Khamis, Julai 29, 2021
The Ordinary Squalane Cleanser and Oil Review
This entry was dedicated for my sister yang sudi belanja kakaknya berpantang dalam keadaan happy-happy tengok muka sendiri. :)
Skin Type: Dry + Sensitif skin (Rosacea detected)
Lately, ada gak tertengok di Tiktok some skin doctor suggest produk yang berasaskan squalane ni. Macam biasa Aien cuma tengok je la. Malas jugak nak cuba sebab kita ni noob dan tak tahu la bab skin care ni sangat. Suka nak jaga muka. Tapi, selalu silap product dan kadang yang ngam tu have-have sangat. Ibu tak daya nak oi. Nasib sejak amalkan Cberries, muka tampak lebih bersih dan sihat berbanding dulu. Kalau tak, sokmo kusam je kan.
Baca juga: Pengalaman sendiri amalkan Cberries
Sebelum bersalin hari tu, adik tegur awat muka macam teruk je kan. Sebab silap penggunaan skincare la punya pasal. Walaupun dah consume cberries tu, it will take time jugak nak pulih balik. So, tup tup my adik send a gift before delivery.
Hati kakak pun bahagia dan memang kali ni nak pulun skincare dengan jaga badan. Bwahaha sudahnya ke laut juga pantang Aien. Jadi pantang tengok je. Nasib la sampai jugak benda ni sebabnya kami tersalah poskod wei. Dah sampai Segamat bagai aokme~ dia patah balik ke Pontian. Walaupun kotak kemek, namun tiada kecederaan di laporkan. Even minyak Hemi Squalane tu pun baik-baik saja.
Apa itu Squalane?
kredit: google |
The Ordinary Squalane Cleanser and make up remover
The Ordinary 100% plant Hemi Squalane Oil
Rabu, Julai 28, 2021
Bau buah ingatkan aku pada kampung halaman
Tiba masanya musim buah kembali. Hari tu sebelum bersalin dapat merasa buah durian, rambutan dan juga buah tembikai. Walaupun tembikai tak di kategori buah bermusim tapi saja la nak cakap aku dah makan sebab masa pantang tembikai dicalonkan sebagai buah yang tak boleh makan ketika pantang.
Hari tu buat muka sedih dengan Encik husband nak makan durian. Sekaligus buat pertama kali Najmi merasai Raja Buah itu. Pada mulanya dia tak nak. Tapi, sekali cuba bak kata orang Sarawak, berlalak. Haha
Bila dah bersalin, hari tu projek anak beranak mak mentua dengan Encik Husband borong durian nak buat gula durian atau lebih dikenali sebagai Lempok. Actually kan, first time aku dengar. Tak tau la aku ni kuno ke memori aku lost ke apa kan. Tapi rasa macam tak pernah dengar dan makan lempok tu. Bila dah kawen ni baru mengenali yang namanya Gula Durian. Ala-ala seri kaya gitu. Tapi rasa derian la. Kalo dodol Derian memang biasa la makan. Eh, lama pulak tak makan dodol.
Bila cium ke bau derian tu, aku terus teringat kampung halaman mak aku di Kampung Garung, Pendrisen, Kuching Sarawak. Hari tu dengar kampung tu kena PKPD. Stay safe semua warga kampung. Sejak mendiang sumbuk a.k.a nenek dalam bahasa Bidayuh aku mati pada tahun 2012 itu lah juga kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kampung. Lepas tu mana ada dah. Memang yilek ghaib terus orang kata. Niat lepas kawen ritu, nak ajak Encik Husband jalan-jalan ke Kuching sekaligus bawak ler dia berkenalan dengan kaum kerabat sebelah mak memandangkan sebelah ayah majoriti dia dah kenal @ tahu. Sudahnya, anak dah tiga masih tak kesampaian niat tu.
Perasaan tu datang pergi saban tahun. Bila datang musim buah gitu la dia. Buatkan aku rindu pada mendiang sumbuk, bebel dia yang selalu ingatkan kami cucu-cucu muslim untuk jaga solat walaupun dia bukan Islam. Rindu~ Rindu nak kumpul sebenarnya. Dah dua tahun .. Air mata rindu pun dah kering dah dek kerna pandemik ni. Orang lain boleh bersenang lenang jalan-jalan macam teda apa berlaku. Eh, mereka la kan. Kita yang setia dok rumah ni macam telo tembelang dah gamaknya. Eish.. busuknya! Haha Teruk ngat perumpamaan. Nak mengatakan betapa la kita tertekan dengan kes yang saban hari kalah roller coaster.
Hari ni, Encik Husband bawak buah cempedak dari Pak Cik duduk di kampung. Tak jauh pun dari rumah mak mentua. Point meet dorang di pekan la tapi, tak leh balik kampung katakan. Aduuuh, rindu itu mengamit kenangan. mengusik jiwa. Sarawak, ku rindu padamu. Nasib la ada channel 122 tu kan. Boleh la tengok dan perkenalkan sikit-sikit Sarawak kat anak-anak.
Udah ler Ibu deme ni tak ada slang Sarawak pior dah. Serupa orang Peghok sesat pun ade. Sampai Nayla pun cakap, "Ibu nape cakap macam tu. Cuba cakap elok-elok sikit..." Eh eh budak ni. Ibu embak ko klaka Sarawak sak ko sik lupak aiee... Kelak jadi Ibu, dianok Sarawak celup. Padahal mak bapak pior Sarawak. Ya lama diam Malaya, alu lupak bahasa Ibunda. Ate gitu.. Nasib la Abang Jo sik ngalo kawu nak mohon Program Ibu Prihatin Sarawak. Haha
In shaa Allah one day, moga ada rezeki kita nak ke Kuching aok. Boleh nait ke Borneo Highlands sekali. :)
Selasa, Julai 27, 2021
Kematian itu pasti
Melihatkan pada angka jangkitan positif Covid-19 semakin hari semakin membuatkan diri terfikir sejenak. Termenung dan terus memikirkan nasib sendiri. Apakah aku bersedia bila tiba masanya?
Hari ini saja, aku melihat teman seperjuangan disahkan positive Covid-19. Aku juga mendengar perkhabaran teman lama telah kembali ke rahmatullah akibat pandemik ini. Ada juga berita mereka yang kehilangan orang tersayang kerana Covid-19. Jika aku berada di tempat mereka itu, bagaimanakah aku?
Aku melihat mereka meratap. Kehilangan. Penuh dengan rasa kerinduan akibat tidak dapat melihat buat kali terakhir. Aku juga cuba untuk tidak melihat akan cerita mereka bukan kerana sombong. Bukan kerana aku yakin masaku belom tiba. Tapi kerana aku belom bersedia untuk semua itu. Bunyi macam mereka semua itu bersedia saja kan?
Aku tunduk malu lagi. Temanku kehilangan ayahnya. Jatuh sakit semenjak ramadhan yang lalu. Kini, telah sebulan kehilangan. Aku membayangkan diriku. Yang kejauhan. Kehilangan juga. Allah~ bukan untuk tidak bersangka baik dengan Allah. Cuba untuk meletakkan diri di tempat yang sama. Adakah aku juga akan seperti mereka? Walaupun hakikatnya aku ini bukan anak yang baik.
Hari demi hari bunyi berita kematian itu semakin hampir di telinga. Semakin mendekat dengan orang yang aku kenal. Bagaimana jika berita itu tentang diriku? Adakah mereka juga seperti aku yang hanya mampu mengucapkan "Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Al-fatihah"
Aku menatap gambar ayah mertuaku yang tak pernah kutemui. Meninggal akibat jatuh sakit pada 12 tahun lalu. Ayah, baik-baik saja di sana? Maafkan Nur tak pernah kirim apa-apa dengan ayah.
20 hari lalu, ketika bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi manusia kecil, aku sempat berfikir. Andai aku pergi, adakah suamiku akan sedih? Bagaimana anak-anakku? Kebarangkalian aku berfikir begitu kerana terlalu mengharap akan sebuah kematian Husnul Khotimah. Aku seperti manusia lain, mendambakan penghujung yang baik. Moga kita semua dipertemukan kematian yang indah. Meninggalkan mereka semua dengan kenangan yang baik-baik saja.
Sehingga hari ini aku sering membayangkan diriku tumpah darah dan akhirnya pergi meninggalkan semua yang kusayang. Saban hari aku takut untuk tidur kerana bimbang esoknya tiada untukku. Namun, jagaku itu juga tidak juga memberi kebaikan. Apa yang aku lakukan?
Allah....
Wajah semua yang ku sayang, ku tatap dengan penuh kerinduan. Allah, andai esok tiada untukku, kau jaga mereka dalam rahmatMu. Kau pelihara mereka sepertimana Kau pelihara diriku dahulu. Moga mereka tidak bersedih atas ketiadaanku.
Covid-19 is real. Stay safe semua. Jaga diri jaga keluarga. Moga kita semua dipelihara olehnya. Jika pemergian mereka tanpa kita ketahui, berusaha untuk melakukan kebaikan semoga kita tidak menyesal esok hari.
ps: Pasal semalam (Jumaat) tengok Ayahanda, sedih sangat mak dia mati. Limah tinggalkan mak dia dalam keadaan marah. Aziz menyesal sebab mak dia cari dia. Dan ayahnya terluka kaki kerananya. Dan mereka adik beradik masih meratap betapa Ibu mereka pergi indah tanpa kata. Minggu ni minggu akhir .
Aku rindu keluargaku. Rindu adik beradikku. Rindu air tangan umiku. Allah, Kau pelihara mereka sehingga kami bertemu hidup, semoga kami ada rezeki untuk menyambut aidilfitri 1443 bersama. ðŸ˜ðŸ˜