Ahad, November 08, 2020
Siapakah anda pengikutku ke 400?
Siapakah anda pengikutku ke 400? | Wah, sedar tak sedar ramai jugak sudi ikut blog ni yer. Selamat datang buat pengikut dan komenter baru.
Blog ni menceritakan kisah Aienienka a.k.a Mrs. Izwan a.k.a Puan Nur. Ada masa dia bebel panjang, ada masa dia cerita pendek je. Tapi kebanyakan masa dia buat review drama china yang ditengok. Selain dari drama China, ada la juga drama Korea, Thailand dan Japan selebihnya movie. Haa, kalo rajin ada juga kongsi resepi.
Misi entry kali ni, Aien nak umumkan tahniah pada pengikut ke 400 Aien. Yeay! Tahniah awak. Boleh tak awak emel saya sebab saya try bukak foto image awak tak boleh laa. Hee~
Ada rezeki boleh dikongsi bersama. ye dak? Jujur tau. Saya tak kenal awak, makanya saya cuba la nak berkenalan dengan pengikut pengikut saya ni.
Terima kasih sudi singgah ke blog picisan ni. Segala yang ada cuma rentetan hidup seorang ibu anak dua. Jangan jemu baca tau!
Edited! Lepas godek-godek kejap di template terjumpa la yang ni.
Yooo! Cik Asyiqin Roslee, tahniah awak. Jap lagi kita singgah ke blog awak ye. Terima kasih tau follow kita balik. ^^
Pengalaman makan di Senibong Seafood
Pengalaman Makan di Senibong Seafood | Akhirnya sampai jugak kami ke mari sejak dua tahun lepas Encik Laki bawak tapi tersesat. Rupa-rupanya termasuk ke Senibong Bay Seafood iaitu lorong lagi satu.
Begini kisahnya, yang tadi. Bukan dahulu. Terhibur hati bila Encik Laki kata nak keluar jalan-jalan lagi. This is why I like to stay at our own home bila hujung minggu. Haha sebab dia baik hati bawak bebudak jalan. Kalau balik kampung, terperuk la kat rumah tu. Macam duduk rumah jugak la. bezanya ko ada kawan sembang lebih. gitu ler.
Perjalanan dimulakan dengan ke Pasar Borneo Masai sebab dari mula jadi Johorean Aien memang teringin nak jejakkan kaki ke mari. Sudahnya bila sampai I was like tak apa la. Janji dah sampai. Sebab dia macam rasa satu feeling , I miss my home town. So much. really badly. Dia jadi macam sik kempang hati kowh aku mok turun. kelak berjure aek mata ku kelak. (means, tak sampai aku nak turun, nanti menangis macam air paip pulak nanti) Cliche sangat kan?
Next location kitaorang randomly la jalan-jalan macam tak ada arah tuju al-maklum la seharian ni hujan dan mendung redup jer, lagi-lagi musim covid 19 dah angka 4, jadi risau tapi nak jalan be like.
Sudahnya Encik laki bawak ke area Senibong ni. Aien pun kata, kalau tak minggu ni ada job kat Senibong ni. Ahakz~ jauh jugak la dari rumah.
Bila la sis dapat spend time hooreeeyy di luar bersama JDT blogger yang belum berkesempatan bersua muka. eceh...
Sekali masuk ke kawasan kondo mewah, cakap dengan Encik laki. Macam pernah la sesat kat sini. Haha Rupa-rupanya iye. Kisah dia cuba nak bawak Aien ke mari la. Akhirnya dengan anak dua ketul baru la betul maps dia.
Bila nak masuk kena bayar laa, RM2 . Waahhh, masuk aje dah kena bayar yek.
Hujan masih renyai-renyai saat kami tiba. Pergi la bawak anak-anak lepak tepi apa tu. Tak tau la nama rumah tu, tapi tepi laut tu laa. Sekali, line Malaysia tak ada la pulak. Masuk Singapore ler kita.
Lepak-lepak kat sini kejap. Bebudak terutama si Najmi tu acah nak terjun aje tau dari sini. Geram je budak sorang ni. Nayla ntah apa mood baik dia, bertudung sejak semalam dari dalam rumah. Cakap ngan dia, dalam rumah sendiri tak payah bertudung, kakak keluar baru pakai tudung. Jadi bila keluar ni dia nak pakai tudung even ayahnya dah ikatkan rambut dia. So sweet je. Mungkin sebab dia tengok Aien selalu bertudung kat rumah mak mentua kot.
Sabtu, November 07, 2020
Aku dan Udang
Aku dan Udang | Dah kenapa la si Aien ni dengan udang kan? Heran bin aneh aje. Selagi tak diluahkan cerita Aien dan udang ni, selagi tu bila masak dan tengok udang pasti akan terngiang-ngiang memori semalam.
Sebelum tu, u olls hujung minggu buat apa tu? Alhamdulillah setelah sekian lama tak berhujung minggu di rumah sendiri, minggu ni dapat lagi. Dek kerana Encik Laki malas nak isi borang rentas daerah, maka dua minggu ni kami spend masa di rumah sendiri saja laa.
Kisahnya, semalam lauk dah kehabisan. Kabo ngan Encik Laki, pahtu dia suruh siap. Ingatkan nak ke Econsave Taman Teratai seperti biasa. Tapi, lain pulak arah tujunya. Dalam hati terdetik, nak ke NSK la ni.
Seronok juga sekali sekala berubah angin tempat berbeli barang dapur. Bila dah jadi kebiasaan kita pun dah lali dan senang nak pilih semua. Pergi NSK ni kali ketiga rasanya buat Aien . Seperti mana-mana NSK di Malaysia, ia merupakan pasar borong untuk para peniaga membeli stok kedai secara pukal. Jika untuk kita seperti suri rumah biasa, jika ahli tak ramai nak beli secara pukal dan banyak pun buat bazir je. Tapi, dah orang bawakkan kita tak perlu banyak bunyi. Ko jalan dan pilih saja la. Paling penting sesetengah barang basah di sini agak murah juga jika dibandingkan di tempat lain.
Aien cerita saja la. Nak snap gambar semalam macam malas pulak sebab keluar rumah je dah mabuk kereta. Padahal baru lepas makan dengan anak-anak.
Hai, meleret pulak ceritanya. Apa kisah dia dengan udang pulak ni.
Kisahnya begini, sampai zone lauk pauk basah udang serta makanan laut yang lain dijual dalam pelbagai range harga. apa bezanya? Mungkin dari segi kesegaran ataupun saiz makanan laut tersebut. Wallahu alam. Sampai di kawasan udang, Ada tiga jenis harga. bermula daripada RM18.90 , RM25.80 dengan RM33.90 kalau tak silap Aien semalam. Makanya untuk lebih selamat, Aien pilih Udang di kawasan RM25.80 sebab tampak udangnya bersaiz sederhana dan molek juga di mata.
Dalam masa Aien memilih udangnya, ada sepasang suami isteri ni sambil cuci tangan di sinki berhampiran. Sang isteri bersuara:
"Abang, abang pilih udang yang ni ye tadi?"
Kedengaran suara sang suami menyahut, aah.
"Abang pilih yang kepala dia oren tak?"
Pahtu dah tak dengar sebab si isteri dah habis cuci tangan dan mereka berlalu.
Aien pulak tak angkat kepala dan teruskan memilih udang. Tapi yang menjadi gangguan kepala ni apa tau, motif sangat kau tanya laki kau gitu kuat-kuat?
Sungguh rasa terganggu sampai Aien rasa dan dah ketawa sendiri tau. Langsung Aien pun merenung udang ni. Haa, kepala oren yek. Aku pilih kepala oren ke hijau ke sama je. eh, aku ni sampai sekarang tak reti nak pilih udang. Main amek je la. Janji boleh makan.
Sebab apa tau? Dari dlu sampai sekarang kalau Aien pilih udang ni, Aien pilih mana yang kepalanya tak putus laa. So, kalau nak fresh kome pilih la kepala dia masih oren lagi dalam isinya tu.
Aien pun konfius sekejap. Last pilih sampai RM7.80 jer semua. Sampai rumah baru sedar kenapa la aku amek sikit sangat padahal kami tiga anak beranak gemor nau makan udang kecuali Encik Laki.
Gara-gara soalan akak stranger tu buatkan Aien sampai sekarang segar lagi dalam kepala soalan dia tau. Mungkin akan teringat jer tiap kali pilih udang.
Diakui la kan, Aien memang tak pandai pilih bab sayur ke ikan ke semua cause I don't like masak at all. Tapi, disebabkan dah jadi bini orang I is cuba masak dan sekarang baru 3 tahun jadi suri rumah. masih proses pembelajaran semuanya. Thanks to akak tu juga baru Aien tahu jika nak pilih udang segar, pilih la kepalanya masih oren lagi. Sekian.