Rabu, Januari 06, 2021

Cerita kita 2020


 Hai hai Hai, Lama benaran aku ni bertapa. Dari tahun lepas sehingga tahun ni masih belom datang seru lagi.  Wahai mood menulis, datang la dikau. 

Apa kabar semuanya? Di musim sejuk plus ada sesetengah kawasan dilanda musibah, moga kalian baik-baik saja dan diberikan ketabahan hati dalam mengharungi musibah di awal tahun ni. 

Sebut pasal musibah, 2020 merupakan tough year buat semua apabila bumi dilanda pandemik. Semuanya tergendala. Bestnya anak-anak dapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Dalam bencana yang melanda  ada hikmah di sebalik semuanya. 

Oleh itu, cerita kita bagi tahun 2020 is nothing gais. Sebab tu aku pun rasa macam tergendala la idea nak cerita apa. 

Macam-macam perancangan di buat pada penghujung tahun 2019 lepas dengan harapan 2020 membawa wawasan yang seperti diangankan. Sayang seribu kali sayang.. Semuanya tinggal kenangan. 

Maka 2021 datang, suramnya tanpa sebarang perancangan dalam jangka masa panjang untuk kami. Mengharapkan semuanya baik semula dan kemudian baru diatur. Jika tidak, di sini la lagi. 

Untung si Najmi, membesar dia dalam setahun ini tanpa dibawa ke mana-mana. Paling tidak ke pantai rumah mak cik saja. Kesian sungguh. 

Tak apa dik, nanti kita tengok tahun ni macamana ya. Nasib juga tiada lagi anak-anak yang bakal atau sudah bersekolah. Satu lagi kerja tambah. Syukur. 

Cuma harapan kian meninggi untuk 2021 adalah dapat pulang beraya ke kampung halaman sana. bawak anak-anak ke kampung opah atok sana pulak. Lumrah la jika pasangan seberang laut ni. 

Bah, mupok lok kamek. Ada cerita sambung gik lak. Udah 6 hari tahun baru berlalu. baru ada mood mok bercerita. Ha ha Boh jerak aok. 

Happy new Year to all fellow blogger and reader yang sentiasa sudi singgah. Semoga kalian dalam keadaan sihat dan baik-baik saja hendaknya. 


Rabu, Disember 30, 2020

Countdown Sale dari PG Mall deals serendah RM1

Countdown Sale dari PG Mall meriah dengan pelbagai diskaun hebat! | Pejam celik 2020 kian meninggalkan kita. Dan apa yang seronok bila nak masuk tahun baru ni, pastinya jualan dengan diskaun menarik berlangsung sana sini. Habis la rambang mata kita nak pilih hok mana yang best potongan harga dia. Dari korang semua rambang mata di merata tu, meh Aien nak ajak korang  kenali satu e-commerce platform yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ni. 


Apa itu PG Mall? 

Buat pertama kali dengar macam Aien ni, PG Mall merupakan satu-satunya e-commerce platform buatan Malaysia sendiri tau. Yang telah bertapak semenjak 2017 lagi dan kian mendapat tempat di hati pengguna. 

Kalau korang nak tahu jugak, PG Mall ni telahpun tersenarai di antara TOP 3 e-commerce di laman sesawang Web iPrice tau. Nak baca penuh korang boleh tengok di iPriceinsights. Dan sebagai bukti jugak kan, Aien selitkan la gambar dia sekali tau. Biar tambah sikit rasa percaya tu. Haha



 Hebat kan? Jom sokong produk buatan Malaysia dengan membeli di PG Mall. Jangan risau tentang bagaimana pembayaran nak dibuat kerana PG Mall menyokong semua jenis gaya pembayaran termasuk la menggunakan e-wallet mahupun QRPay. Eh, rasa-rasanya satu-satunya e-commerce la yang ada gaya pembayaran begini. Bertambah kagum la Aien dengan PG Mall ni. 


Countdown Sale ini bermula 25 December 2020 sehingga 1 Januari 2021 tau. Jom rebut peluang jualan serendah RM1 sahaja. Hanya dengan tebus code promo: COUNTI korang layak untuk menikmati free shipping untuk pembelian minimum RM30. Wush, apa lagi. Jom la beli lebih sikit. Kongsi rezeki itu tak salah kan? Masa ni juga kita ambil kesempatan untuk mencari barangan idaman kalbu baik dari segi barangan rumah sehingga barangan peribadi gais. 


Aien perati la jugak benda apa nak dibeli sempena countdown sale ni kan, Tetiba ternampak buku kanak-kanak sesuai seawal usia yang memang tengah dalam tinjauan Aien ni. 


1. Bahan bacaan kanak-kanak


Dalam satu set berharga RM12 ni mempunyai 7 buah buku seperti yang tertera dalam gambar. Syiok jugak si Nayla buat cuba dia nak baca-baca. Done masuk cart! 




2. Bunga palsu - daun monstera 


Halah kau ni, aku baru nak berangan letak greeny dalam rumah. Sekali comelnya dengan harga RM6 sahaja! Apa lagi la, laju aja masuk dalam cart. Haha boleh beli lebih sikit.

Tu dia,mak mana tak tergoda ni. Siap belikan untuk mak mentua sekali la. Ha Ha tergoda jangan berseorang. Kena ajak teman. gitu~ 





3. Set Periuk 



Disebabkan keluarga Aien kecik jer, so malas la nak cuba-cuba beli set dessini. Haha terpikat pulak dengan set 3 pcs ni. Comel je. Aien dengan barang comel-comel ni payah sikit. Maka dengan ini selamat masuk cart. 




Dah laa, tak boleh banyak sangat. Nanti bertambah rambang mata susah jap g. U olls berminat nak dapatkan barang-barang keperluan rumah, sama ada barang anak-anak barangan peribadi, alat mekap, perkakas rumah dan sebagainya boleh saja terus ke laman sesawang PG Mall sekarang! atau klik sahaja ni link ini: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=821


Selamat membeli belah! 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ShopNow #shoponline #YES #yearendsale2020 #freeshipping 



About PG Mall: 

Website: www.pgmall.my









Selasa, Disember 22, 2020

Jimmy Scarves Year End Sale bermula!

 




Tu dia, yang paling dinanti-nantikan oleh pencinta Jimmy Scarves ni telahpun bermula sejak 21 December 2020 dan akan berakhir pada 5 Januari 2021 ..

Apa lagi gais, jom la support duit tepi Aien ni. Hehe Ade pulak macam tu. Paksa orang beli. Kah! 

Okay tak ada la, gurau je. U olls yang selama ni berminat nak dapatkan Jimmy Scarves tapi rasa macam nanti la dulu, Aien cadangkan masa ni uolls nak grab offer yang jatuh sampai 80% diskaun tau!



Rugi sangat kalau tak grab masa ni. Sebab Jimmy Scarves memang susah la buat offer I tell you. Haha Nak beli pun fikir sejuta kali la bla tengok koleksi lawa-lawa keluar ni . 

 U olls kalo berminat boleh lihat di: 

Instagram: Jimmyscarves_skudai 

atau boleh scan QR code ni:

Haaa sikit punya baik laa. Haha 

Atau page di FB: jimmyscarves_skudai

atau Tekan sini jur untuk lebih details catalog 














Ni baru tau. Boleh la cuci mata di katalog dengan tekan link atas tadi. 

Selamat bershopping!