Rabu, Januari 13, 2021

MCO 2.0 Giveaway

 


Yeay! PKP musim kedua, eh.. Ada musim pulak... Aien nak join la giveaway by AD ni. Jom korang support rakan blogger dengan klik saja banner di atas. 

Giveaway bermula dari 12 January sehingga 1 Februari 2021 . Masa yang panjang kan U olls. Boring2 PKP tu meh la support AD ni tau. 

AD ni kreatif giler. Suka tengok dia punya entry, video dia pun lawa. 



Drama Korea: Tale of Nine Tailed (2020)

 


Tajuk: Tale of nine Tailed / Tale of Gumiho
No of Episode: 16 
Genre: Fantasy, Romance, Action, Horror, 
Cast: Lee Dong Wook, Jo Bo Ah, Kim Beom 
Sinopsis: Lee Yeon (Lee Dong-Wook) was once the mountain spirit of Baekdudaegan. He sacrificed his life as a mountain god to resurrect the life of the woman he loved A Eum. Lee Yeon now lives his life as a nine tailed fox in human form. He has lived this way for hundreds of years.


Meanwhile, Nam Ji-A (Jo Bo-Ah) works for TVC station as a PD of documentaries. She seeks out stories on the supernatural. Back in 1999, her parents were involved in a car accident in Yeou Gogae. She remembers a man that saved her in that accident. Now, Nam Ji-A reviews CCTV footage from a wedding hall where the bride disappeared. She sees the man that saved her as child walking out the wedding wall with a red umbrella. His name is Lee Yeon.

Spoiler Alert! 

Waaahhh, cerita viral ni. Baru ada masa Aien nak tengok. Ritu nak tengok macam tak ada mood bila baca review ramai tak suka pelakon heroin dia ni. Aien terkenan jugak tak suka. Padahal okay je tak ada masalah pun dengan lakonan dia ni. Makanya, baru la ada masa nak tengok ni kan. 

16 episode, how to explain feeling bila dah sudah ya? Jom jap baca cerita separa penuh dia laa. 

Kalo ikutkan sinopsis dia dah kabo ler Ji A ni cari si Lee Yeon tu kan sebab instict dia terhadap dunia lain selain yang nyata ni kuat sejak mak ayah dia hilang dalam satu nahas jalan raya. Demi menjejaki mak ayahnya kembali, Ji A menjadi Producer di sebuah syarikat televisyen.

Sehingga pada suatu hari dorang berada di sebuah majlis perkahwinan yang mana orang ramai mengatkan bahawa pengantin perempuan lari bersama dengan lelaki lain. Masalahnya cerita tu direka semata. 

Bila Ji A memasuki dunia Lee Yeon, baru dia tahu rupa-rupanya sekeliling mereka ada banyak manusia jadian. Lee Yeon pulak sudah bertahun menjadi grim reaper lebih kurang la, terbawa karakter dia dari Goblin tu. Haha bagi dunia yang satu ni. 

Dia nak tolong Ji A bertemu kembali dengan mak ayahnya seperti mana dirinya ingin bertemu semula dengan kekasih hatinya. Malangnya takdir antara mereka berdua berselisih. Yang mana salah seorang mereka bakal mati jika mereka terus bersama. 

Best jugak la plot drama ni. Tapi, macam tak cukup rencah bila tengok Ji A tu. Macam something wrong dia berlakon cerita fantasy macam ni walaupun penyiasatan. Dia sesuai cerita polis je laa. Lagi-lagi  bila jumpa dengan Lee Dong Wook yang macam amek santai je lakonan dia. Ke memang karakter dia macam tu ke.. Macam... hurm... Tak sedar eh dah habis 16 episod. eh itu je ke? Macam tergantung pun ado haa.. 

Best tengok sejarah kimia antara Dong Wook dengan Kim Beom punya brotherhood tu. Bila Dong Wook mati, sebab korbankan diri dia demi Ji A dapat bersama mak ayah dia lebih lama, Kim Beom sedih giler. Aien lupa la nama watak dia. Haa ,si Lee Rang ni. 

Pada mula cerita si Lee Rang ni jahat sangat. Rupa-rupanya dia nak balas dendam kat Lee Yeon sebabkan kerana seorang perempuan, sanggup bunuh adik sendiri. Padahal tak kena pun pedang tu padanya. Drama je lebih Lee Rang ni. Bila dia dikantoikan oleh ahli nujum bahawa Lee Yeon ni benda berharga dia, sedar la dari situ yang Lee Rang sebenarnya sayang bebeno kat abang dia ni. Cuma dia protes abang dia lebih fokuskan kepada Ji A je. 

Best laa. Best .. Nak tengok boleh, tak tengok pun tak paksa. Depends laa. Jika minat Lee Dong Wook, memang kena follow la semua drama dia ni. Hehe 

Kim Beom pun Aien minat dari zaman Boys Over Flower lagi. Moga terus sukses bro! Umur sebaya nampak dia macam ageless. Statik sama macam zaman BoF dulu. Kbai! 

Nak tengok mana, u olls boleh cari di FB, atau dramanice atau aplikasi drakor jika nonton atas talian. Jika seperti Aien gemar muatturun, boleh saja cari di Telegram. Heeee~ 

Nak baca review drama lain  boleh click di tab Drama di sudut tepi tu. atau TENGOK SINI untuk carian lain drama Korea. 

Next! 

Selasa, Januari 12, 2021

PKP 2.0 apa nak buat?

 


Sejak Abah Muhyiddin buat pengumuman PKP di sesetengah buah negeri,masing-masing da resah dengan anak-anak sekolah lagi. Haiyaaa, tahun 2021 ni lebih kurang agaknya dengan sebelumnya. Bahkan ada troll, 2 minggu PKP seterusnya dah sampai tahun 2022. Ha ha ha betul la tu kan. 

Resolution kita nak buat apa? takkan repeat benda yang dah buat masa PKP lepas? haiyaaa.. Tapi tu la, kalo sama je tak buleh keluar nak buat apa lagi kan. Lagi-lagi dah dapat bersinar lebih tu. Haha Boleh praktis masak lebih.

Aien, Allah.  2021 ni semangat menulis belom nak sampai. Nak blogwalking pun.  Allah, sorry gais. Dapat blogger sendu gitu la kan. Pencarian December pun kurang, tapi banyak orang cari drama Melting Me Softly yang sedang ditayangkan di TV3 dan Romance of Rose and Tiger di 8tv. Ada la jugak orang cari. 

Maka resolution untuk 2021, ada jer drama dah tengok tapi nak update,, malasnya nak menaip ya Tuhaaaannnn!! 

Dalam draft ada: 
  • Perfect and Casual 
  • The Tale of Nine Tails 
  • More than Friends
  • Maiden Holmes

Currently watching: 
  • Legend of Fei 
  • Sparkle of Love
  • You Complete Me

Banyak kan? Ish ish ish.. Nak updatenya tu.. Tak la berapa nak rajin. Doakan PKP ni rajin la sebab Encik Suami pun WFH. Ada la geng nak tengok anak-anak. Ha Ha Ha Alasan semata-mata.

Dah la 18hb ada appointment KK untuk si Najmi. Nayla dah dua kali skip appointment sebab dorang KK surug hold dulu masa check up 2 tahun dulu. agaknya tak masuk kot sebab tak ada timbang berat dia semua dalam buku. Nanti nak tanya semua. Ibunya pun ada appointment jugak. Ish ish. Harung la sekali tiga. senang! Jangan kena marah sudah laa.  kenapa tak datang awal-awal.  Musim covid ni saya malas keluar misi. Haaa gitu boleh? Itu kemudian la kita update. Apa-apa roger bisok. 

Bagi negeri kena PKP jangan sedih jangan risau, moga covid kembali pulih dari negara kita. Sultan pun dah umum darurat untuk parlimen yang gila kuasa. Eh. Moga amek la iktibar dari PRU Sabah dulu. 

Sarawak pun kena PKPB walaupun PM umum PKPP, tapi KM dorang umum PKPB sebab kluster makin banyak kat sana. Ye la, mungkin orang berebut nak balik CNY nanti. 

Korang, jaga diri tau. Nak puasa, raya dengan keluarga. Nak balik Sarawak. Sekarang guidelines nak masuk sana kalah nak masuk negara asing. Sedih amat. 

Bah, mupok lok kamek . Sambung mana yang dah duduk dalam draft tu. moga ada yang masih sudi singgah.