Jumaat, Ogos 13, 2021

Thank you to my favourite blog refreshie

 


Asyik terlupa saja la nak story benda ni. Haha Sempena melahirkan seketul Nadhira Imaani bulan lalu, adik Aien menghadiahkan wajah baru blog KISAH AIENIENKA ni. Kalau uolls perasan la kan, blognya dah berubah template. 


Terima kasih pada my favourite blog refreshie - ALIEN OREN - 


Dia je sudi design blog ni. Kalau tak memang Aien biarkan begitu. Diary online ni begitu la. Malas nak take note sangat. Sebab dia juga Aien rajin tukar-tukar theme untuk blog ni, ikut mood la katakan. Dan dia jugak the reason why Aien tukar kepada domain walaupun sekadar diary online. :)


Boleh baca dedicate entry dia, Little Noone Family new theme . Banyak juga blog dia dah segarkan dengan new template. Kalau korang berkenan nak cuci mata boleh tengok di website beliau 

ALIEN OREN


Hee~ Aien ni suka cakap benda ulang-ulang. Haha Thanks for her little review tu, support small bisnes kakak dia. And make me realise how much drama that I watched. Haha 


Banyak!!!!! 


The other reason kenapa I olls suka tengok drama? Sebab macam escape door for me. Setiap orang ada cara dia tersendiri nak escape dari real world. Untuk org introvert macam Aien ni, I rather choose lying in my bed, watching drama. More and more. Cheesy one. especially. Haha 

Sempena dah tukar template tu, I choose nak tukar nama blog. Kalau sebelum ni macam fokus life sendiri, kali ni macam nak banyakkan story pasal family kecil Aien. 


Oh, why little noone family? Wan & Nur = Noone . Haha So I am nobody here. No no no. Kadang kalau tersasul tu guna Nur, that's my real name. Aien is pen name je. 


Ha, dah lari ke FB lupa la pulak nak tulis apa. Aien cuma nak ucapkan terima kasih stick nak design blog akakmu ini walaupun asyik pinku je di minta. Haaha sampai jenuh cari CW yang sesuai untuk pinku. I just need pink! Walaupun kakakmu ini teda bayaran buatmu, korang yang baca ni kalau nak renew refresh-kan blog korang tu, boleh terjah instagram beliau juga atau website beliau. 


ALIEN OREN

Khamis, Ogos 12, 2021

CHINESE DRAMA: Crush


 
Tajuk: Crush / It's Turns I love you so much

Genre: Romance, Youth, Life, Drama, 

Bil. Episod / Durasi: 24 / 40 minit 

Cast: Evan Lin / Lin Yan Jun, Wan Peng, Cong Shang, Li Jia Hao, Yu Kun

Sinopsis: Sang Wu Yan, seorang pelajar psikologi di universiti yang bercita-cita ingin menjadi penyampai radio dan bekerja sambilan di sebuah stesen radio. Wu Yan meminati seorang penulis lirik misteri 'Yi Jin' . Satu hari Wu Yan jatuh cinta pandangan pertama pada seorang lelaki yang kemudian di ketahui buta, Su Nian Qin. Satu demi satu ego, ketakutan dan rahsia Nian Qin dirawat oleh Wu Yan yang diperolehinya dari keluarga yang berentakan. Kemudiannya , Wu Yan mengetahui bahawa Nian Qin itu adalah idolanya, Yi Jin. Hubungan romantis mereka diiringi dengan bantahan. Namun, satu kejadian menyebabkan Wu Yan tidak sempat jumpa ayahnya buat kali terakhir. Dan akhirnya mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, kedua mereka bertemu semula. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Mu Fu Sheng yang bertajuk 'So I Love You Very Much' atau literally - nya 'Qin He Yi Kan'. 


MY REVIEW 


Berada di tempat kedua carta iQiyi menarik minat Aien untuk menonton. Ingatkan tipikal drama yang mushy mushy romance tapi, this drama memiliki vibes yang sama seperti  drama GO AHEAD. Jika dilihat ada beberapa tempat digunakan sama dalam drama tu, terutama sekali kampung halaman Wu Yan, Wei Hao dan Xu Qian. Baju PJ dorang pun sama. 


Baik la, berbalik ke drama ni, mengisahkan tentang Wu Yan dan juga Nian Qin. Wu Yan yang free spirit - memang watak yang selalu dibawak oleh Wan Peng macam dalam drama MY GIRLFRIEND IS AN ALIEN. Dan ini merupakan drama ketiga Aien tengok lakonan Wan Peng. Satu lagi genre lebih kurang macam drama ni, FIRST ROMANCE


She is tough girl sungguh! seorang pelajar pintar sebab dia boleh belajar bidang yang dia tak suka tapi boleh sukses di samping mengejar impian dan cita-citanya menjadi penyampai radio. Paling best sekali dia boleh co-op dan jadikan Nian Qin sebagai test modul untuk dia praktis ilmunya. Haha 


Nian Qin pulak seorang yang pasif dan dingin pada semua orang termasuk keluarga yang membuang dirinya kerana kecacatan yang dialami. Kematian ibu pada hari lahirnya, lagi membuatkan dia cuba letakkan kesalahan sepenuhnya pada ayahnya. Dia tak pernah dibagi peluang untuk mengatakan apa yang terbeku dalam hatinya. Demi minat dan satu-satu tinggalan mendiang ibunya, dia memilih piano dan menyuarakan isi hatinya melalui bait-bait lagu. 


Dek kerana jatuh cinta pandangan pertama, dan takdir membawa mereka, Wu Yan tanpa dipinta sering membantu Nian Qin dan mengenali inner side Nian Qin sehingga lelaki itu membuka ruang untuk dirinya. Xiao Qing, pelajar kesayangan Nian Qin di sekolah khas tempat Wu Yan menjalani latihan industri menjadi asbab untuk Wu Yan terus mengejar Nian Qin. 


Bila dah suka sama suka, alih-alih mak dia pulak tak suka sebab Wu Yan berani melawan katanya kerana bersuara lantang menolak perintah ibunya untuk pulang ke kampung untuk meneruskan pascasiswazah di kampung dan bekerja sebagai counselor. Biasa la darah muda. 


Malang tak berbau, ayah Wu Yan jatuh sakit ketika anaknya sedang berbahagia. Kerana marahkan anak, sang ibu langsung tidak memberitahu padanya. Sehingga Wu Yan mengetahui daripada salah seorang kawan ayahnya. Bergegas si anak pulang ke kampung meninggalkan kekasih hati yang baru menyuarakan hasrat hendak membawanya pulang berjumpa keluarga. Padahal sebelum th, Nian Qin ada menerima panggilan dari Mrs. Sang mengatakan sesuatu yang membuatnya kecil hati. 


Ketika Wu Yan hendak pulang ke kampung, Nian Qin beranggapan bahawa gadis itu tidak serius dengannya. Saat genting, masing-masing ego kemudian memilih jalan untuk berpisah. ahow sad it is. Bila Nian Qin tidak terima Wu Yan pergi meninggalkan dirinya dan nyaris kehilangan ayahnya, dia collapse. 


Nasib juga ayah Wu Yan dan sehat sikit, bila dihubungi oleh Xiao Lu penjaga Nian Qin dan dimaklumkan keadaan sang kekasih, Wu Yan dalam dilema meninggalkan si ayah kembali memujuk si kekasih. Tapi, Nian Qin dengan tempernya membawa padah. Akhirnya dia kerinduan ama si Wu Yan. 


- dah kenapa aku reviu serius sangat? Ehem ehem..  betulkan vibes jap. 


Selepas pemergian ayahnya, Wu Yan pulang ke kampung merealisasikan arahan Mrs. Sang untuk dia menyambung pascasiswazah di kampung. Kerana perlu menjaga ibunya di siang hari, Wu Yan memilih malam untuk bekerja di stesen radio. Setelah mengetahui Wu Yan bekerja di stesen radio, Nian Qin selalu mendengar slot siaran Wu Yan di lewat malam. Oh ya, lepas pemergian Wu Yan, Nian Qin mengambil keputusan untuk menanggung risiko pulihkan penglihatannya. Demi hendak melihat wajah si kekasih yang telah pergi. Tapi, tiada satu gambar yang tinggal untuk dirinya. 


Bak kata orang iban, sepik asai dek! Padan muka hau yo. Orang dah gigih menyayangi dirinya boleh pulak buat tantrum. Kerana itu perlu mengambil alih syarikat milik keluarga, Nian Qin mengeluarkan karya terakhir Yi Jin bertajuk 'Crush' untuk Wu Yan.


Berbaki 12 episod, bagaimana pertemuan mereka nanti? Dapatkan Nian Qin membawa Wu Yan pulang bertemu dengan bapanya?  Nantikan la di aplikasi iQiyi. Kalau rajin ada la daku sambung. Kalau tak ada tu, terlupa la maksudnya. Haha Yang penting dah habis tengok. Korang nak tengok boleh la tengok di aplikasi iQiyi ya sebab dia original drama iQiyi tu. Tapi tempat lain ada kot lepas dah habis nanti. Hehe



Sambungan: 


Kemudiannya dorang jumpa sangat tragik. Haha Rupa-rupa Xiao Lu sentiasa keep update what happen pada Wu Yan. Sehingga satu ketika Wei Hao dan Xu Qian kawen, Xu Qian saja pass-kan bunga pada Wu Yan. Makanya Ibu si Wu Yan bergegas la suruh dia blind date. Semua dijumpa dan ditolak mentah oleh Wu Yan atas pelbagai alasan. Sehingga dia berjumpa dengan seorang calon yanh bekerja sebagai peguam, akhirnya Nian Qin bertindak. 

Ep 18 so cute. Wu Yan baru mengetahui yang jam selama digunakan oleh Nian Qin bukan sebarang jam tapi kena custom made order. Tertipu betul dia, padahal jam yang dibagi pada Nian Qin tu sekadar ciplak beli kat Taobao je. 


Rabu, Ogos 11, 2021

ANIME: JUJUTSU KAISEN


Tajuk: Jujutsu Kaisen 

Genre: Dark Fantasy, Adventure Fiction, Comedy 

Bilangan Episod: 24 

Penulis: Gege Akutami 

Sinopsis: Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah menyertai sebuah organisasi rahsia 'Jujutsu Sorcerers' untuk membunuh satu sumpahan yang kuat bernama Ryomen Sukuna di mana Itadori Yuuji menjadi host-nya. 


MY REVIEW


 Sebenarnya dah lama tengok anime ni sangkut di episod 12 pahtu terlupa nak tengok balik sampai la minggu lalu. Baru la ni la kan nak update memandangkan idea tepu amat. Masih sendu lagi kan. Dah janji jugak nak satu hari aatu post, jadi kena buat. 


Anime ni diadaptasi daripada manga hasil karya Gege Akutami yang mengandungi banyak sangat sequal dia yang Aien malas nak cerita. Haha Yang penting best la anime ni! Genre I olls gitu.


Cuma macam lukisan dia kurang kemas sikit la. Bagi Iolls ..  Uolls pakar. Mana nak lawan mata mak-mak yang masih berjiwa remaja ni. Ahak~ 


Berdasar daripada sinopsis mengisahkan Yuuji Itadori tu la. Dia jenis yang kashaf gitu. Nampak-nampak je hantu sumpahan ni kan. Tetiba satu hari balik sekolah dia nampak seorang pelajar yang sebaya dia, Megumi apakan nama dia, sedang bertarung dengan seekor sumpahan. Yang mana diseru oleh kawan-kawan Itadori Yuuji yang lain. Kira dorang macam main spirit, Megumi nak kena clean up semua sumpahan sebelum dorang buat kekacauan di kejiranan mereka.


Bila Megumi ni macam dah makin lemah, Itadori turut membantu. Itu la, Yuuji ni suka nak bantu orang, bila dia nampak-nampak segala sumpahan tu, atuk dia pernah kata ia mungkin satu anugerah yang tak terhingga buat Itadori. Dengan anugerah tu satu hari nanti Itadori dapat tolong ramai orang. 


Kerana kata-kata semangat daripada atuknya itu, membuatkan Itadori boleh lawan sumpahan tu gun bare hand gitu. Terkejut si Megumi sebab bagi mereka Sorcerer Jujutsu ni, tanpa sumpahan / kuasa dorang takkan dapat bunuh sumpahan yang lain. Apatah lagi dengan tangan kosong. 


Bila dah sampai kemuncak,  Si Itadori pun makan jari Sukuna yang membuatkan roh Sukuna bangun dan cuba nak ambil alih jasad Itadori. Makanya Itadori pun jadi kuat padahal dalam Sukuna cuba nak konker jasad Itadori Yuuji tu, kira inner Itadori bergaduh dengan Ryomen Sukuna dalam jasad tu, tengok layak ke tidak dia jadi vessel pads kekuatan Sukuna. 


Sampai satu episod, Itadori Yuuji mati. Dan kawan-kawan dia sedih sangat sebab Itadori tak berjaya kekangkan sumpahan Sukuna tu dari terus menguasai jasadnya. Semua orang, baik atau jahat nakkan sumpahan Sukuna sebab dia macam taboo tau. Kalau tak silap Aien la kan, Ryomen Sukuna ni sebenarnya seorang sorcerer. tapi ntah macamana dia berjaya menjadi seorang yang digeruni semua ni tak pasti pulak. Ada jugak dia jelaskan.. cuma ye la. Mak-mak ni memori dia banyak pintasan. Jadi  lupa. 


Sampai 24 episod ni, Itadori hidup semula tapi keberadaan dia dirahsiakan oleh pihak sekolah. Malangnya dalam sekolah pun ada yang tikam belakang. Musuh dalam selimut. Ye la, semua nak menguasai dunia. semua nak kuat. 24 episod jugak Yuuji dan kawan-kawannya berkembang menjadi lebih baik lebih kuat dan akhirnya mereka berjaya dinaiktaraf pangkat menjadi Sorcerer Gred 1. 


Nak cerita details sangat pun tak pandai sebab banyak dah lupa. Haha Lama sangat peram dalam memori.