Khamis, Februari 04, 2021
Menang Top Komentar 2020 di Blog Sunah Sakura
Kenangan penghujung tahun 2020, dinobatkan sebagai salah seorang pengomen tegar di blog Sunah Sakura.
Siapa tak kenal sis Sunah Sakura ni korang wajib terjah tau. Blog beliau yang simple dan penuh informasi memang menjadi pilihan sekiranya korang nak tahu apa-apa info terkini. Aien kenal gitu-gitu sebab sama-sama Sarawakian. Haha
Lepas dari tu, dari beliau jugak Aien macam nak join JDT blogger. Disebabkan join masa MCO, jadi silent reader je laa. nak join dorang punya event belom ada kesempatan lagi.
Berbalik pada hadiahnya. Wow, suprise gitu sebab rasa macam dah lupa benda ni. Sejak berbadan dua ni, banyak benda dilupa. Heran betul laa. Alih2 datang je. Lawaknya Sis Sunah ni dok taman sebelah Aien je. Taman yang selalu jadi tempat ziarah hujung minggu untuk beli barang dapur Haha Tapi, musim covid ni.. poslaju lagi sesuai.
Hadiah comel je. Thanks aok sis Sunah atas hadiahnya. Nambah la lagik fridge magnet kamek tok.. Dengan planner 2021 yang sangat comel. Sambil tulis planner, boleh la pekena cappucino ke, teh Cameron berperisa Anggur ke. Uish.. pandai betul la pilih hadiah ni.
Tahun ni macam sepi je dek kerana hilangnya mood nak jalan2 jugak.. hehe
Lupak iolls mok engkah blog sis Sunah tok eh.. Bah uolls rajin2 aok terjah blog sis Sunah si peminat bunga sakura. eh..
Pengalaman refund setelah berbeli barang letrik di shopee
Lama berbeno la nak tunggu ko ni apdet cerita yang berlaku dekat 2 minggu dah ni Aien. sorry la geng, ku ni tengah dilanda mood tak mau mengarang. Nak tulis je blocked. Nak taip je yilek idea. Apa cer..
And tadi balas segala komen mereka yang sudi singgah, and terbaca janji nak cerita kes yang berlaku hari yang sama. Yes. I need to pay the debt. Here we are!
Kisahnya, sejak aku berjaya mendapat sinaran mentari menyinari.. Eh, nyanyi ke tu? Aku promise kat bebudak nak belanja deme kotak hitam dengan erti kata lain konon nak buat suprise untuk sang ayah. Haha Sekali dengan aku sekali tersuprise sama.
Buat pertama kalinya aku cuba membeli barang letrik dari shopee. Berkat bantuan adindaku, aku berjaya purchase sebijik tv dengan harga mampu milik bersaiz 40' berserta cashback sejumlah amount harga tv tersebut sekaligus dengan free shipping. Siapa tak gembira wei.
Disebabkan tak mau la risiko pecah atau sebagainya, kami memilih kedai dari sekitar Johor Bahru saja. Malang itu langsung tak berbau, walaupun seller telah berjaya pos dengan kadar paling segera dan servis terbaik perkhidmatan courier pulak yang buat hal. Hey la nasib.
Cantik kan seller balut? siap letak 'fragile' lagi. Malangnyaa. setelah seminggu di peram di pusat mel Janna nul Tuang (nama bukan sebenar) Tampoi Indah, akhirnya tv itu tiba selepas kami pulang dari klinik. Excited mak aih. Siap ada cerita lawaknyaa.
Sang ayah terkejut la nampak kotak besar. Siap kata banyak duit ibu beli tv. Haha Sekali si Najmi, letakkan jari comelnya meminta sang ayah senyap saja. Haha So kiut...
Excited la kami empat beranak nak pasang. Yeay! Akhirnya rumah kami ada tv. Baru husband nak pasang kaki tv, aku terperasan kesan retak di bahagian bawah skrin tv. O M G! Tidak ..
Maaf gambar terbalik. Terus la aku piyem sama seller. 'Boss , tv pecah. " Mulanya seller macam tak puas hati cause bunyinya macam aku ni nak salah kan dia la kan.
But, dia suruh aku report pada shopee sekian sekian sekian. follow up macamana sebab seller dah bagi yang terbaik kot untuk aku. Makanya itu di luar bidang mereka.
Telefon Shopee Customer Center,, langsung berikan mereka order ID. dan kita harus nyatakan sebab kenapa nak mohon refund dan return. Dalam kes aku ni, sebab terima damage item. Nasib jugak belom tekan order received kan. So, proceed. Letak gambar apa yang masalah.
Seller argue bantah la sebab aku nak refund tu. But, don't worry. nyatakan saja sebab kukuh kita nak refund. itu duit kita kan. Dalam masa 4 hari bekerja akhirnya aku berjaya perolehi duit ku kembali yang dibayar semula dalam Shopee Pay. Tak kisah la. Janji dapat balik. Dan seller juga dapat bahagian dia.
Aku pun piyem seller balik, nak tanya tv tu harus dipulangkan atau bagaimana. Alhamdulillah seller kata tak payah. Makanya tv itu terkontang kanting dalam stor.
Jika dilihat dari kesan kotak, nampaknya tertindih dengan benda berat. Bila diusahakan untuk pasang, habuk pun tarak di skrin. Hancus habis.
Memang ceritanya Sadaqallahul adhzim je laa. Namun, aku masih tak serik. Aku purchase sekali lagi tv di Shopee pada 31hb. Malangnya sehingga hari ini seller belom pos. Adeh,,,,,,,,, kenapakah??? Mahu juga aku usul cancel order dan refund jugak ni nanti. Hailooooo.. Beli di kedai saja laaaaaa.. mahal sikit la tapi....
Korang macamana? pernah berbeli barang letrik ke dari shopee atau lazada ni? Adik-adik Aien cerita dorang ada order juga. bahkan lagi besar dari Aien punya. kenapakan hasilnya mereka lumayan. Bak katanya lagi, kamu ni tak da luck dalam berbeli barang online. Haha
Siapa pernah baca, Kisah lemari yang menyedihkan lagi sadis. Haha
Nak kata kalo beli barang besar ni memang tak ada luck. Kalo setakat kici-kici tu berjutanam jugak sampai kat rumah. Haha nak cerita setakat beli upt online, lah! Beli baju anak-anak. Haha gitu laaa.. Dah laa. tunggu jer la macama kisah tv aku ni. Sampai ke idok....
Nanti kita sambung lagi k.. bukan PKP je tau sambung :)
Selasa, Januari 26, 2021
Pengalaman pertama minum air gula
Kenapa baru pertama kali?
- Mereka yang mempunyai keturunan penyakit kencing manis terutamanya mengikut susur galur ibunya.
- Mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
- Mereka yang sepertinya berisiko.
Prosedur untuk minum air gula:
- Seawal jam 10 malam harus berpuasa. Tanpa makan juga minum.
- Seawal jam 8 pagi hadirkan diri ke klinik. Tunggu sehingga nama mu dipanggil.
- Sebelum minum, darahmu diambil. Kemudian para misi berpesan begini begitu caranya.
- Selesai itu kamu harus meneguk secawan air gula yang pior lagi manis gitu. Haha
- Selepas itu harus juga kamu diam di klinik dengan prosedur biasa check up iaitu kencing dan cek tekanan darah.
- Selepas dua jam (sedari jam kamu minum tadi) harus terpacak depan bilik misi untuk pengambilan darah buat kali kedua.
- Seusai itu, pulang. Namun dipesannya lagi. Jika bermasalah atau tidak mereka akan kol. Baru kamu tahu kamu itu ada kencing manis atau tidak.
- Siap!