Khamis, Oktober 15, 2020
DRAMA SERIES: Emily In Paris Season 1
Tajuk: Emily in Paris
Genre: Fashion, Romance, Comedy
No of Episode: 10
Cast: Lily Collin, Lucas Bravo, Ashley Park, Philippine Lorey Beaulieu, Camille Razat
Sinopsis: Chicago Marketing Executive, Emily Cooper is hired to provide American perspective at a marketing firm in Paris.
Disclaimer: Image from telegram group and all info from google.
SPOILER ALERT!
One of binge must watch drama from netflix of 2020. As a fan of Lily Collins of course you must waiting for this drama. Eh, speaking pulak dah! Haha Maaf kan saya.
Okay, sebagai seorang peminat tak tegar pelakon Lily Collins ini semestinya drama ini menjadi drama wajib tonton di Netflix, salab satu medium hiburan korang kan.
Drama ini mengisahkan seorang pengurus pemasaran di Chicago Emily Cooper yang dihantar bertugas di Paris secara mengejut apabila atasannya hamil. Tanpa sebarang bantuan perhubungan, si Emily ni pergi dengan penuh keterujaan. Siapa tak suka kota Paris, kota cinta itu kan? Bahkan dia merancang untuk mengajak teman lelakinya liburan a.k.a bercuti ke sana nanti.
Setiba di Paris, semuanya indah khabar dari rupa apabila seluruh ahli di syarikat pemasaran itu tidak menerimanya dengan baik dek kerana dirinya tidak berbahasa mereka. Namun, itu bukan alasan untuk Emily mengaku kalah. Seorang diri di kota asing membuatkan Emily tidak sabar menunggu kedatangan teman lelakinya.
Berjumpa dengan seorang asian yang menjadi pengasuh di taman, akhirnya mereka menjadi sahabat karib. Emily seorang optimis. Sentiasa tersenyum dan positif dalam apa jua yang dilakukan. Jenis seorang yang bijak dan cepat bereaksi. Bahkan sebaik saja tiba di Paris, dia sering memuatnaik gambar di Instagram di bawah nama @emilyinparis. Sejak itu, bilangan pengikut semakin bertambah dan menjadi tarikan kepada jenama besar.
Trend sekarang kan mencari influencer untuk mempromosikan barang mereka, bahkan Emily dijemput untuk menjadi pemasaran sebuah produk kesukaan dengan erti kata lain menyelam sambil minum air.
Bos atas Emily, Slyvia sangat tidak menyukai gadis itu kerana merasakan gadis itu cuba untuk membawa perubahan baru di syarikatnya. Tak hairan juga drama America mesti ada termasuk bab selingkuh curang dan sebagainya.
Emily boleh dikatakan old fashion people apabila mengetahui Slyvia menjadi orang ketiga dalam perkahwinan salah seorang pelanggan terbesar mereka. Ado,, pening kepala mak.
Dalam masa yang sama, Emily tak ketinggalan mengikut kelas bahasa France untuk menajamkan skil bahasanya. Atas nasihat kliennya, tanpa teman lelaki skil bahasanya takkan dapat diasah.
Saat teman lelakinya harus tiba di kota Paris, Emily mengetahui bahasa lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya. Bahkan minta putus. Auch, selepas itu baru Emily menjadi merpati sebebasnya. Ha Ha Ha
kelu jap review drama ni. Tapi best. Sebab semangat Emily dalam ni harus kita pupuk. Jenis tak gentar walaupun tiada siapa yang dia kenali di kota asing. Kalau kita, alah, tak ada kawan. Malas la kan. Haha
Aien is tak sabar tunggu season kedua just because nak tahu dia boleh kekal tak di situ. Kerana ada satu ketika dia hampir dipecat oleh Slyvia kerana salah faham antara pelanggan besar syarikat tersebut. Slyvia ni macam old skool punya pemikiran la dalam bab pemasaran. Paling tak boleh blah sekali ada ke patut nak buat iklan pewangi, ... errr... haha speechless. Kalau benaran di luar ini buat iklan macan tu, memang kena banned la di banyak negara.
Kota paris, kota cinta kota bebas melakukan apa saja. Tak pernah pulak Aien berangan nak ke sana kerana minda pemikiran mereka terlalu terbuka. Takut jadinya. Apatah lagi bila ada beberapa perkara dorang highlight dalam drama ni tentang ---- banned ---- banned -----
senang cerita jangan tonton bersama anak-anak. Drama ini bukan family type. ini PG13. But extremely tak recommended untuk tonton di kaca tv besar. Kan sekarang ni banyak smart tv. Kalau nak tengok, tontonan laki bini udah ler. Haha
Dari segi percintaan pulak, Emily ini menjadi tarikan para lelaki. Bahkan setiba di kota Paris saja dia di ngorat oleh tukang hantar dia ke rumah. Tapi, kurus la Lily Collins dalam ni. Kemudiannya, dek kerana salah faham tentang perkiraan tingkat rumah, sering saja Emily mengetuk rumah jirannya yang selalu difikirkan rumahnya. Hot guy who cook is most handsome guy in the world.
Tukang masak di sebuah restoran berdekatan dengan rumahnya, Gabriel mencuri pandangan Emily. Hampir saja dia ingin membalas renungan lelaki itu, namun sejak mengenali wanita yang baik hati bernama Camille yang membantunya secara tidak langsung ketika membeli bunga, dan mengetahui bahawa Camille itu adalah teman wanita Gabriel. Emily pasrah. Langsung menyembunyikan perasaannya.
Sehingga saat Gabriel menolak tawaran keluarga Camille untuk membantukan membeli restoran tempat dia bekerja itu dan menjadikan hak miliknya, pasangan itu berentakan dan menyebabkan Gabriel mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan Camille kekal di kota Paris.
Kesudahan untuk Season satu ini, adalah Gabriel tak jadi pulang ke kampung.Yeay! Dia berjaya memiliki restoran itu, tapi bukan atas bantuan Camille. Yes!
Haa, cepat la season two ni...
Selasa, Oktober 13, 2020
Segmen Follow² by Cik Roxa
Segmen Follow2 by Cik Roxa | Support another blogger fellow. :)
Banner dia lawa seh. macam kad jemputan kawen pulak Aien tengok. Haa, korang² jemput la join segmen rakan blogger yang sangat talented ni. Segmen akan tamat sehingga hujung bulan je tau. Jom! #supportblogger.
klik banner untuk join.
Japan Drama: Watashitachi wa douka Shiteiru (2020)
Tajuk: Watashitachi wa douka Shiteiru , There's something wrong with us, Cursed Love,
Genre: Suspense, Romance, Drama, Food
No of Episode: 8
Cast: Hamabe Minami, Yokahama Ryusei, Takasugi Miharo, Kishii Yukino,
Sinopsis: Hanaoka Nao’s mother Yuriko is a single parent and a live-in confectioner at Kogetsuan, a traditional Japanese confectionery shop of long standing. That is how Nao meets Takatsuki Tsubaki, the 6-year-old son of the owner of Kogetsuan, and they become each other’s first loves. However, Tsubaki’s father is stabbed to death by someone. Nao’s mother is arrested as the suspect based on Tsubaki’s statement. Nao is kicked out while her mother passes away while under interrogation. Now daughter of a murder suspect and son of the victim, Nao and Tsubaki separate with ill feelings for each other. More than 15 years later, Nao and Tsubaki are reunited at a competition on Japanese confectionery. Tsubaki takes an interest in Nao’s creations and asks her to marry him at their first meeting without realising that she is his childhood friend. Nao hides her true identity and decides to get into Kogetsuan through her marriage to Tsubaki in order to prove her mother’s innocence. Little does she know that all sorts of adverse circumstances lie in wait. Despite being made sport of by cruel fate, Nao and Tsubaki are drawn to each other. What is the truth of the case 15 years ago?
(Source: jdramas.wordpress.com) ~~ Adapted from the manga series "Watashitachi wa Douka Shiteiru" by Natsumi Ando.SPOILER ALERT!
Such a good drama tho'. Sekian lama tak tengok drama Jepun ni, macam best pulak. Memang plot twist, sangat tak mengecewakan. Best la senang kata!
Kisah dia, Nao bertemu kembali dengan anak bekas majikannya di sebuah pertandingan manisan. Siapa sangka yang dia bakal juga membongkar kisah sebenar di sebalik kes pembunuhan bekas majikan maknya suatu ketika dahulu.
Tsubaki, pewaris sebuah kedai manisan terkenal di Kanazawa, Kogetsu An tapi tidak disukai oleh grand Master Kogetsu An a.k.a Atoknya.
Cerita mereka bermula apabila Yuriko, mak si Nao dituduh membunuh ayah Tusbaki, Itsuki dan menyebabkan Yuriko dipenjara. 15 tahun kemudian, Nao mendapat surat daripada Mr.Tagikawa bahawa maknya meminta agar Nao mencari kebenaran di sebalik kes tersebut.
Akhir perjumpaan mereka, Tsubaki mengacah mengajak si Nao kawen, dan meminta gadis itu datang ke Kogetsu An pada tarikh sekian padahal dia bakal dikahwinkan dengan Shiori Haseya pada hari tersebut.
Kerna kegigihan Nao untuk mengetahui kebenaran yang berlaku 15 tahun lalu, dia menyembunyikan identitinya walaupun matron a.k.a mak si Tusbaki curiga padanya. Saat dirinya mula diterima perlahan-lahan oleh Tsubaki, Matron itu menyusun setiap plot jahat bagi menghalau gadis itu keluar daripada keluarga tersebut.
Bermula dengan mengumpan setiap seorang pekerja Kogetsu An untuk memburukkan dan mecelakakan Nao, namun tetap saja gadis itu bernasib baik.
Satu demi satu terbongkar apabila benar sangkaan si Nao bahawa matron terlibat dalam kes pembunuh Itsuki. Rupa-rupa Tsubaki juga curiga dengan maknya sendiri. Bahkan Tsubaki yang merupakan saksi utama kes tersebut juga tidak berkata benar saat ditanya.
Plot twist sangat rupa-rupanya Nao merupakan anak sebenar Itsuki dan Tsubaki bukan cucu dari keluarga Takatsuki. Dan paling mengejutkan bahawa orang yang selama ini membantu Nao itu sebenarnya yang membunuh Itsuki Takatsuki. Woah!
Ini kerana matron (ntah siapa nama dia ntah) membuat skandal dengan Mr. Takigawa (punya bapa) membuatkan ibunya hampir meroyan. Dan Mr Takigawa itu abang kepada Tsubaki. Huh, disebabkan matron nak sangat Tsubaki mewarisi Kogetsu An, supaya dapat diluluskan sebagai warisan tunggal Takatsuki.
Gitu la cerita di sebalik sebuah kedai. Ada rahsia tersembunyi gitu. Yang semestinya Kogetsu An berjaya dipelihara keasliannya, membuat signature taste of their shop. Tsubaki dan Nao punya bisa bersama.
Bestnya tengok drama ni, macam nak pergi cari manisan dari Jepun ni. Biasanya kita dengar Mochi je. Itu pun bagi Aien dah sedap. Apatah lagi yang lain kan.