Isnin, Jun 28, 2021

KOREA DRAMA: Have A nice Dessert

 


Tajuk: Drunk in Good Taste (literally) 

Genre: Romance, Youth, Drama 

Episode: 10 

Cast: Kim Hyang Gi, Kim Min Kyu, Yoo Young

Sinopsis: Chong Nam begins her first year at a university in Seoul. She came from South Chungcheong Province to attend the university. She loves eating desserts. Yeon Nam is a first year student at the same university. They also study the same major. Chong Nam and Yeon Nam become friends and develop romantically.



MY REVIEW


Okay, mood nak tengok dram is back, so Aien randomly cari drama la kat Netflix ke Iqiyi ke, ke mana-mana la kan. Jumpa ni kat aplikasi IQiyi ke WeTV tak ingat pulak. 

Mengisahkan Jeong Nam seorang peminat manisan yang mempunyai instagram yang khas untuk manisan memulakan hidup baru di alam universiti. Bertemu dengan Yeon Nam seorang lelaki yang berada dalam jurusan yang sama dengan Jeong Nam. Serasi bersama mereka pun berkawan tanpa menyedari Yeon Nam merupakan anak buah kepada tuan empunya kedai manisan yang suka diziarahi oleh Jeong Nam. 

Bagi Aien simple je la drama ni. Dia tak heavy sangat walaupun hakikatnya lumrah la zaman sekarang kalau kita post apa-apa di media sosial banyak sangat orang akan judge padahal tak kenal pun kita.  Yang keduanya, kakak si Jeong Nam seorang editor kalau tak silap. Bos atasan dia favor sangat pekerja lelaki daripada pekerja perempuan. Apa yang dingasi idea oleh pekerja perempuan semua ada je tak kena. Jadi kakak Jeong Nam ni tertekan sangat lantas dihiburkan oleh adiknya ke kedai manisan kegemarannya. 

Over all drama ni berkisar tentang stress kehidupan masyarakat kota dengan manisan la. kemanisan perhubungan Jeong Nam dan Yeon Nam. Dari kawan menjadi hubungan intim. Hubungan Jeong Nam dengan kakaknya yang selama ni dingin boleh dirapatkan dengan manisan. 

Nak layan gitu-gitu je boleh la, dengan episode pun tak banyak. 

Khamis, Jun 24, 2021

PENGALAMAN SENDIRI CONSUME CBERRIES

 


Lama sebenarnya nak kongsi benda ni. Risau je orang kata fake. 😂 But, it's okay lepas I olls tilik muka sendiri dan nampak la jugak perubahan walaupun kadang kala dia kena juga dry skin attack tu, setidak-tidaknya tak ada la teruk macam dulu. 

Okay, first. Let's us continue the story. 

Apa itu cberries? 

Cberries ni kalau korang nak tahu, dia adalah nama vitamin C keluaran syarikat bumiputera Sysfel ataupun dahulunya dikenali sebagai Raffelinna. Kalau sesiapa mengenali founder Felinna Fattah mesti familiar dengan beberapa produk dia sebelum ni. 

Bagi Aien yang baru mengenali Sysfel pada tahun ni, dek kerana kawan selalu post di Facebook, di status whatsapp beliau membuatkan Aien terpengaruh sama. 


Si kotak oren ajaib ni telah merubah kehidupan Aien dari seorang pengguna kepada seorang ejen. Jadi korang yang nak dapatkan promosi sempena Lockdown ni boleh la roger Aien k. 

Harga dia sangat mampu milik gais. Don't worry. 

Kebaikan Cberries 

Adalah ianya mengandungi pelbagai jenis buat yang menyokong penambahan Vitamin C dalam tubuh badan kita. Sekaligus campuran makanan sunnah seperti habbatussauda dan madu sangat membantu dari segi sistem imunasi kita. 

Jika dilihat pada design kotak dia yang kecil tu, korang boleh nampak buah nenas, oren, mulberry serta acai beri yang juga memberi impak dalam pemulihan kulit tubuh badan kita bukan saja di wajah. 

Selain bertindak sebagai penyokong sistem imunisasi kita, cberries juga membantu merawat serta menambah tenaga. Hari tu consume masa bulan puasa pun rasa bertenaga je nak buat kerja. Memang bagus untuk ibu mengandung, orang yang cuba mengawal berat badan dan sebagainya.

Tanpa cerita panjang, ajum kita ke topik yang hakiki. iaitu.. Hasil Aien menggunakan Cberries sejak dari March 2021 hari tu sehingga kini. 


I am happy user. Boleh nampak dari senyuman lebar tu how happy I am dan orang kata tampak lebih berkeyakinan gitu. 

Selain dari consume cberries, Aien juga consume satu lagi beradik dari sysfel ni iaith CBERRIES EXTRA STRENGTH FORMULA atau nama pendeknya Cbex yang didatangkan dengan lebih berkualiti dari Cberries ni. Pendek kata, Cbex ni kalau tengah gatal-gatal hidung tu kan, ambil la satu sachet. Terus hilang rasa gatal tu. -jujur k. 

Nak cerita panjang boleh ke PM atau TEKAN DI SINI atau korang boleh layari Instagram Sysfel Skudai atau lebih lanjut. 



Selasa, Jun 22, 2021

JURNAL: She is 38 weeks now

 


Patut ibu buat begini dari awal. Haha tak terfikir pulak kan. Lawa je sticker card dari aplikasi 280days ni. 

Banyak sangat fikir kan. Debor pulak menanti. Ada sesetengah orang, 38 minggu ni dah kena serah diri ke hospital. 

Alhamdulillah Ibu cuma terus menunggu sehingga tanda kamu bersedia nak keluar saja. Nak tunggu tu ibarat menanti detik bom nak meletup. Tiit tiit tiitt bunyi dia yang sangat menakutkan. Kalo kamu pulak, Ibu harus terus monitor pergerakan kamu dan bersedia untuk contraction. 

Moga kamu nak keluar before 40 minggu ya sayang. Boleh dekat sikit bersalin. He he he Ikut due 6 Julai 2021. Target Ibu tarikh lawa. 2.7.21 atau pun kalau kamu tak sudi 7.7.21 pun jadi laa. Let's go baby. Which one you choose. Yang penting kamu baik-baik saja.

Kakak dengan Abang pun dok sibuk ketuk-ketuk perut tanya kamu buat apa. Ajom  la main dengan dorang. 

Kalau ikut tarikh Mak Teh semalam. 21.6.21 lawa jugak. Tapi dah terlepas. So, tak kira la. Ke nak sama dengan mak long? 30.6.21? 

Hee, menghitung hari je laa ni kan. Doctor pun dah bagi kita extra 6 hari dari EDD. Haa, jangan sibuk nak mekap pulak. P teman ayah tengok FiFA Euro sana. 

Encik Izwan ni selalu timang anak dara bila FIFA berlangsung. 3 tahun lepas pun gitu. Anak dia meragam memalam, diajak dia tengok bola. 😂 Nasib la labu. Anak perempuan manja dengan ayahnya. yang laki dok bawah ketiak ibu. 

Kalau betul anak dara, kakak dah ada kawan. Dan kamu cucu perempuan Saniah. Kalau tak, kakak kekal takhta sebagai cucu tunggal perempuan. Haa, amacam? 

Sebelah Ibu dah tak kisah sebab memasing dah ada sepasang. Tinggal nak jumpa aja semua pun kemain payah. Kalau bukan harapan pelsu dari kerajaan bulan 11 nanti, hujung tahun ajum ler krismas di tanah kenyalang. Ajak ayah cuti lama sikit. #anganje  

Doakan kami selamat ya semua. Nanti kita sambung reviee cerita lagi tau. Dan sambung jurnal pengalaman pulak. See you soon. :)