Ahad, Februari 21, 2021

Tersenarai antara 55 Best Blogs by Farhana Jafri

Woop woop wopp! Salam hujung minggu semua! Baru nak bersantai-santai me time sementara kids tidur, dan siap sikit blogwalking merata. Kemudian terjumpa sorang rakan blogger Atie menceritakan dia tersenarai si antara 55 best blogs yang dikumpul oleh rakan blogger Farhana Jafri . So tertarik menarik lantas nak tengok la semua best 55 blogs. And, tak sangka I was in list. Thanks Farhana. 



Ingatkan blog ni tak ada nilai, tak sangka boleh cecah 1.5k jugak. Proud with myself. Thanks jugak buat Farhana sudi kongsi macam ni. 



Tu laa, niche tak tentu. Cacamerba. Semua nak ada. Tengok orang buat itu nak buat, tengok orang buat ini nak buat. Haha Sudahnya tempat curahan hati je laa. Nak kata kongsi bab anak sangat tak jugak. Sebab masih belajar jugak. Makanya kita kongsi la apa yang kita ada saja. 

Terima kasih buat uolls sudi singgah baca, komen di blog ni. I olls appreciated sangat. And uolls jika nak tahu siapa lagi 55 best blogs 2021 yang disenaraikan oleh Farhana Jafri boleh terjah 55 BEST BLOGS you need to follow


Arigato neee~ 

Sabtu, Februari 20, 2021

Birthday Giveaway by Nasihattermasyhur


 

Woah, singkat sangat masa. Apa lagi uolls? Pergi join cepat tau tanda support. Birthday girlz! Happy Birthday in advance. 

Esok date line dia. 21 Februari 2021

Cosmoderm Perfect Balance - Produk terbaru serba pink dari Cosmoderm

Pada 27 Januari lalu, Cosmoderm telah melancarkan secara maya produk terbaru mereka iaitu Perfect Balance Series . Tak sempat hari tu nak join Virtue Launching mereka sebab line tak berapa nak kuat tapi aku memang jatuh cinta dengan product ni, I tell you. 


Kotak yang ala-ala doll house dengan set serba pink sangat menarik perhatian untuk si pengemar pink. 

Perfect Balance Series ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerna ianya diformulasikan daripada Prebiotik dan juga Calamine. 


Apa itu Prebiotik dan Calamine? 

Prebiotik - sejenis bakteria yang bagus untuk kulit. Ia bertujuan untuk mengimbangkan mircobiome  kulit dan sekaligus membantu memberi perlindungan kepada kulit wajah. 

Calamine - Memberi pelbagai kebaikan kepada kulit terutama membantu mengawal minyak dan juga sunburn pada kulit wajah. Mengurangkan radang kemerahan serta rasa iritasi pada kulit. 


Untuk menggunakan produk Perfect Balance Series ini ada 4 langkah mudah yang perlu kita ikuti. 


Langkah pertama: Cleanser 


Tekstur dia macam cream yang sangat pekat, letak sikit je pun dah cukup rasanya. Tambah sedikit air dan gosok pada wajah. 

- Mula pakai tak berkenan dengan tekstur dia sebab Aien pengemar jenis gel punya pencuci. Lelama jatuh cinta pulak. Ha ha 


Langkah kedua: Toning Lotion


Sebelum guna, harus digoncang terlebih dahulu. Kemudian tuangkan di tapak tangan dan dap dap je pada wajah. Jangan gunakan kapas. Bimbang ia lebih serap pada kapas tersebut dan kita tak peroleh kebaikan calamine tu. 

Pakai toner+lotion ni selepas cleanser. Bila pakai rasa selesa dan lembut je kulit. Macam Aien ada dry skin pada sekitar hidung, situ dilebihkan sedikit dan hasilnya sangat berpuas hati. 


Langkah ketiga: Wow Soothing Cream 


Wow Soothing Cream merupakan Moisturizer yang berfungsi melembapkan kulit wajah. Ianya mengandungi lebih 3juta Prebiotic dan sangat penting dalam rutin penjagaan wajah. Jadi jangan tinggalkan cream ni tau! 

Digunakan selepas toner tadi. Aien paling tak gemar cream ni. 😅 Sebab dia pekat sangat dan a bit waterproof gitu. Bila sapu di wajah rasa melekit sikit. 


Langkah keempat: Sun Milk SPF 25pa++ 


Terakhir, jangan lupa sunscreen atau skin protector dari sinaran UV matahari. Teksturnya agak cair sedikit berbanding wow cream tadi kemudian ratakan di seluruh wajah dan juga leher. 

Walaupun tak keluar ke mana, SPF ni jangan dilupakan kerana ia melindungi wajah daripada sinaran UV dan juga kekotoran sekeliling. Masak pun wajib pakai. 


Nah, senang dan mudah saja kan untuk menjaga wajah agar nampak lebih bersih dan segar. Produk Perfect Balance yang sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif juga tau. Dapatkan Set pink ini di Watson atau beli saja di kedai maya Cosmoderm di Shopee. 

Selamat mencuba! Penjagaan kulit wajah yang sempurna bermula dengan Cosmoderm. 😘