Jumaat, Oktober 30, 2020

Hujung mingguku di sini,Pekan Nenas

 



Hujung mingguku di sini, Pekan Nenas | Laaa, panjang-panjang aku taip tadi semuanya tak ada??


Okay.. Salam Maulidur Rasul dan salam Jumaat Barakah serta selamat berhujung minggu la semua. Jaga diri baik-baik. Gelombong ketiga ni laju je penyebaran dia. Sampai naik paranoid tengok orang yang bimbang diri sendiri juga boleh jadi carrier wabak ni. Katanya lagi kali ji, semua host dia tak ada menunjukkan gejala seperti awal-awal dulu. Alih-alih positif jur. Jaga diri gais. 

Aien pun seram dah sekitara kawasan tempat kerja Encik Laki, tempat kediaman kami banyak jugak dah positif kedengarannya. Ada juga di area kediaman yang kena kuarintin. Ada juga dua buah sekolah di kawasan berdekatan kena tutup sebab ada positif. Allah...

Moga Allah pelihara kita semua dari wabak sakit berjangkit ni ye. 

Jaga diri. Sis dah malas nak taip panjang-panjang.. alih-alih line pulak tak ada. ini la dinamakan sabr. 😂😑 

Rabu, Oktober 28, 2020

Akhirnya tercapai juga beli Peti Sejuk


 Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak naik taraf peti sejuk setelah sekian lama. Wow sangat kan! Walaupun ianya bukan first hand I was bersyukur dalam cari dalam bajet. Sesuai untuk kami 4 beranak jer. 

Kisahnya begini, nak beli masa mula abah kasi duit belanja. Last pergi mana ntah. Sampai mak mentua habaq mai, kata dapat duit nak beli peti sejuk. Kui kui kui. Okay la kali ni kita realisasikan impian tu. 

Jenama Midea, berkapasiti 193L, cuma rendah sedikit je dari tuan dia ni berkeadaan 9/10 . Barang baik punya. dalam lingkungan duit belanja abah baru bagi ni. Huish.. Terima kasih to my biras tolong carikan juga. hehe

Kelmarin booked, petang semalam dia sampai. Fuh, terima kasih juga sudi hantar sampai tingkat 3 tanpa kenakan apa-apa cas. Moga murah rezeki tuan. 


Kondisi dalam dia. Saat entry ni ditulis belom lagi dapat on sebab kena tunggu kan. dia baru mabuk berjalan. Demi menjaga kemaslahah dia, kita biar dia rehat dulu. Tak sabar rasa nak kemas. 

Tu jer cite rabu. Nak buat wordless wednesday.  Less la dari hari biasa. Kan? 


pssst: esok cuti.. korang buat apa jer.  

Selasa, Oktober 27, 2020

Cintamu Kekuatanku



Dengar lagu ni di WHI tersedap dengar, lantas mencari. Dan baca komen rupa-rupanya ramai orang kenal dia melalui aplikasi SMULE. Pahtu dirisik oleh Abang Norman KRU. All The best Fai Ramli. 

Layan lagu ni, seolah ingatkan kita pada Allah. Cinta dan kasih sayang Allah pada kita hambaNya, kekuatan kita untuk terus menunaikan segala perintahNya. :)

Layan~




Malam makin kelam 
mawar makin layu
Seolah tiada harapan 
Namun Tuhan 'kan tentukan

Doa suci kita 
Pertahankan cinta
Yang penuh ombak gelora
Berdua di bahtera

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerana hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku

Andai aku rebah
Janganlah kau rayu
Teruskan kehidupanmu
Terus doa untukku

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
semata-mata kerana aku 

Namun berat ku lepaskan 
Kerana hanya kau sinaran 
cintamu kekuatanku

Ku ikhtiar sekuat upaya
melawan arus yang melanda

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
semata-mata kerana aku 
Namun berat ku lepaskan
kerana hanya kau sinaran 
cintamu kekuatanku

Hanya dirimu erti hidupku
tanpamu aku layu
kerana cintamu kekuatanku


Penulis lirik & komposer:  Neo
Publisher: KRU Music
Credit lirik dari: @sebutlagu