Sabtu, Jun 05, 2021

REVIEW MOVIE: The Con-Heartist (2021)

 


Tajuk: The con-heartist (Netflix) 

Durasi: 2 jam 7 minit 

Genre: Romantic Comedy, Comedy 

Cast: Nadech Kugimiya, Pumichanok Luevisadpaibul, Thiti Mahayotaruk, Pongsatorn Jongwilas, Kathaleeyaa Mcintosh

Sinopsis: After her ex-boyfriend cons her out of a large sum of money, a former bank employee tricks a scam artist into help her swindle him in retaliation. 


My Review

Lama betul nak buat review movie ni. Rasanya cukup sebulan la aku baru ni publish post ni. Dalam draft begitu lama sampai aku pun dah lupa jalan cerita dia macamana. 

Mengisahkan tentang Ina yang cuba di-scam oleh Tower. Namun, sebaliknya identiti Tower berjaya didedahkan oleh Ina. Demi menyelamatkan dirinya sendiri, Tower bersetuju untuk menolong Ina menipu bekas kekasihnya yang dahulu telah menipu dirinya. 

"Bila penipu menipu dan ditipu."


 Best jugak laa sebab comedy. Lawak sangat-sangat sampai trigger mak buyong yang tak suka nak tengok movie ke drama ke nak tengok. Adeh, sakit perut aku gelak. Walaupun macam sakit hati la bila Si Ina ni asyik nak kena scam aje. Nasib dia dah bijak sikit. Last-last Si Ina pujuk Tower untuk berhenti jadi scammer . 

Adakah si Tower ni sahut cabaran si Ina ataupun tak? 

Struggle jugak la bila Ina dan Tower nak scam bekas kekasih dia tu, sebab bekas kekasih dia tu boleh dikategorikan 'love scammer' jugak dek kerana muka hensem dia. Yang penting mulut manis. 

Sampai satu tahap dorang ni macam dah sampai kebuntuan idea nak pusing cerita. 

Bekas Kekasih - ejen pelancongan / hotel 

Jadi untuk trik dia supaya bayar cash dan tak masuk ke dana Hotel yang dorang gunakan tu, amat la payah. 

Nak scam pun  kena rugi dulu baru dapat pulangan keuntungan tu. Tu yang blur sikit sebab ye laa nak faham pusing-pusing scam dia tu. Anyway, enjoy je laa sebab Tower ada sorang kawan scammer yang nampak macam lurus bendul je. Padahal, otak dia ligat betul pusing cerita. 

Musim PKP ni boleh layan movie ni buat hilang bosan tu. Al-maklum la, kena dok rumah diam-diam, kena lagi musim panas gini .

Dok buat ruang tamu tu ubah jadi movie hall pun syiok jugak. Enjoy! 


Nak tengok boleh tonton di Netflix. 

Jumaat, Jun 04, 2021

FIRST HALF OF THE YEAR 2021

 


Howdy, peeps! Assalamualaikum semuanya


Asal timbul awal bulan. Tengah bulan hilang. Hujung bulan muncul lagi. Ha   gitu la dia. Musim tak menentu. Life upside down. Mood like roller coaster, makanya blog pun ke laut. But never mind. as long I'm here. Ada je nanti update. 


Oh, 4 Jun sudah? apa kabar PKP 3.0 day 4 uolls? Masih ramai lagi merayau ke tu? Nasib la sis ni memang suri rumah. Sama aje la rasa dia walaupun sesekali membara saja rasa nak merayau ke Paradigm Mall ke, ke mana-mana yang boleh seorang wanita mencuci mata dia. hihi


First half of 2021, apa yang berlaku? hurm..  selain dari dunia sendiri tak amek sangat tahu dunia luar. Buat stress aje padahal dalam pun belom settle.. Kalau tengok berita kat Buletin Utama ni, ado hai.. Memacam aje la cerita rakyat Malaysia ni. Trending #kerajaangagal, bila dah Kerajaan ikut kata rakyat. Senyap sepi pulak. (ke aku je tak dengar) Pahtu. Every time PKP launch, mesti rakyat M40 merungut dorang selalu dipinggirkan. 

Mungkin la sis ni di kategori golongan yang sedang-sedang tapi include B40 jugak laa, boleh bernyawa. Orang kata makin besar poket, makin banyak keluar. Kehendak atau keperluan boleh nampak kat situ. Apapun yang orang lain tak kira siapa buat, pasti ada ja tak kena di mata kita. Yang penting semut di seberang laut nampak, gajah depan mata disembunyikan. Betul tak? 

Alhamdulillah setakat ni anak beranak masih boleh bernafas, masih boleh makan 3 hari sekali. Alhamdulillah keperluan anak-anak pun masih cukup walau sendat rasa nyawa. Alhamdulillah. 

Eh, membebel pulak dia. Yela, sebelum terlupa apa-apa kan bebel jap. Bisok2 kita update mana yang miss bulan lepas. Sendu betul May .. Berapa ntah posting yang berjaya di publishkan? Well.. 


Mak buyong dah sarat, banyak benda dalam kepala. Sebagai escapism diri sendiri menaip la kat sini. Hope you guys tak boring la membaca. 😉 


Happy PKP 3.0, rakyat Malaysia boleh! Bersama-sama kita jaga diri untuk bendung wabak Covid-19 yang makin berleluasa. Jaga diri jaga keluarga. Stay safe. Tak nampak lagi sinar untuk pulang ke Bumi Kenyalang tahun ni. 🙃

Ahad, Mei 16, 2021

Salam Lebaran 1442H

 


Yosh, Syawal ke-empat baru nak update blog. 😂 Bersawang bhai blog ni.  Bulan May ni pun tak ada greeting "Hello May" because PKP 3.0 is around and it's so boring. 

walaupun ianya tidak memberi kesan pada seorang suri rumah yang memang sedia terperuk ni,  tapi yaaaahh! It's boring and lame. 


Salam lebaran dari kejauhan. Buat ayah dan bonda nun jauh di sana. Adik beradik merata tempat. Ampun maaf dipinta. 😢 


Sesuci lebaran tak dapat bersama. Dek covide melanda. Mengharapkan kerajaan terus la umum PKP sampai hujung tahun. Jangan kan pulak tahun depan ada lagi PKP ni. Asal raya ja, PKP. Asal PKP je orang kita kena. Eh.  

Dah, pepagi aku nak membebel dah kenapa. 😆 Malas nak fikir, baik buat sarapan untuk bebudak. Adios!