Rabu, April 07, 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster


 Uish, Kak Fiza buat giveaway?? Kena join ni walaupun dia kata hadiah tak gempak. IDK kak.. Nak join jugak. 

Nak sampul raya akak. Nanti kita simpan je tamau kasi orang pun. Hahaha

Berapa tahun dah simpan hasrat nak beli sampul raya dari kak Fiza ni. Tapi belum ada rezeki lagi. Mana tau kali ni rezeki anak-anak pulak dapat sampul raya ni kan. 

Giveaway dah pun bermula dua hari lepas, dan akan berakhir pada 12 April 2021. 

Nah, bagi korang belom berkesempatan tu jemput la join, mana tau ada rezeki korang jugak kan. Sebagai tanda support kak Fiza yang gambarnya sentiasa debam deboom gitu. Idola jugak ni. Hehe 

All the best semua! 

Khamis, April 01, 2021

Benda berlaku pada March 2021

 


Hai, April! 

As usual on first day every month mesti la nak recap apa yang berlaku pada bulan lepas kan. Even tiada la benda besar berlaku, still nak jugak la cerita. Cause I had no idea to write. 

Bila ditengok balik entry sepanjang Mac, O M G! Cuma ada 9 je entry? Apa ni Nur? Mana pergi semangat kau nak tulis macam-macam.. 

Entah la, pregnancy kali ni mood swing dia more to doing nothing. Kata orang Kedah, balok liat! Pemalas ya amat! Kata suami pulak, asyik sebut malas, malas, memang la jadi malasnya. Ooppss! Sorry! 

Udah ler drama pun tamau tingok, kerja apa pun teda. cuma selesaikan rutin harian je la. Masak kemas rumah, tengok anak-anak. 

Oh ya, bulan lepas Aien sign up as Sysfel Consultant yang pada mulanya niat nak cuba kembangkan duit sinaran sekaligus cuba produk sysfel iaitu Cberries tu. 


Alhamdulillah selesai satu kotak trial Cberries macam serasi. Makanya daku up lagi satu produk Sysfel, 


Cberries Extra Strength Formula, katanya yang ini lagi banyak khasiat dari yang atas sana tu. Yang ini pun dah settle satu kotak jugak. Walaupun hasil yang tak ada la terus wow gitu pun I can feel my skin much moist, tak ada kering-kering lagi. Moga ianya terus memberi kesan. 

Pahtu bulan ni juga Najmi dirujuk kepada pakar pemakanan alhamdulillah kena tarikh tu segalanya normal. Nanti 19/4 pulak follow up dengan doktor. 

Ibu pulak 30/3 hari tu, dah cukup 26 minggu pregnancy. Alhamdulillah. Moga baik-baik jugak la kan. 5/4 ni kena repeat air gula pulak. Urgh~ 

Sempena cuti Ulang Tahun keputeraan Sultan Johor ritu, Cik Laki bawak kami anak beranak mandi di Teluk Ramunia, Pengerang Johor. Syiok habis. Sampai hari ni Nayla asyik menyebut je nak ke pantai lagi. 


Kisah ni tak ada coret kat blog pulak. ulang lagi, sampuk jin M tu. Beso ya amat! 

Yang best bulan March ni dapat hadiah dari Ako Retna hasil menang giveaway yang beliau anjurkan. Moga murah rezeki beliau. 

Last but not least. Jom la kita doa agar Raya nanti boleh rentas negeri. Hehe 


Rabu, Mac 31, 2021

Resepi Puding Karamel Roti paling simple pernah dicuba

 


Wah, terajin pulak buat puding ketika mood M tu beso je di dahi tu kan. Aien ada la simpan roti expired baki dari minggu lepas punya roti kan. Tak tau nak buat apa. Godek-godek la FB "Resepi roti expired" . Nampak pulak satu resepi yang macam sedap dan senang. Malangnya ia berbentuk video. Adeh. Tak ada tulis resepi pulak. Sebab dia dalam video kan. 

Maka di sini nak mencurah untuk readers aienienka.com RESEPI PUDING ROTI KARAMEL PALING SENANG. Tanpa Oven dan mixer. 

Jom kita mula. 

1/3 cawan gula - masukkan dalam periuk/kuali untuk dijadikan caramelnya. buat dengan api perlahan. Risau hangit pulak nanti. Setelah gula cair dan berwarna keperangan, masukkan sedikit air. Macam percikkan air gitu. Tak tau la apa fungsi dia. Kemudian tuangkan dalam loyang. Sejukkan 

Bahan-bahan roti. 

4 keping roti yang dibuang tepi (tapi daku derhaka masukkan semua. Sayang pulak dibuang)

1 cawan susu cair 

1 cawan air 

1/2 cawan susu manis 

3 biji telur gred A 

1 sudu makan esen vanilla. 

- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar a.k.a blender. 

- Putarkan selama 20 saat sehingga sebati. 

- Kemudian tapis bahan roti masuk ke dalam loyang caramel tadi. 

- sementara korang blend bahan-bahan roti tu, panaskan la periuk kukus. Bagi air dia mendidih. 

- sudah mendidih, masukkan loyang yang dah ada isi tu la kan dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit dengan api perlahan. 


Nah, hasil kejadian yang sangat lawa. Dan sedap. Nayla bertuah pergi hirup caramel dia aja. Habis Ibu dengan Najmi makan puding dia je. Nasib la manis dia okay. 

Apa laa, kata nak kurang manis nak pergi minum air gula Isnin nanti. Pigi laa.  Haha 

Tips nak bagi dia jadi, adalah gunakan cawan yang sama untuk sukat susu dan air tu. 

Risau juga tak jadi jugan kan. But, turns out sedap giler korang. Harus cuba. Nak share video dia sekali tapi line macam harom syaitooon... 

KREDIT VIDEO: limaunipis