Jumaat, Januari 08, 2021
DRAMA CHINESE: PERFECT AND CASUAL (2020)
SPOILER ALERT!
Terjumpa masa randomly tak tahu nak tengok drama apa padahal banyak jer yang bersusun dalam list. Ye la, plot semua majoriti lebih kurang, nak cari yang fresh ideas pun susah. And tengok pelakon lelaki dia macam hensem (Ha Ha Ha) maka Aien pun menontonnya.
Jalan cerita yang sangat predictable. sangat cliche. Tapi tula tengok jugak sampai habis. Haha
dia punya plot tu kan bila dilihat balik macam cerita full house sikit pun ada, my girl sikit pun ada sebab apa tau? Sebab si Yun Shu tu kena tipu bila dia nak beli rumah daripada sepupunya. Alih-alih rumah tu milik professornya. Demi untuk mengaburi mata kakaknya yang berada di luar negara, Yun Shu duduk satu rumah dengan Professor tu.
Selain dari tu, Professor tu pulak minta Yun Shu berlakon depan atoknya yang agak kritikal di hospital untuk jadi girlfriend dia.
Bila berlakon mesti la jadi kenyataan bila Professor punya atuk ni kenan betul dengan Yun Shu. Yun Shu yang sangat berhati luhur heart warming gitu, menawan hati orang tuanya untuk bersama cucu beliau yang sangat fokus pada matematik. Apa pun dibuat semua ada kiraan. Jenuh betul.
Erm.. Okay dah tak ingat sangat jalan cerita dia. Sebab bagi Aien terlalu biasa sangat la jalan cerita dia ni. At the end, dorang pun suka sama suka. The End-
Tapi tak faham la kenapa drama ni antara 10 drama yang mendapat high rating dari viewer dan drama wajib ditonton 2020. Agaknya musim covid ni orang tengok aje la drama apa yang best.
HA Ha Ha
Kalo tengok di group peminat drama chinese di muka buku, majoriti muda-muda lagi. Haha ada yang baru high school agaknya berjinak dengan drama chinese ni.
Bagi Aien, next drama please!
Khamis, Januari 07, 2021
Drama Korea: More Than Friends
Tajuk: More Than Friends
No of Episode: 16
Genre: Comedy, Romance, Youth, Drama
Cast: Ong Seung Woo, Shin Ye Eun, Kim Dong Joon,
Sinopsis: Ten years ago, Kyung Woo Yeon was as innocent and carefree as any eighteen year old might be. With dreams, ambitions, and a heart ready to love, it was only a matter of time before she fell for someone. And fall she did; for her friend, Lee Soo. Unable to hold her feelings in her heart, she confesses to him before he leaves and gets friend-zoned.
Seven years later, she tries her luck again only to be rejected again. She is determined to get over what she considers this curse of not being able to experience love. One lonely day in Jeju, she declares confidently that she no longer likes him and decided to leave him. He too leaves Korea having a heavy pang in his heart.
She had tried every trick to get over this curse that she had, having almost 12 ex-boyfriends. Till one day, when she finds a guy, Joon Soo who offers to be her test man and help her determine whether the fault lies in her or the men she has dated.
Having been traumatized by the divorce of his parents in the past, Lee Soo always stops himself from love and choose to not start something so that it won't end. After 3 years leaving Jeju island and his memory of Woo Yeon, Lee Soo comes back to Korea and find her with another man, but this time he hopes to face his feelings and not let his past overshadow him
(Source: jTBC)
SPOILER ALERT!
Tu la tu, berdasar dari sinopsis dia tu rasanya dah penuh dengan cerita dia untuk 16 episode tu. Gigih Aien tengok (sejak bila ko tak gigih tengok drama? )
walaupun orang cakap Seung Woo berlakon ni kaku. Bagi Aien okay kot sebab kali pertama tengok dia berlakon watak macam ni sesuai dengan dia. Heartless gitu.
Kyung Woo Yeon, seorang caligrafi suka pada kawan sendiri iaitu Lee Soo selama 10 tahun. Kali pertama dia cakap pada Lee Soo, Lee Soo cuma balas dia cuma selesa sebagai kawan. Padahal dalam masa yang sama sebenarnya Lee Soo tak nak bagi harapan pada Woo Yeon.
Actually, ada jugak flashback menunjukkan tang mana si Lee Soo ni 'tak suka' pada Woo Yeon. Tapi tu la. Kesalahfahaman tu bakal membawa pelbagai konklusi.
Lee Soo ni lahir dari keluarga yang mak bapaknya bercerai. Sebab dia dia rasa dia tak layak disayangi dan dia juga seorang fotografer yang takkan pernah ambil gambar manusia.
Namun, akibat terkena balik 'sumpahan cinta' dari Woo Yeon yang selama 10 tahun dia cuba dating dengan laki lain tapi semuanya tiada rasa cinta akibat hati dan perasaannya masih pada Lee Soo. Sebaik saja Lee Soo kembali ke Korea Selatan, Woo Yeon nekad untuk mengembalikan perasaan itu pada Lee Soo supaya dirinya boleh menyukai lelaki lain.
Tapi, tu la tak pergi jauh pun bila Lee Soo tu antara kawan karib dia. Bila dia lihat Woo Yeon mula didekati oleh boss sebuah syarikat penerbitan, Joon Soo, Lee Soo mula rasa kehilangan Woo Yeon.
Twist plotnya, selama 10 tahun tu kan, Woo Yeon tiap kali mabuk mesti telefon nombor Lee Soo, yang pada masa tu telah dimiliki oleh Joon Soo. Jadi saban waktu jugak dia dengar luahan hati Woo Yeon tu. Bila bertemu dengan kedua caligrafi dan Fotografi dalam sebuah rancangan memartabatkan Seoul, Joon Soo terus rasa rapat dengan mereka berdua dek kerana dirinya jugak berada dalam lingkungan percintaan yang sama. Aduhai..
Joon Soo punya lagi sedih, kekasih hatinya menjadi kakak ipar. Auch sangat.
Dalam menyelesaikan sebuah buku bergambar, Woo Yeon dan Lee Soo menghadapi stage kawan- kekasih-bukan kekasih-bukan kawan dalam tempoh itu. Banyak dipelajari oleh mereka berdua dalam memahami sebuah perhubungan.
Moral of story, benda biasa yang orang akan cakap dalam perhubungan mesti ada komunikasi dua hala, mesti ada kesefahaman baru boleh go.
The other story dalam drama ni best jugak nak dinanti adalah salah seorang teman Woo Yeon dan Lee Soo ni dorang dah couple dari zaman universiti tapi disebabkan dua darjat yang berbeza pelbagai rintangan mereka hadapi. Kesian jugak la dorang ni.
Penghujungnya, Woo Yeon sedar, dalam perhubungan jangan dijangka atau expect the unexpected gitu... mengharapkan agar orang sayang kita, orang mengerti kita padahal .. kita ..
Dan bagi Lee Soo pulak, jika kita tak menyayangi diri sendiri, kita takkan mudah menyayangi orang lain.
Worth to watch jugak drama ni. Haa, PKP 2.0 dah start, ajumm la marathon. Haha