Sabtu, Februari 06, 2021

Bawal dengan Awning, tapi bukan instant Koleksi Terbaru dari Jimmy Scarves

 


Lajunya Jimmy Scarves ni keluarkan koleksi terbaru. Tercungap-cungap nafas nak kejar. Ada satu koleksi yang Aien miss nak share dengan korang, yet boss dah keluarkan design baru. Urgh!!!! 


Eh,, jangan stress wahai diri. Jom cuci mata dan sambil menahan diri untuk ambil satu daripada koleksi ni. Huish, terbaik! 


Bawal bersama awning, tapi bukan bawal instant

Eh, macamana tu? Biasa ada awning, jadi instant la kan? Tidak wahai para teman semua. Kali ni boss Jimmy datangkan idea berbeza dengan jenis bawal yang 2 design bahkan uolls boleh gayakan lebih dari 5 gaya. Wow! Tak nak cuba satu ke? 



Dengan bidang 60' koleksi Aliaa ini memang sesuai la digayakan dengan awning mahupun tanpa awning. Uolss boleh cuci mata dengan singgah di Instagram @jimmyscarves_skudai tau. Di situ,In shaa Allah akan cuba untuk update segala koleksi terbaru dari Jimmy Scarves. 

Koleksi Aliaa sangat sesuai untuk ibu bekerja

Kenapa? Sebab jika terlambat siap, boleh main sarung je dulu, dalam kereta boleh sauk macamana gaya korang suka. Heee~ ibu tak bekerja ni pun menahan je nak rembat tudung raya ni. Mahar tudung ni keras sikit, haha tu yang kena fikir jugak untuk stay at home mom. Nak tau berapa? Jom rujuk details dan full katalog di Instagram atau Page di facebook @jimmyscarves_skudai okay? 

Moga ada rezeki Aien dari sini. :) 

Giveaway by Ejulz and Atiehilmi

 


First giveaway ni nak join buat tahun 2021. Ejulz ni memang rajin buat giveaway. Pernah menang sekali. Hehee 

Walaupun nampak sikit, tapi benda macam ni salah satu penyebab PV naik. All the best semua. Jom join korang tanda sokong kedua blogger kita ni. 

Giveaway akan tamat pada 28 Februari 2021 tau. Jadi masih punya kesempatan lagi kok.. :)

Jumaat, Februari 05, 2021

Korea Drama: True Beauty (2021)

 


Tajuk: True Beauty / The Secret of Angel 
Genre: Comedy, Youth, Romance 
No of Episode: 16 
Cast: Cha Eun Woo, Hwang In Yeop, Mun Ka Young, 
Sinopsis: 

True Beauty is a romantic comedy about a high school girl Im Ju Gyeong, who rises to pretty girl fame after she masters the art of make-up from YouTube. She turns into a goddess because of her makeup skills, but would rather die than reveal her bare face to anyone. It tells her love story with the only boy that saw her without makeup, Lee Su Ho. Lee is an attractive and handsome boy who appears cold because of his dark past but is actually very caring. They grow when they meet each other sharing their secrets and finding love with each other, but can Su Ho make Ju Gyeong find her true beauty?
Wikipedia© Mydramalist©

Adapted from the webtoon "Yeoshingangrim" by Yaongyi.


SPOILER ALERT! 


Yes! habis sudah drama ni. Saat semua orang nonton Mr. Queen aku tengok ni dulu. Well, mungkin sebab dulu pernah follow up dia punya webtoon di LiNe Webtoon, tu yang macam excited la bila dia diadaptasi jadi drama. 

Over all, drama ni mengisahkan Ju Gyeong yang menjadi mangsa pembulian di sekolah lamanya dek kerana wajah jeleknya. Kemudian dia berpindah ke sekolah baru. Dia dapat ilham untuk berubah menjadi cantik dengan mekap. 

Siapa saja tak seronok bila semua orang pandang kerana rupa? Eh, ke aku je tak suka jadi hot spot? Haha Tapi ni cerita si Ju Gyeong la kan. Akhirnya dia memiliki dua orang teman baik bernama si Soo Jin dan Soo Ah. Dan apa paling penting dia jumpa cjnta hatinya, Lee Su Ho. 

Urm.. macam tak jadi pulak nak cerita. Eh, mood ni.. 


Ping pang ping pong, Lee Su Ho pun suka dengan dia kerana rupa-rupanya Ju Gyeong ni cinta pertamanya masa kecil lagi. Dan Su Ho pun pernah tengok masa Ju Gyeong tanpa mekap. Mulanya dia tak perasan, tapi Ju Gyeong sendiri pecah rahsia. Ha Ha 

Lee Su Ho pun ada masalahnya sendiri. Apabila rakan baiknya, siapakan namanya tu.. seorang trainee di syarikat ayahnya mati bunuh diri akibat tohmahan palsu dari netizen. Kesian. Lee Su Ho tahu perkara sebenar lagi rasa serba salah. Jadi bila seorang lagi kawannya, Han Seo Jun marahkan Su Ho kerana tidak membantu rakan mereka ni, Su Ho pasrah. 

Cliche drama ni apabila Seo Jun pun terjatuh suka dengan Ju Gyeong. Tapi bagusnya Seo Jun ialah dia memilih untuk terus menjadi sahabat buat Ju Gyeong berbanding dengan  Soo Jin juga suka pada Su Ho. Apabila Soo Jin mengetahui rahsia Ju Gyeong yang sebenarnya cantik kerana mekap, digunakan itu untuk menjatuhkan Ju Gyeong. Kesian, sanggup buat kawannya sendiri macam tu. 

Sudahnya dia tak dapat juga Su Ho tu. Malahan dia sendiri dikecam oleh seluruh pelajar sekolah apabila mereka mengetahui kebenarannya. 

Moral dari drama ni: 

  • Kecantikan sebenarnya dari hati. Rupa paras itu cuma satu bonus. 
  • Luahkan apa yang tersirat di hati  sebab orang bukan tahu apa yang tak nampak. 
  • Jujur dengan diri sendiri. 

Dan apa yang penting Ju Gyeong dan Su Ho bersatu semula walau apapun rintang mereka dua hadapi. Yes! Done satu drama. Next! 


ps: Legend of Fei aku pun masih sangkut lagi. Adooo... mood.....