Rabu, November 04, 2020

SURI: Koleksi Terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti terbaik

 


Suri: Koleksi terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti | Wah, awal kali ni boss Jimmy launch koleksi baru. Masing-masing teruja bila boss bukak gambar teaser pada semua agent dan stokis. Aien pun berdebar je risau poket bergegar minta bungkus sepasang dua koleksi Jimmy Scarves ni. 

Kali ini boss Jimmy menampilkan koleksi yang lebih simple mengikut kesesuaian permintaan sekarang. Kebanyakan golongan wanita mencari tudung mudah sarung atau paling minimal sterika. Seperti koleksi lain, Jimmy Scarves sentiasa cuba tampilkan kelainan untuk menarik minat para pelanggan di kala musim pandemik ini. 



Ini la keistimewaan Suri kalau semua nak tahu. Jimmy Scarves menyediakan dua versi untuk koleksi Suri ini iaitu tanpa awning dan dengan awning. 

Sesuai bagi pilihan sedondon ahli keluarga yang suka instant dengan awning atau tak ada awning. Macam Aien, Aien lagi suka tudung bawal instant tak ada awning. Nampak la korang ni pakai bawal jugak kan. Tapi kurang la dari segi penggunaan butang pin lebih-lebih lagi golongan mak-mak yang masih ingin tampil bergaya. 



Seperti biasa juga jarang sekali koleksi daripada Jimmy Scarves kurang dari segi pemilihan warna. Ada warna lembut dan ada juga warna bold yang sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan. Dan paling penting buatkan kita rambang mata nak pilih yang mana. Sebab semua nampak lawa. perempuan, perempuan..



Korang juga boleh lihat perbezaan dari segi dua versi ini. Untuk versi ada awning ni, Jimmy Scarves menggunakan material soft cotton serta premium heavy chiffon sebagai keseluruhannya dengan dua lapisan. 

Menarik kan? Untuk mereka yang tak punya konfiden hendak menyarungkan bawal instant tanpa awning, boleh pilih yang ada awning untuk sedondon dengan ahli keluarga lain. 

Lebih details korang boleh klik @jimmyscarves_skudai untuk cuci mata dan kongsi like pun tak apa. 



Selasa, November 03, 2020

Beli Ice Cream guna khidmat Grab food je


 Beli ice cream guna khidmat Grab Food je | Ceritanya, sang kakak.. minta duit tengahari nak beli eksrem katanya. Pantang bebenor ler dengar bunyi cing cing dari bawah tu. Kalau di rumah nenek sana, tak apa juga boleh tahan si penjual tu. Tapi, kalau dah dok rumah burung ni. Malas bebenor ler ibu ni nak turun anak oi. 

Tengahari janjikan eskrem semata nak lenakan dorang, (teruk bebeno ler ibu ni) usai bangun tunaikan la. Masing-masing macam menuntut jer janji kan. Bukak aplikasi Grab, pilih food haaa ada pilihan Ice Cream daripada Wall's. Pahtu pilih pilihan kedai terdekat. Aien pilih dari Hup Soon. 24 minit jugak nak sampai rumah. Tapi rasanya, kali ni laju sungguh driver dia. Siap bukan yang official grabfood rider rasanya. Tapi dia guna driver grab biasa. Heee, Feel so special dapat sekotak besar kau. 

Apa ada dalam Wall's Happiness Box? 

Masa nak pilih pilihan ais krim tu ada banyak je aiskrim bekas dan set kotak tapi Aien tertarik dengan Happiness Box ni. Dalamnya seperti ada banyak pilihan. iaitu 14 batang ais krim yang terdiri daripada: 

  • 2 batang ais krim Magnum Coklat 
  • 2 batang ais krim Magnum Vanilla
  • 2 batang Solero 
  • 1 batang asian pulut hitam 
  • 1 batang asian delight sea coconut 
  • 1 batang asian delight keladi
  • 5 batang tealive boba 

Wow sangat kan? Harganya RM50 sahaja include delivery cas + tips. Sekali topup grab RM50 satu menu je lump sum habis. Haha 

Lama dah tak makan ais krim Wall's ni rasa dia lain sangat. Selalu ais krim cing cing tu dari jenama peguin tu pun dah rasa marvelous sangat. 

Nak tengok besar mana box dia tak? Aien so teruja korang, macam ada orang buat suprise je dengan kita datang kotak molek begitu. 



Siap wrap dengan kertas merah. Tengok gambar dia macam ada yang dalam bekas kan, itu ilusi semata. Haha Semua jenis batang je k. 



Wall's Asian Delight Sea Coconut. Sedap sangat yang ni. Aien suka sebab dia ada isi kelapa tu sekali dalam ais krim dia. Tapi, si Nayla dah rembat dulu. Ibu gigit sekali dua je. 

Yang lain simpan buat stok. bila hari panas sikit rembat la satu dua. Sekarang musim hujan petang. Nak makan bebanyak pulak. Dah ada peti sejuk baru, tak ada la pulak teringin nak buat aiskrim malaysia ke. Hurm.. Itu la manusia kan. 


Isnin, November 02, 2020

CHINESE DRAMA: First Romance (2020)

 


Tajuk: First Romance / First Love after so Many Years

Genre: Youth, Romance, School, Comedy

No of Episode: 24

Cast: 


Sinopsis: Many years ago, Yan Ke and Xiong Yi Fan were schoolmates. But back in her younger days, she never discovered that she had a secret admirer in Yan Ke, who kept his crush a secret and loved her from afar. Now things are very different for both of them, and Yan Ke is at college, where he is one of the most popular and well-loved students on campus.

Dashing, sensitive, a hit among the female students, and unfailingly charming, he has also become a budding young pianist. However, deep down, he feels unfulfilled and lacking in purpose.


When a bizarre set of circumstances leads his path to once again cross with Xiong Yi Fan, it is her turn to be smitten at first sight. Will love continue to evade them? Or could Cupid finally unite this duo?


Adapted from the novel with the same name written by author Wei Mian Jun.

 

From my view after watching


Jumpa drama lain lakonan Riley Wang selepas drama hensem dia. Ha ha 


Baca Sini: I Hear You (2019)  


Dan juga lakonan Wan Peng yang berlakon dalam drama dia jadi alien yang mungkin ada sambung kedua ..Wow! 


Baca sini: My Girlfriend is an Alien


Xiong Yi Fan, seorang tomboy dari sekolah menengah, suka pada Yan Ke seorang budak musik sejak dari bangku sekolah. Tak sempat berkesempatan mengatakan rasa suka masing-masing mereka berpisah dan kemudian bertemu semula di alam universiti. 

Masa tu, Yi Fan dah sepenuhnya berperwatakan gadis mula melancarkan misi untuk pikat hati Yan Ke. Tapi, Yan Ke ni sudah dipunya hatinya berdaya keras terhadap Yi Fan. 

Sehingga suatu ketika, Yan Ke menyedari bahawa dia telah tersalah suka. HA HA HA orang dia suka itu pastinya Xiong Yi Fan tapi disebabkan masa dia berkawan dengan Yi Fan, gadis itu memakai baju teman baiknya, Qi Xiao Song membuatkan Yan Ke keliru dia ni straight ke haluan kiri. Haha 


Pahtu bermula episode Yan Ke nak pikat hati Yi Fan ni. Comel je drama ni. Buat relax hujung minggu boleh la. Cuci mata sambil tengok Riley Wang punya lesung pipit tu. 

Bila ada orang ketiga iaitu partner buddies Yan Ke, Tang Tang cuba nak cucuk jarum. bersekongkol dengan sepupu dia yang merupakan hottest photographer di universiti tu, Bai Yu Ze cuba nak pisahkan Yan Ke dan Yi Fan. 

Suka bila Yi Fan ni hati dia tak mudah terpaut dengan mana-mana lelaki. Kalau Yan Ke dia suka Yan Ke la sampai sudah. Padahal hensem aje si Yu Ze ni. Ramai orang suka si YuZe ni sehinggakan roommate Yi Fan pergi sabotaj Yi Fan dek kerana Yu Ze tak balas cinta dia. Motif sangat kan. 


Sweet je memasing bila dah tamat drama ni, dorang macam buat satu video mengenaikan cinta pertama ni. 

Tak heavy sangat cerita dia. Tengok buat geli-geli relax otak dari tugasan tak pernah berhenti syiok jugak. 

Dari kiri  Bai Yu Ze, Ding Ding kawan baik Yi Fan, Yan Ke, Yi Fan dan hujung sekali Xiao Song. 


Bila tengok drama ni, rasa macam lebih kurang dengan drama Korea More Than Friends. Hehe