas bantuan rakan senior Zhou Fang, Chen HouDong, dilaburkan untuk projek tersebut.
Berhempas pulas mereka menjaga privasi pelanggan dalam aplikasi tersebut, Su YuShan menabur duri dengan menghantar hacker untuk mengodam kedua aplikasi baik daripada syarikatnya sendiri. Namun, Song Lin tenang saja hasil berkongsi pendapat dengan orang terdekat. Dia berjaya berdamai dengan Su YuShan. Dan lelaki egois itu, akhirnya mengaku kalah bahawa Song Lin memang lagi arif dengan dunia bisnes. Dan sudahnya dia membuka kedai kopi saja.
Penghujungnya, mereka hidup bahagia sehingga habis episode. Mendenya, dah episode 41 pun masih konflik tak berenti. Tapi seru bangat tuh, sampai tak boleh berenti sebab nak tahu ending. Padahal boleh je kan terus klik episode 45. =='
Good input dari drama ini:
Baiknya drama ini, mengisahkan perjalanan seorang Zhou Fang yang tak pernah mengaku kalah dalam menjunjung impiannya sebagai seorang designer terkenal yang memiliki sebuah butik sendiri. Gedung gitu. Walaupun apa jua permasalahan datang menimpanya, berkat sokongan orang sekeliling dia bangun dan terus bangun sehingga berjaya.
Jangan pernah mengalah untuk impian sendiri.
Dari segi percintaan pulak lebih suka tengok sikap Song Lin yang tenang walaupun tidak disukai bakal mak mentua. Dia tidak gelojoh hendak memuaskan hati orang tua Zhou Fang. Namun, perlahan-lahan menangkap hati mereka terus tepat menerima dirinya sebagai anak mereka juga. Menantu is tetap anak kan? Anak baru.
Kalau dari bahagian Qin Qing dan Wu Shan pulak, masing-masing saling kuat antara satu dengan yang lain menyebabkan kedua ibu bapa mengalah demi kebahagian anak. Ya la, anak dah tersenyum bahagia pun cukup baik.
Tunjukkan sisi baik, tambat hati mak ayah pasangan barulah aman bahagia rumah tangga.
Apa lagi yaa, Fuh, panjang juga review Aien ni. Banyak lagi la tak digarapkan sebab tak penting kot. rencah cerita ja. Kalau korang nak tengok, boleh je cari di Youtube dengan tajuk di atas ya.
Suka tengok Dilraba Dilmurat ni berlakon, selain drama ini dia ada juga di dalam Eternal Love: Dream
Ada lagi cerita dia yang Aien dah tengok tapi rasanya tak ada buat review, iaitu Sweet Dream.
Dengar cerita gosip dorang dua pelakon utama ni bercinta lepas dari shooting ni, entah betul entah tak tau la. Yang penting aku dah habis tengok ni. :)
Rabu, Oktober 07, 2020
September 2020 Blog Performance
Maaf la screenshot je. Sebab memang Aien selalu update melalui smartphone je. Dah macam kekok nak duduk menaip di laptop. Sejak ada kiddos, dorang memang anti kalau Ibu ni dok mengadap benda tu. Dengki sokmo.
Back to our performance, masih tak jauh beza kesemua nombor di atas. Sebab first impression makin lama makin merundum. Tak seperti mula-mula daftar analytic tu. Cantik la jugak, walaupun tak mencecah 100. Makin lama makin merundum dan adooo.. Di mana silapnya? Eh, dah melalut memang la orang pun malas la nak singgah. Haha
Tiga entry yang menarik perhatian readers untuk bulan lepas . Sememangnya sentiasa menjadi tarikan orang singgah ke mari. Alhamdulillah satu-satunya entry yang keluar di top rank jika kata kuncinya buat buku pink kedua.
Masih bertatih lagi untuk mencari info di kongsikan dengan korang. Masih juga mencerna ideas supaya tak dijadikan plagiat.
Untuk entry tampal gigi pulak, tetap menjadi pilihan walaupun bukan di rank atas, ia kekal di muka utama carian.
Adooo, ni pun lama dah tak cuci gigi. umo baru 30, gigi dah mula meragam sana sini. huwaaa~
Semoga boleh la menjawab persoalan mereka yang singgah. Kadang Aien suka membaca cerita orang, tu yang kadang dalam satu entry asyik nak melalut ja. Mianhe~
Jika dilihat melalui static di blogger template sendiri, keyword aneh² pun ada.
Awak cari novel teman berak ke tu? Adooo... Idea bernas betul laa.. Bawak majalah macam omputih yang siap letak rak buku dalam toilet. Haha
Over all, performance bulan September tak la secantik August lepas. Semoga october ni rajin la buat entry yang pekdah sikit. Ha Ha
So, till we meet again!