Jumaat, Oktober 30, 2020
Hujung mingguku di sini,Pekan Nenas
Rabu, Oktober 28, 2020
Akhirnya tercapai juga beli Peti Sejuk
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak naik taraf peti sejuk setelah sekian lama. Wow sangat kan! Walaupun ianya bukan first hand I was bersyukur dalam cari dalam bajet. Sesuai untuk kami 4 beranak jer.
Kisahnya begini, nak beli masa mula abah kasi duit belanja. Last pergi mana ntah. Sampai mak mentua habaq mai, kata dapat duit nak beli peti sejuk. Kui kui kui. Okay la kali ni kita realisasikan impian tu.
Jenama Midea, berkapasiti 193L, cuma rendah sedikit je dari tuan dia ni berkeadaan 9/10 . Barang baik punya. dalam lingkungan duit belanja abah baru bagi ni. Huish.. Terima kasih to my biras tolong carikan juga. hehe
Kelmarin booked, petang semalam dia sampai. Fuh, terima kasih juga sudi hantar sampai tingkat 3 tanpa kenakan apa-apa cas. Moga murah rezeki tuan.
Kondisi dalam dia. Saat entry ni ditulis belom lagi dapat on sebab kena tunggu kan. dia baru mabuk berjalan. Demi menjaga kemaslahah dia, kita biar dia rehat dulu. Tak sabar rasa nak kemas.
Tu jer cite rabu. Nak buat wordless wednesday. Less la dari hari biasa. Kan?
pssst: esok cuti.. korang buat apa jer.