Rabu, Julai 28, 2021

Bau buah ingatkan aku pada kampung halaman



Tiba masanya musim buah kembali. Hari tu sebelum bersalin dapat merasa buah durian, rambutan dan juga buah tembikai. Walaupun tembikai tak di kategori buah bermusim tapi saja la nak cakap aku dah makan sebab masa pantang tembikai dicalonkan sebagai buah yang tak boleh makan ketika pantang. 


Hari tu buat muka sedih dengan Encik husband nak makan durian. Sekaligus buat pertama kali Najmi merasai Raja Buah itu. Pada mulanya dia tak nak. Tapi, sekali cuba bak kata orang Sarawak, berlalak. Haha


Bila dah bersalin, hari tu projek anak beranak mak mentua dengan Encik Husband borong durian nak buat gula durian atau lebih dikenali sebagai Lempok. Actually kan, first time aku dengar. Tak tau la aku ni kuno ke memori aku lost ke apa kan. Tapi rasa macam tak pernah dengar dan makan lempok tu. Bila dah kawen ni baru mengenali yang namanya Gula Durian. Ala-ala seri kaya gitu. Tapi rasa derian la. Kalo dodol Derian memang biasa la makan. Eh, lama pulak tak makan dodol. 


Bila cium ke bau derian tu, aku terus teringat kampung halaman mak aku di Kampung Garung, Pendrisen, Kuching Sarawak. Hari tu dengar kampung tu kena PKPD. Stay safe semua warga kampung. Sejak mendiang sumbuk a.k.a nenek dalam bahasa Bidayuh aku mati  pada tahun 2012 itu lah juga kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kampung. Lepas tu mana ada dah. Memang yilek ghaib terus orang kata. Niat lepas kawen ritu, nak ajak Encik Husband jalan-jalan ke Kuching sekaligus bawak ler dia berkenalan dengan kaum kerabat sebelah mak memandangkan sebelah ayah majoriti dia dah kenal @ tahu. Sudahnya, anak dah tiga masih tak kesampaian niat tu. 


Perasaan tu datang pergi saban tahun. Bila datang musim buah gitu la dia. Buatkan aku rindu pada mendiang sumbuk, bebel dia yang selalu ingatkan kami cucu-cucu muslim untuk jaga solat walaupun dia bukan Islam. Rindu~ Rindu nak kumpul sebenarnya. Dah dua tahun .. Air mata rindu pun dah kering dah dek kerna pandemik ni. Orang lain boleh bersenang lenang jalan-jalan macam teda apa berlaku. Eh, mereka la kan. Kita yang setia dok rumah ni macam telo tembelang dah gamaknya. Eish.. busuknya! Haha Teruk ngat perumpamaan. Nak mengatakan betapa la kita tertekan dengan kes yang saban hari kalah roller coaster. 


Hari ni, Encik Husband bawak buah cempedak dari Pak Cik duduk di kampung. Tak jauh pun dari rumah mak mentua. Point meet dorang di pekan la tapi, tak leh balik kampung katakan. Aduuuh, rindu itu mengamit kenangan. mengusik jiwa. Sarawak, ku rindu padamu. Nasib la ada channel 122 tu kan. Boleh la tengok dan perkenalkan sikit-sikit Sarawak kat anak-anak. 


Udah ler Ibu deme ni tak ada slang Sarawak pior dah. Serupa orang Peghok sesat pun ade. Sampai Nayla pun cakap, "Ibu  nape cakap macam tu. Cuba cakap elok-elok sikit..." Eh eh budak ni. Ibu embak ko klaka Sarawak sak ko sik lupak aiee... Kelak jadi Ibu, dianok Sarawak celup. Padahal mak bapak pior Sarawak. Ya lama diam Malaya, alu lupak bahasa Ibunda. Ate gitu..  Nasib la Abang Jo sik ngalo kawu nak mohon Program Ibu Prihatin Sarawak. Haha 


In shaa Allah one day, moga ada rezeki kita nak ke Kuching aok. Boleh nait ke Borneo Highlands sekali. :)

Selasa, Julai 27, 2021

Kematian itu pasti

 



Melihatkan pada angka jangkitan positif Covid-19 semakin hari semakin membuatkan diri terfikir sejenak. Termenung dan terus memikirkan nasib sendiri. Apakah aku bersedia bila tiba masanya? 


Hari ini saja, aku melihat teman seperjuangan disahkan positive Covid-19. Aku juga mendengar perkhabaran teman lama telah kembali ke rahmatullah akibat pandemik ini. Ada juga berita mereka yang kehilangan orang tersayang kerana Covid-19.  Jika aku berada di tempat mereka itu, bagaimanakah aku? 


Aku melihat mereka meratap. Kehilangan. Penuh dengan rasa kerinduan akibat tidak dapat melihat buat kali terakhir. Aku juga cuba untuk tidak melihat akan cerita mereka bukan kerana sombong. Bukan kerana aku yakin masaku belom tiba. Tapi kerana aku belom bersedia untuk semua itu. Bunyi macam mereka semua itu bersedia saja kan? 


Aku tunduk malu lagi. Temanku kehilangan ayahnya. Jatuh sakit semenjak ramadhan yang lalu. Kini, telah sebulan kehilangan. Aku membayangkan diriku. Yang kejauhan. Kehilangan juga. Allah~ bukan untuk tidak bersangka baik dengan Allah. Cuba untuk meletakkan diri di tempat yang sama. Adakah aku juga akan seperti mereka? Walaupun hakikatnya aku ini bukan anak yang baik. 


Hari demi hari bunyi berita kematian itu semakin hampir di telinga. Semakin mendekat dengan orang yang aku kenal. Bagaimana jika berita itu tentang diriku? Adakah mereka juga seperti aku yang hanya mampu mengucapkan "Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Al-fatihah" 


Aku menatap gambar ayah mertuaku yang tak pernah kutemui. Meninggal akibat jatuh sakit pada 12 tahun lalu. Ayah, baik-baik saja di sana? Maafkan Nur tak pernah kirim apa-apa dengan ayah. 


20 hari lalu, ketika bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi manusia kecil, aku sempat berfikir. Andai aku pergi, adakah suamiku akan sedih? Bagaimana anak-anakku?  Kebarangkalian aku berfikir begitu kerana terlalu mengharap akan sebuah kematian Husnul Khotimah. Aku seperti manusia lain, mendambakan penghujung yang baik. Moga kita semua dipertemukan kematian yang indah. Meninggalkan mereka semua dengan kenangan yang baik-baik saja. 


Sehingga hari ini aku sering membayangkan diriku tumpah darah dan akhirnya pergi meninggalkan semua yang kusayang. Saban hari aku takut untuk tidur kerana bimbang esoknya tiada untukku. Namun, jagaku itu juga tidak juga memberi kebaikan. Apa yang aku lakukan? 


Allah.... 


Wajah semua yang ku sayang, ku tatap dengan penuh kerinduan. Allah, andai esok tiada untukku, kau jaga mereka dalam rahmatMu. Kau pelihara mereka sepertimana Kau pelihara diriku dahulu. Moga mereka tidak bersedih atas ketiadaanku. 


Covid-19 is real. Stay safe semua. Jaga diri jaga keluarga. Moga kita semua dipelihara olehnya. Jika pemergian mereka tanpa kita ketahui, berusaha untuk melakukan kebaikan semoga kita tidak menyesal esok hari. 


ps: Pasal semalam  (Jumaat) tengok Ayahanda, sedih sangat mak dia mati. Limah tinggalkan mak dia dalam keadaan marah. Aziz menyesal sebab mak dia cari dia. Dan ayahnya terluka kaki kerananya. Dan mereka adik beradik masih meratap betapa Ibu mereka pergi indah tanpa kata. Minggu ni minggu akhir . 


Aku rindu keluargaku. Rindu adik beradikku. Rindu air tangan umiku. Allah, Kau pelihara mereka sehingga kami bertemu hidup, semoga kami ada rezeki untuk menyambut aidilfitri 1443 bersama. 😭😭




Isnin, Julai 26, 2021

CHINESE DRAMA: Dance of The Sky Empire (2020)

 


Tajuk: Dance of The Sky Empire 

Genre: Fantasy, Wu Xia, Comedy

No of Episode: 28 

Cast: Xu Kai, Wu Jiayi, Hankiz Omar, Zhou Jun Chao, Johnny Zhang, Shi Zi Xun

Sinopsis: Drama yang berlatar belakangkan ketika Tang Dynasty di mana kaum manusia melawan Maharaja Naga. Mo Yun Akademi merupakan akademi terbaik masa itu. Namun, rumor mengatakan pelajar daripada akademi itu cuma pemangkin kepada kebangkitan semula Maharaja Naga dan kaum keturunan Kunwu. Keberadaan Lu Xian, manusia Hybrid berdarah Kunwu, Su You Lian, wanita suci dari kaum Kunwu dan Long Wei Er seorang putera menjadi tongak utama drama apabila mereka bertiga terikat dalam sebuah hubungan yang sangat rumit. Bagaimana kesudahan apabila Lu Xian dalam dilema menjadi harapan kaum manusia untuk memusnahkan kaum Kunwu ataupun mengikut kata hatinya membalas dendam demi kematian Ibunya? 

 

SPOILER ALERT! 


Misi menghabiskan koleksi drama Xu Kai! yeay! Haha Jangan marah teman-teman. Begitu jugak drama ni sungguh lawak gais! First episod Aien dah mengekek ketawa. Parah parah! Ingatkan cerita dia kind of boring, but I'm wrong! 



Permulaan drama je nak menunjukkan bahawa Xu Kai prove dia boleh bawak watak apa saja even ekspresi muka dia lebih kurang but, dia memang snarky punya orang. Hee~ berani menidakkan. Watak yang diberikan kepadanya semua notty, young and playful. Belom nak tengok latest historical drama dia yang macam melodrama je. Nampaknya laa. Tu yang belom datang hidayah lagi nak tengok. 


Sorry, teruja pulak cerita dengan u olls~ Lu Xian ni notty sangat. Dia lupa kenangan pahit dia masa kecil. Dijadikan Penjaga Negara dan di larang untuk keluar dari Kota. Mempunyai pengikut atau best friend bernama Bai XiaMeng dan ChangQing. Misi Lu Xian ada dua, buli putera utama dan cubaan untuk keluar kota. Namun, usahanya sia-sia belaka apabila gurunya, Zi Zun sentiasa tahu je niat nakal Lu Xian. 


Untuk first half drama, mengisahkan Lu Xian yang langsung tak nampak kekuatan dia sebagai manusia Hybrid. Dan misi kaum Kunwu untuk melepaskan Maharaja Naga, dengan menghantar gadis suci Su You Lian belajar di Akademi Mo Yun ketika pembukaan semester baru. 


Bertemu la mereka, Lu Xian, Su You Lian, Long Wen Er dan beberapa watak sampingan. Separuh masa pertama ni masih main-main la kiranya. Bagi orang tak boring. Sehingga bila Su You Lian asyik didesak oleh gurunya supaya sentiasa ingat misi utama dia untuk masuk ke dalam Akademi Mo Yun tu. Malangnya, untuk melepasi kawasan larangan termasuk la tempat persembunyian Maharaja Naga dikurung, Su You Lian harus memiliki Lencana Tempat Pertama yang mana sentiasa kemas dalam simpanan Penjaga Negara, Lu Xian. 


Punya nekad Su You Lian nakkan lencana tu sanggup buat apa saja untuk rapat dengan Lu Xian yang perasan yang Su You Lian suka akan dirinya. Haha Kiut sungguh mu nih! 


Sehingga satu ketika, Lu Xian membuat pertaruhan konon untuk memberi lencana tu pada Su You Lian, malangnya disabotaj oleh ayam lakua, eh..  si pencinta sebelah tangan Lu Xian iaitu Cui Piran dan mereka berdua terjatuh dalam tasik dan termasuk alam tersembunyi berwarna merah. Di mana sesiapa masuk ke alam itu, takkan pernah keluar dengan jayanya. .


Masa di alam tersembunyi itu, Lu Xian dan Su You Lian berjumpa dengan Datuk buku Syurga yang rumor mengatakan dia tahu segalanya isi alam. Terasa lama di alam tersembunyi padahal mereka baru hilang sehari semalam di tasik itu.  Sempat Lu Xian dan You Lian kawen, main-main di alam itu sehingga You Lian terbaca hikayatnya di Buku Syurga dan teringat akan misi asalnya. Lantas meminta dengan Lu Xian untuk segera pulang ke alam luar. 


Bestnya Lu Xian ni dalam nakal dia, sungguh pandai ambil hati Datuk Buku Syurga yang pada mulanya mahu makan mereka berdua dek kerana terlalu lama di alam tersembunyi. Terus memujuk hati tua sang datuk untuk melepaskan mereka berdua pergi. Ditukarkan kekuatan ajaibnya, iaitu boleh pulih dengan kadar segera walau apa jua luka yang diperolehnya dengan sebiji manik kaca yang membantu untuk mereka keluar. Sayang sekali, bila Lu Xian dah excited tu kan.. Datuk Buku Syurga terlupa yang manik kaca tu cuma boleh bawa seorang saja keluar. Adooo..  Sedih mat! 


Kemudian, gigih Lu Xian berusaha untuk keluar dari alam tersembunyi walaupun seribu tulang retak, nadi terputus tapi hasratnya tak pernah terkubur. Datuk Buku Syurga pun masih jugak cuba suruh dia keluar. Lu Xian balik semula ke alam tersembunyi dengan luka parah setelah gagal. 


Pulang ke dunia nyata, baru nak umumkan perkahwinannya dengan You Lian, hati Lu Xian dihancur sejuta kali dengan pembohongan gadis suci itu demi keselamatan Lu Xian. Sebab ikutkan guru You Lian suruh gadis itu bunuh saja Lu Xian kerana terlalu banyak menganggu misi utama anak muridnya itu. 


Pahtu konon dia ada skandal dengan putera dari Negara Sha, Yu FengMu yang tak berhenti membantu gadis suci untuk menyelesaikan misinya. Lagi sedih Lu Xian bila mengetahui wanita yang dicintainya itu merupakan dari kaum yang dibencinya sebelum dia mengetahui kebenaran bahawa dirinya juga manusia campuran. 


Lu Xian disedarkan oleh putera Long Wen Er akan kebenaran Su You Lian, identiti sebenarnya dan juga keamanan Negara TianQi. Aien ingat pada mulanya Long Wen er ni jahat tau sebab dia berwajah tegas. Dah la berlakon menjadi putera padahal dia puteri. Macam konpius jap. Rupa-rupanya Lu Xian teringat di alam tersembunyi, Datuk Buku Syurga ada melihat seorang bayi yang mempunyai tanda lahir di sikunya serupa seperti Putera Long Wen er ni tapi dia perempuan. Kantoi la Long Wen er yang sememangnya penat dah menjadi lelaki demi mengambil hati ayahanda yang cuba membuang dirinya dahulu. 


Nasib la kisah cinta tak ada la konflik sangat. Simple je plot drama ni dan senang hati jugak tengok sebab dia ada aksi, komedi, romance serta kekeluargaan dalam satu. Konflik pun tak ada la susah sangat walaupun banyak watak sampingan. 


Ending dia boleh diterima dengan kesejahteraan kaum Kunwu dapat dipulihkan dengan pelepasan Maharaja Naga yang sebenarnya tak jahat pun. Tapi sebab kaum Kunwu memiliki kuasa sakti dan amat digeruni oleh kaum manusia yang bersifat lemah ni. Jika dilihat pada mula pun Kaum Kunwu ni aje asyik kena buli oleh Kaum manusia padahal kaum Kunwu tu dah tak ada kuasa sakti sejak Maharaja Naga dikurung. Lepas tu sibuk nak brain wash para anak muda bahawa Kunwu ni la yang sering mengacau manusia. 


Yang penting siapa pemula ni semua. Tu, Maharaja Tianqi tu yang tamak kuasa sehingga anak perempuan sendiri sanggup nak dibunuh dia. Takut takhta diambil oleh orang lain, takut negara Tianqi ditakluk oleh Kaum Kunwu. Padahal semua tu perasaan dia saja.  Alih-alih yang tikam dari belakang Maharaja sendiri adalah anak tak guna yang disanjung tinggi tu. Nasib jugak Lu Xian suka buli dia dari kecik. Haha Tapi tu pun tak pandai nak matang. 


Kesudahan drama, Su You Lian memilih untuk bersama dengan kekasih hatinya walaupun kuasanya sebagai gadis suci ditarik oleh Maharaja Naga. Dan sesiapa yang ditarik kuasa itu takkan pernah hidup lama. You Lian tetap mencari Lu Xian jugak. Mereka memilih untuk bersama Datuk Buku Syurga di Alam Tersembunyi yang mana semua orang ingat dorang dua menghilangkan diri. 


Masing-masing bersama pasangan sendiri. Zi Zun masih mengelola Akademi Mo Yun dengan bantuan anak-anak muridnya. Maharaja Tianqi diberi rasa kesakitan dan trauma oleh Puteri Long Wen Er. Entah Puteri kot naik takhta sebab Putera dikurung selamanya atas kesalahan memberontak. 

Secara keseluruhan drama ni best jugak! Rate Aien mungkin 8/10 kot. Untuk Lu Xian. Haha  Korang nak tengok jugak, boleh tengok di aplikasi iQiyi ..