Khamis, Disember 03, 2020
Lama tak jengah blog, Disember sudah??
Ahad, November 22, 2020
ANIME: Kimetsu No Yaiba
Tajuk: Kimetsu No Yaiba / Demon Slayer
Genre: Animation, Action, Fantasy
No of Episode: 26
Sinopsis: A family attacked by a demons and only two member survive -Tanjiro and his sister Nezuko, who is turning into a demon slowly. Tanjiro sets out to become a demon slayer to avenge his family and cure his sister.
SPOILER ALERT!
Selepas baca review dari sorang rakan blogger tapi bila dicari balik siapa lupa la pulak. Sorry! But you bawak I tengok this awesome anime. He he
Lama giler tak layan anime. Once bila baca review dan ramai kata best, so Aien cari la di tempat hot untuk cari cerita, movie dan drama. situ lubuk dia. Di mana? U olls takkan tak tahu. Haha Taip je tajuk apa u olls nak, keluar la dia. I love that application.
Anime ni menceritakan seperti di sinopsis apabila Tanjiro jumpa keluarga dia mati dibunuh demon. Dan adik dia seorang saja selamat. Keistimewaan Tanjiro adalah memiliki smell sense yang sangat kuat. Jadi masa dia nak selamatkan adik dia, Nezuko dia hampir saja diserang oleh another Demon Slayer untuk bunuh adik dia. Tanjiro gigih selamatkan adik dia, dan Nezuko juga memiliki satu kesedaran yang tiada pada mereka yang sudah jadi demon ni. Bila tengok abang dia diserang oleh Demon Slayer tu, dia cuba selamatkan abangnya.
Dek kerana Demon Slayer tu sedar perbezaan dua beradik ini, maka disuruhnya Tanjiro ke sebuah pergunungan dan berjumpa dengan Sakonji Urokodaki untuk berlatih. Selama 2 tahun dia berlatih dengan Urokodaki, selama itu juga Nezuko ketiduran.
Semestinya bila nak berjaya jadi Demon Slayer bertauliah dan memiliki set pedang khas dan pakaian seragam yang anti demon, mesti la kena join ujian. Masa ni Tanjiro nyaris-nyaris was-was dengan kemampuan dia sendiri. Tapi dia berjaya juga.
Sebaik saja dia berjaya lepasi ujian, mereka yang lulus ditemani oleh seorang burung tak kira darj burung gagak ke pipit untuk memaklumkan mereka tentang misi seterusnya.
Bila anime, kalo dah tempuh segala halangan pasti dia boleh walaupun pada mulanya nampak macam bakal gagal saja. Untuk Kimetsu nO yaiba ini juga tidak ketinggalan menyerapkan sisi itu.
Haih, seronok jugak tengok anime ni kadang-kadang. Jadi mood booster Aien jugak bila tengok semangat Tanjiro gigih nak sembuhkan Nezuko walaupun orang kata itu adalah satu yang mustahil.
Apatah lagi, bila Tanjiro melaksanakan satu misi di Tokyo, dia menghidu bau yang sama di rumahnya dan yang menjadikan Nezuko, demon rupa-rupanya orang itu adalah pemula bagi semua puak demon.
Paling menyeronokkan ialah, Tanjiro merupakan Demon Slayer tahun pertama yang pernah berjumpa dengan orang itu berbanding dengan Demon Slayer kelas atasan. pHew~ disebabkan smell sense yang dia ada.
Nak tak nak, masa semua Demon Slayer menyoalkan kenapa Tanjiro seorang Demon Slayer bersama dengan seorang demon, dan Nezuko harus dibunuh. Masa tu juga Nezuko diuji dengan darah manis yang memang menjadi idaman semua Demon. Bijaknya Nezuko, berjaya mengalihkan pandangannya dari godaan itu. Hasilnya semua orang setuju untuk kekalkan Nezuko bersama dengan Tanjiro dengan jaminan tiga orang penting yang pernah menjaga mereka dua beradik ini.
Semangat Tanjiro dalam merealisasikan impiannya dan semangat kekeluarga antara Tanjiro dan Nezuko sangat kuat ditekan dalma anime ini. Tak sabar juga tunggu season seterusnya. Aien ikut je orang ada update ye la. Haha
Sekarang ni ada movie pulak untuk anime ini. tengah tunggu la dia keluar. hehe sabar.
Jumaat, November 20, 2020
Drama China: The Bloom in Ru Yi Pavillion (2020)
Tajuk: The Bloom in Ru Yi Pavillion
Genre: Historical, Romance, Mystery
No of Episode: 40
Cast:
Sinopsis: Fu Rong who's the second daughter of the Fu family unexpectedly had the ability of "foreseeing dreams" after a serious illness. She predicted that she would marry to Prince Su, Xu Jin, and finally suffered the fate of being buried. However, Xu Jin also has the ability of foreseeing dreams. Although Xu Jin also predicted the same tragedy, he doesn't want to avoid it but try his utmost to change the destiny. These two people begin the sweet game of "framing one another".
(Source: iQiyi)
Adapted from the novel "Chong Hou Zhi Lu" by author Xiao Jia Ren.
SPOILER ALERT!
Fuh, 3 hari 3 malam menonton drama ni. Bergolek-golek rasanya. Akhirnya sampai jugak penghujung walaupun tahu la siapa yang jahat sebenarnya.
Hai, tak buat kerja ke tu dok layan drama? Kita kan multi tasking gitu. Bwahaha
Tengok drama ni because of Zhang Zhe Han. My favorite chinese actor. But, looking forward jika dia berlakon dalam historical drama je. Once try drama dia miden version punya, I kenot adapt. Sebab dia terlalu hensem untuk moden. Ada gitu?
Untuk Aien, ada sahaja. Bah, mulakan la cerita kau ni. Apakan kisahnya drama ni. Kenapa panjang sangat bah atu episode nya? ndak sanggup bah anik mau tinguk. Kalau kamu ndak sanggup tinguk, sini aku cerita kan. Mana yang ingat la ha, mana yang orang bilang tu, highlight of drama gituuuu...
Bermula la kisah, tentang si Fu Rong, anak kedua dari keluarga Fu ni seorang yang agak nakal. Dalam begitu dia ni boleh mimpikan yang masa depan gitu. Sampai dia mimpikan keluarga mati terbakar dan dia dinikahkan dengan keluarga diraja lantas Fu Rong cuba untuk mengubah nasibnya.
Dengan genre misteri, drama ni kuat jugak menampilkan barisan pelakon yang aish, geram naa aku nengokkan muka di pejahat tu. Acah baik la sangat, padahal dia meperkotak-katikkan otang sekeliling dia demi membalas dendam yang sebenarnya dia sendiri yang salah faham. Kerana ketidaksefahaman beliau telah mengorbankan banyak nyawa demi kepentingan dan kepuasan diri sendiri.
Bila drama historical ni, mesti tidak terkecuali melibatkan hal istana serta corruption. Atau erti kata lain rasuah. Bagusnya dalam drama ni Raja dia tak tertindas dalam kebanyakan drama yang seperti puppet untuk menteri-menteri.
Rajanya bijak dalam mempertimbangkan kemaslahah negara. Namun, dia juga terlalu menyayangi anaknya. Ya la, dia seorang raja tapi dia juga seorang ayah. Dia harus berfikir luar kotak untuk itu. Tertiba tengah taip ni teringat pulak baginda Sultan Abdullah. Hai, adakah istana Diraja Melayu jugak berkonflik begini? Hurm.. manusia itu sudah dijangka. Rambut sama hitam hati lain-lain.
Eh , apakan kau merepek ni wahai sang penulis. Manakan kisah si Fu Rong tadi.
Berbalik pada si Fu Rong, dalam nakalnya itu, Lord Fu Ping menghantar anaknya pergi mengaji sama master Farmer Ju Shui yang sangat terkenal dengan budi pekertinya. Tapi tu la, nak ubah orang bukan sekelip mata. Masih juga si Fu Rong tu buat hal dia.
20 episode pertama mengisahkan bagaimana si Fu Rong dengan Duke Su, putera ke-empat ni bertemu. Well, semestinya Duke Su itu heronya. Yang cuba dibunuh tatkala dia kembali ke capital bandar HengJing setelah bertahun lamanya dia dicampak oleh bapaknya sendiri iaitu si Raja tadi ke luar kota sebagai frontliner.
Kembalinya Duke Su ke bandar sempat dipesanin oleh Gurunya General Zishen bahawa bermula perjalanannya penuh dengan musuh. Dengan itu, pelbagai cubaan bunuh dilakukan ke atas dirinya membuatkan Duke Su sentiasa berjaga-jaga.
Malangnya, tiap kali percubaan itu, telah dilihat oleh Fu Rong melalui mimpinya dan tiap kali itu juga Duke Su nampak seakan Fu Rong yang cuba untuk membunuhnya. Padahal orang tu nak ubah nasib dia sendiri je. Kang terbelit pulak nasib mereka dua ni.
Sampai si Fu Rong upah orang untuk buang nasib buruknya bersama dengan Duke Su dengan cara membakar pakaian dalam lelaki itu. Kah, masa ni Duke Su ingat si Fu Rong tu pervert giler. Ha Ha
Dari 20 episode pertama ni jugak masih buat penonton tertanya-tanya siapa yang jahat sebenarnya. Apa tujuan dan hasil dari bunuh si Duke Su ni padahal Raja macam tak berapa suka dengan Duke Su ni.
Masuk 20 episode seterusnya barulah kena dengan tajuk drama nya itu. Jika pada mulanya Ruyi Pavillion itu hanya dilihat sebagai satu kedai barang kemas yang sangat berprestij di bandar Heng Jing dan sering bersaing hebat dengan Feng Lai Yi rupa-rupanya pemilik Ru Yi Pavillion ini, Liu Ru Yi merupakan legendary Ru Yi si pemberi maklumat. Dia macam broker gitu. Amek keuntungan atas orang ramai. Tak kira siapa. Baik untuk orang jahat mahupun orang baik. Namun, sebenarnya Liu Ru Yi ni berjiwa lembut bila mengaitkan orang sekelilingnya.
Liu Ru Yi mula dipergunakan oleh Duke An, apabila satu proses transaksi mereka untuk mengorek sebalik kisah kematian Queen Dowager Wen iaitu mak si Duke An gagal dijalani Liu Ru Yi.
Sian, semua orang ikut je pawn yang telah diaturkan oleh Duke An termasuk si Fu Rong yang sukainya dalam diam dek kerana gadis itu pernah menyelamatkan satu ketika dahulu. Tapi, pada Aien dia terlalu obses dengan Fu Rong sehinggakan Fu Rong tu tak boleh jadi milik sesiapa.
Misi Duke An adalah mengembalikan pahitnya rasa kehilangan itu pada abangnya sendiri iaitu si Raja tadi. Lulz~ macam abang dia tak terkesan kehilangan mak dorang sendiri. Childish betul. Si abang dia pulak, ingatkan Duke An ni telus orangnya. Macam anaknya, Duke Cheng yang melakukan pelbagai onar dalam kerajaan mereka baik dari segi jenayah rasuah, menyalahgunakan kuasa serta ketamakkan dalam memerintah sehinggakan sanggup mengorbankan saudara sendiri.
Pecah hatinya, eh.. Luluh hati sang bapa bila tahu anaknya sendiri yang mengetuai jenayah yang selama ini tidak jumpa penyelesaiannya oleh Duke Su yang acapkali dituduh mengeplotasikan kedudukan sebagai keluarga diraja.
Mangsanya Duke Su yang dari lahir dikatakan bawa bala bagi kerajaan mereka. Berjumpa dengan Fu Rong, gadis yang bertuah dari pelbagai segi mereka saling melengkapi.
Bila Fu Rong saspek utama Duke Su sebagai prmbunuh upahan, dia selalu mengikuti jejak gadis itu. Sampai mereka bertemu kebenaran bahawa Qi Ce bakal tunang kakaknya, Fu Xuan itu merancang segalanya. Fu Rong cuba buktikan bahawa lelaki itu tak layak untuk kakaknya, tapi agak sukar tanpa bantuan Duke Su.
Hai, boring la nak tulis ni. Eh, menaip ni. Macam tulis esei pulak. Ke isi buku nilam tu?
Ping pang ping pong, akhirnya Fu Rong tetap juga berkahwin dengan Duke Su walaupun bukan secara paksa tapi rela dek kerana Fu Rong syak yang Fuke Su yang bunuh gurunya, Liu Ru Yi atas pujukan Duke An. Eh, geram je aku dengan Duke An ni. Naik menyampah dengan muka acah baik dia la. Tapi, tak la jugak dia jadi bini sah taraf cuma perempuan simpanan je. Ala, sistem istana China kan simpan bini reramai. Kira dek kerana Raja ni tak berapa bekenan dengan Fu Rong yang menyebabkan Duke Su hilang pertimbangan terhadap jawatannya.
Padahal, kisah sebenar di sebalik pembunuhan Liu Ru Yi akhirnya terbongkar di episode 39. Aceeee.. Lama giler nak jelaskan pada Fu Rong tu. Itu pun setelah dia dah dapat token perintah untuk Ru Yi Pavillion. Maka secara sahnya, Fu Rong satu-satu anak didik Master Liu Ru Yi mengambil alih pavillion itu.
Itu pun, jenuh jugak Duke Su nak pujuk Fu Rong supaya jangan terlibat dalam kerja balik tabir Ru Yi Pavillion selain membuat barang perhiasan dek kerana Raja mula mengeluarkan arahan menyelidik squad itu.
Meh la tengok spoiler Aien rasa highlight drama ni. Which make u olls geram nau ler drama panjang-panjang ni.
Masa ni, Aien dah saspek mesti Duke An ni yang bunuh Master Liu Ru Yi. Sebenarnya bukan dia. Ha ha Tapi boleh dikatakan dia juga la dengan menggunakan orang lain. Dan orang itu tak disangka pulak. Kesian, dek kerana perasaan agungnya pada Duke An, dia sanggup menutup mata tikam batu dengan Ru Yi Pavillion. Episode ini, geram juga tak pasal-pasal Fu Rong kena tangkap dek kerana dia berada di tempat kejadian setibanya pasukan penyiasat Diraja. Duke An gelabah bila eh Fu Rong yang kena pulak.
Masa ni pulak Raja geram dengan plot Duke Cheng yang cuba menyalahkan Duke Su atas pengeboman tanah runtuh di Huo Yao Temple, kehilangan permata yang cuba diletakkan pada Fu Rong tatkala Fu Rong menerima upahan membuat barang perhiasan untuk istana yang cuba disabotaj oleh Consort Duan, pemilik Feng Lai Yi a.k.a mak si Duke Cheng.
Dapat juga diselesaikan dengan bukti kukuh yang dibawa khas oleh Fu Rong yang cuba bersihkan namanya sendiri tanpa bantuan Duke Su.
40 episode secara rangkuman menceritakan:
- sesi balas dendam Duke An kepada Duke Su atas sebab dia ingat Duke Su yang menyebabkan kematian Queen Dowager Wen.
- Percintaan antara Fu Rong dengan Duke Su yang penuh dugaan dan campur tangan hasad dengki orang sekeliling terutama Duke An.
- Macamana Ru Yi Pavillion dapat dibersihkan namanya dari onar yang telah ditaburi oleh Duke An.