Jumaat, November 20, 2020

What Happen at 222,222?

 Salam jumaat yang barakah, Allahu ma solli ala muhammad  jangan lupa al-kahfi semuanya. Semoga semua berada dalam rahmat Allah  hendaknya. 

Sejak PKPB bermula, my mood for writing agak kurang sebab rasa macam kekeringan ideas lebih kurang writer blocked la jugak. Eceh, kalah penulis novel. Padahal blog ni apa je laa.Siapa aje yang baca ntah. 

Terima kasih pada mereka yang sudi singgah tinggalkan jejak walaupun Aien hilang dari radar. Dan paling best sekali apa tau? 




Over 222 222 gais. Shocked! 

And tak ada siapa ke perasan? Haha Masa tak ada mood nak tengok la dia hit tau. Suka macam tu. Walaupun begitu, syabas la buat diri yang suka menulis review daripada curhat yang merapu. Itu adalah lebih baik kan. Bak kata orang, siapa aje nak tahu cerita kita. 

Jadi, sekali sekala review, boring review  cerita anak-anak. Cerita dapat apa. kena apa. Haa, cuma 2020 ni cerita yang sendu sikit. Eh, tiap tahun la gitu jer. Haha 


Sekali lagi  terima kasih pada yang singgah menyumbangkan PV saya. He he he 

Walaupun PKPB ni bohsan, jom la jaga diri k. Kluster makin hari makin bertambah, nombor kes positif tak turun-turun. Gitu aje la. Kadang tenggelam kadang timbul. Seram pulak nak naik tahun baru. Ada can ke nak balik raya tahun depan? 


Rabu, November 18, 2020

4 DARA Lagu Viral

 


kisahnya semalam rasa lama nau tak bukak Youtube, bila terbaca di time line FB kata boleh bukak ke tu Youtube? 

Baru ni haa, ternampak music video rasmi 4 DARA Kak Lina pompom ni. 

Aien terhibur betul tengok video ni sambil baca komen. Pergh.. 

Screen hijau habis kau, Faizal Tahir di antara atau pun satu-satunya seniman pemuzik yang masih segar dengan idea baru dia. Suka dengan gaya dia. Satu-satu lagu dia tak pernah muak di telinga. 

Lagu 4 dara by Kak Lina Pom Pom ni dah lama viral. Orang pun asyik terngiang-ngiang suara haaa masuk Kak Lina tu. 

Bila ada lagu official macam ni, dan baca di komen kisah di sebalik pantun Empat Dara ni. 





Bagus jugak perkongsian orang ni tentang maksud lagu ni. Dalam santai-santai masih lagi memberi pesanan pada kita. 

Music Video ni tengah trending di Youtube. U olls nak tengok support MV asal dengan tekan link EMPAT DARA ni okay? 

Jangan lupa tekan button like dan subscribe jugak. Eh macam channel aku je. Haha 


Selasa, November 17, 2020

DRAMA CHINA: Miss Gu who is silent (2020)


 Tajuk: Miss Gu who is silent / Silent Miss Gu

Genre: Suspense, Crime, Mystery 

No of Episode: 20 

Cast: Alia, Li Zi Feng, Joyin Cai, Ye Xiao Wei, Guo Jia Nan

Sinopsis: Gu Qing Zhou changes her name and concealed her identity, and set up a series of plans to help her brother wash away his grieve. However, the situation is already controlled by someone and Gu Qing Zhoualls into a trap and became someone else's chess piece.


My Review: 


 Aien muatturun sementara tengok  Zombie Detective hari tu, bila dah habis tengok mood menonton tu hilang entah ke mana ntah . Baru la dan nak tengok semalam. 

Best! Tapi, setakat 8/10 je la kot. Sebab pelakon tak candy eye gitu. Boleh tak? Ha Ha Tak jugak la kejam sangat nak cakap tak best. Aien kalo buat review, best memang cakap best. Sesuai ditengok masa bila I tell you gais tau. 


Untuk drama ni, menceritakan tentang si Chen Anqi a.k.a Gu Qing Zhou yang cuba nak balas dendam untuk kematian abangnya. Jika dilihat daripada episode pertama, bermula dengan sesi kaunseling pesakit mental bernama Wen Ke Er yang sangat terpengaruh dengan diary Chen An. 


Menceritakan tragedi buruk pada mereka sekawan bermula pada sebuah majlis perkahwinan dirinya dan juga Fang Hua. Fang Hua dijumpai jatuh dari belakang pentas dan berdarah. Kecoh masa tu gambar si Fang Hua selingkuh dengan wanita lain. Wen Ke Er macam kena shocked gitu, abangnya dia, Wen Mo Lin bekas pengawai polis cuba untuk siasat kes sebalik cubaan pembunuh Fang Hua. 

Dalam masa yang sama, dorang dapat jiran baru bernama Gu Qing Zhou. Kali kedua Fang Hua cuba dibunuh di hospital dan masa tu, Mo Lin saspek jiran baru dia tu. Ado, macam tak kena pulak terer betul si Mo Lin ni main tebak terus kena tau. 

Macam senang nak predict la plot cerita ni. Tak lama lepas tu, Mo Lin dan bekas team dia dapat tahu wanita yang Fang Hua selingkuh itu, Wan Yao Yao bekas rakan satu kolej dia. 

Tak lama lepas Fang Hua, Wan Yao Yao pulak jadi mangsa atau target seterusnya. Masa tu Mo Lin and team dah dapat baca rancangan orang tu, sebab dia dah pantau si Qing Zhou. Tapi, Mo Lin tak dapat bukti kukuh untuk tuduh Qing Zhou atas setiap perkara buruk yang berlaku pada mereka. 

Lagi satu sebab Mo Lin dapat baca rancangan Qing Zhou dek kerana mereka berempat itu merupakan saspek kepada kes 8 tahun lalu yang disiasatnya. 

Bila Wan Yao Yao digigit anjing sehingga luka teruk, Yao Yao tahu yang pelakunya ada Qing Zhou, iaitu adik kepada Chen An. Eh, acaner dia boleh tahu pulak? Aku pun wonder. 

Mangsa seterusnya merupakan Meng Zhong yang acah nak selamatkan Chen An dengan syarat Chen An kasi dia duit sebanyak 200rb (duit cina la kan) Bila duit dah berpindah tangan Meng Zhong hilang dari radar. Chen An tak boleh nak buktikan dirinya tak bersalah. 

Seterusnya He Zi Qin, suami kepada Wan Yao Yao yang mempunyai selingkuh lain dengan bekas kolej mate dia juga, Sang Yu dan mempunyai seorang anak perempuan, Yiyi. Untuk He Zi Qin sebagai balasan dia terperangkap di lubang di sebuah pulau. dek kerana cuba untuk menyelamatkan anaknya. 

Fang Hua, Wan Yao Yao, Meng Zhong dan He Zi Qin merupakan empat sekawan yang menuduh Chen An membunuh seorang pengawal keselamatan kolej mereka padahal mereka sebenarnya saspek utama. Dek kerana mereka cuba melakukan sesuatu di atas bumbung kolej, pengawal keselamatan ni cuba la halang dorang. Tapi, tak semena-mena dorang menumbuk Zhang Zihang si pengawal tu. Bertempiaran dorang lari bila pengawal tu tumbang. Dorang lupa masa tu dorang sedang merakam moment tu konon nak buat sesi apa tu luahan hati kepada kekasih. Gitu laaa. 

Tak lama lepas tu, dorang dapati pengawal tu telahpun jatuh dari rooftop tu dan mati. Siapa saspek dia sebenarnya masih jadi tanda tanya. Itu pun setelah dorang nampak si Chen An cuba selamatkan Wen Ke Er yang jatuh pingsan. Bila dia sedar, dia macam amnesia gitu. Selective lost memory. 

Jadi bila dorang lima ni tuduh Chen An yang bunuh pengawal tu, Chen An cuba buktikan yang dia tak bersalah. Tapi, dek kerana dia juga seorang pesakit skizofrenia tak ada siapa nak bela nasib dia. 

Bila si Qing Zhou dah cukup berpuas hati dia dah dapat balas dendam demi abangnya, termasuk dengan Wen Ke Er sekali walaupun tak disukai oleh Wen Mo Lin dia tetap rasa hak abangnya harus dipertahankan. 

Namun, ianya tidak berhenti setakat di situ apabila tiba masa nasib buruk Meng Zhong, Qing Zhou terikat di hospital dan dia meminta bantuan Mu Sen, seorang penasihat serta partner Qing Zhou dan juga doktor. Masa tu dorang polis jumpa kesan cap jari si Chen An. Maka Chen An tu sudah pun mati 8 tahun lalu kerana bunuh diri. 

Masa ni aku dah saspek dah siapa sebenarnya yang jahat. Ha Ha terer tak? Tapi masih curiga sebab dia masih pakai topeng doktor tu lagi. 

Kes tu pun dibukak semula. Dorang nak siasat balik adakah benar Chen An hidup semula. Masa ni la Qing Zhou a.k.a Chen An Qi fikir kalo betul abang dia hidup semula mesti abang dia akan cari dia semula. 

Episode 14-20 bermula sesi siasatan adakah Chen An hidup balik? dan bermula dari sini juga seorang demi seorang mereka betul-betul mati dibunuh. Bermula dengan Fang Hua, kemudian Fang Fai bapaknya si Fang Hua diikuti Wan Yao Yao dan kemudian Sang Yu, Perempuan simpanan He Zi Qin. dan dia juga merupakan orang ketiga yang terlibat secara tak langsung bila DV dia yang merakam malam kejadian tu. 

Tapi, tak disebut pulak pasal He Zi Qin dengan Meng Zhong kena bunuh ke tidak dengan pembunuh ni. Ke aku yang tak ingat ntah. 

Qing Zhou berharap yang bunuh dorang semua tu abang dia tapi yelah, mustahil la orang dah mati hidup semula. melainkan ini genre fantasy. atau immortal punya cerita. 

And the end korang rasa siapa sebenarnya yang bunuh pengawal Zhang Zihang tu yek? atau pun siapa yang cuba nak bunuh dorang semua sebagai tanda balas dendam padahal pengawal tu tiada juga ahli keluarga yang menuntut pada hari kematiannya. 

Secara purata boleh baca la ending cerita dia, still muka yang kita nampak innocent dan polos itu penuh dengan misteri. Siapa sangka kan? Sebaik-baik disangka oleh abangnya sendiri, berbuat satu benda yang tak disangka. Nauzubillah min zalik.