Rabu, Oktober 28, 2020
Akhirnya tercapai juga beli Peti Sejuk
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak naik taraf peti sejuk setelah sekian lama. Wow sangat kan! Walaupun ianya bukan first hand I was bersyukur dalam cari dalam bajet. Sesuai untuk kami 4 beranak jer.
Kisahnya begini, nak beli masa mula abah kasi duit belanja. Last pergi mana ntah. Sampai mak mentua habaq mai, kata dapat duit nak beli peti sejuk. Kui kui kui. Okay la kali ni kita realisasikan impian tu.
Jenama Midea, berkapasiti 193L, cuma rendah sedikit je dari tuan dia ni berkeadaan 9/10 . Barang baik punya. dalam lingkungan duit belanja abah baru bagi ni. Huish.. Terima kasih to my biras tolong carikan juga. hehe
Kelmarin booked, petang semalam dia sampai. Fuh, terima kasih juga sudi hantar sampai tingkat 3 tanpa kenakan apa-apa cas. Moga murah rezeki tuan.
Kondisi dalam dia. Saat entry ni ditulis belom lagi dapat on sebab kena tunggu kan. dia baru mabuk berjalan. Demi menjaga kemaslahah dia, kita biar dia rehat dulu. Tak sabar rasa nak kemas.
Tu jer cite rabu. Nak buat wordless wednesday. Less la dari hari biasa. Kan?
pssst: esok cuti.. korang buat apa jer.
Selasa, Oktober 27, 2020
Cintamu Kekuatanku
Isnin, Oktober 26, 2020
Taiwan Drama: Lost Romance (2020)
SPOILER ALERT!
So long to wait this drama to finished. Finally, yesterday. Or perhaps beberapa hari yang lepas dia tamat juga. Jika dulu Aien tengok drama ni sebab dia mempunyai kronologi macam The Romance of Tiger and the Rose jadi nampak syiok je kan. Tapi,, ah.. Jangan kasi spoil habis nih.
Ajum.. Secara ringkasnya Zheng Xiao En ni suka nau stalk big boss kompeni sebelah kompeni publishing dorang ni, He Tian Xing. Dan menggunakan beliau sebagai inspirasi dalam dia menjadi editor novel romance ni. Sehingga suatu hari, Zheng Xiao En dan kawannya menjadi saksi cubaan pembunuhan He Tian Xing. Jadi beliau gelabah di situ.
Sehingga suatu ketika, Xiao En bertemu dengan He Tian Xing di hospital, dalam keadaan tidak sedar, lelaki itu menarik tangan Xiao En. Tak lama kemudian, Xiao En bangkit di suasana yang berbeza.
Jenuh juga dia nak serasi. Ingatkan dia dapat bertemu dengan He Tian Xing dalam dunia aneh itu, malangnya lelaki itu bukan Tian Xing, tetapi Situ Aoran. Setelah beberapa ketika, Xiao En menyedari bahawa dia hidup dalam dunia novel yang sedang di-editnya. Maka dia cuba untuk menyelamatkan diri serta keadaan apabila dia disangka cuba menjahanamkan kekasih rahsia Situ Aoran, Ling Chu Chu.
Sedangkan di dunia nyata, Xiao En telah jatuh koma dan sangat membimbangkan kawannya. Hidup la Xiao En dalam dunia novel itu, dan cuba mencari jalan bagaimana untuk keluar daripadanya.
Macam-macam juga cara digunakan sehingga cubaan untuk membunuh dirinya sendiri agar dapat bebas dari dunia tersebut, tapi gagal apabila diselamatkan Duan Mu Qing Feng yang cuba memahami isi hati gadis tersebut.
Qing Feng dalam diam menyukai Chu chu, namun menarik diri kerana Situ Aoran kawan baiknya. Qing Feng memberi cadangan jika Aoran takut Xiao En mencelakakan Chu Chu, ada lebih baik jika gadis itu sentiasa di hadapan mata Aoran saja. Dek kerana Qing Feng tahu yang Xiao En tidak mempunyai apa-apa dan sesiapa di situ.
Kerana sikap syak wasangka Situ Aoran tak berasas maka diterima jua pendapat Qing Feng lalu meletakkan Xiao En sebagai pembantu peribadinya. Siap dia pasang CCTV di pejabat untuk lihat kelakuan Xiao En terhadap Chu Chu. Menyedari dirinya tidak akan pernah memilik Situ Aoran, Xiao En cuba berbaik dengan Chu Chu agar gadis itu tidak dibenci oleh orang lain dalam pejabat mereka.
Chu Chu ni menyampah juga Aien nengokkan watak dia. Acah polos, tapi gedik namati. Geram jer sis nengokkan. Jika di dunia nyata, sememangnya dia kawan rapat He TianXing a.k.a kekasih gelap CEO itu. Tapi, tak siapa yang tahu.
Satu kejadian di mata Situ Aoran ingatkan Xiao En celakakan si Chu Chu terkurung dalam lori ais, gigih dia kejar lori tersebut demi Chu Chu namun hakikatnya yang terkurung itu adalah Xiao En. Demi menutup malunya, Situ Aoran masih menyalahkan Xiao En atas kecuaiannya.
Dan biasa la romance drama ni, panjang benci.. pahtu bila satu ketika Xiao En bawak diri, Situ Aoran macam terindu kat dia. Baru sedar, bahawa dia sukakan Xiao En.
Maka dorang pun try to life happily ever after dengan berkahwin. Namun, sebelum berkahwin, Qing Feng menyedarkan Xiao En sesuatu terhadap watak yang tidak digunapakai atau watak sering tiada penghujung seperti Qing Feng yang masih merayau dari satu novel ke satu novel.
Bila dah sedar dari dunia novel, Xiao En cuba mencari watak Qing Feng dari novel-novel lain supaya diberikan penghujung yang indah buatnya.
Orang pertama yang Xiao En ingatkan ketika bangun dari lena panjang, adalah He Tian Xing. Nasib juga beliau juga bangun dari koma. Dan mula menyiasat kes cubaan pembunuhan beliau yang disebabkan oleh adik beradik tiri beliau.
He Tian Xing ni, CEO syarikat Tian Ling di bawah kelola Encik He Zhao Han. Pahtu adik beradik tiri dia, He Ming Lin dan He Tian Xian yang cuba sabotaj He Tian Xing dari terus memilik Syarikat TianLing sejak Encik He jatuh sakit. Malangnya tiga beradik itu baru sedar bahawa dorang ini diperkotak-katikkan oleh pembantu juga merangkap kawan baik Encik He, iaitu Pengurus Hu QiaoQin. Dalam dorang tiga bergaduh siapa yang layak duduk di kerusi CEO, pengurus Hu telah songlap duit syarikat banyak sangat. Namun, atas kesedaran baik He Ming Li selepas dia dipenjara adiknya sendiri, Tian Xian dia bersepakat dengan Tian Xing untuk cari bukti sebenar. Episode 19 dah habis dah kes syarikat Tian Ling ni. Yang tak habis lagi, bila dah sedar. He Tian Xing lupa bahawa dia juga pernah menjadi Situ Aoran, membuatkan Xiao En sedih sangat.
Xiao En mengimbau kembali kenangannya yang terabadi dalam novel CEO, you are so Naughty. Sebab masa dia mula bangun, kawan dia, Chuntian bertanya apakehal mu ni koma tetiba. Gitu,,, Xiao En tak tahu nak terangkan macamana dia hidup dalam dunia novel tersebut. Bila diperiksa semula dengan penulis, yang pada mulanya marah yang Chuntian cuba edit hasil karyanya dengan sengaja. Padahal Chuntian edit apa yang dia perolehi saja. Terus penulis novel tu kata syarikat dorang ni creepy. Haha Ada aura tak baik gitu.
Scene ini, Xiao En cuba menidakkan rasa sukanya pada He Tian Xing dek kerana dia merasakan dirinya sudah berkahwin dengan Situ Aoran.
Tapi, nasib baik ending dia He Tian Xing ingat balik semua scene mereka bersama ketika dalam dunia novel dan dapat mereka bersama di dunia nyata dan happily ever after as husband and wife. Yeay!
Fuh, jenuh nak tulis. Walaupun 20 episode, dek kerana cuma satu episode setiap minggu terasa macam panjangnya cerita ni. Suka tengok Vivian Sung berlakon sebab sempoi je. cerita lain dia berlakon yang uolls must cekidout adalah Love The Way You Are bersama Song Wei Long. Comel je bawak watak bebudak sekolah menengah baru pra universiti ni.
Next, drama please!