Ahad, Oktober 18, 2020

Apa yang dirancang, langsung tak jadi!

 


Apa yang dirancang, langsung tak jadi! | This thing make me bad mood whole week. Eh, mood datang swing sokmo rasa hopeless people la. Haha 

Kisahnya, 12 Oktober lalu, ulang tahun kelahiran Encik Suami. Plan memang nak buat kejutan untuk beliau. Maka Aien siap-siap beli belon dan banner serta backdrop tau untuk kejutan tu nanti dari Shopee. Dah nak booking kek pada hari Ahadnya sebab Isnin kan beliau kerja. Malam tu, gigih mencari di muka buku kek Korea Viral. Tapi, tak ada ready stok pulak. So, kita buat la kek sendiri. 

Di hari kejadian, Aien buat biasa saja. Ingat petang masa dia balik baru, Kejutan! Sekali,,, 


Eh,, laki aku tak kerja ka hari ni? Subhanaallah, jadi la plan aku ni. Bila pulak aku nak buat kek ni? Budak-budak pulak asyik nak cari gaduh jer.. Urgh, Everything gone wrong. Hahahahaha

Sudahnyaaaaa... Aien tiup/ pam angin belon semuanya di bilik sebelah. Ha Ha My plan is ruined! Menyampah gilos.. 

Sempat la seronok bebudak nak main belon. Gigih beli dari Shopee kau. Happy la jugak wish dengan dia. Buatkan coklat moist tak makan pun, hurm.. Hampeh jer.. Last suh dia bagi kat officemate dia la. Dari dok dalam peti sejuk bebanyak Aien sorang je makan ngan anak-anak. 

Dari rasa nak menghargai dia, jadi macam spoil pulak tak dihargai. Eh,, dah la malas nak celebrate lagi. Bai! 

Sabtu, Oktober 17, 2020

Chinese Drama: Midsummer is Full in Love (2020)


 

Tajuk: Midsummer is Full in Love , Full House Remake 

Genre: Comedy, Romance, Drama

Episode: 24 

Cast: Yang Chou Yue, Timmy Xu, Kira Shi, Leo Li, 

Sinopsis: Luo Tian Ran is a fiercely independent and strong-minded young woman with a high sense of self-worth and dreams of making a splash in the music industry as a songwriter.

However, due to some ill-fated interventions from a pair of her friends, she ends up having to move out of her house.
Fate intervenes, and her path crosses with a pop superstar named Jin Ze Yi, who comes across as something of a spoiled brat. Despite his cold exterior, he is actually secretly childlike and needy. The duo is forced to live in the same house on a temporary basis. At first, it seems they will never see eye-to-eye, as their personalities are so very different. However, over time, Luo Tian Ran gradually falls for Jin Ze Yi’s charms – and the feeling becomes mutual.
Could love bloom between this decidedly odd couple? (Source: Viki)
~~ Adapted from the manhwa "Full House" written by Soo Yon Won.


MY REVIEW:

 

Lama dah drama ni dok dalam playlist minta ditengokkan. Memandangkan kita blur dah tak ada ideas nak tengok cerita apa, moh ler tengok balik apa yang tersenarai dalam playlist tu.

Drama inj merupakan adaptasi drama Korea "FULL HOUSE" lakonan Rain Bi dan juga Song Hye Kyo masa muda dulu. Heee~ Sebelum ada Descendants of The Sun, ini la drama Korea yang menjadi pujaan ramai masa tu.

Based dia masih sama, timeline drama dia juga masih sama. Rumah dalam Midsummer ni lawa jugak kot, klasik gitu. I like sangat.



View rumah mereka di waktu malam. Jika korang pernah tonton drama Full House mesti ingat jalan cerita dia macamana. Kalo lupa, meh la Aien recap sikit. Ceritanya bermula apabila Lou Tiaran mendapat tahu bahawa rumahnya dijual oleh kawannya dan dibeli oleh artis superstar bernama Jin Ze Yi.

Bila dia tahu, Tianran gigih pertahankan rumah pusaka ayahnya itu. Kerana itu lah satu-satu peninggalan dari ayahnya. Jika dalam majoriti remake drama ni, mereka mengekalkan watak wanita itu polos begitu juga drama ini. Cuma Tianran ini minat dari segi muzik berbanding dengan versi Korea yang dia merupakan penulis novel.

Chinese remake ini tiada tekankan extremely Tianran dibuli oleh Ze Yi, bahkan dengan mudahnya Ze Yi jatuh cinta pada gadis itu. Setakat yang Aien dah tonton baik Korea ataupun Thailand version, lagi comel tengok scene pelakon lelaki tu buli pelakon perempuan buat housework Haha


Suasana keliling rumah mereka di waktu malam. Lawa gilos~ I is suka suasana dia. dengan tingkap besar, dengan keberadaan rumah itu di tepi laut. O M G, macam rumah idaman gitu..


View rumah dari jauh. Kalau rumah versi Korea agak comel berbanding dengan rumah ini. Macam homey rasa yang Korea punya. Yang ni agak besar sedikit walaupun rumahnya cuma punya dua bilik. Ada swimming pool kot kat bumbung atas. Memang masuk list rumah idaman kot.


View dari bilik Tianran. Woah,, syioknyaaa.. tapi seram ni memalam. Haha


Ini bukan review drama duhai adinda ini review rumah dia saja. Haha Korang baca tak sampai bawah ni? Tahniah la Aien ucapkan. Nak cerita ja, Aien tengok drama ni sebab nak tengok rumah dia yang unik ni. Sebab boleh dikatakan flow drama dia a bit boring jugak jika dibandingkan dengan remake yang lain. Oh, antara negara yang telah pun mengadaptasi "FULL HOUSE" yang paling best Aien rasa adalah Thailand. Lakonan Mike Angelo dan Aom Sushar.

kredit Image: google


Yang Filipina punya tak pernah tengok, tapi bila tengok info dia mydramalist dramanya mempunyai paling banyak episode iaitu 65. Woah~ jenuh nak habiskan tu. Haha

Bila dah sambil-sambil tengok info tentang koleksi drama Full House ni kan, rupa-rupanya Midsummer ni merupakan adaptasi kedua untuk drama ni dari negara China. Okay, nanti nak tengok yang tu pulak. Tapi ada 35 episode la pulak. Hurm..

Ada satu Taiwan version, tapi macam tak ada kena mengena ja juga termasuk dalam list Adaptasi drama Full House ni, yang bertajuk "Smiling Pasta". Aien macam pernah tengok, macam belum. Tak berapa nak ingat sangat. Terlalu banyak sangat drama yang ditonton sejak terjebak dalam dunia drama sampai idup sendiri pun jadi drama. Eh,

That's all for this review. Aien tengok ni di aplikasi WeTV .

Khamis, Oktober 15, 2020

JIMMYSCARVES: Koleksi Bawal Sakura baru berkonsepkan warna air


 Hai, Assalamualaikum semua! Disebabkan kekeringan idea untuk terus menulis, kali ini Aien nak share dengan korang salah satu produk yang Aien jual a.k.a jadi dropship jer. 

Jika korang tahu, ada baca entry lepas-lepas. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu Aien mula berkecimpung dalam dunia dropship bagai ni. Tertarik dengan satu jenama tudung yang sememangnya kawan baik yang wajib ada dengan seorang yang bergelar muslimah iaitu Jimmy Scarves. 

Untuk bulan Oktober ini, koleksi Bawal Sakura ini merupakan koleksi kedua yang Boss Jimmy keluarkan untuk bulan ini. Laju betul production Jimmy Scarves ni. Sudah la lawa-lawa corak dan koleksi dia, Aien sendiri masih terkejar-kejar serta rambang mata la nak pilih mana satu. 



Baru dikeluarkan malam tadi, Koleksi Bawal Sakura yang menggunakan material Sakura Chiffon ini memang sangat lembut dan senang terbentuk di wajah. Mempunyai bidang 50' sangat mudah untuk digayakan dalam apa juga style. Nak bawal klasik, nak bawal toncet satu, nak bawal ala selendang. Semua boleh. Apa yang penting semua koleksi dari Jimmy Scarves ini, sangat menitikberatkan aurat seorang wanita.  So, korang tak perlu bimbang dan boleh memiliki Bawal Sakura Watercolor Edition ini dengan singgah la di Instagram jimmyscarves_skudai untuk lebih lanjut. atau boleh scan QR Code di bawah ini. 



Koleksi Bawal Sakura Edisi Warna Air ini mempunyai 7 warna berbeza dan seharusnya mengekalkan warna utama kegemaran semua wanita berhijab. Dengan shade yang lebih lembut dan pastel membuatkan kita terasa nak miliki semua warna. Aien juga rambang mata ni. Terus nyanyi, jika aku kaya... Haha 


Untuk pengetahuan korang, Jimmy Scarves juga mempunyai koleksi tudung instant mudah dipakai, tanpa perlu digosok serta mesra perjalanan jauh. Sekiranya tak suka instant, pilihan shawl juga menjadi tarikan pelanggan baik yang kosong mahupun yang corak. Shawl juga ada yang mudah dipakai. Bahkan sedondon ibu dan anak juga ada. 

Bagi pengemar bawal, bermula dengan bawal Sakura yang kini mempunyai hampir 5 jenis koleksi, korang boleh lihat di Instagram seperti yang Aien dan linkkan di atas tadi.

Moh, cuci mata. Tak perlu susah-susah keluar cari tudung dah, kami sedia hantarkan kepada anda. :)