Selasa, Julai 20, 2021

Sambut Ulangtahun Najmi dan Selamat Hari Raya Aidiladha

 


Alhamdulillah, Izz Najmi bersama kami sudah 2 tahun. Terima kasih Allah! Moga anak Ibu menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata serta adik dan abang yang sangat care tentang adik beradiknya. :) Happy Birthday abang! 


Cerita kelmarin, meraikan ulang tahun kelahiran anak Aien no 2 iaitu Abe Izz atau Najmi. Disebabkan masa ulang tahun Nayla dah celebrate hari tu, tapi Ibu tak update di blog. Kali ni birthday abang mesti kena celebrate jugak walaupun Ibu dalam pantang. 


Beli belon theme. 

Anak-anak dah mula bosan duduk di sini. Asyik sebut rumah, mainan di sana dan tetiba menyebut belon pulak. Maka Ibu dengan baik hati bukak shopee yang ajaib tu suruh la si abang pilih dia nak theme apa. Dalam banyak-banyak tu, dia pilih dinasour. Jadi masuk cart. Dalam 14hb tu baru purchase. Kali ni syiok je repeat kat kedai yang sama dulu. Hari dia seller pos, esoknya dah sampai. Ibu tak bukak depan dorang untuk konfirm order. Jadi dorang lupa. Haha 


Pada hari yang sama order kek dengan akak sepupu Encik Husband. Sudah la kek sedap, murah pun murah untuk 6' inchi lebih kurang bawah RM50. 


Sayangnya Ibu tak terfikir pun nak order kek lagi satu untuk kakak since masa celebrate tu, dia macam kecik hati. Ye la, kat sini siapa la nak makan kek bebanyak. Nak suruh Ibu ni, dalam pantang. Memang tukang tengok je la. Mianhe anak..


Sudahnya sesi bergambar berlangsung dalam 15 minit je selepas dorang dah bangun dari tido petang. Janji ada kan anak-anak? Lain kali tak ada pandemik kita buat proper ke. Ada gambar kenangan pun jadi la. Ibu simpan sini, Ayah simpan di facebook. Ada rezeki tiap tahun kita cuba raikan tau. Moga anak-anak Ibu membesar dalam kenangan zaman kanak-kanak yang bahagia. 


Don't be sad. Ibu always here.. 



Tengok muka Najmi teruja betul dapat kek dan dapat tiup lilin. Kami sibuk tegur Kakak Nayla dok sendu pulak tetiba dia dah tiup dulu lilinnya. Memang tak sempat buat apa laa. 



Simpan sini buat kenangan. Kakak jangan nangis-nangis la kalo begini. Susah la hati Ibu asyik geram nak marah je. Spoiler sungguh! 

Thanks Encik Husband jadi tukang setting lagi. Ibu memang buat sekerat je. Haha. Tukang pam belon sikit. Tukang sorak je. 😅 Tukang beli. Dia siapkan sampai sudah. 

Tiga sudah anakmu Nur. ❤ Tahun 2001 baru darjah 5. Tahun 2011 baru 21 tahun. Masa tu tak terfikir nak kawen ke dan tak pernah terfikir umor 31 anak dah 3. 😂 Alhamdulillah. 

Sudah-sudah la tu kan. Bagi can kat orang lain pulak. Hari Raya Haji ni, angan nak balik raya pun tak jadi. 

Anyway, selamat Hari raya aidiladha buat warga pembaca yang sudi singgah. Rakan blogger semuanya. Stay safe semua. Walaupun dah ada vaksin, bukan green light untuk kita berbuat suka hati. Doakan Malaysia terus berjuang menentang pandemik ni. 

Maaf zahir batin semuanya. :) 


Ahad, Julai 18, 2021

KOREA DRAMA: My Roommate is a Gumiho (2021)

 


Tajuk: My roommate is a Gumiho 

Genre: Fantasy, Comedy, Romance 

No of Episod: 16 

Cast: Jang Ki Yong, Lee Hyeri, Kang Ha Na, Bae In Hyuk, Do Wan Kim

Sinopsis: Untuk menjadi seorang manusia, seekor serigala jadian yang berusia 999 tahun harus mengisi biji mutiaranya dengan tenaga manusia sebelum usianya mencecah 1,000 tahun. Namun, pada suatu hari, biji mutiaranya itu tidak sengaja ditelan oleh seorang pelajar kolej, Lee Dam. 


MY REVIEW


Bila mood nak melayan pelbagai jenis drama, nah itu dia, semua drama nak dilayan. Kawan suggest try ler tengok drama ni. And it's Jang Ki Yong berlakon. Yuhuuu! 


Banyak drama lakonan dia yang Aien nak tengok but half way semuanya. Rasa drama Ki Yong ni majoriti genre aksi ataupun misteri. Tetiba kali ni jumpa romance pulak, makin la nak layan walaupun tak la minat sangat dengan lakonan si Hye Ri ni. But, kawan suka dia sebab Hye Ri punya lakonan ni jenis selamba ja orang dia. 


Back to this drama, berdasarkan sinopsis dah masuk rangka awal drama ni. Semestinya mereka duduk bersama dan membuahkan bibit-bibit cinta antara keduanya. Dengan mengelarkan Shin Wo Yeo sebagai 'Tuan', dan Cik Dam memang suka akan sejarah. Makin la mereka ni kamceng. Dan Cik Dam ni diikutkan tak pernah bercinta sebab dia ni spesies rare. Bahkan di kolej ada yang mengatakan dirinya sebagai seorang yang biasa-biasa dan saja jual mahal. 


Apabila terlibat dengan Tuan Shin, Cik Dam jadi semakin ragu-ragu dengan dirinya yang sering kali berdetak hati bersama lelaki itu. Boleh dikatakan half way drama ni mengisahkan Tuan Shin dan Cik Dam ni dan batu permata si gumiho ni. Ikutkan sebenarnya boleh je Tuan Shin ni keluarkan batu permata tu dari Cik Dam dengan cara menyedut tenaga gadis tersebut, entah kenapa hatinya terisi dengan kehadiran Cik Dam dalam hidupnya. Macam menambah rencah gitu dengan sikap selamba gadis itu. 


Drama ni jugak di meriahkan oleh si Hye Sun, gumiho yang baru saja menjadi manusia tapi kata orang Sarawak pepaloi alu nya tok. Dia cantik, tapi bimbo. Haha Bahkan Hye Sun suka mengejek Tuan Shin yang bijak pandai tu masih tak berjaya menjadi manusia lagi. 


Seronok la juga sebab ada Hye Sun dan Jae Jin. Ada lagi watak seorang lagi kawan baik Cik Dam ni, siapakan nama dia. Jika dilihat dia banyak dialog cuma namanya tidak la tersenarai sebagai barisan watak utama. Pelakon ni juga pernah menjadi hantu dara dalam cerita lakonan Park Bo Young tu. apa kan? Kejap. .. Aha dalam Oh My Ghost. Suka tengok dia berlakon, cuma tu la dia tak la secantik pelakon utama. 


Berbalik drama ni tadi, rupa-rupanya hubungan Tuan Shin dan Cik Dam tak la semudah disangka apabila ada campur tangan dari semangat gunung yang cuba menguji hati kaku satu-satu gumiho jantan ni. 


Punya Tuan Shin gembira apabila batu permatanya seringkali berubah menjadi warna biru kerana menurut Hye Sun, itu tandanya dia bakal menjadi manusia. Akan tetapi sebenarnya perubahan warna batu itu menunjukkan betapa Tuan Shin terjentik hatinya mengenali nilai kemanusiaan. Nah, binatang pun nak diajar nilai kemanusiaan, apatah la manusia kan. 


Nilai kasih sayang, pengorbanan serta kejujuran yang harus dipelajari oleh si kaku Tuan Shin ni tadi sehingga dia bakal kehilangan dirinya sendiri. Ingatkan bila batu permata dia pecah, kuasa sihirnya tidak dapat digunakan serta sixth sense dia sebagai gumiho tak dapat mengesan tenaga manusia dia berjaya untuk menjadi manusia, rupanya hati kakunya diuji lagi oleh semangat gunung untuk terus berkorban demi Cik Dam.


Nyaris juga nangis bila tengok Tuan Shin terdampar mati apabila menyelamatkan Cik Dam yang hampir dilanggar lori treler apabila gadis itu mula menyedari bahawa Tuan Shin mahu pergi meninggalkan dirinya. Kemudian, Cik Dam mendedikasikan dirinya di rumah Tuan Shin untuk menanti lelaki itu apabila dia melihat Tuan Shin tidak hilang dari semua gambar kenangan mereka. 


Yes! happy ending. Tuan Shin berjaya menjadi manusia. Lee Dam bahagia bersama kekasih hatinya. Hye Sun dan Jae Jin mengikat tali hubungan walaupun Jae Jin diarahkan untuk masuk tentera. Secara keseluruhan drama ni, 7/10 bagi Aien walaupun dia duduk di genre favorite. Mungkin faktor pelakon dan juga jalan cerita dia kot. 


U olls boleh tonton drama My Roommate is Gumiho ini di aplikasi iQiyi. 

Sabtu, Julai 17, 2021

Movie Review: Monster Hunter


 

Tajuk: mOnster Hunter (based on game) 

Genre: Fantasy, Action, Violence 

Durasi: 1 jam 43 minit 

Cast: Milla Jovovich, Tony Jaa, Ron Perlman, T.I 

Sinopsis: Ribut pasir yang membawa Lt. Artemis dan krewnya ke satu kawasan asing di mana mereka berhadapan dengan raksasa yang tidak lut dengan kuasa senapang mereka. 


MY REVIEW


Aien jumpa movie ni berdasarkan senarai Top 10 movie/drama di Netflix dan cerita ni berada di tempat pertama. Kata mereka exciting menonton movie ni. So here I am after watched it. 

Lt. Artemis dan unitnya sebenarnya dalam misi mencari satu pasukan lain iaitu team Bravo ynag telah hilang jejak mereka begitu saja. Pada mulanya mereka meragui kehilangan team itu. Namun apabila mereka sendiri berdepan dengan ribut pasir sehingga mereka di bawa ke satu kawasan asing dan bertemu dengan pasukan Bravo yang telah hangus dibakar  dan pasir berada di sekeliling mereka menjadi kaca. 

Baru nak belek-belek member sepasukan tu, tetiba mereka diserang oleh raksasa bawah tanah yang bernama Diabola, (lebih kurang namanya la) Dari 5-6 orang mereka, tinggal Lt.Artemis seorang sahaja yang berjaya melepaskan diri daripada serangan raksasa kedua yang berupa kala jengking. Ikutkan dia jumpa anak buah dia sorang, sayangnya dalam badannya dah penuh dengan telur binatang itu. Jadi dia terpaksa tinggalkan. 

Setelah berjaya keluar dari sarang raksasa tersebut, Lt.Artemis diselamatkan oleh seorang lelaki. Yang pada mulanya ingat Lt.Artemis ni musuh. Aien dok la ingat siapa yek pelakon ni, macam familiar sebab dia langsung tiada dialog. Sekadar aksi yang cukup mantap. Skill pedang yang sangat jaguh. Rupa-rupanya Tony Jaa. 

Dan bermula misi mereka berdua untuk lari ke arah menara langit yang menghasilkan ribut pasir semalam. Dengan syarat pertama bunuh si Diabola, si pemangsa dalam pasir itu. 

Pada mulanya, Lt. Artemis mencadangkan agar Diabola  diboom dengan senjata yang ada di 4x4 milik pasukannya. Namun, Tony (Aien tak tahu nama dia dalam ni) mencadangkan agar Diabola dibunuh dengan racun si kala jengking. Bagaimana? Dengan menjadikan Lt.Artemis umpan sebelum binatang itu dibunuhnya. Gila! 

Dah berjaya dapatkan racun, mereka berdua segera untuk menyasar kepada Diabola. Namun, perjalanan ke Menara Langit tak semudah disangka apabila mereka berdepan dengan seekor lagi raksasa yang kalis api, iaitu Rathoila. (mungkin begitu namanya) 

Di sini Lt.Artemis dan Tony berjumpa semula dengan rakan-rakan sekapal Tony yang dahulunya meninggalkan dirinya demi menyelamatkan kapal mereka. Nasib la jumpa balik. 

Bila mengetahui Lt.Artemis ini bukan dari dunia mereka dan mahu pulang ke dunianya sebenar, Ketua kapal meletakkan syarat bahawa Lt.Artemis harus membantu mereka membunuh Rathoila tadi. 

Tapi, entah kenapa tetiba Lt.Artemis dah berjaya ke dunianya semula dan dijumpai oleh pasukan tentera yang telah lama mencari pasukan beliau, dan kemudiannya diserang oleh Rathoila di dunia sebelah sini pulak. Habis semua pasukan tentera kalah dem kerana raksasa asing. Nasib Lt.Artemis sedar lantas menyegerakan sesi pembunuhan Rathoila. 

Kemudiannya dibantu oleh Tony dan ketuanya. Malang sekali, seluruh pasukan tentera yang datang menyelamatkan Lt.Artemis tadi, mati. Ending movie ni, Lt.Artemis kembali ke dunia Tony untuk membunuh raksasa Rathoila yang lain. 

Macam.... aha dia tak nak sudah balik ke dunia manusia sebenarnya. Gitu la. Macam tergantung jugak ending dia, tapi sebab dari video game kan. Kan bayangkan je la dia masih la excited nak buru raksasa tu. Ahaha 

Rate movie ni memang excited, tapi macam hambar pun ada. Still meletakkan dia di tempat pertama yang ditonton oleh rakyat Malaysia. Nak tengok boleh tengok di Netflix.