Jumaat, Jun 11, 2021

ORYN Skincare set penjagaan wajah berasaskan Oren sesuai untuk semua jenis kulit

 


Hi, semuanya . Day berapa sudah PKP 3.0? sendiri pun dah lost counting kerana hariku tiada bezanya. Nampak kan? 

Oleh kerana itu, aku kelapangan buat review skincare yang aku pakai buat masa ni iaitu ORYN Skincare.


Apa itu ORYN Skincare? 

Oryn Skincare merupakan satu set penjagaan wajah yang berasaskan buah oren ataupun vitamin C. Sebab tu la nama dia dekat-dekat aje dengan buah Oren tu kan. 

Pada siapa yang tak tahu, ORYN Skincare ni baru lagi bertapak dalam industri penjagaan wajah dan telah menampilkan set yang sesuai bagi kulit yang bermasalah dan juga melembapkan. 

Set ini mengandungi 3 asas rutin skincare iaitu pencuci muka, serum dan moisturizer. Simple dan mudah je kan? ORYN Skincare juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 




Hydrating Gentle Cleanser diformulasikan untuk membantu kita untuk membersihkan, melembapkan serta mencerahkan kulit wajah. Ia juga bagi membantu untuk mengurangkan iritasi kepada kulit kering dengan mengekalkan paras PH pada kulit wajah. Seronok kan? 

Bagi Aien yang telah menggunakan selama beberapa minggu ini, memang smooth je rasa kulit wajah. Suka sangat la dengan tekstur pencuci ni sendiri. 


Korang boleh tengok tekstur dia nampak seperti creamy sikit, padahal tak pun. Bila dicampurkan dengan air, ianya berbuih sedikit saja sesuai dengan kulit Aien yang kering ni. I love this cleanser! 

Dengan bahan aktif seperti Vitamin C, Sodium Hyaluronate + Panthenol , Niacinamide, Saccharide Isomerate dan Natural Phyto yang banyak membantu kulit untuk dibaiki daripada dalam. 


Next!  5 in 1 Hydrabright Moisturizer merupakan satu-satu yang pelembap yang mengabungkan 5 tindak balas sekaligus dalam satu. 

Apa dia? 

Dalam pelembap ini mengandungi lebih satu bahan daripada pencuci tadi iaitu Hexapeptide yang berfungsi sebagai botox pada kulit wajah dan bertindak mengawal kedutan serta garis halus. Best aje dengar kan? Ye, secara tak langsung korang pakai pelembap sekaligus korang pakai serum, primer, anti-wrinkles dan juga night cream sekiranya digunakan pada waktu malam. 

Pada Aien kurang sikit dengan moisturizer ni sebab Aien ada alahan pada bahan yang memutihkan ni. Maksudnya yang untuk brightening ni memang kalah. Disebabkan area lain normal dan di hidung adalah sensitif, jadinya setengah kawasan wajah jadi lembut dan plump gitu seronok la. Malangnya di sekitar hidung kering sangat. Sob sob kejap. 



ORYN Clear Gel diformulasikan khas untuk jerawat, whitehead dan blackhead serta ditingkatkan mutu kualitinya bagi membantu mengurangkan jerawat dan juga celaan di kulit wajah. Dengan tekstur yang agak ringan bersifat gel, bagi membantu mengekalkan tahap pH kulit wajah seseorang disamping mengurangkan peratus untuk breakout semula. 

Mengandungi multi action Vitamin C, Niacinamide , Salicylic Acid , Aloe Vera Extract, dan juga Zinc Extract memang sangat sesuai bagi korang yang mencari produk untuk melawan jerawat serta memudarkan jerawat serta membuang kesan tompok hitam di wajah. 

Bagi Aien, cuba untuk mengurangkan kesan dark spot serta jeragat dengan menggunakan Clear Gel ni memang berkesan. Dalam tempoh 5 hari penggunaan memang pudar kesan jeragat tu, and I is happy customer. Berbaloi jugak dengan harga seketul comel dia ni. 

So, uolls nak dapatkan produk local bertaraf lima bintang ni boleh cuba dengan lawati laman sesawang ORYN Skincare. Atau boleh saja jalan-jalan tengok di Instagram ORYN Skincare



Ingat Oren, ingat la ORYN Skincare. :)


Selasa, Jun 08, 2021

KOREA MOVIE REVIEW: Sweet Sour (2021)

 


Tajuk: Sweet Sour ( Netflix) 

Durasi: 1 jam 42 minit

Genre: Drama, Romantic 

Cast: Jang Ki Yong, Chae Soo Bin, Jung Soo Jung

Sinopsis: Jang Hyeok dalam hubungan romantis dengan Jung Da Eun  yang bekerja sebagai seorang jururawat. Pada awal hubungan mereka, Jang Hyeok merupakan seorang teman lelaki yang manis selalu mengambil hati Da Eun, tapi kini tidak lagi semenjak Jang Hyeok bekerja di sebuah syarikat besar di Seoul sebagai pekerja kontrak. Manakala di tempat kerja Jang Hyeokada juga seorang pekerja yang berusaha saing untuk jawatan yang sama iaitu Han Bo Yeong. Namun, kerana  satu tender, Jang Heyok dan Han Bo Yeong harus bekerjasama dan kerana itu, mereka makin rapat antara satu dengan yang lain. 


MY REVIEW


Jalan-jalan di Netflix , sekali terjumpa Top #1 di Malaysia movie ni. Sudah la memang tengah tengok drama lakonan Jang Ki Yong bertajuk "My Roomate is Gumiho" secara tak langsung Aien macam nak tengok. 

Berdasarkan trailer macam oh, best jugak ni. Boleh la. Tapi siapa sangka plot twist dia begitu. Hahaha 

Sadis Jang Hyeok. Sambil tengok lupa pulak nak screenshot buat tatapan reader yang mungkin datang nak tengok baca review. But, Okay kan kalau Aien cerita saja? 

Jang Hyeok  lakonan Jang Ki Yong ni bercinta dengan Chae Soo Bin (pernah berlakon dalam drama I am Not a Robot) memang sweet habis dorang ni. Mereka bersama menetap di Incheon. 

Malangnya, cerita cinta mereka berubah apabila Jang Hyeok ditukarkan ke sebuah syarikat besar di Seoul dan beliau juga menyewa sebuah bilik di kota itu. Oleh kerana dia rasa serba salah asyik curi pakai kereta ayahnya, dia pun membeli sebuah kereta. 

Kiranya hubungan Da Eun dan Jang Hyeok ni jarak jauh yang memerlukan komitmen yang besar. Yang lawaknya, pada bulan pertama Jang Hyeok ulang alik dari Incheon ke Seoul itu, kelihatan kereta kiri dan kanannya tergesa-gesa bersiap di dalam kereta. Sudahnya sampai satu tahap dia juga merasa detik itu. Yang disalahkannya adalah Da Eun kerana tidak mengejut dirinya.  Haiyo! 

Kalau tengok dari mula, ada paparan skrin mengatakan bahawa "KASUT SNEAKER BARU" menunjukkan Da Eun dengan seorang pesakit bernama Lee Jang Hyeok yang merupakan seorang yang bertubuh besar dan dijangkiti penyakit kuning. Asbab tu tak tau la kan. Cuma nak cerita hubungan Da Eun dan Lee Jang Hyeok ni bagus. Dan Da Eun memanggilnya dengan gelaran "Hyeok" serupa dengan teman lelakinya. 

Hubungan mereka baik sehingga Da Eun sering saja terlelap di katil Lee Jang Hyeok ni. Kadang layan makan bersama sehingga Lee Jang Hyeok ni sukakan Da Eun. Tapi, malangnya Da Eun masih sedar yang dirinya mempunyai kekasih. 

Pada mulanya ingatkan Da Eun dengan Lee Jang Hyeok yang berubah menjadi kurus kerana sayangnya dia dengan Da Eun. Rupa-rupanya, Ha Ha Ha 


PLOT TWIST KORANG! 


Da Eun suspek yang Jang Hyeok ni ada skandal dengan kawan sepejabat dia yang pada mulanya Jang Hyeok bercerita betapa annoyingnya dia dengan wanita itu. Tapi, lama-lama Jang Hyeok asyik ditugaskan kerja waktu malam bersama Han Bo Yeong (kawan sepejabat tadi tu). Dapat pulak si pak guard yang sibuk nak kenankan dorang sampai menjadi. Padahal tak tau orang tu dah berpunya. 

Bila Jang Hyeok sakit hati Da Eun suspek dia curang, apa lagi dia buat terus la. Tapi rasa serba salah menghantui dia. Bahkan ajakan Da Eun ke Pulau Jeju juga menjadi igauan Jang Hyeok apabila mendapat tahu gadis itu tidak membatalkan tiket tersebut. 

Yang sedih dalam cerita ni Da Eun terpaksa gugurkan anak demi sayangnya pada Jang Hyeok. Namun, lelaki itu tidak mengendahkan dirinya. Jadi masa dia rapat dengan pesakit nama Lee Jang Hyeok itu la dia sedang menghadap saat sukar mendapat tahu yang di mengandung dan dia gembira tetapi bukan respon yang sama dari teman lelakinya. Sob sob sangat. Udah ler perempuan mengandung ni sensitif. Lagi disuruh buang, makin dia rasa kasihan sama bayi yang tak diingini oleh teman lelakinya itu. 

Manakala Jang Hyeok terpesona dengan hasil usaha gigih dia dengan Han Bo Yeong itu, sudahnya orang lain dapat pujian. Membuatkan dirinya terkesima. Sampai satu ketika, pak guard di tempat kerja Jang Hyeok pesan, "Jangan sampai kamu terlepas peluang keemasan mengatakan kamu menyesal." - lebih kurang la. Jang Hyeok gigih berkejaran ke airport untuk mendapatkan Da Eun kembali. Namun, dia tergamam kerana tak menyangka Da Eun bersama seorang lelaki lain. 

Bila dia pulang, jenuh la fikir di mana silapnya bermula. Aigooo~ 

Movie ini diadaptasi dari novel Jepun dan menceritakan pahit manis hubungan jarak jauh yang memerlukan pengorbanan yang hebat. Kesetiaan menjadi taruhan. Serta kejujuran menjadi penguat. 

Yang penting, apa yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Sedih kan? 

Isnin, Jun 07, 2021

Checklist barang baby untuk ke hospital

 Check List Barang Baby untuk Hospital Bag


Pejam celik je kan. Lagi berbaki 29 hari lagi. Fuh... Kena PKP ni jadi blur je nak standby apa. Nak berbeli barang pun jadi kurang semangat padahal ada 8 bulan semalam asyik nanti-nanti je. 

Al-maklum dah masuk yang ketiga, tak tau nak excited sangat ke atau macamana sat gi orang kata Ibu dia ni suka membazir. Hoho 

Berbalik tajuk, nak story kat korang apa je barang baby untuk di bawak ke hospital musim PKP ni. Aien baca di muka buku, ada pesan jangan bawak banyak sangat sebab ye la. Musim begini ramai orang nak bersalin. Kadang dah bersalin pagi, petang atau malam disuruh balik kalau baby dah kencing ataupun berak. Kalau first time mama mesti lagi nervous apa tah lagi yang dah dua tiga kali ni. Nervous dia, acah okay aku dah ready. Tapi tetap jugak seram. 

Check list barang baby

Aien banyak rujuk di muka buku je untuk checklist ringkas. Kita bukan have-have jadi harus berjimat cermat. Yang hakikatnya mesti tak sabar nak tunggu kehadiran si kecil. 

Based on list di atas, Aien cuba bahagi menggunakan beg zip lock yang Aien purchase di shopee. Dulu masa kakak Nayla dan abang Najmi pun memang bahagikan dalam ziplock bag ni jugak. Rasa macam tamau bawak banyak-banyak pun ye jugak. 

Berdasar dari pengalaman, di hospital (HSA) baby tak mandi sangat. I mean seram woo nak bawak mandi g toilet hospital tu. Mak dia pun sekali je mandi. Haha 

Kakak Nayla keluar tengahari - naik wad dah petang. Pahtu sendiri rehat. Esok pagi baru cergas sendiri. Anak lap-lap tukar baju, tukar pampers dan kasi susu. 

Abang Najmi - Keluar subuh, naik jam 9 pagi. Maknya rehat tidur sampai orang kejut makan tengahari. Mandi bagi bertenaga sikit. Tapi itu pun terhuyung hayang. Petang doktor dah bagi note untuk discharge. Alhamdulillah senang. Harap kali ni sesenang abang najmi. 

Yang risaunya kalau masih PKP lagi, mereka berdua di usung bersama tu lagu mana. 😅 Nenek kat kampung pun risau. 

Back to our story , Okay. Macam ni la Aien pack per day. Supaya senang je nak bawak nanti. Dah hilang pulak tulisan dia. Nanti ke highlight balik. 

Check List barang baby Labour Room

Untuk Labour Room, dalamnya ada: 

- Baju lengan panjang tanpa seluar

- Pampers (ada kata perlu standby dua in case baby dah membuang) kita pun ikut je la. Tak salah bersedia. 

- Booties dan mittens

- Kain bedung (tapi rasanya tak perlu sebab pakai kain bedung hospital) 


Check List barang baby Hari pertama

Hari pertama

-  baju lengan pendek

- booties dan mittens 

- pampers 

- kain bedung 

- barut 

Ikut pengalaman memang limit baju digunakan cuma dua pasang sahaja. Selebihnya bersih dibawak balik. Tapi disebabkan kita tak tau aral melintang menegak. Standby aje semua. Hati kata tak payah. Buat semak beg aje. Haha

Tapi itu la. Standby ajeee. Lagi satu set baju lengan panjang, booties dan mittens dan jugak barut dan pampers. 

Ni haa, ada lagi baju di bawak ni. Korang rasa Aien bawak tak nanti? Kang ada jugak last minit audit beg mana yang penting betul-betul je bawak.  Sebab sendiri je kena bawak. Hehe Itu pun tertakluk kepada perubahan sambung lagi ke tidak PKP kita ni. 


Wet tissue sangat penting gais. Benda ni untuk cuci untot dia. Harus lebih. Begitu jugak dengan pampers dia. Aien bawak dalam 10-15 helai gitu. Tak ada jugak sampai nanti kena pinjam jiran katil sebelah pampers. Haha 

Memang harap sangat sempoi macam abang Najmi ni. Dok bayangkan kalau sambung PKP lagi memang jawabnya di rumah sendiri je. Kalau sakit tengah malam. Angkut anak-anak. Standby susu dan baju serta pampers. In case kena mandi kat petronas mana-mana ka. Haha Dok fikir kalau ayah daftarkan macamana, dengan anak-anak dalam kereta. Hurm.  Memang kena ada sorang temankan dorang. Risaunya ya Allah. Permudahkan la urusan kami. 

Kalau sakit tu, harap sakit yang dah tiba masanya. dah kami pun dah ready semua. Dua kali pengalaman memang sakit tengah malam aje. Permudahkan la ya Allah. Doakan kami tau. 

Ada lagi barang baby ni belom beli include Ibu dia punya. Huish.  Orang kata seram seram tapi apa pun tak standby. Padahal misi dah pesan dari bulan April ritu. Heeee, macam kelam kabut je. Hope everything gonna be okay. :)


EDITTED: 

Selepas dah laluinya, Aien nasihatkan korang usah la bawak banyak sangat jika korang seorang ibu yang tiada sebarang masalah macam Aien. Jika ada GDM ke, memang doktor dah kata bayi besar ke atau apa saja la kan.. Kena la standby lebih sikit. 

Macam Aien bawak dua beg yang mengandungi: 


1. Barang Ibu: 

  • Toileteries Ibu - sabun/ubat gigi/berus gigi/cleanser
  • Sepasang Baju untuk balik nanti (baju datang dah bagi kat husband suh dia bawak balik) 
  • Pad sofy cool - dalam 5 pcs underwear pakai buang
  • skincare 
  • Sedikit biskut, milo 3in1, termos, botol air masak

2. Barang anak: 
  • set labour room (tak sempat bawak pun sebab dah emergency tolak ke LB) 
  • set baju balik 
  • Kain bedung yang ada topi tu
  • tisu basah 
  • pampers dalam 5 keping je. Sebab bersalin malam, bayi masih mood tido dia. 

Bersalin kol 9 lebih, naik wad jam 11.. Baby tido je, kita rehat . esok Jam 10 pagi dah boleh balik. Senang kan? 


Baca juga: