Rabu, Februari 10, 2021

Giveaway Sii Nurul


 Lama dah simpan kata nak join. Baru ada kesempatan ni haa up entry. Okay. Dengan lafaz bismillah kita join. Moga ada rezeki buat kita semua. 

kOrang nak join, masih berbaki 10 hari lagi. Jom klik banner di atas untuk join tau.

All the best!

Finally, TV pun sampai

 


It's here gais! Finally! Akhirnya tiba juga TV yang ditunggu dengan penuh ketidaksabaran. Jika korang tak tahu cerita ni adalah sambungan sequel dari kisah ini: 

Pengalaman beli barang letrik dari Shopee

Dan ringkasannya sangat tak menarik. Dan aku yang tak serik. Order lagi . Ha Ha Ha Tapi kisahnya meleret apabila aku order 30/1 dan 4/2 baru seller post out, setelah jauh perjalanan dia dari Selangor ke Johor, tiba di kediaman kami juga akhirnya. 

Beli dari Shopee Mall, agak berbaloi jugak 40' dengan harga RM799 free shipping. 


Masih sama dengan TV yang aku beli sebelum ni. Saja nak cuba Panasonic ni. He He Untuk kali kedua ni aku pilih poslaju sebagai courier aku. Dengan harapan yang  tinggi yang dia takkan pecah atau berlaku apa-apa pun. Semoga ianya sampai padaku dalam keadaan sempurna dan kami anak beranak boleh tengok TV. 


Tanpa balutan sempurna  cuma ditagged "FRAGILE'  Alhamdulillah TV berjaya mengharungi perjalanannya tanpa sebarang calar mahupun retakan. Alhamdulillah. Bahagia rasa hati. Misi untuk peroleh TV dan nak tonton drama Takdir yang Tertulis di skrin besar tercapai. Tapi, kisahnya belom habis lagi. 


Masih ada satu langkah yang perlu dihadapi sebelum untuk dapatkan channel sekian. Fuh, ini buat stress jugak ni.  Ha Ha Beriya I olls baca step nak setting dia, baca manual bukak youtube. Selagi Encik laki kata.. ariel dia tak da. tak dapat laa.. Ha hA Adooo berulang kali cuba. Katanya TV built in DTV tak perlu ariel. Hurm.. Tido dulu laa. 

Petang baru kami anak beranak keluar misi mencari ariel tu. Dari Mr.diy, Ke ECo Shop sehingga ke Econsave. Sempat lagi rembat beli satay di Pulai Jaya. Eh, Depan kedai makan Abu&co tu. Kawan Encik Laki berniaga situ. Cuba la. Satay dia sedap. Tak sempat nak snap gambar sebab kami kelaparan. Haha

Dapat juga ariel berharga RM5 dari Econsave. Huh, dengan harapan yeay! Kau tunggu aku nak tengok Ila tu masih nak mengedik lagi ke dengan Ean tu. Hish.. 

Malangnya, setelah di -tuning cuma peroleh 13 channel dan 10 radio sahaja. Channel apa ja tu? RTM nak oi. RTM.  Media Prima punya channel semua yilek.. Ibu is give up laa. Hurm. yang hairan channel singapore ngam pulak. Eish... 

Berulang kali kami laki bini cuba. Tak dapat nak oi.. Laki pun cakap. Nak jugak ariel mahal. Makanya tengok ke la RTM tu. Janji esok pagi Nayla dapat tengok kartun kat OKto esok. Dia sibuk nak tengok Omar & Hana. Which is biasa dia tengok dari laptop sebelum ni  Hadoi anak la anak. 

Tengok la bijak tak ibu dia nak settlekan macamana. Kalau tak menyebut lagi dia. 

So  konklusinyaa tunggu la ariel baru dari shopee tu. Lau tak kang nanti aku beli Mi Stick jugak kang. 🌝 

Ha Ha  Gitu la dia. cerita pasal TV ni pun boleh jadi satu hikayat. Esok lusa baca la kisah setting tv tak jadi aku ni. TV dah dapat  channel pulak tak ada. Heeee... Apa pun tak boleh la nur ni.. 



Sabtu, Februari 06, 2021

Chinese Drama: My little Happiness (2021)


 Tajuk: My little happiness / My Small indeed luck / My little luck
Genre: Romance, Law, Comedy
No of Episode: 28 
Cast: 
Sinopsis: 

Cong Rong has long dreamed of becoming a lawyer, but her mother is absolutely determined to see her daughter study finance abroad. Hoping that her daughter will successfully settle down somewhere overseas, Cong Rong’s mother won’t take “no” for an answer. Unable to convince her mother to let her pursue her dreams, Cong Rong has no choice but to do as her mother wishes. Or does she?

After successfully convincing her mother that she has set off for distant lands, Cong Rong secretly returns home to begin work as a legal intern. Taking on her first case, Cong Rong comes face-to-face with her childhood friend, Wen Shao Qing. Now a surgeon, Shao Qing isn’t just Cong Rong’s client, he’s also her landlord and next-door neighbor. Tied together by the ever-tightening strings of fate, Cong Rong and Shao Qing find themselves drawing closer, despite their best efforts. Engaged in a never-ending battle of wits, the childhood friends may fight against the ties that bind them, but how long will they be able to resist the inevitable?
(Source: Viki)

~~ Adapted from the novel with the same name by author Dong Benxi Gu.


SPOILER ALERT!

 

The other drama people of Chinese drama fans would suggest for you during this MCO. Because of what? Fair Xing and Daddi Tang was together in one drama before but Daddi Tang just a second male lead. Of course people especially chinese drama fans look forward for their chemistry. 

Ehem.. Ehem.. Alih bahasa please! Haha 


Berdasarkan dari sinopsis di atas korang boleh agak la cerita dia macamana. Mengisahkan tentang Cong Rong yang gigih nak jadi lawyer even tho dia bukan dari jurusan itu. Kerana minatnya sedari kecil melihat arwah bapaknya sendiri juga lawyer. Namun, kerana trauma ibunya, Cong Rong dilarang sama sekali mendekati jurusan tersebut. Alih2 habis saja dia belajar di luar negeri, dia pulang untuk jadi intern di sebuah syarikat guaman terkemuka di kampung halaman. Dugaan dia apabila dia terpaksa bekerja di sebuah hospital yang kebanyakan intern semua tak sanggup. Apatah lagi kes pertama dia harus selesaikan adalah melibatkan seorang doktor neurosurgeon yang sangat angkuh, Dr. Wen Shaong Qing. yang bukan saja client dia, tapi juga tuan rumahnya serta jirannya. 


Masa muda belia. Si Wen Shaong Qing ni gendut. Haha 


Cliche drama ni ialah Saong Qing ni juga lama tunggu Cong Rong ni dek kerana wanita itu adalah childhood sweetheart dia. (alah, cerita cina semua gitu agaknya) 

Mulanya Wen Shaong Qing ni dingin betul dengan Cong Rong, tapi selepas mengetahui wanita itu adalah orang yang ditunggunya sekian lama, dia mula berubah untuk memikat hati Cong Rong. 

Gitu laa. Ping pang ping pong, jalan cerita dia.. mereka bersama kerana satu gosip dan Dr.Wen juga tidak menidakkan gosip tersebut. Makanya mereka mula berdamai antara satu sama lain. Bijak juga Dr. Wen ni dalam strategi memikat hati Cong Rong sehingga wanita itu jatuh cinta padanya. 

Tak banyak masalah pun dalam cerita ni. Suka tengok chemistry Fair Xing dengan Daddi Tang walaupun ketinggian mereka sangat berbeza. urgh, too cute to handle. 


Nah, boleh tengok happy ending dorang di WeTV k. Comel giler Fair Xing diapit oleh dua lelaki tinggi. Yang sebelah dia tu, sepupu Cong Rong merangkap intern Dr Wen. Jadi cupid la antara Shaong Qing dengan Cong Rong ni. Hehe 


Okay, done satu lagi. Next!