Sabtu, Januari 16, 2021

Koleksi kedua untuk 2021 dari Jimmy Scarves - Bawal Sakura 4.0

 


Terlupa pulak target nak buat semua koleksi dari Jimmy Scarves update kat sini. Hee dah terlepas satu koleksi. Tak apa tak apa. 


Untuk minggu ketiga Januari 2021, Jimmy Scarves telahpun melancarkan koleksi Bawal Sakura 4.0 yang masih mengekalkan material dan saiz yang sama. Apa yang membezakan adalah corak yang nampak lebih minimalis. 



Menampilkan 6 warna yang berbeza membuatkan rambang mata nak pilih. Apatah lagi untuk tahun ini Jimmy Scarves memperkenalkan diskaun hebat untuk PROMO COMBO setiap koleksi baru. Wow kan? 

Jika pada harga biasa Bawal Sakura ini boleh mencecah sehingga RM69 sehelai, namun dengan diskaun hebat ini pelanggan boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM38. 

Jom cepat-cepat risik dengan Aien sebelum terlambat kerana promosi ini hanya la terhad sehingga 18 Januari 2021. 

Nak tahu lebih lanjut boleh saja DM atau PM Aien tau

Chinese Movie: Soul Snatcher (2020)


 Title: Soul Snatcher / Spring River Flower Moonlight Night

Genre: Fantasy, Friendship, Adventure, Comedy

Duration: 2 hours 4 minute

Cast: 


Sinopsis: To achieve immortality, fox spirit Bai Shisan disguises as a young man and travels to the human world in search of a divine pill. There he befriends the innocent scholar Wang Zijin whom he later realizes is the key to his transcendence. To keep Wang safe, Bai must bond with him on his road to the imperial examination and fends off threats from mythic creatures and evil spirits.

(Source: IMDb)


~~ Adapted from the novel "Chunjiang Hua Yueye", but the characters and stories are original


SPOILER ALERT!


First time tengok Li Xian berlakon cerita historical macam ni. Tak kenal siapa Li Xian? U olls pernag tengok drama Go Go Squid tak? Meh tengok review dia DI SINI

Ala, yang jadi ketua K Group Han Sheng Yan tu. pujaan ramai gitu. dan bila tengok dia bawak watak gila-gila la jugak dalan movie ni. Lawak giler.

Dalam movie ni dia berlakon jadi seekor fox spirit yang perlu  ke dunia manusia  untuk mencari soul pill untuk dia menjadi immortal. Biasa la cerita fox ni, memang terkenal dengan seekor yang licik dan pandai menipu. Semua ahli dia tak percaya yang dia akan berjaya untuk dapatkan pill tu. 

Tiba di dunia manusia, Bai Shisan ni kenal dengan seorang lelaki Wang Zijin. Tanpa Bai sedari bahawa Zijin ni la yang menyimpan soul pill yang carinya.

Bermacam helah dicipta untuk mendapatkan soul pill tu. Tapi, Wang Zijin ni macam ada pakai pelindung dia daripada di sentuh oleh orang berniat jahat padanya. 

Sehingga satu ketika, demi menyelamatkan Wang Zijin, Bai sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Sebelum sempat dia menikam dirinya sendiri Bai diselamatkan oleh ketua Fox ni tadi lalu membuka hikayat bahawa sebenarnya soul pill yang ada dalam badan Wang Zijin itu sebenarnya ditanam oleh dirinya sendiri yang pernah diselamatkan oleh Zijin. 

Bertambah sedih la Bai Shisan bila mengetahui kebenarannya. Bila dia kembali nak jumpa Zijin tapi apa yanh dijumpainya ada tubuh kaku Zijin yang telah mengeluarkan soul pill tu sendiri dek tertipu dengan guru Bai Shisan. 

Sedihnya dia menyebabkan dia berlawan dengan gurunya sendiri. Tapi entah kenapa dia macam tersedar, bukan ini yang dimahukan setelah menjadi immortal. The Dark Side. Tapi berjaya jugak la dia kalahkan gurunya tu .

The end of story, Bai kembali menjadi sepertinya dirinya dahulu kerana mempertaruhkan segala immortalnya demi menghidupkan Wang Zijin semula. 

Alah  comel betul laa. Demi membalas budi baik Wang Zijin yang telah menyelamatkan dirinya. Tiada la lagi Thirteen Bai. Habis~ 

Moral of story, selicik-licik seekor fox masih ada yang berhati murni seperti Bai Shisan. 


Khamis, Januari 14, 2021

Drama China: Maiden Holmes (2020)

 


Tajuk: Maiden Holmes / Shao Nu Da Ren 
No of Episode: 32 
Genre:  Misteri, Historical,  Romance, Comedy 
Cast: 

Sinopsis: It is the sixth century CE and the Qi Kingdom, in what is now Eastern China, is a land at war.

The young teenage prince Xiao Yan Zhi, a prodigal young military talent, is sent to ward off a force of invaders. Although he makes a valiant effort, his army is ultimately ambushed and defeated in a decisive battle. An opportunist foe at the imperial court takes advantage of the situation, forcing Pei Yan Zhi to step down as head of the army – and manages to get a young subservient candidate to take the throne.

Pei Yan Zhi feels he was betrayed. He vows to get to the bottom of the intrigue and goes undercover to investigate, pretending to be a commoner to help him work undetected. On his quest for the truth, he meets a remarkably smart and resourceful young female detective named Su Ci. Together, they form a close bond. They team up with two other quick-witted young sleuths and make a joint bid to discover the scale of the scheming that has undermined the Imperial Palace.

(Source: Viki)


SPOILER ALERT! 


Su Ci, sesuci debu, eh.. Mengarut apa kau ni.. Jumpa di aplikasi WeTV. Macam best sebab hero hensem, tipikal reason why I looking random drama  dan teruskan menonton.

Mengisahkan seorang wanita menyamar menjadi lelaki untuk menyiasat perihal keluarganya dibunuh. Su Ci, menyamar menjadi detektif untuk terus dekat dengam dokumen yang tinggi simpanannya. Tidak dinafikan bahawa beliau merupakan seorang detektif yang sangat peka dan cekap dalam menyiasat sesuatu kes. 

Sehingga Su Ci bertemu dengan Pei Zhao, dalam sebuah kes korban pemujaan di sebuah bandar. Bersama Pei Zhao pembantunya serta bertemu mereka dengan seorang lelaki yang baik hati turut menyiasat sama kes tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan 'puteri' yang bakal menjadi korban kepada Dewa Hujan ke apa ntah. Rupa-rupanya 'puteri' itu telah selamat dan digantikan dengan seorang tabib perempuan. Tabib? yela sebab dia tahu hal racun. Kot laa. tak tahu nak panggil apa. 

Bermula la perjalanan mereka berlima menyelesaikan satu demi satu kes. Brother Pei ni dapat tahu bahawa yang Su Ci ni adalah perempuan tapi dia diamkan aje sebab nak tengok sejauh mana permainan Su Ci sehingga dia sendiri jatuh cinta pada Su Ci . 

Sebenarnya Su Ci ini ingin menyiasat kenapa kaumnya dibunuh tanpa sebarang bukti kukuh atas tuduh meracuni Raja. 

Brother Pei pulak merupakan Putera Qi yang menyamar sebagai orang biasa juga untuk menyiasat di sebalik kes yang sama serta kejadian cubaan pembunuhan dirinya di peperangan Hong. 

Dalam mereka cuba jejak satu demi satu bukti yang cuba disorokkan oleh pihak musuh, Brother Pei hairan kenapa pihak musuh sentiasa tahu akan langkah mereka. Rupa-rupanya lelaki yang baik hati atau dikenali sebagai Brother Xieming tu merupakan anak angkat kepada Prince Yun, a.k.a pak cik Brother Pei a.k.a orang yanh sabotaj Raja lama dahulu dan cuba membunuh dan menuduh Prince Qi yang tak puas hati dengan kerajaan. Padahal Prince Yun tu yang cuba mengambil alih takhta sejak dari kematian abangnya. 

Dan dari kejahatan Prince Yun itu lah menyebabkan kaum Bai tukang pembuat kain diraja dituduh dan menyebabkan mereka satu kaum dibunuh kecuali Su Ci atau Bai Yi An yang berjaya menyelamatkan dirinya. 

Penghujung cerita dia habis begitu je la. Prince Yun berjaya dikalahkan dan dia dibunuh oleh anak angkatnya sendiri dek kerana sifat tamaknya. Prince Qi dan Bai Yi An hidup aman damai berdua disamping Bai Yi An terus menjadi Detektif Su Ci dan mengajar para bawahannya. 

Tunggu next drama daripada Zhang Ling He ni. Heheh cuba tengok dia berlakon dalam cerita moden, Sparkle Love macam... okay la. Nanti baca review k. 


Next!